Bersakit-Sakit Dulu, Bersenang-Senang Kemudian
Minggu lepas sungguh menyeksakan kerana server kat tempat saya down. Rasa bersalah jugak pada IM Mohd Amirol kerana saya ada berjanji sesuatu dengan beliau. Dan kelmarin pun, saya dah beransur-ansur sihat. Aktiviti terlalu banyak, tak cukup tidor dan fikir untuk menyelesaikan beberapa masalah antara penyebab saya tak berapa sihat minggu lepas.
Semalam (07 april 2008), saya berkesempatan untuk berkunjung ke beberapa blog. Ada yang sekadar saya baca, sekadar bagi komen dan sekadar tinggal “muka”. Apapun, saya nak ucapkan terima kasih kepada Kakeru, kerana sudi menganugerahkan saya entitled “antara pelawat paling rajin”. Saya ni, tak la rajin sangat kakeru, biase-biase jer..
Atas inspirasi yang saya dapat dari kakeru kelmarin, saya pun nak kongsi sikit kejayaan saya sekitar bulan February dan March baru-baru ni. Terlebih dulu, 10 jari saya susun ampun, bukan niat saya untuk berbangga dengan apa yang saya dapat. Cuma saya teringat peribahasa dulukala “bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian”, dan sekadar ingin berkongsi pengalaman yang tak seberapa ini.
Buat surfers yang kategori ulats-ulats buku, rajin-rajinla luangkan masa berkunjung ke blog kakeru kerana banyak maklumat yang telah beliau persembahkan.
Dan, saya kongsikan satu cerita panjang buat anda semua.
PERTAMA:
Sekitar penghujung bulan Febuari (sebelum PRU-12), saya telah menyertai satu kejohanan badminton berhampiran dengan kediaman saya kat Key T. Asalnya, saya memang tak mahu menyertainya, namun kawan saya yang nama Pijie ni berjaya memujuk saya untuk menyertai pertandingan tu, walaupun dah jenuh saya bagi alasan, termasukla usia saya yang dah 29 tahun ni dijadikan alasan sama. Saya masih ingat lagi kata-katanya, “Kita masuk suker-suker doh ah..”. Pikir punya pikir, saya pun orait la, kalo dia dah kata begitu. Lagipun, dah lama saya mengenali beliau. Tambahan pula, dari bulan Januri, jadual agak padat, nak training pun tak sempat.
Malah, kami hanya sempat training bersama 2 kali sahaja. Memang tak der harapan la sangat. Namun, tetap saya paksakan diri untuk training bersendirian (personal training) memandangkan kejohanan tersebut sekitar 3-4 bintang (maaf, saya lupa), malu la kat partner jugak kalau kalah pada pusingan pertama. Dahla dia yang semangat pujuk saya.
First time tengok undian, laluan kami dah sukar. Terpaksa berhadapan dengan dua pasangan regu yang lebih berpengelaman dan ternama sekitar dulu. Bila teringat kata-kata Pijie, masuk just for fun, saya pun buat selamba je la..Terus terang cakap, memang kami bukan bergu pilihan, memang takder dalam senarai favourite pun…apapun, inilah hasilnya.
Di atas, adalah dari keratan Akhbar Sinar Harian, Edisi Terengganu pada hari Isnin, 25 Febuari 2008.
Dikesempatan ini, saya ingin rakamkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yang menyokong kami masa itu, dan terutama sekali Abg Rohimi, Abg Abkar, Abg Yahya dan Cikgu Razak kerana pernah bimbing dan melatih saya untuk kategori perseorangan dan bergu.
Buat partner saya, Pijie, terima kasih kerana berjaya pujuk saya, dan sudi “cover” saya sewaktu saya cramp pada betis semasa peringkat separuh akhir dan akhir. Syukur, cramp yang saya alami masa tu, tak serius dan dapat teruskan perjuangan bersama…sehingga jadi Johan untuk edisi sulung pada tahun ini.
Untuk pengetahuan, partner saya ni memang hebat dan lebih pakar dari saya dalam acara bergu. So, sape2 orang Terengganu yang baca post ni, bolehla berguru dengan beliau. Saya lebih suka bermain perseorangan kerana pergerakan lebih bebas dan jika ada melakukan kesilapan, boleh salahkan diri sendiri.
Kalau bergu ni, wajib mempunyai persefahaman yang baik dan saling mempercayai satu sama lain. Tips paling penting, sewaktu partner buat silap, jangan salahkan dia, sebaliknya, bagi dorongan dan semangat agar rasa tekanan itu hilang.
KEDUA
Setelah saya keluar dari alam “underground”, saya beli domain dan hosting kedua, yang saya namakan komenebook.com ini. Hosting dan domain yang pertama telah saya beli dari tahun lepas lagi, dan ia masih kekal dengan ayat ini “Welcome…Under Construction”. Domain dan hosting yang pertama ni, saya banyak guna untuk bereksperimen melalui subdomain.
