Smartzul Mendedahkan Rahsia Blog Dengan Wordpress - Senang Dan Mudah : Edisi Bahasa Malaysia. Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress  
Komen Tentang Ebook, Produk Internet Terbaik, Kongsi Pengetahuan, Comment(s) for Knowledge and Sharing

Tentang Saya

Selamat datang ke komenebook.com. Weblog ini mengandungi maklumat yang berkaitan dengan ebook yang terbaik, produk fizikal, pendapat dan juga maklumat-maklumat lain yang boleh dimanfaatkan. Kebanyakan maklumat yang dipaparkan pada weblog ini berdasarkan dari pengalaman saya; ekperimen dan perkongsian cerita dari kenalan rapat saya.Saya merupakan seorang blogger sambilan. Sebagai blogger sambilan, tentulah saya saya jarang untuk melakukan post artikel yang kerap. Malah, rating weblog ini sudah pasti akan sentiasa dalam fasa "turun-naik". Ia memang dibuktikan melalui ranking yang dikeluarkan oleh pihak Alexa.

Selain dari aktif bersukan, saya amat suka melakukan pelbagai eksperimen untuk membuktikan sesuatu. Eksperimen yang dilakukan itu penting untuk menambahkan pengalaman, dan untuk weblog ini - membuktikan bahawa produk ebook itu benar-benar bagus atau tidak.

Saya turut gemar menulis artikel dalam bahasa inggeris tetapi menggunakan konsep "broken english dan ignore grammatical rules". Pernah artikel saya ditolak oleh pihak editor kerana tulisan menggunakan konsep "gila-gila" tersebut.

Komen bermaksud "sebarang kata-kata yang yang ditulis atau diucapkan yang mana ianya cenderung untuk memberi pendapat mengenai, menjelaskan atau mengkritik sesuatu peristiwa, orang, keadaan dan sebagainya" (Oxford, 2007).

Komen itu pula boleh menjadi komen positif, komen membina, komen bias, komen emosi, komen membodek, dan komen negatif. Semua itu bergantung kepada sejauhmana pengalaman yang dilalui seseorang, atau hasil keputusan yang diperolehi, bergantung kepada niat asal pemberi komen.

Namun, saya secara jujurnya, memberi komen untuk sesuatu perkara (di sini merujuk produk ebook, dan produk fizikal lain) itu sebenarnya payah kerana ia memerlukan pelbagai penelitian dan tidak boleh hentam keromo. Barulah komen itu dikira komen yang jujur dan ikhlas - Komen yang berautoriti. Komen berautoriti pula berbalik kepada tahap penerimaan setiap individu. Ia terlalu subjektif dan agak sukar untuk dihuraikan.

Antara pengalaman yang paling mencabar adalah menerima email yang meminta saya "menghentam" produk keluaran seorang Internet Marketers (IM) Malaysia. Namun, saya tidak akan memberikan apa-apa komen (positif atau negatif untuk mana-mana produk) sehinggalah saya sendiri melakukan sedikit eksperimen. Apapun, saya menganggap ini merupakan satu cabaran utama kepada saya.

Saya akan cuba memberikan komen yang seikhlas mungkin, berdasarkan perkongsian pengalaman kenalan, pengalaman sebenar, pembacaan saya dan eksperimen yang dilakukan untuk memastikan kualiti weblog ini benar-benar memenuhi aras kualiti yang telah saya tetapkan. Hanya maklumat yang betul-betul memberi manfaat sahaja akan diletakkan dalam weblog ini.

Wujudnya weblog ini juga atas kesedaran untuk menyedarkan para surfers khususnya newbie (orang-orang yang baru berjinak dengan internet) supaya tidak tersalah untuk memilih haluan yang betul untuk mencari maklumat yang tepat dan benar.

Tidak dapat dinafikan, blog dan website untuk menambahkan pendapatan sampingan semakin bertambah, dari hari ke hari. Maklumat yang diperolehi itu semakin bertambah dan kadangkala boleh menjadi tepu (overloaded). Maka, tidak hairanlah, pelbagai jenis maklumat berkait "peluang menambah pendapatan" itu wujud.

Tidak salah untuk mencari pendapatan, cuma saya berharap, biarlah pendapatan yang diperolehi itu, pada jalan yang betul dan tidak menipu.

Segala maklumat berkait ebook terpilih saya letakkan pada ruangan "Ebook Tumpuan" dan dibahagikan mengikuti koleksi. Sebagai contoh, koleksi jebat dan koleksi smartzul. Senarai koleksi akan ditambah dari masa ke semasa. Atau anda boleh lihat pada ruangan "CATEGORIES". Begitulah juga sekiranya ia melibatkan produk fizikal, pendapat atau isu-isu terpilih. Untuk memudahkan para surfers, saya turut memasukkan tab page SITEMAP: all internal blog post. Disitu ruangan terbaik untuk melihat keseluruhan weblog komenebook.com.

Weblog ini masih dalam proses kemaskini. Segala komen dan cadangan, saya terima dengan hati yang terbuka. Anda boleh emaikan kepada saya di komen@komenebook.com

Saya kini sedang berusaha untuk menghabiskan tesis peringkat sarjana (kepujian) dalam pengurusan risiko. Bidang pengurusan risiko masih lagi baru di Malaysia. Sesuatu yang menarik untuk dipelajari dan diterokai...

Akhir kata, saya memohon jutaan kemaafan sekiranya apa-apa kenyataan atau komen yang saya berikan tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Saya akan untuk memperbaikinya demi memastikan kualiti weblog ini menepati standard yang telah saya tetapkan. Selamat Berkongsi Ilmu-Nya

 

pemilik weblog komenebook.com

[?]
Share This
Kongsi Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • Reddit
  • Smarking
  • YahooMyWeb
  • Digg
  • eKudos
  • Facebook
  • Google
  • Live
  • MyShare
  • PlugIM
  • Technorati
  • Socialogs
  • Gwar
  • Taggly
  • Yigg
  • Book.mark.hu
  • e-mail