ABSTRACT
This site contains some valuable information about various ebooks. All ebooks here were narrated by Malaysian Internet Marketers (MIM) who expert in selected knowledge disciplines, and based on their experiences too. It should be noted that, majority of ebooks and specific information here are not written in English. Therefore, it is quite not suitable for those who unable to understand Bahasa Melayu. The resources I highligted here, perhaps will help Malaysian who keen to gain extra knowledge, to be expertise or for commercial purposes.
This ebook teach us how to use autoresponder system via Getresponse. All instruction regarding to this ebook is easy to understand and straigh forward. It is suitable for begginers / dummies in autoresponder. Panduan Setup Autoresponder was written by Mazli Nadzri.
SAYA DAN AUTORESPONDER
Saya mula mempelajari autoresponder sewaktu saya memiliki (dan membeli) Pakej Web Jualan Versi ke-2 keluaran Mohd Amirol. Dari situ saya menyedari kepentingan autoresponder sebenarnya memudahkan kerja seorang penjual produk. Sistem autoresponder merupakan produk wajib yang mesti dimiliki oleh mana-mana penjual produk digital.Berbalik dengan ebook autoresponder ini. Untuk pengetahuan anda, Getresponse merupakan salah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan autoresponder secara berbayar. Selain itu, syarikat ini merupakan pesaing terbaik bagi Aweber.
KEPENTINGAN Autoresponder
Autoresponder merupakan satu perkhidmatan yang memudahkan urusan penjual produk digital. Sistem ini bolehlah dianggap sebagai "steno untuk bos yang sibuk". Autoresponder membolehkan mana-mana pengusaha produk digital melakukan pelbagai proses seperti menghantar email susulan (follow-up), maklumat terkini atau promosi pada tempoh yang telah diaturkan secara automatik.Sistem autoresponder boleh diperolehi dengan menggunakan perisian khas, pemasangan skrip ataupun berbayar (3rd party). Namun, untuk memudahkan kerja, ia lebih praktikal dan "tak sakit kepala" jika sistem ini menggunakan sistem autoresponder 3rd party (iaitu penyedia khas untuk sistem autoresponder).
BEST SANGAT KE EBOOK Panduan setup Getresponse NI?
Bagi saya, Satu ebook percuma yang bagus untuk dimiliki. Walaupun pihak getresponse sebenarnya telah membekalkan dua ebook khas (sekiranya anda membeli sisem ini dengan pihak getresponse) iaitu:- Getresponse Jump Start Tutorial Part One (GJSTP1) dan
- Getresponse Jump Start Tutorial Part Two (GJSTP2)
Bagi saya, saudara Mazli telah memudahkan kerja seorang penjual produk digital yang mungkin kurang berminat / tak berapa mahir dengan bahasa inggeris. Tambahan pula, 80% elemen penting dalam ebook GJSTP1 dan GJSTP2 telah diolah dengan baik lengkap dengan illustrasi. Syabas Mazli saya ucapkan atas penghasilan ebook percuma ini.
ISI KANDUNGAN EBOOK Panduan setup Getresponse?
Ebook ini hanya hanya sekitar 36 mukasurat tetapi penuh dengan informasi berguna kepada newbie yang baru-baru nak berjinak dengan sistem autoresponder berbayar. Ini antara elemen terpenting sekiranya anda mendapatkan ebook percuma ini:
- Cara membina(setup) "campaign".
- Bagaimana membina follow-up message.
- Bagaimana menambah follow-up message.
- Cara setup borang langganan dengan kod html. (anda tak perlu rasa takut, hanya copy dan paste kod tersebut dalam website atau weblog anda tanpa terlalu bersusah payah)
- Cara menghantar email broadcast (seperti kempen/promosi tambahan, potongan diskaun, info terkini, dsb)
BONUS KHAS UNTUK SESIAPA YANG MENDOWNLOAD EBOOK INI.
Anda akan diberikan kupon istimewa oleh saudara Mazli sekiranya memuat-turun ebook percuma keluaran beliau. Sila klik pada pautan ini atau pada illustrasi yang saya letakkan dibawah untuk tindakan selanjutnya.
