Bahagian Kedua:Penulisebook.com-Rahsia Penulis Ebook

Posted by on February 29, 2008 in Review Produk Digital | 4 comments

Bahagian Kedua:Penulisebook.com-Rahsia Penulis Ebook

PENULISEBOOK.COM – BAHAGIAN KEDUA: PANDUAN MENULIS EBOOK – Bagaimana Menjadi Penulis Ebook Yang Berjaya Siri 1.0

Ini adalah sambungan dari komen saya tentang produk Sham yang terdahulu. Bagi sesiapa yang belum mengikuti komen saya tentang produk pertama saudara Sham, anda boleh klik di sini.

KEPENTINGAN EBOOK

Rahsia Penulis EbookSecara asasnya, apa-apa yang ditulis di komputer dengan menggunakan perisian pemprosesan kata itu dipanggil ebook. Ebook mempunyai kelebihan dan kekurangan, sama juga seperti buku yang selalu kita bawa ke sana dan ke sini.

Jika anda tak pandai berkomunikasi dengan baik, takut nak bercakap, nah…maka ni la masa anda untuk menunjukkan kebolehan anda melalui mengarang. Dulu, sebelum perkembangan henpon bermula, saya selalu menggunakan surat sebagai tempat untuk meluahkan apa-apa, juga termasuk time bercinta ala-ala budak gitu. hehehe..Pernah saya buat rekod, tulis surat dalam 10 helai kertas kajang…non-stop!

Kenapa, anda ingat dengan mengarang anda tak boleh buat duit? Tapi untuk pengetahuan anda, saudara Sham, anak jati Terengganu telah membuktikan, dengan mengarang, beliau telah menjana pendapatan dengan jumlah yang beliau tak pernah jangka. Inilah rahsia yang telah dibuat oleh saudara Sham…menjual ebook dan terus menjual ebook.

KENAPA DENGAN EBOOK?

Pada web jualan utamanya, Sham telah nyatakan satu fakta yang amat penting. Kebanyakan pengarang ebook berjaya memperolehi pendapatan 4 angka melalui ebook yang dibuat. 4 angka satu jumlah yang besar. Ia boleh bermula dari RM1000,RM2008,RM5113…atau RM 9999! Besar kan?

Itulah yang saudara Sham buktikan. Beliau telah menggunakan kelebihan dan pengetahuan yang ada padanya dengan menghasilkan ebook yang berkualiti dan berautoriti. Buktinya, dia ni pernah menghasilkan satu ebook bertajuk “Panduan Raja Adsense”, edisi pertama dalam Bahasa Melayu. Dengan kata lain, saudara Sham boleh diumpamakan sambil menyelam, minum air. Yelah, hasil dari google adsense pun dapat, hasil jual ebook pun lebat. Itulah kelebihan orang yang pandai menggunakan peluang. Anda boleh lihat bukti pendapatan beliau pada laman web rahsia penulis ebook beliau di sini.

BEST SANGAT KE PANDUAN MENULIS EBOOK NI?

Setiap ebook ada tarikannya tersendiri. Unsur tarikan turut terdapat dalam ebook ni. Jika anda seorang yang jenis peka, sekurang-kurangnya anda akan dapati ada 10 rahsia penting (tapi sebenarnya lebih) yang saudara Sham bongkarkan dalam ebook ini. Saya tidak akan menyentuh sangat rahsia tersebut, kerana setiap orang ada pengalaman masing-masing. Maksud saya, mungkin saya kata “AIDA” itu satu rahsia, tapi bagi yang dah otai, tentu dah kenal “Cik AIDA” ni siape, itu bukan lagi rahsia. Betul tak? Jadi, saya cadangkan, anda dapatkan ebook ini, terokai dan cuba kumpulkan rahsia yang telah saudara Sham bongkarkan.

HARGA EBOOK NI?

Satu promosi hebat dari saudara Sham. Jika anda beli pada RM 50, anda akan dapat 2 ebook + pelbagai bonus. Macam mana tu? Begini, saudara Sham telah bermurah hati (pendapat saya la, orang lain saya tak tahu) memberi satu peluang yang terbaik untuk memulakan perniagaan dengan penulisan ebook dan cara membuat cover ebook dengan harga yang serendah ini. Ikuti segala langkah asas yang telah diberikan dengan sabar dan yakin. Selebihnya bergantung kepada usaha dan motivasi yang telah anda letakkan dalam diri anda.

ANDA MASIH RAGU-RAGU?

Apa yang telah dicurahkan oleh saudara Sham dalam panduan ini hasil dari pengalaman beliau yang lepas. Kata bijak pandai, duit jika diguna belum tentu dapat digunakan dengan baik, tapi jika ilmu dan pengalaman dikongsi, maka ia akan semakin bertambah dan berkembang. Malah, orang yang memberikan tips dan panduan yang betul akan lebih dihormati dan diberkati. Jika saudara Sham ni tipu, dah tentu dia tak berani letakkan gambar dia beserta hasil income untuk tatapan semua kan?

