Bahagian Pertama:Penulisebook.com-Panduan Membuat Ecover
PENULISEBOOK.COM – BAHAGIAN PERTAMA: PANDUAN MEMBUAT E-COVER
Shamsuriyadi (Sham) pernah menggegarkan geng-geng internet surfer dengan ebooknya yang bertajuk “Panduan Raja Adsense” yang pertama seumpama dalam edisi Bahasa Melayu. Ebook itu cukup mendapat sambutan yang menggalakkan. Malah, saya sendiri berpeluang untuk mempelajari beberapa teknik penting untuk memperolehi google adsense. Namun, ebook itu saya akan saya komen untuk keluaran akan datang.
Baiklah, untuk komen ebook kali ini, saya akan highligtkan satu ebook dari tiga koleksi ebook terbitan Sham. Ebook terbitan tahun 2007 ini beliau namakan “Panduan E-Cover”, Versi 1.0.
KEPENTINGAN COVER EBOOK
Cover (kulit depan) sesuatu ebook boleh menggambarkan isi sesuatu ebook. Mungkin tak sama la dengan kata-kata ahli bijak pandai Inggeris..”don’t judge a book by it’s cover”.
Dalam sesuatu perniagaan, cover boleh menjadi first impression (gambaran awal) untuk beli atau tak beli ebook, boleh jual atau tak boleh jual. Malah, pernah saya beli satu ebook kerana cover tersebut menarik (malah isi kandungannya pun hebat jugak!, tapi tak boleh cerita ebook yang mana, nanti dikata bias pulak). Jadi, kita kena terbalikkan pula kata-kata ahli bijak pandai inggeris ni, “we judge a book by it’s cover”..hhehe…
BEST SANGAT KE EBOOK PANDUAN ECOVER NI?
Saya tak sangka, dengan 25 helai (termasuk muka depan), saya berupaya menjadi seorang designer ecover yang tak bertauliah, dan boleh memulakan bisnes ecover, sambilan atau tetap, (tetapi ada ke yang sanggup nak upah saya ni?).
Kenapa saya kata ebook ini menarik? Pertama, kerana di dalam ebook ini, anda akan diajar 2 kaedah untuk membuat cover depan ebook. Satu dengan software wizard (perisian bantuan), dan satu lagi dengan menggunakan script dan perisian adobe.
Kedua, kelahiran ebook ini secara tidak langsung telah menjawab soalan yang pernah ditanya oleh kenalan-kenalan saya sebelum ni..macam mana nak buat cover ebook?
Ketiga, saudara Sham bermurah hati untuk menunjukkan cara membuat cover depan ebook dengan bantuan beberapa software dan action script (kod) yang hebat! Jarang sekali internet marketer mendedahkan rahsia kejayaan mereka. So, tribute to saudara Sham.
ISI KANDUNGAN EBOOK PANDUAN ECOVER
- 4 langkah mudah membuat e-cover dengan menggunakan wizard.
- 6 langkah dengan menggunakan Adobe Photoshop.
SUSAH KE SENANG NI?
Terus terang saya dedahkan kelemahan utama saya, SAYA TAK SUKA MELUKIS, MEWARNA DAN MEREKABENTUK! Memang tak suuka sangat. Masa sekolah menengah dulu-dulu, semasa mengikuti kelas lukisan, paling tinggi gred yang saya dapat adalah B. Gred C dalam lukisan tu kira gred favorite saya lar. Walaupun sebelum ni diberi peluang untuk belajar buat cover, tapi saya kurang berminat kerana saya ni kirenya geng-geng buta seni.
Namun, bila saudara Sham menunjukkan langkah paling asas untuk design cover ebook ni, saya rasa macam tak percaya pulak, saya boleh buat cover ebook dengan dua kaedah yang very straigh to de point. Tak berbelit-belit.
Seperti yang saya ceritakan pada awal perenggan, saudara Sham mendedahkan rahsia membuat ebook dengan dua kaedah:
Jika guna kaedah pertama, anda boleh reka ecover pertama anda dengan empat langkah mudah…hanya klik, pilih dan pilih…dan siap!
Namun, untuk menunjukkan yang anda boleh menjadi seorang pereka ecover yang hebat dan mampu mencipta nama (Insya’Allah), saya cadangkan anda gunakan kaedah kedua. Kaedah kedua ni akan membuatkan anda rasa lebih bebas untuk menunjukkan ekspressi diri anda. Hanya enam (6) langkah saja yang diperlukan…betul, 6 langkah sahaja untuk orang lain tabik spring pada anda. Malah, anda boleh tahu karekter seseorang berdasarkan warna dan gaya ecover itu dihasilkan, itupun jika anda jenis boleh baca airmuka orangla .