Dulu, saya ni tak suka berblog, tak suka berforum, tak suka chatting, dsb berkait dengan internet, tapi saya suka surf apa-apa info kat internet, buat blog sekadar nak dapat income melalui google adsense.
Apapun, inilah hasilnya sebagai seorang blogger sambilan untuk weblog Komenebook.com:
Bagi saya, jumlah “unique visitors” dan “number of visits” untuk part-time blogger macam saya ni sudah menunjukkan satu peningkatan yang memberangsangkan (data adalah tepat sehingga 8 April 2008). Tambahan pula, ranking Alexa saya telah naik dari jumlah 9,765,842 kepada 7,675,175 (statistik sehingga 8 April 2008 adalah 7,801,408).
Manakala, statistik terkini sehingga 6 November 2009 adalah 578,992
Saya percaya, ramai part-time blogger yang lain lebih hebat dari saya. Jadi, rajin2 la belajar Cpanel dan WordPress ya! Cpanel dan wordpress ni penting untuk newbie dan kepada sesiapa gemar meneroka alam siber ni.
Jadi, anda boleh bayangkan, berapa ramai pengunjung yang anda dapat (satu hari nanti, Insya’ Allah) sekiranya anda satu level dengan otai IM seperti Smartzul, Jebat, Shamsuriyadi dan Amirol; juga IM lain. Bermacam-macam aktiviti boleh dilakukan sekiranya kita mempunyai ramai kenalan dari jadi katak di bawah tempurung (macam saya dulu). Nampaknya selepas ni, saya kena rajin-rajinkan diri untuk berblog..hehehe

K ETIGA
Sewaktu saya belajar peringkat diploma dulu, saya sempat mengenali salah sorang senior yang saya cukup respek. Dulu, dia antara geng-geng otai dalam ilmu perakaunan. Sempat jugakla saya belajar serba sedikit ilmu perakaunan dari beliau. Sekarang ni, beliau sedang berusaha untuk menghasilkan satu produk yang bakal dipromosikan di internet…Buat Mr. Syed, wish u good luck bro! Saya pun tengah tunggu produk keluaran anda ni
Apa yang membuatkan saya cukup gembira adalah, berjaya membantu Mr. Syed mendapatkan akaun google adsense – sekali apply terus dapat, tak sampai satu minggu. Memang murah rezeki la dia ni. Saya dulu apply berkali-kali baru dapat. Memang hebat artikel yang beliau hantar pada pihak google.
Memang betul kata bijak pandai, kata alim-ulama’: duit kalau bagi kat orang, akan cepat habis. Tapi, kalau rajinkan diri berkongsi ilmu pengetahuan yang dimiliki, ilmu akan semakin berkembang dan lebih ramai kenalan yang kita dapat. Itulah yang saya kongsikan sedikit pengetahuan saya berkait google adsense pada beliau.
Insya’ Allah, jika diberi kesempatan-Nya, akan saya ulas tentang produk google adsense ini pada keluaran akan datang. Selain mempunyai ebook adsense edisi bahasa inggeris, saya akan komen dengan seikhlas mungkin ebook keluaran tiga otai ni, Shamsuriyadi, Labanon dan Munawwar.
Dan tak mustahil, anda; para pembaca dapat kongsikan pengetahuan anda miliki untuk perkara yang bermanfaat kepada kawan-kawan. Berkongsi ilmu memang salah satu aktiviti sosial yang sihat. Hati pun akan jadi riang sekiranya saling bantu-membantu antara satu sama lain.
Itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada post kali ini.



Salam komenebook!
Tahniah di atas kejayaan anda sepanjang awal tahun ini. Tak sangka, rupa2nya komenebook ni aktif juga bersukan. Semoga kejayaan ini berpanjangan hendaknya. Juga tahniah utk ranking blog awak. Tentu blog ini sudah ada peminat tersendiri
Anyway thanx kerana tlh turut tribute saya dan blog saya, sengaja atau tidak saya ucapkan berbyk2 terima kasih. Ada masa nanti, kunjungilah blog saya selalu. Thanx a lot
May Allah bless you,
kakeru
kakeru’s last blog post..Resepi Ikan Bakar Cicah Air Asam
wah..rajin bersukan nih..sihat badan woh otak cergas
terima kasih buat kakeru. saya akan selalu berkunjung ke blog kakeru.
buat waka, saya ni memang geng2 aktiv5 jugak. kena tambah satu lagi..aweq pun ramai..hehehe
admin’s last blog post..Tag a.k.a 5 Perkara Dalam Hidup Saya