101 Tip Adsense Terbongkar? Rahsia Dari Pakar Adsense Kepada Labanon
May 11, 2008 – 11:37 am | by adminABSTRACT
This site contains some valuable information about various ebooks. All ebooks here were narrated by Malaysian Internet Marketers (MIM) who expert in selected knowledge disciplines, and based on their experiences too. It should be noted that, majority of ebooks and specific information here are not written in English. Therefore, it is quite not suitable for those who unable to understand Bahasa Melayu. The resources I highligted here, perhaps will help Malaysian who keen to gain extra knowledge, to be expertise or for commercial purposes.
This ebook guide us tips and tricks in Google Adsense (adsense). All instruction regarding to this ebook is easy to understand, lots of motivation and straigh forward. It is recommended for begginers / dummies in adsense. 101 Tip Adsense Terbongkar was written by Adly Mukhtar a.k.a Labanon.
p/s : setelah berfikir panjang dan terikat dengan pelbagai program yang padat, saya akan post artikel yang berkait dengan ebook keluaran Labanon dulu. Kemudian untuk 2 orang IM lain (Munawwar dan Shamsuriyadi). Labanon merupakan salah seorang IM termuda dan berjaya di Malaysia.
SAYA DAN GOOGLE
Kalau nak sebut pasal google ni, saya selalu teringat dalam kuliah subjek perakaunan sewaktu saya belajar dulu-dulu. Lecture saya selalu ingatkan kami tentang kepentingan mencari bahan di google. Pesannya sentiasa saya ingati - gunakan kemudahan google sebaik mungkin. Jangan cari bahan-bahan yang takder faedah di sana.
Itu yang membuatkan saya selau seach bahan dengan menggunakan search engine google. Pendek kata, sekiranya siber kafe yang saya masuk tu, takde google, saya tak akan guna. (bila fikir semula, nak tergelak jugak - sebab: kalo guna search engine yahoo pun takper!, pendek akal betul..hehehe). Begitulah besarnya pengaruh google pada saya.
Namun, saya mula menyedari kepentingan google apabila selalu klik pada ruangan "ads by google". Banyak pulak kilik tu. (untungla sape2 pengiklan yang saya klik). Saya mula terfikir, kenapa ada ruangan iklan dalam google? Masa tu, saya langsung tak terfikir untuk buka akaun dengan Gmail. Bagi saya, guna yahoo mail pun dah cukup.
Kemudian, selepas saya menamatkan ijazah dan sempat mengajar di salah sebuah IPTS, setiap pagi atau tengah ari, saya sempat memerhatikan kawan saya buat blog (blogspot). Saya selalu terfikir, kenapa dia ni selalu buat blog? Membazir masa betol! Lagipun, masa tu, saya "kureng" dengan komuniti online ni.
Berbalik dengan post kali ini. Soalan saya: Anda suka tak dengar nasihat orang? Anda suka tak langgar undang-undang jalanraya? (kes-kes kecemasan, saya langgar jugak lampu merah!). pendek kata, jika nak buat apa-apa, kita mesti mengikut arahan, kita mesti mengikut panduan yang telah ditetapkan, barulah hasil darinya (outcome) akan nampak.
Inilah yang diterapkan oleh Labanon dalam ebook 101 Tip Adsense Terbongkar. Labanon merupakan seorang IM termuda kat Malaysia yang mempunyai potensi yang cerah untuk pergi lebih kilometer jauh. Ebook panduan ini antara panduan terbaik yang pernah saya baca.
Penuh dengan tips dan panduan yang tak pernah terfikir oleh saya. Let's check it out!
KEPENTINGAN / KELEBIHAN Adsense
Adsense merupakan satu revolusi pengiklanan yang paling berjaya. Maka tidak hairanlah, ianya merupakan satu port baik untuk menambahkan pendapatan kepada sesiapa yang betul-betul bersungguh ingin berjaya dalam program adsene. Setiap klik akan menghasilkan pendapatan buat mereka. (nak kata macam konsep affiliate itu, bolehlah - tapi tak sama ya). Siapa sangka, google telah mengatasi populariti gergasi lain seperti Yahoo dan MSN melalui adsensenya? Itulah yang telah dibuktikan oleh Google. (sekarang ni, jika anda perasan, ia penuh dengan pelbagai portal informasi lain seperti Gmail, Goolge Earth, dan sebagainya)
BEST SANGAT KE ebook 101 Tip Adsense Terbongkar NI?
Sebelum baca ebook ni, tanggapan pertama saya, ni mesti ebook yang banyak berkait dengan soal teknikal. Pendek kata, macam ebook Sham Raja Adsense itulah.
Namun, selepas beli dan baca ebook ni, it's totally different that what i've thought!!!. Nyata pandangan saya itu silap. Senang cakap, saya berpuas ati beli ebook ini. Penuh dengan tip-tip dan panduan yang amat berguna. Sesetengah tip itu namapk "leceh", tapi ia amat penting untuk memantapkan lagi skil dan pendapatan dalam google adsense. Jika pengarang ni letak tajuk 101 tip, bagi saya lebih dari 200 tips!