Percaya atau tidak, saudara Sham turut menyatakan modal asas sebanyak RM XX dan sedikit YYYYY dalam ebook ini sewaktu beliau memulakan perniagaan di depan internet ni. Satu jumlah yang boleh anda mulakan beserta syarat paling asas, anda mesti betul2 mempunyai komitmen dan bukan hangat2 tahi ayam. Anda tak akan berjaya kalau tak berusaha…tak ada orang yang dilahirkan di dunia ni terus dapat harta. Orang yang nak menipu pun, pecah kepala jugak nak fikir bagaimana untuk dapat duit dengan cara mudah dan licik.

KANDUNGAN ASAS RAHSIA PENULIS EBOOK?

Pada asasnya, anda akan mempelajari 6 (enam) bab asas untuk menjadi seorang pengarang ebook yang berjaya, bermula dari:

  • Cara nak menjana idea (penting!)
  • Cara untuk menulis
  • Perisian yang digunakan untuk mengarang ebook (penting ni!)
  • Bagaimana nak membangunkan laman web jualan anda
  • Cara nak marketkan produk ebook anda; dan
  • Cara pengurusan dan penghantaran ebook

Walaupun hanya 6 bab asas, namun, setakat pembacaan dan penilaian saya, ia sarat dengan tips-tips yang boleh membantu anda untuk memulakan karangan pertama anda.

BONUS-BONUS UNTUK PEMBELI EBOOK PANDUAN MEMBUAT E-COVER

Terdapat 8 bonus yang diberikan oleh Sham. Ianya merangkumi bonus tambahan, software, ebook extra dan kupon diskaun. One-On-One coaching turut disertakan.

RINGKASAN DAN KESESUAIAN DENGAN PENGGUNA

Pro: Ebook Panduan Menulis Ebook

  • Edisi Bahasa Melayu sepenuhnya.
  • Penerangan yang bersesuain tapi padat.
  • Gambarajah dan illustrasi yang diatur dengan tersusun.
  • Harga yang sangat berbaloi.
  • Sesuai untuk sesiapa yang bercita-cita menjadi penulis.
  • Pembeli ebook diberi peluang untuk menjadi rakan affiliate.
  • One-On-One Coaching disediakan.

Kontra: Ebook Panduan Menulis Ebook

  • Anda (pembeli) perlu mempunyai idea untuk menghasilkan produk ebook, baru sesuai untuk dipraktikkan bersama dengan ebook ini.
  • Memerlukan sekurang-kurangnya pengetahuan dalam html, untuk digunakan dalam pembinaan laman web.
  • Tidak boleh bergantung kepada perisian percuma 100%. Perisian berbayar dan berlisen perlu sebagai gadget tambahan.
  • Perlukan latihan yang berterusan untuk menulis (selain dari outsource atau mengupah ghost writer)

INFO & Profail RINGKAS

Judul Ebook : Panduan Menulis Ebook (Versi 1.0)
Genre : Teknikal
Nama Pengarang : Mohd Shamsuriyadi bin Mamat
Nama Samaran : Sham
Harga : RM 50.00 (termasuk Pakej 1)
Ketebalan : 82 m/s termasuk kulit & illustrasi
Blog Rasmi : www.shamsuriyadi.com
Sokongan : One-On-One Coaching
Rating Ebook : 3 / 5
Alexa Page Rank : 1,183,274 (kemaskini: 29/09/08)

Segala ketidakpastian akan terjawab dalam ebook ini. Apa yang anda tunggu lagi? Gunakan panduan yang telah diberikan oleh IM terbaik Malaysia ini dengan sebaik mungkin. Anda boleh bermula di sini!

p/s:

Post ini adalah sinambungan dari:
PENULISEBOOK.COM – BAHAGIAN PERTAMA: PANDUAN MEMMBUAT E-COVER

4 Comments

  1. Not bad. Satu rumusan yg baik dari pembeli. Apapun, semoga boleh buat e-book atau buku sendiri lepas ini.

    titan’s last blog post..Edisi Siasat : SEO dan Paid Per Lead | Menghuru-harakan Blogger?

  2. terima kasih atas komen titan. saya harap macam tu la. ebook tu dah ada, cuma tak tahu lagi bila nak release ni..saya terlalu aktif dengan sukan dan nak sudahkan tesis master saya :-)

  3. Saya tengah update skit ebook ni. Website pun revamp balik.Tunggu update siap baru upload versi baru.Saya tak release ebook baru selagi semua update tak selesai.

    • Semoga Versi yang bakal dilancarkan akan lebih kemas, berinformasi, dan praktikal :smile:

Trackbacks/Pingbacks

  1. Komen Ebook » Blog Archive » » Bahagian Pertama:Penulisebook.com-Panduan Membuat Ecover - [...] Sambungan akan datang: PRODUK KETIGA: PENULISEBOOK.COM - BAHAGIAN KEDUA: PANDUAN MENULIS EBOOK - Bagaimana Menjadi Penulis... [...]
  2. Bahagian Pertama:Penulisebook.com-Panduan Membuat Ecover | KomenEbook - [...] Sambungan akan datang: PRODUK KETIGA: PENULISEBOOK.COM – BAHAGIAN KEDUA: PANDUAN MENULIS EBOOK – Bagaimana Menj... [...]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>