Ragu-Ragu Nak Beli Ebook? - Rahsianya di Sini...
Powered by MaxBlogPress  
it's hard to implement, but...it's nice to be truth...

Archive for July, 2008

Panduan Beli Ebook - Asas Beli Produk Digital

Wednesday, July 30th, 2008

(Salam) dan salam sejahtera dari saya.

Ketika saya menulis post ini, berlaku beberapa gangguan teknikal yang menyebabkan saya hampir-hampir sahaja membatalkan pelancaran produk hari ini. Apapun, inilah antara risiko yang perlu dihadapi oleh sesiapa sahaja yang ingin berkecimpung dalam komuniti online, samada sepenuh masa atau sambilan. (Syukur, alhamdulillah, saya masih dapat post artikel ini)

Ebook Panduan Beli Ebook ini adalah berkisar dari pengalaman sendiri, perkongsian pengalaman kenalan saya, eksperimen dan pembacaan saya yang tak seberapa. Dengan jadual yang sentiasa padat dan terhad, saya mengambil masa yang agak lama untuk menulis dan menghantar draf kepada beberapa kenalan saya. Mereka telah memberikan pelbagai pandangan dan komen yang bernas dalam memantapkan ebook ini.

Kepada semua kenalan offline dan online yang menjayakan penghasilan ebook ini, jutaan terima kasih saya rakamkan kepada anda semua.

Jadi, dengan pelancaran ebook ini, secara teknikalnya, saya mendedahkan nama saya kepada komuniti online. :-)

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, target Panduan Beli Ebook ini adalah kepada newbie / rookie yang masih baru dalam komuniti online. Buat otai-otai dan mereka yang telah lama berkecimpung dalam alam siber ini, saya tetap mengalu-alukan anda sekiranya ingin membeli ebook ini.

Saya berharap, ebook Panduan Beli Ebook versi 1.0 ini mampu menjawab pelbagai kemusykilan para newbie....dengan rasa hormat dan rendah diri, saya persembahkan ebook ini untuk tatapan anda semua...

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada pautan link ini.

Panduan Beli Ebook

[?]
Share This
Kongsi Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • Reddit
  • Smarking
  • YahooMyWeb
  • Digg
  • eKudos
  • Facebook
  • Google
  • Live
  • MyShare
  • PlugIM
  • Technorati
  • Socialogs
  • Gwar
  • Taggly
  • Yigg
  • Book.mark.hu
  • e-mail

Ringkas: Sekitar Pelancaran Produk Baru Saya

Monday, July 28th, 2008

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera saya ucapkan kepada para pelawat.

 

 

Saya ada sedikit pengumuman:

 

PERTAMA:

Ebook Vitamin Kejayaan Versi 1.1 akan digantikan dengan versi 2.0. Jika anda perasan, sudah tiada paparan tentang beberapa komponen dalam weblog saya. Namun, ianya akan dikompilasikan beserta dengan produk keluaran saya.

 

KEDUA:

Insya' Allah, jika tiada aral melintang, saya akan lancarkan satu produk jualan (ebook) pada 30hb Julai, 2008 (Rabu). Saya akan maklumkan melalui weblog ini untuk tindakan sewajarnya. Sebenarnya ada dua produk (ebook), cuma saya ingin fokuskan kepada produk utama ini dahulu.

 

KETIGA:

Target produk / ebook tersebut adalah newbie dan rookie yang masih baru dalam dunia siber ini. Jika ada mana-mana pakar @ mereka yang telah lama berkecimpung dalam dunia siber,  yang berhasrat ingin memiliki produk ini, saya tetap mengalu-alukannya.

[?]
Share This
Kongsi Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • Reddit
  • Smarking
  • YahooMyWeb
  • Digg
  • eKudos
  • Facebook
  • Google
  • Live
  • MyShare
  • PlugIM
  • Technorati
  • Socialogs
  • Gwar
  • Taggly
  • Yigg
  • Book.mark.hu
  • e-mail

Komen Diam v.s Komen Membodek v.s Komen Promosi v.s Komen Sebenar?:Dilema Seorang Affiliator

Thursday, July 24th, 2008

(Salam) dan Salam sejahtera buat pembaca.

 

Tajuk di atas saya pilih kerana saya sendiri telah menerima email dari "tetamu" yang saya gagal nak kenalpasti. Ini kerana dia tidak meninggalkan nama sebenar...kemungkinan besar email yang dikirimkan itu juga pun bukan email sebenar beliau. Untuk pengetahuan, email itu sudah lama saya terima. Sekarang baru nak bukak kes :-)

 

Dalam email tersebut, saya telah diingatkan agar "mengomen" satu produk keluaran sorang IM yang saya kenal, kerana beliau berpendapat, produk yang dijual itu "tak bagus" (saya tak gunakan bahasa sebenar kat sini, maaf ya!). Jadi, telah timbul satu konflik yang menarik untuk dipelajari.

 

Saya tak pasti adakah kerana:

 

  1. Dia kecewa, merasa tertipu setelah membeli produk itu (dan cuba melakukan segala tips-tips yang dibagi).
  2. Tidak membeli dan sekadar mendengar cakap2 dalam forum atau kenalan beliau membeli dan menceritakan kekurangan produk tersebut.
  3. Sengaja memburukkan produk yang dijual.

 

(more...)

[?]
Share This
Kongsi Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • Reddit
  • Smarking
  • YahooMyWeb
  • Digg
  • eKudos
  • Facebook
  • Google
  • Live
  • MyShare
  • PlugIM
  • Technorati
  • Socialogs
  • Gwar
  • Taggly
  • Yigg
  • Book.mark.hu
  • e-mail

Saya Dah Kembali Online Dan Aktiviti Terkini

Sunday, July 6th, 2008

Assalamua'alaikum dan Salam Sejahtera.

