Ebook Sistem Support – Sistem Sokongan Pelanggan Dilancarkan
Satu ebook yang bernichekan teknikal telah dilancarkan. Ebook ini dinamakan Sistem Support. Memandangkan ebook ini dari genre teknikal, maka tiada unsur “ayat-ayat jiwang” berbanding ebook percuma atau berbayar yang pernah saya hasilkan sebelum ini
Salah satu perkara asas yang dihadapi oleh pengeluar produk atau penyelia perkhidmatan adalah menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelanggan.
Namun ia bakal menjadi dilema atau “mimpi ngeri” sekiranya terpaksa berhadapan dengan soalan yang sama setiap hari. Bayangkan pada waktu itu, anda mempunyai kekangan masa yang mana anda terpaksa menguruskan perkara-perkara yang lebih penting.
Pengeluar produk atau penyedia perkhidmatan juga adalah manusia biasa. Golongan ini juga mempunyai “life” mereka yang sendiri. Justeru, golongan seperti ini perlu menyediakan satu “backup plan” yang boleh meringankan beban.
Menjawab soalan itu satu beban? Bukan, ia satu tanggungjawab dan amanah yang mesti dihadapi oleh mereka. Namun, jika tidak dipraktikkan secara sistematik, maka amanah dan tanggungjawab ini bakal menjadi beban yang boleh jadi terpaksa dilakukan.
Sepatutnya, hubungan dua hala antara pelanggan dan pengeluar produk/penyedia perkhidmatan mesti menjadi harmonis. Pengguna akan lebih yakin dengan produk/khidmat yang ditawarkan. Nah, ini satu peluang tambahan untuk pengeluar produk/penyelia perkhidmatan untuk mempromosikan produk/khidmat tambahan.
Secara umumnya, ebook Sistem Support sesuai dipraktikkan oleh sesiapa sahaja, termasuk organisasi atau syarikat-syarikat yang bukan berasaskan keuntungan. Secara khususnya, ia sangat sesuai dipratikkan oleh pengeluar produk/penyedia perkhidmatan.
Ebook Sistem Support ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai perantara. Meskipun ia ebook teknikal, namun sekiranya anda yang bukan dari golongan teknikal menguasai dan memahami sistem support ini, boleh juga dijadikan pendapatan sampingan.
Versi pertama ini mempunyai ketebalan 88 mukasurat. Bagaimana pula dengan harganya? Jangan terkejut jika saya katakan yang anda mampu memiliki ebook ini tanpa banyak soal

Layari www.SistemSupport.com
KomenEbook
Latest posts by KomenEbook (see all)
- Ebook Sistem Support – Sistem Sokongan Pelanggan Dilancarkan - 5-Feb-2012
- Panduan Beli Ebook Versi 2.0 Dalam Kemaskini - 22-Sep-2011
- Rumah Online: Cara Beli Domain Dan Hosting - 3-Sep-2011
- Plugin WordPress Pilihan KomenEbook - 1-Feb-2011
- Promosi Tukar Themes Premium Dengan Harga Murah - 18-Jan-2011

Good entry…tq for sharing