Elegant Themes – Themes Premium Termurah Yang Elegan Dan Sempurna?
Assalamu’alaikum Wrt Wbt dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada para pengunjung blog komenebook.com yang saya sayangi
Setelah kali pertama saya membeli dan bereksperimen dengan pelbagai produk yang berasaskan blog wordpress, saya mula berkecimpung dengan dunia blog ini pada Januari 2008. Saya masih ingat lagi, pada bulan tersebut, saya hanya mendapat 17 unique visitors sahaja.
Pada waktu itu, salah satu dilema yang menghantui saya adalah untuk mencari themes wordpress yang sesuai. Maka saya menggunakan pelbagai keyword dan google cukup-cukup…dari sehari ke sehari…siang dan malam.
Pendek kata, dalam external-hard-disk saya, mengandungi lebih dari 100 themes pilihan. Ada yang sempat saya ubahsuai dan ada yang tak sempat.
Dalam pada masa yang sama juga, saya turut mempelajari cara-cara untuk hasilkan themes ‘from the scratch’. Phew…Penat dan memenatkan kerana ia turut melibatkan dari segi kod php…Saya tak sempat lagi khatam kod php ni walaupun dah berulang kali berulang alik pinjam buku kat library untuk belajar code php
Hasil dari pembelajaran dan pemerhatian sendiri, saya mula belajar memahami kaitan kod, css dan juga themes secara logik. Masa tu, saya ‘haram’kan terus penggunaan widget pada blog wordpress kerana pada pengetahuan saya yang agak terhad ketika itu, widget ni langsung tak beri kebebasan, langsung tak beri manfaat untuk ubahsuai tema ikut gaya tersendiri.
Lantaran dari itu, blog komenebook.com ni melalui pelbagai ubahsuai dari segi themes dan beberapa setting yang berkaitan dengan kod. Setelah melalui pelbagai ‘sesi pemilihan’ themes, saya mula bertekad untuk konsisten dengan satu theme sahaja. Oh ya, saya lakukan uji kaji themes itu pada satu blog eksperimen saya sebelum saya gunakan pada komenebook.com. (Ini rahsia besar saya
)
Akhirnya, theme wordpress pertama yang saya gunakan secara rasmi bernama Blog Oh Blog versi 1.0 (sekarang ni dah versi 2.0). Themes tersebut memang mudah dan tidak sakit kepala sangat untuk digabungkan dengan pengetahuan Photoshop, asas HTML dan PHP saya yang agak terhad.
Kemudian, saya beralih ke satu theme percuma yang cantik iaitu keluaran Dezzain Studio. Saya sempat memakai dua themes, iaitu Box Tube dan Zoxengen. Antara dua-dua themes tersebut, saya lebih cenderung memilih themes Box Tube.
Selaras dengan perkembangan versi worpdpress. Saya mula memakai satu lagi themes baru, iaitu Epsilon. Saya tertarik dengan themes ini kerana Themes Epsilon ini mempunyai ‘slider’ yang memaparkan ‘featured articles’. Namun, saya tidak pasti Themes Epsilon ini masih ada atau tidak. Ini kerana, themes ini mempunyai beberapa ralat setelah pihak wordpress.org kemaskini versi 2.7xx. Ralat tersebut diketahui dari komen-komen yang berkaitan dengan themes tersebut.
Lantaran dari itu, saya kembali memakai themes Box Tube…
Pada masa yang sama juga, saya mula mencari tema yang dipanggil “premium themes” (theme berbayar). Memang menarik dan ada kelebihannya, namun saya tak terasa nak beli kerana harga yang ditawarkan itu rasa macam “tak patut” aje
Kemudian, tarikh 18 Ogos 2009 mengubah segala-galanya. Saya bertekad untuk memakai satu themes premium keluaran Elegant Themes. Itupun setelah saya berfikir panjang untuk kepentingan blog komenebook.com ini. Ia hasilan dari otai yang bernama Nick Roach (Nick) dan dibantu oleh Yuriy. (ruangan support) Nick juga mempunyai kelulusan dalam bidang Graphic Design dari sebuah kolej.
Untuk pengetahuan anda, sebelum Nick berkecimpung sebagai designer sepenuh masa, beliau merupakan bekas anggota muzik sebuah band (maaf, saya tiada maklumat penuh berkaitan tentang band tersebut).
Saya senaraikan LIMA kriteria kenapa saya memilih themes ini:
KELIMA : THEMES YANG MENARIK
Sehingga kini, pihak Elegant Themes telah mengeluarkan 30 themes yang mampu memenuhi pelbagai selera pengguna. Ia sentiasa dikemaskini. dan ditambah. Sekarang ini saya menunggu themes yang menggunakan konsep OS Commerce yang diberi nama “eStore”. Eh..macam niagakit ke?
