Panduan Asas Cpanel Dari A-Z
February 29, 2008 – 1:01 am | by adminABSTRACT
This site contains some valuable information about various ebooks. All ebooks here were narrated by Malaysian Internet Marketers (MIM) who expert in selected knowledge disciplines, and based on their experiences too. It should be noted that, majority of ebooks and specific information here are not written in English. Therefore, it is quite not suitable for those who unable to understand Bahasa Melayu. The resources I highligted here, perhaps will help Malaysian who keen to gain extra knowledge, to be expertise or for commercial purposes.This ebook teach us how to mastering in Cpanel. All instruction regarding to this ebook is easy to understand and straigh forward. It is suitable for begginers / dummies in Cpanel. Panduan Asas Cpanel Dari A-Z was written by Jebat Abd. Kadir.
SAYA DAN CPANEL
Saya mula menyedari kepentingan ebook ini apabila terfikir untuk memiliki domain dan hosting sendiri. Tambahan pula, abang sepupu saya, seorang affiliator yang berjaya (maaf, saya terpaksa rahsiakan buat masa ini untuk menjaga privasi beliau) selalu menyarankan saya untuk memiliki domain dan hosting sendiri.Berbalik dengan ebook Cpanel ini. Untuk pengetahuan anda, inilah kesilapan pertama saya. Berminat dalam teknologi maklumat dan perniagaan kecil-kecilan tetapi tidak mempunyai pengetahuan yang mantap dalam Cpanel. Bagi saya, ebook ini harus dimiliki oleh sesiapa yang betul-betul serius ingin mengembangkan komuniti dan perniagaan anda. Tidak saya nafikan, anda masih lagi boleh mendapat income melalui blog percuma, namun...untuk jangka panjang...anda tiada kebebasan sepenuhnya. Contoh mudah, tentu anda dapat bezakan, nikmat mempunyai dengan rumah sendiri berbanding dengan rumah sewa...jadi anda boleh bayangkan perbezaanya kan?
Untuk komen saya yang pertama kali, saya akan membincangkan tentang satu ebook asas yang amat bagus untuk dipelajari oleh mereka yang baru hendak berjinak dengan Cpanel. Bagi saya, ebook ini amat penting untuk dimiliki. Ebook ini bertajuk "Panduan Asas Cpanel Dari A-Z". Ebook ini ditulis oleh saudara Jebat bin Abdul Kadir.
KEPENTINGAN Cpanel
Jika pengarang asal ebook ini mengatakan tanpa Cpanel ibarat kereta tanpa stering (khususnya untuk terlibat dengan perniagaan internet), maka bagi saya, jika tak mendalami Cpanel, seolah-olah belajar perkara teknikal tanpa asas yang mantap.
Ibarat anda belajar mendalami ilmu komputer, sekurang-kurangnya anda perlu tahu perkara asas yang berkait dengan MS-DOS, Windows, Windows XP, Vista atau UniX. Malah, untuk menaip sekalipun, anda perlu tahu sekurang-kurangnya penggunaan Microsoft Word, notepad atau Open Word.
Penggunaan Cpanel bukan sahaja penting dalam platform berasaskan sumber terbuka. Malah Cpanel membolehkan anda mengawal dan menyelia domain dan hosting berasas Linux yang anda miliki dengan lebih sempurna dan teratur. Segala butang kawalan, informasi sulit akaun anda dan informasi server anda berada di Cpanel.
BEST SANGAT KE eBOOK Cpanel NI?
Itulah persoalan pertama yang saya selalu fikirkan sebelum membeli ebook ini. Beli pada harga RM 35, macam mahal pulak rasanya. RM 35 boleh buat macam-macam benda. Makan, beli kad prepaid, beli itu, beli ini...Bukan ape, bimbang kena tipu. Oh ye, sebelum ni, saya dah mempunyai satu ebook yang berkait dengan Cpanel, tapi versi bahasa inggeris. Jika anda ingin nak baca, anda boleh download ke link ini.Namun, selepas beli dan baca ebook ni, it's totally different that what i've thought!!!. Senang cakap, Saya langsung tak menyesal beli ebook ini. Malahan, ianya ditulis dalam edisi Bahasa Melayu sepenuhnya. (kecuali perkataan yang melibatkan teknikal seperti email, ageing, dsb) Jadi anda tak perlu pening kepala sekiranya anda tidak berapa mahir dengan Bahasa Inggeris.
Baru-baru ini, Versi baru Cpanel telah dilancarkan sepenuhnya. Ia semakin menarik dari isi kandungan dan turut memaparkan tips yang berkesan sekiranya anda seorang affiliator. Tambahan pula, bilangan mukasurat versi baru belajar Cpanel © 2008 ini telah dipertingkatkan dari 135 mukasurat ke 200 (termasuk kulit depan). Penambahan sebanyak 65 muka surat. Jadi isinya tentulah semakin bagus kan?
Suka saya ingatkan, ebook ini lengkap dengan illustrasi. Jadi tak perlu rasa gusar walaupun pengarang eBook ini ada menceritakan beberapa aspek teknikal yang asas berkait dengan Cpanel.
ISI KANDUNGAN eBOOK Cpanel?
Tidak sesuai jika saya menceritakan kesemua isi kandungan eBook di sini. Namun, inilah faedah yang anda bakal perolehi melalui eBook CPanel ini:- Apa yang dimaksudkan dengan domain dan hosting.
- Senarai penyedia domain dan hosting yang terpilih.
- Perkara teknikal yang berkaitan dengan park domain, add-on domain dan subdomain - bagaimana nak pasang, tambah dan buang.
- Penggunaan email yang professional dan cara untuk mengurus email professional anda.
