Kuasaforex:Mencipta Kekayaan Terpantas Di Dunia...Haram Ke Halal Ni?
April 1, 2008 – 2:02 pm | by adminABSTRACT
This site contains some value information about various ebooks. All ebooks here were narrated by Malaysian Internet Markerters (MIM) whose expert in selected knowledge disciplines, and based on their experiences too. It should be noted that, majority of ebooks and some specific information here are not written in English. Therefore, it is not suitable for those who unable to understand Malay Language. The resources that I highlighted here, perhaps will help Malaysian who keen to gain extra knowledge , to be expertise or for commercial purposes.Subject to this post, this ebook will teach us how to earn some superb extra money from Forex. Nasir Yaacob narrated an ebook entitled "Kuasa Forex: Mencipta Kekayaan Terpantas Di Dunia", based on his experiences in forex and specific systems. Also, this ebook contains some technical and fundamental analysis, supported with graph, and his special gifts and softwares, especially KuasaForex's Indicator and additional forum support and training courses. [WARNING]This ebook is not recommended for those who are not understand is risk and return.
FOREX DAN SEJARAHNYA
Apa yang anda faham tentang foreX? Forex terdiri dari dua gabungan perkataan iaitu "Foreingn"+"Exchange". Nama standard Melayunya adalah Tukaran Wang Asing. Nama singkatan forex pula adalah "FX". Forex ni merupakan satu medium yang digunakan oleh pedagang matawang atau bank-bank seluruh dunia untuk membuat tukaran wang asing yang melibatkan proses jual&beli atau beli&jual. Proses ini melibatkan pasangan matawang. Sebagai contoh, US Dollar dengan Ringgit Malaysia dan British Pound Sterling dengan US Dollar.
Saya tertarik dengan isu yang berkait pasal forex ni bila nama George Soros mula disebut-sebut kat Malaysia. Kerana pengaruh dan kepandaiannya dalam memanipulasikan pasaran matawang asing, sedikit sebanyak (memang banyak!) Malaysia turut terjejas. Namun, saya bukan pakar ekonomi untuk menceritakan segalanya.
Jika anda selalu mengikuti perkembangan berita kat televisyen, memang ada satu segmen khas untuk forex. Forex begitu popular kerana transaksinya hampir mencecah $2 trilion sehari. Jika diikuti perkembangan sejarah forex, secara mudahnya ia berkait rapat dengan sejarah sistem barter dan cagarannya terhadap emas tulen. Malah, dikatakan menurut sejarah; forex berkait rapat dengan perkembangan ekonomi di Amerika. Sebab itu, tidak hairanlah, matawang negara Uncle Sam itu menjadi matawang utama dunia.
BEST SANGAT KE EBOOK KUASAFOREX NI?
Ebook ini dah lama saya beli. First time baca, rupanya ebook ini mendedahkan kepada saya beberapa perkara yang menarik, antaranya adalah:- Ianya merupakan gabungan pengetahuan (dari pembacaan ebook) dan penggunaan satu indicator (robot) yang sangat membantu sesiapa yang berminat dalam forex dalam melakukan proses beli / jual matawang utama dunia.
- Kuasaforex merupakan satu signal yang termurah dari segi harga dan berbaloi memilikinya. Anda boleh lihat harga satu indicator yang sama fungsinya dengan kuasaforex di sini.
- Proses untuk BUY dan SELL untuk setiap pasangan matawang utama menjadi semakin mudah dengan indicator hebat ini.
- Anda tak perlukan kemahiran terlalu tinggi untuk menjana kekayaan melalui forex. Kemahiran yang saya maksudkan, adalah kemahiran untuk buat laman web atau buat blog! Hanya perlu baca ebook berulangkali, lakukan latihan trading, sediakan sedikit modal dan buat duit!
- Keuntungan yang cepat dan selamat, urusan dilakukan hanya dengan sambungan internet dan komputer. Malah industri forex dikelolakan oleh institusi yang berdaftar dan disahkan
- Kepandaian dan kemahiran yang diperolehi dari trading dengan menggunakan ebook ini dapat diwariskan kepada anak, saudara mara atau kenalan rapat.
- Anda boleh melakukan trading demo dengan menggunakan indicator ini samada di platform FXCM atau Marketiva.
- Indicator kuasaforex juga sangat sesuai digunakan semasa melakukan real trading.
ISI KANDUNGAN EBOOK KUASAFOREX
- Pengenalan kepada forex
- Asas dalam forex
- Urusniaga yang berkait dengan forex
- Arahan-arahan yang berkait dengan urusniaga forex
- Analisis teknikal seperti Bolinger Band dan Moving Average
- Analisis teknikal mudah dengan kuasaforex (killer produk terletak pada tajuk ini)
- Cara dan langkah-langkah untuk memulakan urusniaga forex beserta tips-tips rahsia
- 16 rahsia untuk berjaya dalam forex
EKSPERIMEN BENAR DARI SAYA
Kata orang, tak guna bercerita kalo tak buat! Mungkin ada yang masih ragu-ragu dengan forex ni. Baiklah. Pada segmen ini, saya akan tunjukkan pada anda satu bukti hasil dari eksperimen yang saya lakukan. Eksperimen ini saya lakukan bersama kenalan saya yang kini sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah di Australia (Thanks bro!).Dengan berbekalkan modal paling minimum sebanyak US Dollar 300. Kami membuka real account (akaun sebenar) dengan FXCM. Maka, anda akan saksikan, satu bukti simple trading dengan pembacaan dan indicator kuasaforex dalam masa 3 hari kami bertrading. Kami hanya menggunakan kaedah BUY sahaja dengan menggunakan indicator kuasaforex.