KEEMPAT : PAPARAN YANG SELARI DENGAN BROWSER
Themes Elegant ini memang cun susunannya walaupun dilayari dengan pelbagai jenis browser seperti IE6, IE7, IE8, Netscape, Opera, Safari mahupun Firefox. Berbanding dengan themes percuma yang biasa saya gunakan, ada yang mengalami masalah ralat dan pepijat. Akibatnya terpaksa menunggu insan2 yang sudi share kod2 untuk pastikan selaras dengan versi wordpress. Itupun kadang-kadang tak faham sebab ia melibatkan kod-kod html dan php! Jika anda masih ragu-ragu, anda boleh buka blog komenebook.com ini pada mana-mana paparan utama seperti Internet Explorer ataupun Safari
KETIGA : KOD – KOD XHTML DAN CSS YANG SELARI DENGAN VERSI WORDPRESS
Saya dulu mengambil enteng kaitan kod (X)HTML dan CSS dengan versi wordpress. Langsung “tak kisah apa yang terjadi” kerana bagi saya pada masa itu, isi lebih penting tema. Seingat saya, saya mula menyedari (X)HTML dan CSS ni penting bila pihak wordpress mula perkenalkan versi 2.5xx hingga ke versi 2.7xx. Ada sesetengah ubahsuai yang cuba saya terapkan tak berapa menjadi kerana ralat (bug) yang sukar untuk difahami…malah, ia turut berkait dengan faktor KEEMPAT di atas.
KEDUA : KURANG PENGGUNAAN PLUGIN
Untuk pengetahuan anda, sebelum menggunakan themes ini saya menggunakan sekitar 20 plugin untuk “mantapkan” (kununnya) blog komenebook.com ni. Bila penggunaan plugin ni banyak, pelbagai masalah “kecil tapi besar” akan timbul hatta sewaktu loading dan upgrade. Percaya atau tidak, blog ini hanya terdiri dari 10 plugin TANPA MENGGUNAKAN PLUGIN All in One SEO Pack PUN! Malah, jika saya nak buang lagi 4 plugin pun tak mengapa
[secara asasnya, themes ini hanya membekalkan satu plugin sahaja iaitu "Wp-navi plugin", selain dari 2 plugin yang telah dibekalkan pada script wordpress.org iaitu akismet dan juga hello dolly]
PERTAMA : HARGA YANG MURAH
Percaya atau tidak , anda mampu memiliki KESEMUA themes dan features yang ditawarkan pada harga USD 19.95 SETAHUN!!! Jika nilai ini ditukar kepada nilai RM, tak sampai RM 70 SETAHUN.
Murah atau mahal RM 70 setahun ni!?
RM 70 bahagi 12 bulan = RM 5.83 sebulan
Pada pendapat peribadi, sejujurnya nilai RM 70 ni lebih bernilai dari beli produk-produk yang mengarut seperti skim cepat kaya atau ebook yang menjual teknik rahsia (konon) untuk kaya kat internet ni.
kemaskini 29 Julai 2010 : Harga terkini adalah USD 39 = RM 124.80 (RM 10.40 sebulan) . Sila rujuk harga pertukaran wang asing semasa menerusi link ini
KEKUATAN THEMES INI
Pada sebab yang kedua, saya telah ceritakan yang saya tidak gunakan plugin terutamanya yang membabitkan SEO (Search Engine Optimizer). Untuk pengetahuan anda, SEO merupakan antara faktor penting untuk menjadikan blog/weblog mesra pengguna dan mudah disenaraikan dalam carian enjin.
Bagi mereka yang pakar SEO, ini bukan merupakan satu ‘masalah negara’ buat mereka. Bagi yang “kureng” pengetahuan SEO macam saya, alternative yang saya gunakan adalah dengan menggunakan plugin khas yang berkaitan dengan SEO untuk mengelakkan ‘sakit kepala’.
Persoalan di sini, bagaimana blog yang gunakan themes yang tak dimasukkan plugin SEO boleh bertukar menjadi blog yang “power”?
Ini yang ditawarkan oleh Nick kepada anda – “e-Panel”
Apakah yang dimaksudkan dengan e-Panel ini?
Secara mudahnya, e-panel merupakan satu kemudahan yang dicipta oleh Nick dan Yuriy bagi membolehkan blogger yang kurang kemahiran dalam ‘coding’ meng-integrasi-kan apa yang dimahukan pada blog mengikut gaya atau stail sendiri (berbelit tak ayat ni kawan-kawan?).