Tambahan pula, dengan menggunakan kaedah kedua, anda dibekalkan dengan 34 jenis skrip pelbagai jenis. Jenis yang saya maksudkan adalah dari bentuk ebook, majalah, kotak, cd, video tape atau dvd. Pilih jer yang mane anda suka. Skrip-skrip tersebut boleh dimasukkan (load) ke dalam perisian adobe photoshop, dari 7.0 hingga ke versi terkini. Suka saya ingatkan, harga sesebuah skrip adalah mahal dan berkualiti kerana hasil (output) cover tersebut dapat dilihat samada dalam bentuk 2D atau 3D. Untuk kategori rookie macam saya ni, saya lebih suka menggunakan kaedah kedua ini, dan saya galakkan anda melakukan eksperimen dengan kaedah kedua ini. Serlahkan bakat anda!!!
SEDIKIT MASALAH…SIKIT JER
Cuma, kekurangan kaedah kedua ini, anda perlu dapatkan perisian adobe photoshop dan mempunyai sedikit kemahiran untuk guna adobe photoshop. Untuk cara nak guna adobe photoshop, anda tak perlu risau, kerana saudara Sham telah menunjukkan beberapa tips asas untuk design cover dengan photoshop (dia tunjukkan demo dengan versi 7.0). Tetapi, sesiapa yang telah memiliki kemahiran dalam adobe photoshop ni, ia menjadi satu kelebihan buat mereka.
Sekadar nak kongsi cerita, saya belajar tip-tip asas dalam photoshop melalui adik perempuan saya yang masih lagi tengah buat degree dalam bidang biologi. Yang lain-lain, saya gunakan kaedah trial-and-error. Ataupun, anda boleh dapatkan buku tentang photoshop (dalam bahasa melayu) di kedai-kedai buku berhampiran, tak silap saya keluaran venton publishing.. (nanti saya rujuk).
Cuma anda perlu risaukan satu perkara sahaja. Bagaimana anda nak dapatkan perisian adobe photoshop. Nak beli, harganya memang mahalla! Kalau ada versi percuma pun, itu dah di”set” untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja. So, macam mana ni? Saya yakin, tentu anda mempunyai kenalan atau saudara mara yang boleh dapatkan software tersebut. Mintak tolong dari mereka, cakap elok-elok tujuan nak guna photoshop (cth: nak buat part-time bisnes dengan reka cover ke..untung sharing la skit, baru sama-sama merasa hasilnya). Jika kena dengan cara bercakap, Insya’ Allah, mereka akan bagi guna atau tolong dapatkannya.
MAHAL KE MURAH EBOOK NI?
Percaya atau tak, anda boleh beli ebook panduan ini dengan harga RM 20 sahaja! Saya sendiri pun tak percaya, murah sangat!
Cuba anda fikirkan kembali, satu skrip boleh mencecah ratusan ringgit. Nak buat satu skrip perlukan masa, mood dan kepakaran tertentu. Namun, saudara Sham memberikan rahsianya kejayaannya dengan hanya RM 20 beserta dengan puluhan skrip, dari bentuk 2D hingga 3D. Jadi, adakah ini satu pelaburan yang membazirkan? Saya serahkan pandangan saya untuk anda fikirkan bersama-sama.
Malah, seperti yang saya telah nyatakan pada awal-awal lagi, dengan kos pembelian yang murah ni, dicampur dengan semangat ingin berjaya, dikali dengan hasil usaha anda, dibahagikan dengan keuntungan pada kadar tertentu, sudah pasti anda boleh buat duit dengan promosikan perkhidmatan anda khidmat merekabentuk ecover ni.
Sedikit tips dari saya, tak semua orang sanggup menghabiskan masa untuk design cover ni. Sesetengah penulis ebook pun turut mengupah pakar-pakar ni buat cover. Tapi, pastikan anda design cantik-cantikla, baru orang akan cari untuk dapatkan perkhidmatan anda.
EKSPERIMEN SAYA
Mungkin anda ragu-ragu dengan apa yang saya ceritakan. Saya masih teringat pesanan saudara Sham dalam ebook “Panduan Membuat E-Cover” ni. Saudara Sham telah ingatkan awal-awal lagi, cuba teroka photoshop. Jangan takut dengan photoshop. Malah, komputer tak akan meletup kalau explore photoshop!!!