Setelah lama menyepi dan merehatkan diri... Kini saya kembali dalam komuniti online.  Pelbagai peristiwa dan masalah yang telah saya hadapi, 2/3 darinya telah saya selesaikan. Jadi, secara tidak langsung, ringanlah sedikit bebanan yang saya pikul selama ni. Kembalinya saya pun, masih dengan beberapa urusan yang mesti saya selesaikan dalam minggu ni. Nak check email pun saja dah ambil masa yang lama..banyak sangat email yang memerlukan saya membaca, membalas dan mendelete! :-)

PENYAKIT NORMAL KE TAK NORMAL... 

Rehat yang lama ni, masalah jugak! Yela, macam2 rasa, termasukla rasa malas nak post artikel. :-) Jadi, ini merupakan satu penyakit normal buat sesiapa saja. Ubat dia senang aje, kena motivasikan semula diri dengan mendengar syarahan motivasi (kat tv, radio) atau membaca penulisan atau makalah ilmu berkaitan motivasi. Sure ia akan boost-up semula, revive dan kembalikan momentum.

MENUNTUT ILMU ITU WAJIB DAN PENTING 

Buat kenalan online yang mempunyai adik, sanak saudara atau kenalan (dan tak lupa pakwe/makwe masing-masing...hehehe) yang berjaya memasuki menara gading (IPTA atau IPTS) atau institusi perguruan/latihan, Tahniah dan Syabas saya ucapkan. Moga-moga semua urusan berjalan dengan lancar dan rajin-rajin belajar.

Belajar dan berusaha meningkatkan diri amatlah dituntut dan perlu diberi keutamaan. Ini kerana, peluang keemasan jarang datang lebih dari sekali. Justeru, kena pandai memanfaatkan peluang yang ada. Paling penting kena ada fokus dan sasaran.

Khas untuk kenalan / pengunjung yang meletakkan komen pada artikel "Saya Tidak Akan Online Sekitar June...":

  1. Pakar Cari Ebook Percuma
  2. Kakeru
  3. Titan
  4. Waka  dan
  5. Taukey
Terima kasih kerana sudi memberikan komen dan sokongan moral buat saya. Semoga kalian juga sentiasa berterusan mempunyai peminat dan berjaya dalam apa jua yang dicita-citakan.

Komen Produk:

Wah, sekarang ni semakin meriah dengan pelancaran pelbagai produk digital. Maka semakin meriahla dan berkembangala industri perniagaan digital ni...Ini satu perkembangan yang semakin bagus dan memberangsangkan disebalik kenaikan harga minyak dan pelbagai isu semasa politik yang hangat dan konteversi di Malaysia yang tercinta ni. Kita semua kena tunggu, lihat dan bertindak dengan rasional.

Sepanjang saya berehat lama, beberapa produk yang ingin diulas masih lagi tersemat. Draf dah ada. Cuma saya perlukan masa yang sesuai untuk baca dan tengok semula. Ada yang mengatakan, nak review dan menulis ni mudah. Ia mudah bagi orang yang terbiasa dengan penyelidikan dan rajin berlatih untuk menulis (Saya masih lagi tak mencapai tahap minimum tersebut). Tapi ia tak semudah yang disangka.

Ulasan memerlukan bacaan berkali-kali dan menyelami isi penyampaian dan cuba juga memahami maksud tersurat dan tersirat di sebalik kata penulis produk digital. Paling penting, kena buang rasa "bias" (cenderung) dan melihat dari pelbagai perspektif. Kajian/eksperimen juga perlu dibuat untuk membuktikan kebenarannya.

Selepas proses pertama, nak menulis pula perlukan masa yang sesuai dan ada "feel". Waktu "feel" tu pulak, bergantung kepada "abang Mamud" (Mood). Kalo abang mamud kita ni ok, dapatla tulis tak renti-renti, dan fresh. Tapi kalo abang mamud tak ok, KO jugakla jawabnya! Baru ia dapat menghasilkan ulasan yang baik dan bertanggungjawab.

Selepas itu, publish post dan menunggu reaksi dari para komentars. Maka, haruslah menerima sebarang feedback (komen positif atau negatif) dengan hati yang terbuka. Tak kena cara, post yang ditulis, langsung tak ada komentars. Mungkin disebabkan takde traffik, post yang dah biasa atau post tersebut memang auta!

Pelancaran Produk:

Saya kini dalam proses terakhir dalam melengkapkan produk yang bakal saya release. Harap-harap pada bulan Julai ini saya dapat lancarkan projek tertangguh saya ni. Sepatutnya, pada akhir bulan Jun lepas, saya dah lancarkan produk digital ini. Laman web untuk Produk saya ni, masih dalam proses percubaan dan membaiki kelemahan yang ada. Inilah yang dikatakan, manusia hanya mampu merancang, DIA yang Maha Menentukan.

Benarlah kata seorang bijak pandai, ada jenis manusia yang pandai membahagikan masa dengan baik, dan langsung tak pandai bahagikan masa. Ada juga yang berharap agar sehari itu melebihi 24 jam! Jadi, di mana kita sekarang ni? Harap2 saya dan semua kenalan online& pengunjung tergolong dalam kategori yang pertama.

Sekian, terima kasih kerana sudi mengunjungi dan membaca post ini...

 

[?]
Share This
Kongsi Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • Reddit
  • Smarking
  • YahooMyWeb
  • Digg
  • eKudos
  • Facebook
  • Google
  • Live
  • MyShare
  • PlugIM
  • Technorati
  • Socialogs
  • Gwar
  • Taggly
  • Yigg
  • Book.mark.hu
  • e-mail