Setelah themes ini di-upload, pada ruangan “Appearance”, opsyen ini muncul selepas “Add New Themes”. Pada saat artikel ini disiarkan, saya menggunkan theme yang bernama “Glow”. Maka akan keluarlah opsyen yang bernama “Glow Theme Options” seperti ilustrasi di bawah.
Manakala, ilustrasi di bawah pula memaparkan sebahagian dari e-Panel Glow Theme Options (kesemua themes keluaran Nick kini mempunyai opsyen ini).
Pada opsyen e-Panel ini juga, terdapat 8 komponen utama iaitu:
- General Settings
- Navigation
- Layout Settings
- Ad Management
- Colorization
- SEO
- Integration
- Support Docs
Saya hanya akan sentuh empat (4) fungsi sahaja di sini. 4 fungsi lagi anda boleh godek-godek sendiri
1. Ad-Management
Pada bahagian ini, anda boleh letakkan banner iklan kesukaan anda. Apa yang perlu buat adalah hanya copy & paste link untuk produk dan juga link untuk banner yang bakal dipaparkan. Dan iklan ini akan dipaparkan pada bahagian bawah selepas post disiarkan.
2. SEO (Search Engine Optimizer)
Bagi saya, ini merupakan bahagian paling penting bagi mereka yang kurang mahir dengan teknik SEO. Pada bahagian ini terdapat 3 pecahan untuk SEO.
- Homepage SEO;
- Single Post Page SEO;
- dan Index Page SEO.
Terdapat 4 fungsi tambahan yang anda boleh enable atau disable iaitu,
- Enable Custom Title
- Enable Meta Description
- Enable Meta Keyword
- Enable Canonical’s Url
Paling penting di sini adalah Meta Description, anda mesti faham, fikir dan cuba semaksima mungkin keyword yang berkait dengan niche domain anda. Kebiasaan pengalaman saya, kurang dalam 2 hari, keyword yang anda taip pada Meta Description akan mendapat tempat pertama senarai carian. Saya tunjukkan kepada anda 2 daripada beberapa blog yang saya miliki.
Blog komenebook.com
Blog mybestdrama.com
3. Integration
Pada bahagian integration ini, terdapat 4 bahagian utama iaitu header code, body code, single top code dan juga single bottom code. Pendek kata, anda tak perlu bersusah-payah gunakan opsyen editor lagi. Copy dan paste kod dan masukkan terus kod-kod seperti banner iklan, kod google adsense, kod nuffnang, google analytics ke bahagian yang dirasakan perlu, mudah dan cepat
4. Support docs
Satu lagi kelebihan themes ini adalah ia menyediakan 3 jenis dokumen sokongan yang utama meliputi cara melakukan proses instalasi, ( 5 pecahan) Troubleshooting (7 pecahan) dan juga video tutorial (13 pecahan). Saya suka menonton video tutorial yang ditunjukkan kerana mudah difahami walaupun Nick menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa perantara.
Sekitar bulan November 2009, 13 themes bermula dari Glow, eNews, Bold, ePhoto, eBusiness, CherryTruffle, PureType, Basic, ColdStone, LightSource, eGamer, eVid dan Cion telah menyokong penggunaan Bahasa German dan Bahasa Rusia. Jadi, tidak mustahil untuk akan datang ada sukarelawan yang sudi meng-integrasi-kan themes ini dalam Bahasa Melayu pula!
RUANGAN SUPPORT MENGIKUT KATEGORI
Pelanggan yang membeli themes ini juga diberikan akses untuk ke ruangan forum khas, yang menariknya forum tersebut diatur mengikut themes, malah ada juga perbincangan khas mengenai themes yang diubahsuai mengikut stail tersendiri.
PENGGUNAAN WIDGET MENJADI SEMAKIN MUDAH DAN KEMAS
Jika di awal perenggan saya telah menyatakan yang saya ‘haram’kan penggunaan widget, sejujurnya kini saya 99% menggunakan widget untuk ubahsuai ruangan sidebar sebelah kanan themes ini. Apa yang menarik pada themes elegant ini adalah, terdapat 4 widget sokongan yang memang banyak membantu pelanggan untuk mencantikkan lagi themes yang sedia ada.
Pada bahagian widget yang disediakan, anda boleh ‘taruk’ apa sahaja yang anda rasa nak letak seperti biodata ringkas anda (beserta gambar), iklan adsense, banner tambahan dan juga satu tools yang dipanggil ET-Tabbed yang mana ia akan memaparkan post artikel terkini, post popular dan juga komen serentak pada panel yang sama.
SHORT-CODES YANG CUKUP AMAT MENYERONOKKAN!
