Bahagiakah Rumah Tangga Anda? – Terbaik Buat Anda dari Soid Sulaiman

Posted by on September 16, 2008 in Review Produk Digital | 0 comments

Bahagiakah Rumah Tangga Anda? – Terbaik Buat Anda dari Soid Sulaiman

Salam sejahtera buat para pengunjung.

Ini ada sedikit info ringkas dari saya. Pada pagi tadi, sewaktu saya “merayau-rayau” di alam siber, saya terjumpa satu ebook yang cukup bagus untuk dibaca. Ebook ini diberi tajuk “Bahagiakah Rumah Tangga Anda?”. Ebook ini keluaran Shuib b. Sulaiman (Soid b. Sulaiman).

Ebook ini mempunyai ketebalan 204 mukasurat. Ia mempunyai tiga pra-tajuk dan tigabelas (13) pecahan bab utama seperti berikut:

  • Bahagia Dengan Tuhan
  • Perkahwinan Ibarat Membangunkan Masjid
  • Hidup Bersama Tuhan
  • Semua Manusia Perlukan Kasih Sayang
  • Ego Menghancurkan Keharmonian
  • Selesaikan Masalah dengan Taqwa
  • Akibat Tidak Bertaqwa
  • Cukuplah Mati Sebagai Penasihat
  • Mengenal Manusia
  • Tersilap Dalam Memberi Kasih Sayang
  • Suami Berwibawa
  • Persiapan Taqwa
  • Kes-Kes Contoh

Secara peribadi, saya secara jujurnya ingin mengatakan inilah antara ebook terbaik yang pernah saya baca untuk kategori motivasi dan kebahagiaan rumah tangga. Kalau tak beli ebook yang berkaitan dengan alam rumah tangga lain pun tak mengapa. (kalau nak beli lagi bagus, kerana ia akan menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada).

Banyak aspek yang disentuh. Penulis ini berjaya membawa saya berfikir jauh dan menilai di mana kekuatan dan kelemahan diri. Terasa diri ini kecil sangat-sangat di sisi-Nya.

Andaikata pengarang ini meletakkan harga (walaupun tanpa bonus), saya sanggup membelinya. Ya, ebook ini adalah untuk edaran percuma.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Jika anda ingin melakukan sedikit amal jariah pada bulan yang mulia ini, anda boleh berbuat demikian kerana penulis ebook ini menderita satu penyakit yang memerlukan kos rawatan yang berpanjangan.

Namun, sekiranya anda tidak berkemampuan, anda boleh mengedarkan ebook ini secara percuma tanpa sebarang kos.

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN EBOOK PERCUMA INI?

Anda boleh mendapatkan ebook ini dengan klik di sini:  www.sayangikeluarga.com

atau klik pada dua pautan ini:

Klik di sini jika anda tidak mahir dengan cara Unzip files

Klik di sini jika anda mahukan ebook ini dalam bentuk zip

Bahagiakah Rumah Tangga Anda?

(p/s: masa muat-turun bergantung kepada kelajuan internet)

PERINGATAN TAMBAHAN DARI SAYA:

Ebook ini tidak mempunyai sekuriti yang ketat. Jadi, saya mengharapkan agar anda tidak sewenang-wenangnya ‘convert’ ebook ini dalam format yang lain. Hormatilah hak pencipta ebook percuma ini.

Janganlah kita mengambil kesempatan atas kelemahan seseorang.

p.s:

Bagi saya ebook ini sangat bernilai. Saya secara jujur, tidak akan mengulas ebook ini. Dari 5 bintang, 7 bintang saya berikan…

Jika anda ingin berkongsi pengalaman anda setelah membaca ebook ini, jangan segan-segan, tinggalkan komen anda walaupun anda masih lagi belum berumah tangga (saya pun) :-)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>