Archive for the ‘diari peribadi’ Category
Sunday, July 6th, 2008
Assalamua'alaikum dan Salam Sejahtera.
Setelah lama menyepi dan merehatkan diri... Kini saya kembali dalam komuniti online. Pelbagai peristiwa dan masalah yang telah saya hadapi, 2/3 darinya telah saya selesaikan. Jadi, secara tidak langsung, ringanlah sedikit bebanan yang saya pikul selama ni. Kembalinya saya pun, masih dengan beberapa urusan yang mesti saya selesaikan dalam minggu ni. Nak check email pun saja dah ambil masa yang lama..banyak sangat email yang memerlukan saya membaca, membalas dan mendelete!
PENYAKIT NORMAL KE TAK NORMAL...
Rehat yang lama ni, masalah jugak! Yela, macam2 rasa, termasukla rasa malas nak post artikel.
Jadi, ini merupakan satu penyakit normal buat sesiapa saja. Ubat dia senang aje, kena motivasikan semula diri dengan mendengar syarahan motivasi (kat tv, radio) atau membaca penulisan atau makalah ilmu berkaitan motivasi. Sure ia akan boost-up semula, revive dan kembalikan momentum.
MENUNTUT ILMU ITU WAJIB DAN PENTING
Buat kenalan online yang mempunyai adik, sanak saudara atau kenalan (dan tak lupa pakwe/makwe masing-masing...hehehe) yang berjaya memasuki menara gading (IPTA atau IPTS) atau institusi perguruan/latihan, Tahniah dan Syabas saya ucapkan. Moga-moga semua urusan berjalan dengan lancar dan rajin-rajin belajar.
Belajar dan berusaha meningkatkan diri amatlah dituntut dan perlu diberi keutamaan. Ini kerana, peluang keemasan jarang datang lebih dari sekali. Justeru, kena pandai memanfaatkan peluang yang ada. Paling penting kena ada fokus dan sasaran.
Khas untuk kenalan / pengunjung yang meletakkan komen pada artikel "Saya Tidak Akan Online Sekitar June...":
- Pakar Cari Ebook Percuma
- Kakeru
- Titan
- Waka dan
- Taukey
Terima kasih kerana sudi memberikan komen dan sokongan moral buat saya. Semoga kalian juga sentiasa berterusan mempunyai peminat dan berjaya dalam apa jua yang dicita-citakan.
Komen Produk:
Wah, sekarang ni semakin meriah dengan pelancaran pelbagai produk digital. Maka semakin meriahla dan berkembangala industri perniagaan digital ni...Ini satu perkembangan yang semakin bagus dan memberangsangkan disebalik kenaikan harga minyak dan pelbagai isu semasa politik yang hangat dan konteversi di Malaysia yang tercinta ni. Kita semua kena tunggu, lihat dan bertindak dengan rasional.
Sepanjang saya berehat lama, beberapa produk yang ingin diulas masih lagi tersemat. Draf dah ada. Cuma saya perlukan masa yang sesuai untuk baca dan tengok semula. Ada yang mengatakan, nak review dan menulis ni mudah. Ia mudah bagi orang yang terbiasa dengan penyelidikan dan rajin berlatih untuk menulis (Saya masih lagi tak mencapai tahap minimum tersebut). Tapi ia tak semudah yang disangka.
Ulasan memerlukan bacaan berkali-kali dan menyelami isi penyampaian dan cuba juga memahami maksud tersurat dan tersirat di sebalik kata penulis produk digital. Paling penting, kena buang rasa "bias" (cenderung) dan melihat dari pelbagai perspektif. Kajian/eksperimen juga perlu dibuat untuk membuktikan kebenarannya.
Selepas proses pertama, nak menulis pula perlukan masa yang sesuai dan ada "feel". Waktu "feel" tu pulak, bergantung kepada "abang Mamud" (Mood). Kalo abang mamud kita ni ok, dapatla tulis tak renti-renti, dan fresh. Tapi kalo abang mamud tak ok, KO jugakla jawabnya! Baru ia dapat menghasilkan ulasan yang baik dan bertanggungjawab.
Selepas itu, publish post dan menunggu reaksi dari para komentars. Maka, haruslah menerima sebarang feedback (komen positif atau negatif) dengan hati yang terbuka. Tak kena cara, post yang ditulis, langsung tak ada komentars. Mungkin disebabkan takde traffik, post yang dah biasa atau post tersebut memang auta!