Saya cadangkan, ebook seumpama ini mesti dijadikan panduan paling asas sebelum melibatkan diri sepenuhnya dalam Adsense. Malahan, ianya ditulis dalam edisi Bahasa Melayu sepenuhnya. (kecuali perkataan teknikal). Jadi anda tak perlu pening kepala sekiranya anda tidak berapa mahir dengan Bahasa Inggeris.
Suka saya ingatkan, ebook ini lengkap dengan illustrasi dan penuh ceria (warna warni). Inilah warna yang paling ceria dalam mana-mana ebook yang saya baca. Ebook yang bakal saya nak keluarkan pun, tak seceria ini. Mungkin dalam diri Labanon ni, mempunyai jiwa seni yang tinggi. Jadi tak perlu ragu-ragu walaupun pengarang ebook ini seorang yang muda. Yang penting, kita mesti hormati usaha beliau yang sanggup bertanya kepada pakar-pakar dalam Adsense sebelum menghasilkan ebook ni.
ISI KANDUNGAN 101 Tip Adsense Terbongkar
Tidak sesuai jika saya menceritakan kesemua isi kandungan ebook 101 Tip Adsense Terbongkar sini. Secara kasarnya ia terbahagi kepada dua bahagian utama. Namun, inilah faedah yang anda bakal perolehi melalui ebook ini:
- Google Adsense (adsense) dan pengenalannya.
- Jenis-jenis (kategori) Adsense.
- Terma dan Polisi Google Adsense dalam Bahasa Melayu. Labanon dah menyenangkan kita!
- Kenapa (sebab) yang menjadikan Adsense sangat menarik.
- 26 Tip membuat duit melalui program Adsense
- 101 Tip Adsense terbongkar (maaf, saya tengok hanya 98 tip sahaja)
- 101 Tip ringkas untuk berjaya dalam program Google Adnsense. (pecahan sub-topik: definisi, compliance, subject selection, page creation, taktik SEO, ad optimization, promosi web atau blog, stats, forum, lain-lain tip, kerja webmaster, pemerhatian dan nasihat biasa, perkara jangan tentang adsense dan tip terakhir)
BONUS-BONUS UNTUK PEMBELI 101 TIP ADSENSE TERBONGKAR
Banyak bonus istimewa turut diberikan kepada pembeli ebook 101 Tip Adsense Terbongkar ni. Ebook versi bahasa inggeris turut disertakan. Namun, bagi saya, salah satu bonus yang paling best adalah anda akan diberikan lebih dari 49,000 keyword yang boleh anda gunakan untuk jana wang melalui adsense. Juga interview bersama 5 otai adsense. Bukan senang nak dapat wo!
7 perkara yang saya ceritakan di atas hanyalah gambaran kasar sahaja. Itulah nilai yang anda dapat Jika anda beli pada RM 20. Ya..hanya RM 20 sahaja beserta upgrades percuma ebook percuma.
PERCUMA & ISTIMEWA DARI LABANON
Labanon ada mengeluarkan satu ebook percuma Rahsia Penggiat Adsense Terbongkar. Anda boleh download ebook ini di sini.
Ops! Pada muka surat 14, ada disertakan satu kupon bernilai RM (rahsia) dan sekiranya masih belum terlambat, akan dapat CD percuma dan ebook hak jual semula. Menarik tak? Jadi, anda boleh klik je kat sini.
RINGKASAN
Kekuatan / Kelebihan Ebook 101 Tip Adsense Terbongkar
- Edisi Bahasa Melayu sepenuhnya.
- Ebook mesra pengguna.
- Harga yang berpatutan, mempunyai illustrasi dan warna yang kemas.
- Sangat sesuai bagi mereka yang baru nak mengenali adsense. Bagi yang mahir juga digalakkan memiliki ebook 101 tip ini untuk memantapkan skil yang ada.
- Tip dari peringkat asas hingga ke peringkat pertengahan.
- Tip yang paling menarik adalah tip ke 26 dan 27 dalam Bab 101 Tip Adsense Terbongkar. (bagi saya la...)
- Tip dan panduan yang mudah difahami dan diikuti.
- Pembeli ebook diberi peluang untuk rakan affiliate berdaftar.
- Bonus ebook (inggeris) dan keywords yang menarik.
- Ebook ini tidak perlu dicetak dengan menggunakan dakwat warna. (namun saya galakkan cetak dengan warna).
Kekurangan / Kelemahan Ebook 101 Tip Adnsense Terbongkar
- Tidak sesuai kepada mereka yang masih tidak berminat kepada program Adsense.
- Aspek teknikal (terutamnya skrip) tidak diceritakan secara khusus di sini. Harus diingatkan, ebook ini hanya menceritakan tip dan trik. Saya sarankan anda mencari ebook yang lain seperti (sham) atau (munawwar).
- Tak semua tip yang disarankan dapat dilakukan. Perlu ambil masa untuk memahami dan mendalami ilmu berkait adsense.