Gambar pertama itu antara paparan utama kandungan laporan dari FXCM (Klik Gambar Untuk Paparan Besar):
Gambar kedua merupakan hasil eksperimen trading real forex selama tiga (3) hari-Jumlah Dalam US Dollar (Klik Gambar Untuk Paparan Besar):
Jika anda lihat pada paparan paparan tersebut, dalam 3 hari sahaja, kami memperolehi USD 441.01; peningkatan sebanyak USD 141.01..menarik bukan!
BONUS-BONUS UNTUK PEMBELI EBOOK KUASAFOREX
- Indicator kuasaforex (skrip dan cara pemasangan disertakan dalam ebook kuasaforex)
- Video panduan asas teknikal indicator
- Perisian World Time untuk memudahkan anda bertrading
- 3 ebook istimewa berkait dengan forex
- Satu perisian forex sistem (Profitable Forex Trend System) yang bernilai lebih dari RM 350
Selain itu, bantuan forum support turut disediakan oleh Nasir Yacob. Malah, seminar khas turut dikendalikan oleh beliau pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Ianya terbuka kepada pembeli ebook ini dan juga bukan pembeli ebook kuasaforex. malah, turut disediakan kursus pemantapan khas kepada mereka yang pernah mengikuti kursus yang dianjurkan dengan harga yang berpatutan dan murah.
RINGKASAN:
Kekuatan / Kelebihan Ebook Kuasaforex: Mencipta Kekayaan Terpantas Di Dunia
- Edisi Bahasa Melayu sepenuhnya.
- Gambarajah dan penerangan illustrasi yang berkaitan dengan istilah disusun dengan baik.
- Sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai sifat suka mengambil risiko (risk-taker).
- Ebook bersifat teknikal dengan gaya bahasa tahap sederhana sukar.
- Ebook disertakan satu indicator (robot) khas untuk pembeli ebook kuasaforex, lengkap dengan cara pemasangan.
- Berpeluang menjadi rakan affiliate untuk dipromosikan kepada kenalan.
- Mempunyai support department beserta bengkel yang berterusan dengan yuran yang sangat berpatutan.
Kekurangan / Kelemahan Ebook Kuasaforex: Mencipta Kekayaan Terpantas Di Dunia
- Tidak sesuai bagi mereka yang kurang faham dengan risiko dalam forex.
- Perlukan kemudahan internet dan komputer/laptop untuk ber'forex'.
- Sesetengah gambarajah dalam ebook ini perlu dicetak dengan menggunakan printer color (bagi mereka yang mempunyai masalah tidak boleh mengadap skrin komputer terlalu lama, anda perlu cetak ebook ini).
- Perlukan masa, latihan yang berterusan. Kurang sesuai berurusniaga dengan forex sekadar pembacaan ebook sahaja.
FOREX HARAM!!!
Inilah antara isu yang hebat diperkatakan. Macam isu hukum hisap rokok la (dalam kes rokok ni, Majlis Fatwa Kebangsaan dan state, hukum hisap rokok ni haram, tapi, anda boleh lihat kat persekitaran, cuba tanya pandangan dan pendapat mereka tentang rokok ya!) Saya ni bukan ahli yang pandai dalam bab menghukum. Apapun, saya telah sediakan dua artikel yang berkait dengan hukum forex ini. Anda boleh download penerangan tersebut di sini.
Saya juga sediakan satu pautan khas berkait dengan ulasan forex ini oleh seorang penceramah terkenal: Ustaz Haji Zaharuddin bin Haji Abd Rahman. Anda boleh klik di sini
SIAPA NASIR YACOB?
Dia telah dilantik dan diiktiraf sebagai Introducing Broker dan rakan pendidikan forex untuk beberapa institusi broker forex terkemuka dunia
INFO & PROFAIL RINGKAS
|
Judul Ebook |
: |
Kuasaforex:Mencipta Kekayaan Terpantas Di Dunia |
|---|---|---|
|
Genre |
: |
Teknikal |
|
Nama Pengarang |
: |
Nasir Yacob |
|
Nama Samaran |
: |
Nasir Yacob |
|
Harga |
: |
RM 97.00 |
|
Ketebalan |
: |
100 m/s termasuk kulit dan illustrasi |
|
Blog Rasmi |
: |
Tiada Maklumat |
|
Sokongan |
: |
Support Department & Bengkel |
|
Rating Ebook |
: |
5 / 5 |
|
Alexa Page Rank |
: |
162,429 (sehingga tarikh ditulis) |
Segala maklumat telah saya berikan kepada anda. Jika anda rasakan kuasaforex kelolaan Encik Nasir Yacob ini mampu mengubah hidup anda, anda boleh mulakannya di sini!
p/s:
- Suarakan apa yang anda fikirkan pada ruangan comment
- sebarang cadangan membina sila emailkan kepada komen@komenbook.com
Share This
Tags: blog, ebook, Ebook Tumpuan, experience, fxcm, koleksi nasir, kuasa forex, kuasaforex, Malaysian Internet Marketers, mencipta kekayaan terpantas dunia, nasir yacob





