- Mengoptimasikan penggunaan email seperti autoresponder dan forwarding.
- Pemasangan password pada cpanel, emel, malah meletakkan password pada link yang anda suka!
- Membina dan menggunakan link pautan untuk proses upload dan download, beserta dengan cara pemasangannya pada hosting server anda (saya amat menyukai proses ini!).
- Cara asas untuk mengurus File Manager Cpanel - tambah dan buang fail.
- Menghasilkan database, seperti MySQL secara manual dan automatik, juga cara untuk mengoptimasikan database.
- Cara mudah untuk redirects dan rahsia bagaimana redirects mampu menolong affiliator untuk meningkatkan jualan.
- Cara untuk backups segala fail dalam Cpanel.
- Kenali fungsi asas Web/FTP Stat dan bandwidth.
- Satu rahsia B.E.S.A.R melalui Error Pages dan bagaimana anda boleh memperolehi income melaluinya (Maaf, tak dapat saya ceritakan disini).
- Penggunaan IP manager dan bagaimana anda boleh block (sekat) seseorang dari mengunjungi pengunjung laman web anda (kes orang nak tipu dan spam web anda la ni!).
- Cara penggunaan Fantastico - seperti bina blog wordpress dengan mudah dan forum support.(Bagi mereka yang tak mahu sakit kepala, ini penyelesaian terbaik)
BONUS-BONUS UNTUK PEMBELI CPANEL
5 bonus istimewa turut diberikan kepada pembeli ebook CPanel. Salah satu bonus yang paling best adalah video tutorial untuk bina email, subdomain, pemasangan redirects dan pemasangan ERROR PAGES pada Cpanel anda.16 perkara yang saya ceritakan di atas hanyalah gambaran kasar sahaja. Itulah nilai yang anda dapat Jika anda beli pada RM 35. Ya..hanya RM 35 sahaja beserta dengan forum support dan upgrades percuma. Melalui forum support, anda boleh tanya apa sahaja masalah anda, sekiranya anda masih tidak faham dan ragu-ragu.
CABARAN DARI SAYA
Anda boleh download ebook versi inggeris pada link yang telah saya berikan secara percuma di sini. Kemudian anda beli ebook asas Cpanel keluaran Jebat ni, dan bandingkannya secara keseluruhan. Sekali lagi saya ulang, dengan mempelajari panduan asas Cpanel ini, ditambah sedkit dengan usaha, anda boleh menjadi pakar dalam Cpanel dan mampu menghasilkan duit tambahan (extra side income) melalui Cpanel.RINGKASAN
Kekuatan / Kelebihan Ebook Panduan Asas Belajar Cpanel
- Edisi Bahasa Melayu sepenuhnya.
- Ebook mesra pengguna, bercorak teknikal dengan bahasa mudah.
- Harga yang berpatutan, sesuai dengan kualiti penyampaian.
- Sangat sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Cpanel. Bagi yang mahir juga digalakkan memiliki ebook panduan asas ini untuk memantapkan skil yang ada.
- Mempunyai penambahan yang ketara dari segi persembahan, penyampaian dan illustrasi yang jelas berbanding versi terdahulu.
- Bab yang paling menarik adalah "Memasang Error Pages" dan tips menyembunyikan link affiliate.
- Contoh dan langkah yang mudah difahami dan diikuti.
- Pembeli ebook diberi peluang untuk rakan affiliate dan reseller berdaftar.
- Video Tambahan, ruangan support dan bonus.
- Ebook ini tidak perlu dicetak dengan menggunakan dakwat warna.
Kekurangan / Kelemahan Ebook Panduan Asas Belajar Cpanel
- Tidak sesuai kepada mereka yang tidak berhasrat untuk memiliki domain dan hosting berasaskan Linux.
- Kurang sesuai mempraktikkan Panduan Asas Belajar Cpanel ini di Cyber Cafe dan pejabat. Kebanyakan pejabat akan menyekat sesetengah port penyedia hosting. (alternatif: perlu meminta penyedia web hosting menggunakan proxy untuk membolehkan Cpanel diakses di pejabat).
- Contoh illustrasi yang digunakan mungkin tidak sama 100% seperti kebanyakan syarikat penyedia hosting dan domain. Oleh itu, pembaca (pembeli sah ebook ini) perlu membaca dan memahami istilah-istilah penting yang telah diajar oleh Jebat.
INFO & Profail RINGKAS
|
Judul Ebook |
: |
Panduan Asas Cpanel Dari A-Z (2008) |
|---|---|---|
|
Genre |
: |
Teknikal |
|
Nama Pengarang |
: |
Jebat bin Abd. Kadir |
|
Nama Samaran |
: |
Jebat |
|
Harga |
: |
RM 35.00 |
|
Ketebalan |
: |
200 m/s termasuk kulit & illustrasi |
|
Blog Rasmi |
: |
mesrainternet.com/blog |
|
Sokongan |
: |
Forum Support dan Video |
|
Rating Ebook |
: |
4 / 5 |
|
Alexa Page Rank |
: |
1,024,808 (sehingga tarikh ditulis) |
Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Jadi, apa lagi yang anda tunggu! Klik di sini untuk tindakan selanjutnya!!!
p/s:
• tinggalkan komen/pandangan anda tentang ebook keluaran Jebat ini pada ruangan comment• Sebarang cadangan membina sila hantar ke komen@komenebook.com
Share This
Tags: , blog, cpanel, ebook, ebook belajar cpanel, Ebook Tumpuan, experience, koleksi jebat, Malaysian Internet Marketers, PANDUAN ASAS CPANEL: DARI A - Z, various ebooks


































1 Trackback(s)