Ecover Jualan – Rahsia Penghasilan Ecover Secara Pantas Sudah Terbongkar

Posted by on January 27, 2009 in Review Produk Digital | 10 comments

Ecover Jualan – Rahsia Penghasilan Ecover Secara Pantas Sudah Terbongkar

SO DEF…SAYA DAN GRAFIK

Ya, pada 28 Oktober 2008, saya telah mengulas satu produk yang dihasilkan oleh designer ini. Pada awal perenggan saya telah bagitahu tentang betapa payahnya grafik. Malah, seingat saya masa sekolah rendah dan menengah dulu, paling tinggi dapat B, itupun mungkin cikgu kesian tengok muka sedih saya kot :-)

Baiklah, setelah saya bereksperimentasi, Alhamdulillah, semakin suka saya pula dengan grafik. Terima kasih Luv yang memperkenalkan produk ini.

ECOVER – PENYERI KEPADA EBOOK & PRODUK DIGITAL.

Jika anda perasan, boleh dikatakan 95% produk yang berasaskan ebook (e-buku) menggunakan cover yang dihasilkan secara profesional, menarik dan kemas. Ecover pada produk digital ini boleh anda samakan dengan membeli buku pada kedai atau pinjam dari perpustakaan. Malah, ada bidalan bedalan omputih  yang hingga sekarang masih hangat diperdebatkan:

“Don’t judge the book by it’s cover”

BAGAIMANA ECOVER MAMPU MEMPENGARUHI PENGGUNA?

Dengan penghasilan yang cantik, beserta dengan kemahiran menggabungkan warna yang bersesuaian, memang terbukti lebih ramai yang terdorong untuk membeli produk digital yang dihasilkan. Memang fitrah yang diberikan-NYA, manusia sukakan perkara yang cantik dan menganggap isi di dalamnya pun cantik (ye ke ni?)…Baiklah, saya tinggalkan kepada anda untuk menjawab persoalan ini.

BEST SANGAT KE VIDEO TUTORIAL ECOVER NI?

Untuk produk ini, Luvleey telah memberikan 3 video tutorial yang dapat dibahagikan kepada 3 bahagian.

  • Bahagian pertama: pengenalan kepada ecover script.  Ia juga termasuk teknik-teknik asas seperti cara mewarna, penghasilan layer, cara memasukkan teks dan cara menggunakan action script yang hanya menggunakan 3 langkah seperti yang dijanjikan. Paling penting, beliau telah mengajar cara untuk “Save files” pada format yang bersesuaian. Durasi video ini sekitar 14.36 minit.
  • Bahagian Kedua: Anda akan diajar teknik “drag and drop” dengan menggunakan template (templat) yang telah beliau hadiahkan secara percuma. Templat diberikan ini boleh anda “ejaz” sesuka hati anda. Durasi video ini selama 4.03 minit
  • Bahagian Ketiga: Cara menggunakan Teks Effect. Ia boleh digabungkan dengan menggunakan script action yang telah dibekalkan di dalam produk ini. Malah, jika diamati betul-betul, anda akan tahu skill yang telah beliau gunakan untuk menjimatkan masa design. Durasi 6.10 minit.

Selain itu, disertakan juga manual ringkas penggunaan dalam bentuk *.pdf. Bagi saya, anda perlu membaca manual yang diberikan untuk memahami “core idea” produk ini.

PEMBERI TESTIMONI

Jika anda perhatikan, terdapat 3 nama pemberi testimoni (usahawan internet) yang tidak saya ragui kredibilitinya dalam memberikan komen mereka pada hasil keluaran Luvleey pada web jualan beliau – Mawardee, Abooain dan Smartzul. Justeru, tak perlu lah diragui keberkesanan produk ini kepada bakal pembeli.

BONUS PEMBELI

Terdapat 3 bonus yang menarik telah diberikan oleh Luvleey. Ia terdiri dari 12 template floral yang menarik. 42 kesan khas teks dan juga 12 header floral yang bernilai RM 10 setiap satu.

Paling penting di sini, pembeli yang sah akan mendapat kemaskini video percuma beserta tutorial, juga ruangan support yang boleh digunakan untuk bertanyakan apa sahaja yang berkaitan dengan grafik.

PEMBACA, SAYA TELAH BUKTIKAN!

