Banjir Oh Banjir – RahmatNYA kepada kita

Posted by on December 1, 2008 in Semasa | 2 comments

Banjir Oh Banjir – RahmatNYA kepada kita

(salam) dan Salam Hormat buat pembaca blog ini. Terima kasih atas kesudian anda mengunjungi blog KomenEbook.com.

Di musim tengkujuh ni, kat kawasan saya, kadang-kadang hujan tak berhenti. Kalo berhenti pun , sekejap sahaja.

Jadi, dah dua kali rumah kediaman mak dan ayah saya dinaiki air. Syukur, hanya paras buku lali aje.

Yang paling mencabar masa 28hb November baru-baru ni, saya bertungkus lumus (dengan berbekalkan penyapu dan pencedok)  “berjuang” menghalang air dari memasuki ruangan dapur dari jam 2 pagi sampai 3.30 pagi – Non Stop! Jika tak dihalang, maka sudah tentu aliran air yang masuk ke dapur akan lebih tinggi.

Masa itu, hujan sangatlah lebat, aliran air sangat deras. Ruangan dapur agak rendah sikit berbanding ruang lain. Apapun, semua peralatan elektik dan kabinet kat dapur dah “dilapiskan” (dialas) dengan bata elok-elok. Kalau tak, tentu ada yang rosak.

Saya berhenti sekitar jam 3.30 pagi kerana hujan masa tu dah makin reda dan air yang bertakung kat dapur semakin surut. (1/2 dari paras jari kaki).. dan sebab saya terlalu letih, kepala pun dah “blank”. Blank sebab tak cukup tidor.. Jika saya tak berhenti, mungkin saya rasa dah K.O kot :-)

Masa kejadian itu, saya keseorangan “membuang” air banjir, dan saya relakan ayah saya tidur lena. Tak tergamak nak gerakkan ayah saya. Ayah saya dah semakin berusia. Mak saya pula kebetulan berada di Kota Bharu, temankan abang dan kak ipar mengikuti kelas di sana. Terusik jugak hati, risau kalau terjadi apa-apa kat mereka semua. Adik bongsu saya pun tak saya kejutkan, kesian tengok dia penat balik kerja malam.

Saya masih ingat, tahun 1986, banjir besar telah berlaku, masa tu, rumah kami penuh dengan lumpur…kenangan itu semua merupakan satu pengalaman yang tak boleh dilupakan.

Kesan dari peristiwa ini, belakang pinggang saya agak sakit. Mungkin sebab tak renti-renti “mengayuh” untuk membuang air banjit tersebut.

Jadi, peringatan dari saya buat mana-mana kenalan / pelawat online  yang berada di dalam kawasan musim tengkujuh, sentiasa berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan. Persediakan kelengkapan fizikal dan mental dengan secukupnya.

Dari satu perspektif lain, kejadian banjir mengajar kita erti kesabaran dengan ujian dan ketentuan Allah. Ia benar-benar mengingsafkan saya, mungkin di kawasan lain, ada yang lebih teruk keadaannya…Maha SuciMU Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui Segala Kejadian.

Apapun, musim tengkujuh ini benar-benar mendatangkan rahmat dan rezeki. Buat penjual ubi kayu dan ubi setela, tentu ceria. Kat tempat saya, mereka mampu memperolehi pendapatan sekitar RM 300 sehari! (jika darab dengan sebulan untuk musim tengkujuh? Hmm- Rezeki sume tu!) .

Mungkin untuk sekitar bulan tengkujuh ini, saya kurangkan aktiviti blogging dan surfing internet. Banjir tahun ini, tak boleh dijangka seperti tahun-tahun sebelumnya. Apepun, rezeki untuk saya tetap “masyuk” dalam bulan ni (hasil dari kija outsource)..Syukur..Rezeki Allah sume ni.

Mungkin tahun ini juga, Monsun Cup kat Terengganu yang bakal berlangsung dari 3 – 7 Disember, akan lebih mencabar dan meriah. Saya tak pernah tengok secara live. Mungkin tahun ni, pergi jengah kot :-)

Owh, hujan dah turun, saya kena berhenti dahulu…Kena sediakan apa-apa yang patut. Saya harap dan doakan agar mangsa banjir yang tak saya kenali sentiasa selamat dan dikuatkan semangat.

Semua Kejadian Allah Ada Hikmahnya.. Just keep strong K!

p/s: Terkini: Pada 1 Disember, sekitar jam 12 lebih hingga 4 petang, rumah kami dinaiki air melebihi paras buku lali. Masa itu, kami bertungkus lumus mengalihkan perkakasan dan peralatan elektrik ke tempat yang lebih tinggi. Sekitar jam 6 petang, air mulai surut, malam ni tak tahu apa yang bakal terjadi, namun kami telah bersedia sepenuhnya.

2 Comments

  1. Hujan ini kadang-kadang menjadi satu rahmat adakalanya menjadi satu bencana alam kepaad akita. neway, harap ko hati-hati ms musim2 cmni

  2. selamat berjuang menentang air…. smoga berjaya :mrgreen:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>