- Pendapatan yang diceritakan dalam ebook bonus bergantung kepada hasil usaha dan cara mendapatkan nilai keywords yang tinggi.
INFO & Profail RINGKAS
|
Judul Ebook |
: |
101 Tip Adsense Terbongkar |
|---|---|---|
|
Genre |
: |
Panduan dan Motivasi |
|
Nama Pengarang |
: |
Adly Mukhtar |
|
Nama Samaran |
: |
Labanon |
|
Harga |
: |
RM 20.00 |
|
Ketebalan |
: |
124 m/s termasuk kulit dan illustrasi |
|
Blog Rasmi |
: |
flarebiz.com |
|
Sokongan |
: |
Tiada Maklumat |
|
Rating Ebook |
: |
3 / 5 |
|
Alexa Page Rank |
: |
643,577 (sehingga tarikh ditulis) |
I
Share ThisTags: 101 Tip Adsense Terbongkar, ebook, Ebook Tumpuan, experience, google, koleksi labanon, labanon, Malaysian Internet Marketers, munawwar, rahsia dan panduan google adsense, shamsuriyadi, various ebooks






































9 Responses to “101 Tip Adsense Terbongkar? Rahsia Dari Pakar Adsense Kepada Labanon”
By nasrun on May 13, 2008 | Reply
Akhirnya keluar juga komen ebook tentang 101 tips adsense ni. Sudah lama saya tunggu. Dan saya sudah pun beli ebook ni. Tapi tak ape, memang ebook berguna.
Tetapi saya masih belum dapat aplikasikan nilai keyword tinggi tu kerana masih tidak berapa faham. Thanks for this ebook review. Bole juga tengok balik ape yang penting dalam ebook ni.
Nice review..
By zool on May 20, 2008 | Reply
Ebook yang memberikan flarebiz pendapatan 5 angka..
Aku keje dekat 8 bulan baru dpt 4 angka..
dia sebulan je..
Jeles je rasa.. He he he
By admin on May 20, 2008 | Reply
(salam) buat nasrun dan zool
terima kasih atas komen anda berdua.
buat nasrun, maaf kerana lama menunggu. keyword tersebut dapat diaplikasikan beserta dengan ebook keluaran sham atau munawar. tak lama lagi saya akan review dua2 ebook tersebut
buat zool, seperti kata bro gobala dan otai2 lain, bisnes ebook ni tak akan mati (yang matinya kita dan idea kita jer, hehe). saya pun bakal nak siapkan ebook yang seterusnya. insya' allah jika jadual saya tak berapa padat
By aku on May 23, 2008 | Reply
quote:Pendek kata, sekiranya siber kafe yang saya masuk tu, takde google, saya tak akan guna. (bila fikir semula, nak tergelak jugak - sebab: kalo guna search engine yahoo pun takper!, pendek akal betul..hehehe)
kena fikirkan semula, one more time:
cc mana yang tiada google.com? send me an email if you can find one.
By admin on May 25, 2008 | Reply
(salam)
terima kasih atas komen dari saudara "aku". untuk pengetahuan saudara, itu cerita lama (4-5 tahun lepas), cerita sewaktu saya tengah belajar. dan cc yang saya pergi tu, tak setup pun google. (walhal, kalo saya taip perkataan google, memang akan keluar jugak. masa tu saya hanya dengar istilah yahoo dan msn).
time lecturer saya sebut pun, saya siap tulis lagi perkataan G.O.O.G.L.E - betapa bodohnya saya masa tu. itulah kali pertama saya dengar.
saya dulu memang "kureng" percaya dengan apa jua berkait dengan internet, malah bodoh dengan internet, sampaikan, nak buat email pun, tanya kawan.
saya harap saya menjawab kekeliruan statement tersebut.
By Roger Ho on May 26, 2008 | Reply
Goodle adsense sudah begitu hangat di kalangan Malaysia,saya masih dalam pelajari,tapi buku ini i belum beli,tapi koman dari bang ,tetap tak salah,aku nak beli ...supaya lebih mahir dalam google adsense...
Roger Ho's last blog post..Ebook Percuma Vitamin Kejayaan
By Labanon on May 28, 2008 | Reply
1st time baca komen cam nih... pergh.. memang pakar komen nih.. gunakan kelebihan anda untuk buat duit
p/s: Leh wat review tentang ebook rahsia 10k saya lak nanti? hehe
Labanon's last blog post..Oh Mama, Saya Mahu Kahwin!
By admin on May 29, 2008 | Reply
(salam) buat IM labanon. ebook saudara memang berisi dan penuh maklumat penting untuk newbie. itu antara sebab, ebook saudara saya dedikasikan dalam weblog ini.
pakar komen? ohh..tidak...saya masih lagi belum layak digelar pakar komen. saya masih lagi respek review yang dibuat oleh IM shamsuriyadi.
jika IM Labanon percayakan saya, saya orait je..