Baiklah, saya akan sertakan bukti saya menggunakan action script “made in Luvleey”. saya sertakan DUA snapshot ecover jualan yang telah saya hasilkan.

ecover saya yang pertama:

ecover lama:smallcover kepada sentuhan baru:

vitaminkejayaan1

ecover saya yang kedua:

rahsiareview

Juga, jika anda perasan, saya gabungkan elemen yang saya pelajari pada video keluaran pertama dan juga action script ini untuk menghasilkan HEADER yang baru sahaja saya upload pada 26 januari 2009 .

myheader

Header itu adalah ekperimentasi saya dengan script yang telah dihasilkan oleh Luvleey.

Di bawah saya tunjukkan header yang asal.

logo

Anda boleh bandingkannya :-)

RINGKASAN DAN KESESUAIAN KEPADA PENGGUNA

Pro: Ecover Jualan – Ecover Action Script

  • Edisi tutorial edisi Bahasa Melayu sepenuhnya
  • Edisi mesra pengguna dan sesuai untuk newbie yang ingin berjinak-jinak dengan penghasilan ecover
  • Harga masih rendah. Jika edisi luar negara, paling rendah (dan berkualiti) di jual sekitar USD 97. Jadi jangan lepaskan peluang ini.
  • Bab yang paling menarik adalah cara beliau berikan tips-tips yang bermanfaat pada video pertama.
  • Script yang disediakan kesemuanya menggunakan kaedah mudah 1-2-3
  • Ruangan support dan bonus – bonus berkaitan
  • Ruangan affiliates turut disediakan

Kontra: Ecover Jualan – Ecover Action Script

  • Anda perlu menggunakan perisian Adobe Photoshop. Versi percuma photoshop hanya sesuai digunakan selama 30 hari.
  • Proses membuat design grafik sekurang-kurangnya memerlukan kemahiran asas dan pandai menggabungkan elemen pewarnaan.

INFO & PROFAIL RINGKAS

Judul : Ecover Jualan – Ecover Action Script (2008)
Genre : Video Teknikal / Video Tutorial
Nama Pengarang : Nurulhayati Mohamed
Nama Samaran : Luv @ Luvleey
Harga : RM 50.00
Ketebalan : Tiada Maklumat
Blog Rasmi : www.syoksyok.com
Sokongan : Support Desk
Rating Ebook : 4 / 5
Alexa Page Rank : 6,312,765

Anda nak tunggu dan terus menunggu, tak mahu melakukan perubahan dalam diri anda! Layarilah web beliau untuk keterangan lebih lanjut di sini

 

10 Comments

  1. Wah…pnjang post ko rizal…cm novelpn ada…..neway nice content

    KampungBoy´s last blog post..KampungBoy Jual Ray-Ban Sunglasses

  2. Post yang akan datang lagi panjang dan penuh dengan ilustrasi..bersiap sedia la.. :mrgreen:

  3. asalam.. wah rizal.. semakin ranca dah blog ni ye.. ;)

    semakin banyak review yang hot.. :)

  4. wa’alaikummussalam..takdela bro Hilmi..sikit2 je. review orang lain lagi banyak dari saya..saya pun tengah belajar dengan otai2 review ni :smile:

  5. Saper otai review rizal?
    nak tau skit.

    • otai saya? saya sebutkan untuk versi malaysia saja ya..
      saya belajar dari smartzul, sham, alang, kakeru
      saya belajar “secara jauh” saja…pelajari teknik ulasan mereka kat blog.

      setelah itu, saya baca dan buat ulasan mengikut gaya saya sendiri. ulasan yang saya buat sememangnya berdasarkan eksperimen yang telah saya lakukan

      harap ia menjawab pertanyaan madno :grin:

      • :shock: Gulp…! Saya ni dikira otai ka Rizal..? wohoho…kelakar ar… :mrgreen:

        kakeru´s last blog post..Bintang Buat Anda

        • Klakar eh..betul pe..Kakeru salah sorang otai review yang saya hormati pada pandangan saya yang tak seberapa ini :cool:

  6. saya mmg merancang nak beli ebook luvly ni. masih dalam perancangan dan tak terbuat lagi. kecuali lah ada mana-mana IM bagi tawaran bonus ke. kalau bonus menarik mungkin saya terus beli je. hehehe…
    .-= Fazli´s last blog ..Membina Laman Web Percuma =-.

    • O..macam tu ke Fazli, pasni, saya dalam proses nak review satu lagi produk yang berkait dengan penghasilan ecover, yang satu genre dengan produk ni….keluaran IM lain..

      kot nanti lagi tak tahu nak beli yang mana, :mrgreen:

      p/s: nak offer? tunggu..!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>