Perkara yang saya ceritakan di atas hanyalah gambaran kasar sahaja. Selebihnya sistem ini perlu dikuasai oleh sesiapa yang berminat dengan sistem autoresponder berbayar pihak getresponse. Saya ulangi, ebook ini sememangnya PERCUMA. TIADA sebarang caj tersembunyi
SEDIKIT MAKLUMAT TAMBAHAN DARI SAYA
Pihak Getresponse turut menawarkan perkhidmatan sistem ini secara "Free Trial". Sekiranya anda rasa sistem ini sesuai dengan keperluan anda, pihak Getresponse menyediakan kaedah pembayaran secara flexi iaitu 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan atau 1 tahun.Secara purata, kos untuk melanggan satu bulan adalah sekitar RM 58.45 sebulan (bergantung kepada nilai matawang Malaysia berbanding US Dollar, jadi sekiranya matwang kita kukuh, maka harga tukaran itu pasti lebih rendah, hehe). Pembayaran boleh dilakukan melalui paypal atau kad kredit. Penjimatan dan potongan harga turut diberikan oleh pihak Getresponse sekiranya melanggan lebih dari 6 bulan dan ke atas.
SEDIKIT PERINGATAN DARI SAYA
Saya ingin berkongsi dengan anda satu cerita. Di satu bulan, sewaktu menggunakan perkhidmatan autoresponder Getresponse, dengan sengaja saya melengahkan bayaran untuk bulan yang seterusnya. Wah, hasilnya saya "diberi" dua email peringatan untuk menjelaskan bayaran untuk bulan yang seterusnya. Jika saya saya menerima email yang ketiga, memang perkhidmatan saya dibatalkan. Bila dibatalkan, terpaksalah mendaftar semula dengan nama login yang baru.Selepas saya "menjelaskan keadaan yang sebenar" melalui email, barulah pihak Getresponse mengktifkan kembali akaun saya. Moral dari cerita ini:
Untuk pengguna debit card, pastikan anda mempunyai baki yang cukup dalam akaun paypal anda. Pihak Getresponse menggunakan "kaedah bayaran secara automatik"..NO MONEY NO TALK YE!
Reply (balas) dari pihak sana dengan seberapa segera. Jika dah masuk kali ke-3, maka berakhirlah akaun anda. (Terpaksa daftar nama lain). Tulislah apa jua alasan yang logik dan munasabah. Pihak Getresponse dengan senang hati akan menerima alasan yang diberikan. Lebih baik mereka gantung (suspend) akaun sekejap dari terpaksa buat akaun balik kan? Tak larat wo mau kumpul semula nama pelanggan. (itupun kalo buat backup la, hehehe)
RINGKASAN DAN KESESUAIAN DENGAN PENGGUNA
Pro: Ebook Panduan Setup Getresponse
- Edisi Bahasa Melayu sepenuhnya dan mesra pengguna.
- Percuma! Manfaatkanlah ia dengan baik
- Sangat sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan sistem autoresponder. Bagi yang mahir juga digalakkan memiliki ebook panduan asas ini untuk memantapkan skil yang ada.
- Contoh dan langkah yang mudah difahami dan diikuti.
- Ebook ini memberi peluang untuk dapat bonus extra.
- Ebook ini tidak perlu dicetak dengan menggunakan dakwat warna.
Kontra: Ebook Panduan Setup Getresponse
- Tidak sesuai kepada mereka yang tiada motif utama berkaitan autoresponder.
- Sediakan duit secukupnya sekiranya anda berhasrat untuk membayar secara bulan per bulan. Jika tidak, terpaksa guna script percuma dan sakit kepala, hehehe
- Mungkin ebook ini boleh menambahkan sedikit maklumat lain seperti cara untuk "manage subscribers" (tetapi tidak mencacatkan persembahan ebook ini)
INFO & Profail RINGKAS
|
Judul Ebook |
: |
Panduan Setup Getresponse (2008) |
|---|---|---|
|
Genre |
: |
Tips dan Teknikal Asas |
|
Nama Pengarang |
: |
Mazlie Nadzri |
|
Nama Samaran |
: |
Mazlie Nadzri |
|
Harga |
: |
PERCUMA |
|
Ketebalan |
: |
36 m/s termasuk illustrasi |
|
Blog Rasmi |
: |
www.mazlienadzri.com |
|
Sokongan |
: |
Tiada Maklumat |
|
Rating Ebook |
: |
3 / 5 |
|
Alexa Page Rank |
: |
1,846,628 (kemaskini: 29/09/08) |
- Suarakan apa yang anda fikirkan pada ruangan "leave a comment"
- Sebarang cadangan membina sila ajukan ke ruangan support saya: komenebook.com/support
Popularity: 33% [?]



border=0">































No Comment Received
Leave A Reply