Mahu Dapat Cek US Dollar Setiap Bulan? Raja Adsense Nak Tunjuk. Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress  
Komen Tentang Ebook, Produk Internet Terbaik, Kongsi Pengetahuan, Comment(s) for Knowledge and Sharing

Archive for the ‘khas’ Category

Petrol Price Increased! Are We Happy-Yippa Now?

Thursday, June 5th, 2008

This is a special issue before i tend to publish a continuous review of google adsense which narrated by Munawar (Jana-Wang-Adsense 2.0). And this post is written in "english broken" version. Sorry ya!

Actually, i'm seriously shocked with the new price. Increased in 78 cents per litter is too high, you know! This increased price is totally missed-out with my prediction.

Am I Crazy? Yeah!!! Really hurt my feelings. Memang Parah wo! I'm totally unhappy yippa with that annoucements.

I can not imagine how orang kampung like me, my friend and others will survive with this crazy price. We as a rakyat comes from various categories. Faqir, miskin, moderate and rich (but not richer than them who yang gaji ribuan sebulan yang dapat claim macam-macam!).

I'm not really specialized in politics , (i'm not interested politics) but please consider and understand this problems:

1) Rakyat tak terbeban kerana subsidi telah dipulangkan dalam bentuk wang pos RM 150 setahun bagi motor di bawah 250 cc dan Rm 625 setahun bagi kereta di bawah 2.0 cc. (Ingat yg boleh dapat hanya semasa renew toadtax kalo dah renew tahun ni kena la tunggu sampai tahun depan)

komen:

Ok mari kita buat kiraan skit berapa sebenarnya subsidi yang dipulangkan

i) Motor bawah 250cc:

Subsidi setahun : RM 150

Subsidi sebulan : RM 150/12= RM 12.5 sebulan

Harga Petrol skrg: RM 2.70 per litter

1 tank penuh petrol (EX5 class) lebih kurang bersamaan 4 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 3 hari (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 20km-saya)

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik (andaikan 20 hari bekerja):

= RM 2.7*4 liter*20 hari / 3 hari

= RM 72 sebulan tolak RM 12.5 (subsidi)

= RM 59.50

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik (andaikan 20 hari bekerja):

= RM 1.92*4 liter*20 hari / 3 hari

= RM 51.20

Kenaikan yang ditanggung sebulan = RM 59.50 - RM 51.20 = RM 8.30 sebulan @ 16% sebulan

(more...)
[?]
Share This
Kongsi Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • Reddit
  • Smarking
  • YahooMyWeb
  • Digg
  • eKudos
  • Facebook
  • Google
  • Live
  • MyShare
  • PlugIM
  • Technorati
  • Socialogs
  • Gwar
  • Taggly
  • Yigg
  • Book.mark.hu
  • e-mail

Tags: , , , , ,

Selamat Hari Pekerja

Wednesday, April 30th, 2008

Assalamu'alaikum...

 

semoga pembaca dan surfers yang singgah ke weblog ini sentiasa sihat dan sejahtera. Esok, 1 Mei 2008 - Hari Pekerja. Hari yang meraikan semua sumbangan pekerja tak kiralah pekerja di sektor awam atau di sektor swasta. Jika dihalusi dari segi sejarah, pada 1 Mei setiap tahun dikenali sebagai Hari Pekerja Antarabangsa. Hari yang bersempena memperingati Mogok Haymarket, tahun 1886. Hasilnya, waktu kerja telah menjadi 8 jam sahaja. (tak termasuk kerja lebih masa).

 

Manakala, Keesokannya - 2 Mei 2008: Hari Lahir saya yang ke - 29. Tarikh yang sama dengan ikon sukan glamer di dunia, David Beckham dan penyanyi Malaysia, Kak Ziana Zain.

 

Dah 29 saya. Rasa macam baru 24, hehehe. Banyak kenangan dan tugasan yang masih belum selesai. Mungkin saya akan releasekan satu hadiah (mungkin perisian percuma yang banyak memberi manfaat) untuk di download. Terpulang kepada keadaan semasa dan masa terluang saya. (sekarang ni jadual saya padat - maaf ya, rakan2 surfers lain: lama sangat tak singgah, xtvt padat)

 

Ok, berbalik pada post kali ini; apa yang saya ingin sampaikan. Sambutlah hari pekerja pada 1 Mei ini dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Melancong, makan2 bersama keluarga, atau saling bertukar ucapan dengan rasa hormat dan berhemat.

