Blog Dan Potensinya Hingga Sekarang
Blog merupakan trend yang menjadi kegemaran masakini. Ia merupakan tempat untuk ‘melakar’ segala pendapat, luahan emosi dan perasaan, medium hiburan dan komuniti sosial, dan yang paling digemari ramai sekarang: mengembangkan sayap perniagaan.
Tahukah anda bahawa benua Asia merupakan pengguna (bloggers) tertinggi berbanding benua Eropah dan Barat?
Statistik kepenggunaan blog seperti yang dinyatakan oleh Edelmen melalui “A Corporate Guide to the Global Blogosphere” menunjukkan Jepun merupakan bloggers yang paling aktif (74%), diikuti oleh penduduk Korea (43%) dan seterusnya negara China (39%).
Sekiranya merujuk kepada penggunaan bahasa pengantar pula, Bahasa Inggeris masih menjadi pilihan iaitu 39%. Jepun di tangga kedua (31%); dan China pada 12%.
Itu salah satu kajian yang dilakukan pada beberapa tahun lepas. Sekiranya digabungkan fakta ini dengan kenyataan di atas, sudah cukup untuk membuktikan ‘Pemenang Keseluruhan’ jatuh kepada benua Asia. Tambahan pula, Asia sememangnya benua paling luas di bumi ini
Apa yang saya ingin nyatakan di sini, blog merupakan satu tempat yang PALING SESUAI untuk menukarkan gaya hidup mengikut acuan anda. Apatah lagi sekiranya anda seorang kaki bisnes!
Anda tak perlu pening kepala untuk mencipta laman web yang canggih; malah tak perlu ambil masa yang lama untuk merekabentuk laman web. Ini kerana, sudah terdapat “templates” percuma dan hanya perlu dicantikkan mengikut kehendak anda.
Jadi tiada alasan untuk tidak mampu membuat laman web pertama anda! Namun, jika mahu mantapkan skill membina website, anda boleh dapatkan panduan khas membina minisite dengan manual seperti video dan ebook, langkah demi langkah.
Jika masa yang menjadi kekangan, anda perlu mengupah pereka laman web, namun sediakan duitnya..
Sekiranya anda mempunyai pengetahuan yang baik dalam rekaan laman web, blog merupakan satu kelebihan untuk anda memaksimakan perniagaan anda.
Blog juga mudah dikemaskini walaupun anda langsung tak ada kemahiran dalam “coding”
. Malah, themes wordpress kini sudah jauh lebih baik dari website yang secara asasnya menggunakan kod seperti html, java ataupun php.
Sekiranya anda langsung tak tahu nak menjual apa, anda boleh menjadi rakan affiliate. Menerusi program affiliate, anda boleh promosikan produk-produk yang berkonsepkan seperti janawang adsense, atau teknikal seperti sistem borang. Penjual produk pun tak sakit kepala sangat (sebab agen affiliate dah tolong promosikan produk), malah makin sayangkan anda sekiranya anda mampu menjual produk mereka dengan volume (jumlah) yang tinggi.
Sebaiknya beli dahulu produk tersebut dan baru bercerita tentang kebaikan atau kegunaan produk tersebut. Jangan main hentam keromo sahaja. Ini kerana, penceritaan atau review mengenai kebaikan atau kekurangan akan menambahkan kepercayaan orang ramai terhadap anda. Malah, upah untuk review sesuatu produk pun boleh tahan hasilnya
Atau, menerusi blog, anda boleh tawarkan kepakaran anda dalam bidang perkhidmatan seperti memasang sistem affiliate, memasang autoresponder atau khidmat merekabentuk ecover. Jangan pandang enteng bidang servis kerana sebenarnya bukan semua orang mempunyai masa untuk melakukannya. Nah, di sinilah peluang sebenarnya. [saya sendiri masih tawarkan khidmat seperti review produk, memasang blog dengan themes premium].
Atau anda boleh mencuba nasib dalam Google Adsense, Clickbank ataupun CPA Lead. Cuma anda perlu sabar dan kreatif (sebaik-baiknya beli ebook dan dapatkan guru). Bagi saya, program sebegini dapat membina keyakinan anda dalam berfikir. Ya, anda perlu mencari ‘niche-word’ untuk membolehkan anda menjana duit.
Kembali dengan topik asal, anda harus percaya satu fakta ini, mulakan blog dengan apa yang anda suka, lambat laun anda mampu menjana duit. Macam mana tu? Semakin berkualiti isi kandungan blog anda, semakin tinggi ‘nilai’ blog anda di mata mereka. Hasilnya, “traffic” semakin masuk. Masa itu, anda boleh sewakan ruangan iklan di blog anda.
Kepada sesiapa yang masih baru dalam arena blog (khususnya kalau niat nak cari pendapatan sampingan-sepenuh masa atau sambilan), jangan bazirkan masa terlalu lama.
