ABSTRACT
This site contains some valuable information about various ebooks. All ebooks here were narrated by Malaysian Internet Marketers (MIM) who expert in selected knowledge disciplines, and based on their experiences too. It should be noted that, majority of ebooks and specific information here are not written in English. Therefore, it is quite not suitable for those who unable to understand Bahasa Melayu. The resources I highligted here, perhaps will help Malaysian who keen to gain extra knowledge, to be expertise or for commercial purposes.
This ebook teach us how to mastering wordpress. All instruction and supporting video regarding to this ebook is easy to understand and straight forward. It should be noted that, this ebook is suitable for dummies / beginners in wordpress. Panduan Asas Membina Blog Wordpress is narrated by Smartzul.
SAYA DAN WORDPRESS
Untuk pengetahuan, saya mula menyedari kecanggihan dan kunikan wodpress ini sewaktu surf ke satu website yang memaparkan koleksi ringtone yang boleh di download secara percuma (tapi tak semua percuma la!..biasa, gimik dalam pemasaran). Saya hairan bagaimana, blog yang sebegini rupa, ada google adsense, siap ada "tab pages" lagi. Dalam blogspot, untuk buat tab pages, perlukan skrip dan kemahiran tertentu.
Lagipun, saya bukanlah pakar dalam programmer. Setakat ada basic html aje. Jadi, selepas itu, bermulalah saya mencari jawapan kepada masalah yang saya nak selesaikan. Cari punya cari, jumpalah website wordpress.org dan wordpress.com. Setelah lama explore dan belajar ala-ala kadar dalam wordpress.com, barulah saya terjumpa weblog keluaran Smartzul...di situlah saya mula-mula berjinak dengan wordpress dengan domain dan hosting sendiri.
Untuk komenebook kali ini, saya lebih menjurus ke arah wordpress yang menggunakan domain dan hosting berbayar dari yang percuma.
KEPENTINGAN WORDPRESS
Wordpress.com merupakan salah satu dari 20 jenis kategori blog yang popular di dunia ini. Dianggarkan, lebih dari 1.15 juta orang kat dunia ni mendaftar dengan wordpress.com. Dikatakan, banyak perbezaan yang boleh anda bandingkan dengan blogspot (platform google).
Wordpress adalah lebih user friendly (mesra pengguna) berbanding komuniti blog lain. Tambahan pula widget yang disediakan lebih "cool" dan "tip-top". Ops...peminat blogspot jangan salah sangka, apa yang saya nak jelaskan, setiap platform blog ada kekuatan masing - masing. Pendek kata, wordpress tergolong dalam satu komuniti yang berbeza.
Bagi saya, semua tu bergantung kepada sejauh mana seseorang memanfaatkan "features" yang disediakan oleh platform blog. Macam pengguna Windows dengan geng-geng Unix la...semua ada peminat dan kekuatan masing-masing kan?
Ok, salah satu kelebihan wordpress adalah, anda boleh lebih "bebas" berkarya, meluahkan apa saja, dengan syarat, anda mempunyai domain dan hosting sendiri. Jika ada yang masih tidak tahu kepentingan memiliki domain dan hosting sendiri, sila luangkan masa untuk membaca komen saya yang berkaitan dengan domain dan hosting di sini.
Jadi anda Ingin memiliki pendapatan sampingan sendiri? Untuk menonjolkan website anda ala-ala professional sampai orang rasa kagum? Nak wujudkan komuniti online? Pendapat peribadi saya, wordpress adalah jawapan yang tepat [tapi kena berusaha belajar la, hehe].
BEST SANGAT KE Ebook Panduan Asas Membina Blog Wordpress Ni?
Saya bukan nak melobi atau nak melebih-lebihkan sesiapa. Tambahan pula, saya hanya mengenali Smartzul hanya melalui blog wordpress beliau dan kekerapan email yang beliau hantar kepada saya.
Apa yang saya nak tegaskan, ebook versi Bahasa Melayu ini amat berguna kepada mereka yang betul-betul ingin mendalami perkara asas berkaitan dengan wordpress. Harus saya ingatkan, mempelajari perkara asas umpama nak membuat rumah. Sebelum buat rumah, kena ada lakaran.
Itulah yang anda akan temui sekiranya anda membeli Pakej keluaran Smartzul ini. Mungkin dia ni selalu teliti dalam setiap tindakan yang dilakukan.
Dengan cara persembahan yang santai, anda akan mudah memahami tentang beberapa perkara asas dalam berblogging ala Wordpress. Paling saya suka, dalam ebook ini ada diterapkan dua unsur penting untuk berjaya dalam wordpress. Yang pertama: Disiplin. Yang kedua: Ikut carta aliran. Saya tak pasti, berapa ramai yang sanggup sabar untuk menghabiskan ebook ini mengikut cara yang telah ditentukan oleh Smartzul. Ada sesiapa yang ingin berkongsi perkara ini dengan saya?
Dengan 110 mukasurat (termasuk kulit depan), anda akan diajar satu-per-satu perkara asas berkait wordpress. Walaupun, umumnya, asas kod pengaturcaraan wordpress ialah php, namun, ianya tidak menjadi masalah kerana segala penerangan dan illustrasi ada disediakan. Jadi, tak perlu takut atau berperasaan, saya tak pandai. Kalau tak berusaha nak belajar, memangla tak pandai kan?
Sehingga kini, harga ebook ini adalah RM50. Suka saya ingatkan, saudara Smartzul suka melakukan promosi (potongan diskaun) untuk para pembeli ebooknya. Namun, ianya bergantung kepada tarikh dan masa tertentu. Jangan salah faham pulak ya
.