Pelancaran Produk:
Saya kini dalam proses terakhir dalam melengkapkan produk yang bakal saya release. Harap-harap pada bulan Julai ini saya dapat lancarkan projek tertangguh saya ni. Sepatutnya, pada akhir bulan Jun lepas, saya dah lancarkan produk digital ini. Laman web untuk Produk saya ni, masih dalam proses percubaan dan membaiki kelemahan yang ada. Inilah yang dikatakan, manusia hanya mampu merancang, DIA yang Maha Menentukan.
Benarlah kata seorang bijak pandai, ada jenis manusia yang pandai membahagikan masa dengan baik, dan langsung tak pandai bahagikan masa. Ada juga yang berharap agar sehari itu melebihi 24 jam! Jadi, di mana kita sekarang ni? Harap2 saya dan semua kenalan online& pengunjung tergolong dalam kategori yang pertama.
Sekian, terima kasih kerana sudi mengunjungi dan membaca post ini...
Share This
Kongsi Artikel Ini:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Tags: komen, komentar, pelancaran produk, produk digital baru, saya kembali online
Posted in diari peribadi | 4 Comments »
Wednesday, June 11th, 2008
(Salam) dan Salam hormat;
Khas buat kenalan online, pengunjung dan pemberi komen yang saya hormati.
Saya ingin memaklumkan kepada anda semua, saya tidak akan online pada weblog ini; dan membaca/membalas sebarang email dari sesiapa yang berkenaan untuk sekitar Jun 2008 ini.
Ini kerana saya ingin menyelesaikan beberapa masalah peribadi yang tidak dapat saya elakkan. Ia memerlukan satu tempoh yang agak lama untuk diselesaikan. Saya juga seorang insan biasa, turut mempunyai kelemahan dan keterbatasan. Kalo superman tu lainla.
. Paling pasti, ranking weblog ini pasti akan turun mendadak jika diukur dengan ranking alexa. (Huhu..sedihnya!)
Moga-moga selepas ini, semua kesulitan yang saya hadapi sekarang dapat diselesaikan dan kembali fresh....dapat online, membuat ulasan berkaitan ebook, membaca dan membalas email berkaitan, dan meneruskan aktivit-aktiviti lain seperti biasa.
Justeru, saya ingin memohon jutaan kemaafan pada anda semua, kenalan online, pengunjung weblog dan pemberi komen yang amat saya hormati kiranya sepanjang saya berkecimpung dengan komuniti online dari Januari hingga ke tarikh post ini ditulis; saya ada melakukan sebarang kesilapan atau keterlanjuran dalam memberi mana-mana ulasan berkaitan ebook atau mengemukakan segala luahan atau pendapat peribadi saya.
Apapun, saya telah "on" kan kembali ruangan Sitemap. Jadi, itu sahaja antara koleksi post yang telah saya keluarkan semenjak kali pertama saya berblog. Dari 17 unique visitors sehinggalah mencecah lebih 1631 unique visitors untuk 5 bulan ini. Bagi saya pencapaian memperolehi lebih 1600 unique visitors adalah bagus bagi seorang blogger sambilan kategori newbie macam saya.
PERANCANGAN SETERUSNYA...
INSYA' ALLAH, saya akan kembali aktif pada bulan Julai 2008 ini. Masih ada lagi senarai ebook yang masih belum saya buat ulasan, malah saya juga akan membuat ulasan untuk beberapa produk fizikal/digital. Draf dah ada, cuma kena baca dan pastikan maklumat yang bakal dikeluarkan itu tepat dan terkini.
Saya juga bakal mengeluarkan satu produk ebook (untuk Jualan) sekitar bulan Julai 2008 nanti. Ebook yang bakal saya dijual ini juga telah mendapat testimoni dari Internet Marketers dan pandangan dari rakan (online dan offline) saya yang lain. Ebook yang bakal dikeluarkan ini juga tidak akan diulas oleh saya. Ia bakal diulas oleh seorang blogger yang saya hormati. Jadi, sudah tentu lebih menarik!