 

Untuk para surfers dan otai-otai IM yang lain, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja buat anda semua. Terima kasih kerana sudi singgah, bagi komen dan mendownload ebook percuma saya (kini versi 1.1). Cuma saya tak pasti, adakah anda pada esok hari, berehat, pasarkan produk baru atau masih mem'post'kan artikel terkini. Sekali sekala rehat, orait gak kan? - Janji duit masyuk :-)

 

Untuk saya pula, esok saya akan duduk kat rumah, buat apa2 yang patut. 2 Mei ni (jumaat), Hari Lahir Saya yang ke-29; planning nak gi makan dengan kenalan, wat bacaan Yaasin sikit...tak pun duduk rumah jugak - buat senarai cheklist rancangan akan datang + tido..(hehehe).

Gambar tak penuh di bawah tu, special saya bawakan kepada anda - Itulah rupa saya di waktu kecil dulu..

 

Ini sahaja yang sempat saya post pada kali ini, sebelum saya kembali mengulas produk-produk lain. Salam hormat dari saya -Jazakallah...

 

Saya Sewaktu Kecil Dulu

[?]
Share This
Kongsi Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • Reddit
  • Smarking
  • YahooMyWeb
  • Digg
  • eKudos
  • Facebook
  • Google
  • Live
  • MyShare
  • PlugIM
  • Technorati
  • Socialogs
  • Gwar
  • Taggly
  • Yigg
  • Book.mark.hu
  • e-mail

Tags: , , ,

Ampun Tuanku...Sembah Patik Harap Di Ampun!

Thursday, March 27th, 2008

Ampun beribu-ribu ampun, sembah patik harap di ampun.

Tuanku Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah ShahPatik selaku rakyat Terengganu biasa, yang tidak mempunyai apa - apa kepentingan ini melafazkan Sumpah Taat Setia yang tidak berbelah bagi kepada Tuanku Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sebagai Pemerintah Tertinggi Negara, Ketua Agama Islam dan Lambang Ketuanan Negeri Melayu.

Patik tidak suka akan politik, malah tidak langsung berminat akan politik. Namun patik cukup rasa kesal dengan isu perlantikan MB Terengganu sekarang. Mereka-mereka yang berkepentingan dan tidak bertanggungjawab telah menimbulkan bantahan, membuatkan patik rasa tidak senang hati kerana mempertikaikan keputusan Pihak Istana Terengganu, yang mana pandangan patik, mewakili Tuanku yang kini menjadi pemerintah untuk seluruh Malaysia

Apa yang mendukacitakan patik kerana mereka sanggup membuat demontrasi jalanan, sambil menggantung kain rentang seperti "Kami nak Idris, N####G" yang mana ayat tersebut pada perkiraan pacal yang hina ini ditujukan kepada Pihak Istana Terengganu yang mengurniakan watikah perlantikan MB Terengganu yang terkini baru-baru ini. Kain rentang itu jelas pada pandangan patik, sepertimana yang di siar dalam televisyen utama negara.

kain rentang bodoh

Sewajibnya, pihak-pihak yang berkepentingan ini seharusnya meminta ampun khususnya kepada Tuanku Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan pihak istana amnya kerana telah mempertikaikan keputusan Pihak Istana Terengganu. Mereka-mereka ini sepatutnya berbincang secara baik-baik dengan Tuanku, malah patut mendidik penyokong-penyokong mereka dengan lebih waras, bukan emosi.

Walau setinggi manapun undang-undang negara, selepas undang-undang Islam, kita mesti mentaati perintah raja / sultan. Jangan biarkan diri dipanggil penderhaka!

Oleh itu, sekali lagi, patik berdiri teguh dibelakang Tuanku Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu. Apa jua keputusan yang dikeluarkan Tuanku, terhadap corak pemerintahan negeri Terengganu, terutamanya isu perlantikan Menteri Besar Terengganu ini, patik terima dengan sokongan yang tak berbelah bahagi.

Molek pada perkiraan Tuanku, moleklah jua pada pandangan patik . Patik hanya mahukan keamanan, kehidupan seharian yang baik-baik dan kebebasan mengamalkan agama Islam. Patik tak rela dipanggil derhaka kepada Sultan. Tuanku lebih berhak menilai siapa yang berhak.

Tuanku dan PermaisuriDaulat Tuanku!

Daulat Tuanku!

Daulat Tuanku!

Semoga Allah Memelihara Keamanan Negeri Terengganu Darul Iman

 

 

[?]
Share This
Kongsi Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • Reddit
  • Smarking
  • YahooMyWeb
  • Digg
  • eKudos
  • Facebook
  • Google
  • Live
  • MyShare
  • PlugIM
  • Technorati
  • Socialogs
  • Gwar
  • Taggly
  • Yigg
  • Book.mark.hu
  • e-mail

Tags: , ,