Kalau nak dibandingkan dengan harga, beserta dengan diskaun yang ditawarkan (pada tempoh tertentu), edisi Bahasa Melayu ini mampu membuatkan anda rasa puas hati. Walaupun ebook ini hanya menerangkan perkara-perkara teknikal asas dalam wordpress, bagi saya ianya banyak membantu menjawab segala permasalahan saya.
ISI KANDUNGAN EBOOK Pakej Panduan Asas Membina Blog Wordpress
Saya tidak dapat menceritakan secara terperinci pakej eBook ini. Namun, inilah faedah yang anda bakal perolehi melalui eBook keluaran Smartzul ini:
- 16 langkah dari awal sampai akhir pemasangan wordpress secara manual.
- 11 langkah mudah memasang blog secara automatik dengan fantastico.
- Cara Asas untuk "configure" wordpress - seperti permalinks, password, tukar theme blog.
- Cara asas menulis artikel pertama anda.
- Teknik rahsia SEO (Search Engine Optimizer) melalui permalinks. (ia betul-betul berhasil dan boleh membantu dalam menaikkan kedudukan page rank!).
- Plugins seperti spam karma, social bookmark - cara pemasangan dan kegunaannya.
- Ebook buat duit dengan blog.
- Pelan tindakan kit blogger.
- Kupon diskaun untuk membeli domain dan hosting dari netKl (rugi tak guna woo!).
BONUS-BONUS UNTUK PEMBELI EBOOK Pakej Panduan Asas Membina Blog Wordpress
Terdapat banyak bonus yang diberikan oleh Smartzul. Ianya merangkumi bonus tambahan dan bonus eksklusif, turut disertakan satu pelan tindakan yang mesti anda ikuti. Salah satu bonus yang istimewa adalah video tutorial lengkap untuk proses backup dan upgrade ke versi wordpress terkini secara langkah demi langkah, samada manual dan automatik.
10 perkara yang saya ceritakan di atas hanyalah gambaran kasar sahaja. Itulah nilai yang anda dapat Jika anda beli pada RM 50. Harga ini termasuk forum support dan upgrades percuma. Melalui forum support, anda boleh tanya apa sahaja masalah anda, sekiranya anda masih tidak faham dan ragu-ragu.
RINGKASAN DAN KESESUAIAN DENGAN PENGGUNA
Pro: Ebook Panduan Asas Membina Blog Wordpress
- Edisi Bahasa Melayu sepenuhnya.
- Mempunyai Pelan Tindakan yang telah diatur.
- Gambarajah dan illustrasi yang diatur dengan tersusun.
- Harga yang berbaloi, sesuai dengan nama "Pakej Kit Blogger"
- Bagi mereka yang telah berjinak-jinak dengan blog wordpress.com, anda harus bereksperimentasi dengan wordpress pasang sendiri ini.
- Gaya persembahan yang santai dan sederhana berat.
- Sesuai juga untuk rujukan tambahan bagi mereka yang telah mahir dalam Wordpress.
- Pembeli ebook diberi peluang untuk menjadi rakan affiliate dan reseller.
- Forum support dan 12 video demo pemasangan wordpress oleh Smartzul sendiri.
Kontra: Ebook Panduan Asas Membina Blog Wordpress
- Anda perlu juga mempunyai sekurang-kurangnya pemahaman asas dalam html. (alternatif: anda boleh mengunjungi laman web w3school untuk berjinak-jinak dengan html).
- Tidak berapa sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai domain dan hosting sendiri.
- Penggunaan CHMOD (Change Mode) tidak diberi fokus dalam ebook ini. CHMOD penting sewaktu hendak ubahsuai Tema (customize theme).
- Penggunaan plugin contoh yang diberikan mungkin tidak serasi dengan versi wordpress terkini.
- Sesetengah illustrasi / gambarajah contoh yang telah ditunjukkan mungkin sudah tidak berapa sesuai dengan versi wordpress terkini. Versi wordpress terkini adalah 2.5 .
TERBARU:
Sekarang Beliau sedang mengemaskini Produk Pakej Kit Blogger berdasarkan versi terkini. Sama2 lah kita mendoakan kejayaan beliau.
INFO & Profail RINGKAS
|
Judul Ebook |
: |
Panduan Asas Membina Blog Wordpress (Versi 2.0) |
|---|---|---|
|
Genre |
: |
Teknikal |
|
Nama Pengarang |
: |
Mohd Zulfadli bin Suddin |
|
Nama Samaran |
: |
Smartzul |
|
Harga |
: |
RM 50.00 |
|
Ketebalan |
: |
110 m/s termasuk kulit & illustrasi |
|
Blog Rasmi |
: |
blog.smartusaha.com |
|
Sokongan |
: |
Forum Support dan Video Tutorial |
|
Rating Ebook |
: |
4 / 5 |
|
Alexa Page Rank |
: |
588,946 (tarikh kemaskini: 29/09/08) |
Mulakan blog anda dengan wordpress...jangan berlengah lagi...banyak kebaikan yang anda perolehi jika anda pandai memanfaatkan kecanggihan teknologi wordpress. Tindakan selanjutnya bermula di sini!!!
• Suarakan apa yang anda fikirkan pada ruangan "comment"
• Sebarang cadangan membina sila hantar ke ruangan support saya: komenebook.com/support
Popularity: 17% [?]



































No Comment Received
Leave A Reply