Tajuk???Biarlah ia menjadi rahsia dulu. Bunyinya macam kelakar, tapi Ia sebenarnya satu isu yang sering menjadi masalah untuk sesiapa sahaja di alam siber ni.
Produk ini adalah Fresh dan Bukan kategori Reseller, Resale Rights (RR), Master Resale Rights (MRR), Private Label Rights (PLR) atau yang seumpamanya. Ia adalah hasil tulisan saya sendiri, sedikit demi sedikit, dari akhir tahun lepas lagi (2007).
Dari segi pembelian domain dan hosting, telah saya beli. Sama juga dengan ruangan Minisite (web jualan) untuk produk saya, telah saya siapkan sendiri (based pada Pakej Web Jualan Saudara IM Amirol). Nak kata simple sangat tak jugak, nak kata canggih, tak jugak..tengah2 la...hhehehe...cuma kena testing dulu dari beberapa segi teknikal.
Sepanjang hasilkan ministe ini, banyak perkara baru yang saya pelajari dan kesulitan yang saya alami..alhamdulillah, saya dapat selesaikan dengan bantuan kenalan online dan offline saya.
Dari segi harga pula, untuk sesi pengenalan ini, harganya adalah mampu-beli dicampur dengan beberapa bonus.
Fokus produk saya ni khas untuk newbie...dan sesiapa yang baru-baru nak berjinak dengan alam siber. Bagi yang expert pula, ia terpulang kepada anda.
Dan, apabila saya lancarkan produk ini, saya juga secara tak langsung mendedahkan nama rasmi saya pada komuniti online. Di awal penulisan, rasa macam tak nak dedahkan, lepas fikir panjang-panjang, baik saya dedahkan. Itu lebih baik
Setakat ini sahaja yang dapat saya luahkan pada post ini. Insya' Allah, saya akan kembali lagi...
Sekali lagi...saya memohon jutaan kemaafan semua...
Uberrimae-fidae [ maksudnya: "Utmost Good Faith" ]
Salam Hormat
**KomenebooK**
Share This
Kongsi Artikel Ini:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Tags: , ebook, khas, komuniti, minta maaf, tidak akan online
Posted in diari peribadi | 5 Comments »
Wednesday, April 16th, 2008
Alhamdulillah...hari ini saya telah menyelesaikan beberapa urusan. Cuma tak cukup tidor saja. Perjumpaan dengan supervisor saya hari ini memberi kesan yang positif. Dengan kata lain, tools yang bakal saya gunakan dalam tesis master saya, telah diluluskan. Banyak masa yang perlu saya korbankan (terutama tido, hehehe) untuk cari artikel yang bersesuaian dengan tajuk kajian saya. Cuma saya kena modify sesetengah perkara sahaja..minggu depan dateline...huhuhu
Semalam juga saya telah releasekan satu ebook percuma bertajuk "Vitamin Kejayaan". Ebook ini boleh didownload pada ruangan PERCUMA atau hanya klik pada gambar "PERCUMA DARI SAYA!". "PERCUMA VERSI 1.1!" Ebook percuma ni telah saya karang dari dua bulan lepas lagi. cuma kesibukan yang menghimpit saya, training badminton, beserta dengan beberapa hal peribadi yang tidak dapat dielakkan. Versi ebook ini akan saya upgrade ke versi 1.1 pula tak lama lagi...Insya' Allah.
Target audiens ebook Vitamin Kejayaan ini saya sasarkan pada fresh newbie. Namun sekiranya anda merasakan ebook ini sesuai untuk bacaan tambahan anda, saya amat2 mengalu-alukannya. Saya masih lagi mempunyai 2 ebook percuma yang bakal saya releasekan...insya' Allah.
Untuk post yang akan datang, bermulalah satu saat yang saya rasakan paling payah untuk dilaksanakan, untuk dikomen. Draf dah ada, cuma bila baca semula, macam ada yang tak kena. Produk tentang Google Adsense. Ia memerlukan satu masa yang "masyuk" untuk menceritakannya. Ini kerana, ebook mengenai google adsense yang bakal dikomen saya ini berdasarkan kepada 3 orang IM Melayu yang terpilih. Mereka adalah: (more...)
Share This
Kongsi Artikel Ini:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Tags: , google adsense, labanon, munawwar, shamsuriyadi, vitamin kejayaan
Posted in diari peribadi | 6 Comments »