Pilih saje platform blog yang anda suka samada blogspot atau wordpress. Tambahan, ramai pakar di luar sana yang menyediakan berjenis-jenis panduan untuk berblog. Sebagai contoh, Pakej Blog WordPress adalah satu panduan yang mengajar cara-cara berblog dengan menggunakan platform wordpress pada hosting pilihan anda.
Nasihat saya, jangan terlalu sayangkan duit untuk membeli ebook panduan. Tambahan pula, di negara kita yang tercinta ini, ramai yang telah berjaya hanya dengan menjual ebook panduan jana pendapatan, mahupun produk yang berasakan teknikal. Sebut sahaja nama Irfan Khairi, Mohd Zulfadli, Adly Mukhtar, Shamsuriadi dan Amirol Zolkifli – rata-rata pengguna sudah sedia maklum.
Mereka dah memudahkan cara, dah bagi jalan yang betul untuk membina perniagaan dengan menggunakan kecanggihan teknologi yang ada. Jadi, semuanya atas anda. Bagi saya pelaburan yang dilakukan oleh mereka yang menjual ebook panduan ini berbaloi.
Cuma, pilihlah ebook yang betul-betul ditulis oleh pengarang ebook yang mempunyai autoriti dan jujur. Namun, JANGAN pula tersalah memilih cara untuk menambahkan duit sampingan.
Jauhi terus skim cepat masuk duit, skim duduk diam dapat duit dan apa-apa bentuk perniagaan yang anda tidak langsung tak tahu tentang kebenarannya. Ingat, setiap apa yang anda laburkan itu bergantung kepada sumber asalnya.
Samada anda percaya atau tidak, masih ramai yang memandang enteng perkara ini. Masih mudah dikaburkan dengan ‘statement’ pendapatan ribuan ringgit setiap hari tanpa perlu buat apa-apa. Sebenarnya, pembeli yang terpesona itulah penyumbang utama penjual produk tersebut.
Penjual akan menggunakan ayat-ayat yang mampu mengubah persepsi pembeli. Hakikatnya, statement duit masyuk itu adalah screenshot dari belian yang dilakukan oleh pembeli ebook yang masih ‘baru’. Malah, usahawan internet yang berstatus otai pun pernah tertipu dan terpesona dengan ayat-ayat indah penjual produk. Jadi, produk seperti Panduan Beli Ebook masih relevan dan boleh dijadikan panduan asas untuk mengelakkan kes penipuan berlaku.
Maksud saya, jika anda dapat ebook atau produk yang baik panduannya, maka 90% hasilnya turut menjadi baik. 10% lagi bergantung kepada usaha dan motivasi yang ada pada anda. Jadi, manfaatkan blog dengan bijak..jangan lupa untuk menjana wang melalui blog!!!
Akhir kalam, semoga 2011 ini merupakan titik permulaan baru untuk anda menaik-taraf hidup anda ke arah yang lebih baik. Hepi Blogging ya
KomenEbook
Latest posts by KomenEbook (see all)
- Ebook Sistem Support – Sistem Sokongan Pelanggan Dilancarkan - 5-Feb-2012
- Panduan Beli Ebook Versi 2.0 Dalam Kemaskini - 22-Sep-2011
- Rumah Online: Cara Beli Domain Dan Hosting - 3-Sep-2011
- Plugin WordPress Pilihan KomenEbook - 1-Feb-2011
- Promosi Tukar Themes Premium Dengan Harga Murah - 18-Jan-2011

Memang benar bahawa blog seharusnya dimiliki oleh ramai orang terutama Para IM untuk membina kredibiliti, branding dan SEO untuk laman jualan
Membeli Ebook juga harus bijak kerana seharusnya membeli ebook yang relevan pada diri sendiri dan kegunaannya
Terima kasih atas sokongan Safuan. Anda adalah antara usahawan internet yang patut dijadikan contoh.
Satu panduan yang berguna terutamanya pada newbie yang baru nak menjinakkan diri dalam perniagaan internet. Terima kasih Tuan Rizal atas pengkongsian informasi ini
Sama-sama Amir
hmm..,betul ape yg sir kate tntng potensi penggunaan blog…insya allah..,berikan sye sedikit masa dan pengetahuan serba sedikit sblm sye menceburkn diri…yg paling penting sir jgn lupe berkongsi sesuatu yg baru pd kami..masih belum terlmbt lg utk sye ucapkn selamat tahun bru..hehehe…
Sama-sama Hafizudin, masih belum terlambat untuk menceburkan diri. Paling penting, tindakan dan perlaksanaan
Terima kasih atas maklumat padat tentang blogging ni…santai dan menarik!
sama-sama Hafiz