Wednesday, April 23rd, 2008
Semalam saya berkesempatan berbual dengan kenalan rapat saya, Mr. Syed; seorang yang berkerjaya baik, mahir dalam bidang kewangan islam dan wasiat. Kebetulan saya singgah di pejabat beliau, saya berkesempatan berborak dengan beliau di samping bertemu dengan seorang lagi senior lama. (Dunia ni memang kecik). Masa itu beliau sedang bercakap tentang beberapa produk saham dan wasiat. Jadi, saya luangkan masa untuk mendengar ulasan beberapa produk yang beliau ceritakan.
Sedang beliau bercerita, entah macam mana terkeluar satu kenyataan beliau.
"Saya boleh buktikan bahawa 4 - 3 = 5!", tegas beliau dengan penuh yakin. Saya dan senior agak tercengang.
(more...)
Share This
Kongsi Artikel Ini:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Tags: beyond expectation, empat tolak tiga sama dengan lima, formula matematik, penta
Posted in kongsi cerita | 4 Comments »
Tuesday, April 8th, 2008
Minggu lepas sungguh menyeksakan kerana server kat tempat saya down. Rasa bersalah jugak pada IM Mohd Amirol kerana saya ada berjanji sesuatu dengan beliau. Dan kelmarin pun, saya dah beransur-ansur sihat. Aktiviti terlalu banyak, tak cukup tidor dan fikir untuk menyelesaikan beberapa masalah antara penyebab saya tak berapa sihat minggu lepas.
Semalam (07 april 2008), saya berkesempatan untuk berkunjung ke beberapa blog. Ada yang sekadar saya baca, sekadar bagi komen dan sekadar tinggal "muka". Apapun, saya nak ucapkan terima kasih kepada Kakeru, kerana sudi menganugerahkan saya entitled "antara pelawat paling rajin". Saya ni, tak la rajin sangat kakeru, biase-biase jer..
Atas inspirasi yang saya dapat dari kakeru kelmarin, saya pun nak kongsi sikit kejayaan saya sekitar bulan February dan March baru-baru ni. Terlebih dulu, 10 jari saya susun ampun, bukan niat saya untuk berbangga dengan apa yang saya dapat. Cuma saya teringat peribahasa dulukala "bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian", dan sekadar ingin berkongsi pengalaman yang tak seberapa ini.
Buat surfers yang kategori ulats-ulats buku, rajin-rajinla luangkan masa berkunjung ke blog kakeru kerana banyak maklumat yang telah beliau persembahkan.
Dan, saya kongsikan satu cerita panjang buat anda semua.
(more...)
Share This
Kongsi Artikel Ini:
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Tags: , alexa page rank, amirol, bersakit sakit dulu, bersenang senang kemudian, blog, google
Posted in kongsi cerita | 4 Comments »