Cuil: Enjin Pencarian (Search Engine) Ringkas Dan Mudah
(Salam) dan salam sejahtera pengunjung blog komenebook.com yang saya hormati
Saya yakin, rata-rata pengguna yang “berkeliaran” di alam internet yang luas ini akan menggunakan empat enjin pencari terbesar; Firefox, Yahoo, MSN dan Safari.
Baiklah, adakah anda dalam kategori “suka mencuba sesuatu yang baru”?
Jika ya, anda boleh mencuba satu enjin pencarian yang masih lagi baru. Saya pun baru dengar pada 2 oktober 2008 dari abang saya. Namanya cukup unik dan simple – “Cuil” (disebut “kool”). website rasminya www.cuil.com
Enjin carian ini masih baru ditubuhkan – tahun 2008 (tolong inform kepada saya jika saya tersalah informasi).
Walaupun baru, tapi disebalik tabir pereka Cuil ini bukanlah calang-calang orangnya. Masing-masing mempunyai latarbelakang yang “superb”. Ada yang dari Ijazah hinggalah ke PhD. Yang menariknya, 2 orang top management dia bekas orang kuat Google (hmmm…musti ada crita yang kita tak tahu ni…)
Cuil? Ada cerita yang menarik di sebalik cuil. Logo mereka pun sempoi aje. Untuk maklumat lanjut anda boleh ke ruangan FAQ. Paling menarik, tentang falsafah yang diperkenalkan oleh cuil. Hanya empat aje tapi ayatnya cukup power.
Untuk lebih lanjut anda boleh ke sini: http://www.cuil.com/info/our_philosophy/
Berikut saya sertakan snapshot yang menarik tentang cuil…



Maaf saya tak ceritakan sepenuhnya, saya galakkan anda sendiri yang bereksperimentasi dengan cuil.
Dan yang teramat menarik, anda boleh submit directory anda ke cuil. Weblog saya telah “di-crawl” walaupun saya belum submit directory..sape yang tolong submitkan pun saya dah lupa da..

Apa lagi..submit directory anda sebelum cuil ubah ape-ape polisi.
. Anda boleh submit directory di sini
http://www.cuil.com/info/contact_usfeedback.php?to=crawl%20me
PERHATIAN: untuk submit directory , gunakan email dari domain sendiri ya!
Untuk maklumat lanjut mengenai cuil edisi Bahasa Melayu, saya sarankan anda ke ruangan ini : Kosmo! Online-Infiniti
Jom Cuil dan “Cuil” kan blog anda


