Ragu-Ragu Nak Beli Ebook? - Rahsianya di Sini...
Powered by MaxBlogPress  
it's hard to implement, but...it's nice to be truth...

Saya Tidak Akan Online Sekitar Jun 2008 dan Pelancaran Produk Baru Saya

June 11, 2008 – 1:00 pm | by admin

(Salam) dan Salam hormat;

Khas buat kenalan online, pengunjung dan pemberi komen yang saya hormati.

Saya ingin memaklumkan kepada anda semua, saya tidak akan online pada weblog ini; dan membaca/membalas sebarang email dari sesiapa yang berkenaan untuk sekitar Jun 2008 ini.

Ini kerana saya ingin menyelesaikan beberapa masalah peribadi yang tidak dapat saya elakkan. Ia memerlukan satu tempoh yang agak lama untuk diselesaikan. Saya juga seorang insan biasa, turut mempunyai kelemahan dan keterbatasan. Kalo superman tu lainla. :-) . Paling pasti, ranking weblog ini pasti akan turun mendadak jika diukur dengan ranking alexa. (Huhu..sedihnya!)

Moga-moga selepas ini, semua kesulitan yang saya hadapi sekarang dapat diselesaikan dan kembali fresh....dapat online, membuat ulasan berkaitan ebook, membaca dan membalas email berkaitan, dan meneruskan aktivit-aktiviti lain seperti biasa.

Justeru, saya ingin memohon jutaan kemaafan pada anda semua, kenalan online, pengunjung weblog dan pemberi komen yang amat saya hormati kiranya sepanjang saya berkecimpung dengan komuniti online dari Januari hingga ke tarikh post ini ditulis; saya ada melakukan sebarang kesilapan atau keterlanjuran dalam memberi mana-mana ulasan berkaitan ebook atau mengemukakan segala luahan atau pendapat peribadi saya.

Apapun, saya telah "on" kan kembali ruangan Sitemap. Jadi, itu sahaja antara koleksi post yang telah saya keluarkan semenjak kali pertama saya berblog. Dari 17 unique visitors sehinggalah mencecah lebih 1631 unique visitors untuk 5 bulan ini. Bagi saya pencapaian memperolehi lebih 1600 unique visitors adalah bagus bagi seorang blogger sambilan kategori newbie macam saya.

PERANCANGAN SETERUSNYA...

INSYA' ALLAH, saya akan kembali aktif pada bulan Julai 2008 ini. Masih ada lagi senarai ebook yang masih belum saya buat ulasan, malah saya juga akan membuat ulasan untuk beberapa produk fizikal/digital. Draf dah ada, cuma kena baca dan pastikan maklumat yang bakal dikeluarkan itu tepat dan terkini.

Saya juga bakal mengeluarkan satu produk ebook (untuk Jualan) sekitar bulan Julai 2008 nanti. Ebook yang bakal saya dijual ini juga telah mendapat testimoni dari Internet Marketers dan pandangan dari rakan (online dan offline) saya yang lain. Ebook yang bakal dikeluarkan ini juga tidak akan diulas oleh saya. Ia bakal diulas oleh seorang blogger yang saya hormati. Jadi, sudah tentu lebih menarik!

Tajuk???Biarlah ia menjadi rahsia dulu. Bunyinya macam kelakar, tapi Ia sebenarnya satu isu yang sering menjadi masalah untuk sesiapa sahaja di alam siber ni.

Produk ini adalah Fresh dan Bukan kategori Reseller, Resale Rights (RR), Master Resale Rights (MRR), Private Label Rights (PLR) atau yang seumpamanya. Ia adalah hasil tulisan saya sendiri, sedikit demi sedikit, dari akhir tahun lepas lagi (2007).

Dari segi pembelian domain dan hosting, telah saya beli. Sama juga dengan ruangan Minisite (web jualan) untuk produk saya, telah saya siapkan sendiri (based pada Pakej Web Jualan Saudara IM Amirol). Nak kata simple sangat tak jugak, nak kata canggih, tak jugak..tengah2 la...hhehehe...cuma kena testing dulu dari beberapa segi teknikal.

Sepanjang hasilkan ministe ini, banyak perkara baru yang saya pelajari dan kesulitan yang saya alami..alhamdulillah, saya dapat selesaikan dengan bantuan kenalan online dan offline saya.

Dari segi harga pula, untuk sesi pengenalan ini, harganya adalah mampu-beli dicampur dengan beberapa bonus.

Fokus produk saya ni khas untuk newbie...dan sesiapa yang baru-baru nak berjinak dengan alam siber. Bagi yang expert pula, ia terpulang kepada anda.

Dan, apabila saya lancarkan produk ini, saya juga secara tak langsung mendedahkan nama rasmi saya pada komuniti online. Di awal penulisan, rasa macam tak nak dedahkan, lepas fikir panjang-panjang, baik saya dedahkan. Itu lebih baik :-)

Setakat ini sahaja yang dapat saya luahkan pada post ini. Insya' Allah, saya akan kembali lagi...

Sekali lagi...saya memohon jutaan kemaafan semua...

Uberrimae-fidae [ maksudnya: "Utmost Good Faith" ]

Salam Hormat

**KomenebooK**

[?]
Share This
Kongsi Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • Reddit
  • Smarking
  • YahooMyWeb
  • Digg
  • eKudos
  • Facebook
  • Google
  • Live
  • MyShare
  • PlugIM
  • Technorati
  • Socialogs
  • Gwar
  • Taggly
  • Yigg
  • Book.mark.hu
  • e-mail

Tags: , , , , ,

  1. 5 Responses to “Saya Tidak Akan Online Sekitar Jun 2008 dan Pelancaran Produk Baru Saya”

  2. By pakar cari ebook percuma on Jun 11, 2008 | Reply

    Salam ,sayangnya tak online untuk bulan ni brother,tapi ada yang nak selesai itu pun penting,jadi i tunggu saja produk baru brother..

  3. By kakeru on Jun 11, 2008 | Reply

    Woooaaahh....Makin busy nampaknya, siap ade 1600 unique visitors lagi. Kiraan pelawat tu dari kali pertama blog ini dilancarkan ke? KAGUMNYA...!!

    Anyway, teruskan usaha anda! Semoga berjaya :)
    kakeru's last blog post..Rahsia 10K terbongkar!

  4. By titan on Jun 12, 2008 | Reply

    ehm. tak apa. cuma, jangan lama sangat sudahla..

    titan's last blog post..Dapatkan Pakej Rahsia 10k + Bonus Item 102-ES102

  5. By waka on Jun 14, 2008 | Reply

    teruskan usaha, wah...apalah tajuk buku ek agaknye

  6. By taukey on Jun 15, 2008 | Reply

    pengomen ebook yang saya hormati telah keluarkan ebook dia sendiri. hehehe. harap lepas ni bertambah la rezeki anda yer.

    taukey's last blog post..Review OKL Titan dan Blog Earncent.Com

Post a Comment