So, saya sahut kata-kata saudara Sham dengan buat eksperimen. Dengan kepandaian saya yang tak seberapa dalam photoshop. Dengan menggunakan software Adobe Photoshop CS2, saya reka dua (2) cover ebook.
Ni hasil ebook saya yang pertama:

Ni hasil ebook saya yang kedua:

Memang tak meletup Sham! Kalau sesiapa yang kata meletup tu, memang temberang la orang tu. Cuma otak ni jer yang meletup kerana fikir cara nak design cover ebook ni .
Menarik atau tidak itu terpulang kepada pandangan peribadi anda. Malaysia ni sebuah negara demokrasi yang berdaulat. Cuma cover ebook kedua yang saya namakan “Rahsia Tulang Ayam Terbongkar” tu saya hasilkan ketika saya penat balik dari kerja dan menulis komen tentang ebook panduan ini. Cover ebook yang ke-dua tu, saya tidak terniat untuk menyindir sesiapa. Malahan, idea tersebut datang dengan spontan..Sekali sekala, otak kena release tensen jugak kan?
BONUS-BONUS UNTUK PEMBELI EBOOK PANDUAN MEMBUAT E-COVER
Terdapat 8 bonus yang diberikan oleh Sham. Ianya merangkumi bonus tambahan, software, ebook extra dan kupon diskaun. One-On-One coaching turut disertakan.
RINGKASAN DAN KESESUAIAN DENGAN PENGGUNA
Pro: Ebook Panduan Membuat E-Cover
- Edisi Bahasa Melayu sepenuhnya.
- Penerangan ringkas, tapi padat.
- Gambarajah dan illustrasi yang diatur dengan tersusun.
- Harga yang sangat berbaloi.
- Sesuai untuk sesiapa yang berminat dalam seni rekaan.
- Gaya persembahan yang bersahaja.
- Pembeli ebook diberi peluang untuk menjadi rakan affiliate.
- One-On-One Coaching disediakan.
Kontra: Ebook Panduan Membuat E-Cover
- Ebook ini tiada senarai kandungan.
- Sepatutnya diletakkan mukasurat walaupun hanya 25 helai dan telah ditunjukkan senarai bilangan langkah
- Memerlukan perisian Adobe Photoshop sekiranya ingin menggunkan skrip (namun saya telah ceritakan alternatif untuk mendapatkannya)
INFO & Profail RINGKAS
| Judul Ebook | : | Panduan Membuat E-cover (Versi 1.0) |
|---|---|---|
| Genre | : | Teknikal |
| Nama Pengarang | : | Mohd Shamsuriyadi bin Mamat |
| Nama Samaran | : | Sham |
| Harga | : | RM 20.00 |
| Ketebalan | : | 25 m/s termasuk kulit & illustrasi |
| Blog Rasmi | : | www.shamsuriyadi.com |
| Sokongan | : | One-On-One Coaching |
| Rating Ebook | : | 3 / 5 |
| Alexa Page Rank | : | 1,183,274 (kemaskini: 29/09/08) |
Anda nak penerangan? Saya dah ceritakan. Anda dan bukti? Saya dah tunjukkan…Anda nak buat bisnes? Ni la peluangnya…jadi tunggu apa lagi..Mulakan tindakan selanjutnya di sini.
p/s:
Sambungan akan datang:
PRODUK KETIGA: PENULISEBOOK.COM – BAHAGIAN KEDUA: PANDUAN MENULIS EBOOK – Bagaimana Menjadi Penulis Ebook Yang Berjaya Siri 1.0








e-book tu ajar kita nak buat script ebook dekat photoshop ker? atau memang step by step punya guide untuk membuat ebook?
Terima kasih kepada Wan Mohd Ikram, admin e-coverproduk.com kerana bertanyakan soalan
ini.
Ebook ini terbahagi kepada dua komponen utama
(a) teknik dan cara penghasilan ecover dengan dua perisian khas
(b) teknik dan cara menghasilkan ebook
untuk bahagian (b), saya telah review ke satu post lain, (Bahagian
kedua:Penulisebook.com-Rahsia Penulis Ebook)
Produk yang saudara Wan Mohd Ikram jual itu, hanya mempunyai satu persamaan
umum-penghasilan e-cover, berbeza dengan apa yang dihaasilkan oleh Sham,
iaitu merangkumi kedua-dua skop (a) dan (b) seperti yang diterangkan di atas
Semoga saudara Wan Mohd Ikram berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.
Terima kasih