Sesetengah pengguna yang bertahap “andvance” amat suka menggunakan shortcodes. Apakah peranan shortcodes untuk themes? Dipendekkan cerita, dengan shortcodes, anda tidak perlu lagi memasukkan cecacing kerawit kod-kod html yang mungkin tidak serasi dengan paparan browser dan juga versi wordpress. Sesetengah kod html/php yang mustahil untuk di-integrasi-kan kini semuanya di hujung jari. Pilih, Klik dan Masukkan ‘shortcodes’ yang anda inginkan.

Sehingga post ini dikemaskini (15 September 2010), terdapat 11 variasi shortcodes yang diperkenalkan oleh pihak ElegantThemes.com. Berikut saya sertakan satu contoh dari pelbagai variasi yang telah disokong menggunakan themes ini:
Anda juga boleh melihat keseluruhan variasi shortcodes dengan klik di sini
Terkini (kemaskini 31 Disember 2010):
- Dilengkapi dengan 7 templates yang sangat-sangat memudahkan pengguna seperti contact form, image gallery, sitemap – tak perlu lagi install plugin lain
- Dilengkapi dengan tutorial berkaitan shortcodes – sangat mudah difahami walaupun ia dalam bahasa inggeris
Kemaskini Januari 2012:
Pihak Elengant Themes telah memperkenalkan satu themes yang berkonsepkan Landing Page yang bernama “Convertible”
http://elegantthemes.com/gallery/convertible/video/convertible.flvAnda boleh lihat contoh Landing Page Convertible di sini
RINGKASAN DAN KESESUAIAN KEPADA PENGGUNA
Pro: Themes Elegant
- Themes yang cantik dan berkualiti, kemas dan profesional.
- Setiap themes dilengkapi dengan manual dan file photoshop. Kod-kod yang disertakan selari dengan paparan browser.
- Pembelian themes berbayar membolehkan anda ‘mendakwa’ themes itu dimiliki anda sendiri (boleh letak url domain anda dan copyright) berbanding dengan themes percuma.
- Pemasangan themes yang disediakan kesemuanya menggunakan kaedah mudah – plug, insert, and play! Malah, ia semakin mudah dengan penggunaan widget yang kemas dan tersusun.
- Ruangan support mengikut themes dan bonus – bonus berkaitan.
- Ruangan affiliates turut disediakan
- Kesemua themes boleh digunakan pada semua domain yang anda miliki tanpa had dengan harga yang sangat berpatutan.
Kontra: Themes Elegant
- Anda perlu memilih themes yang bersesuaian dengan konsep blog anda. Setiap themes yang dihasilkan mempunyai motifnya yang tersendiri.
- Anda masih perlu memiliki pengetahuan asas berkaitan dengan HTML untuk diaplikasikan pada themes Elegant ini. Disarankan agar ke laman web www.w3schools.com (percuma) untuk godek-godek HTML.
INFO & PROFAIL RINGKAS
| Produk | : | Premium WordPress Themes – Elegant Themes |
|---|---|---|
| Genre | : | Template WordPress Berbayar (Premium Template) |
| Nama Pencipta | : | Nick Roach |
| Nama Samaran | : | Nick |
| Harga | : | USD 39 per year (RM 121.00 setiap tahun) |
| Ketebalan | : | Tiada Berkaitan |
| Blog Rasmi | : | www.elegantthemes.com/blog |
| Sokongan | : | Forum Support, Ebook dan Video |
| Rating | : | 5 / 5 |
| Alexa Page Rank | : | 3,791 |
| Page Rank | : | PR 5 |
Themes premium yang dihasilkan ini jauh lebih murah dari themes berbayar yang lain. Sangat-sangat berbaloi jika anda memilikinya. Malah features yang ditawarkan pada themes hasilan Nick ini lebih banyak dan lebih baik fungsinya dari penggunaan themes percuma.
Berubahlah untuk kepentingan dan kebaikan untuk jangka masa panjang.
Untuk perhatian, saya merupakan developer sah untuk themes elegant.
Sekiranya anda berhasrat untuk mendapatkan servis berkaitan blog (domain+hosting+setup+themes) pada harga murah dan berpatutan atau sekadar menukar themes biasa kepada themes premium, anda boleh dapatkannya di Pakej Setup WeBlog ini













Baru tahu mengenai kelebihan theme berbayar. Ingatkan sekadar untuk mencantikkan blog sahaja
Setiap themes yang berbayar sememangnya mempunyai ciri-ciri yang unik. Apa yang saya ceritakan itu hanya sebahagian sahaja kelebihannya
Wah, satu review yang memang canteeek, sebenarnya dah lama saya dok usha Theme dari Elegant ni, tapi ntah camner pegi tangkap yang Colorslab dari Indonesia -Arthemia Premium.
Sekarang dah 2 tahun theme tu, rasa-rasanya nak tukar gak theme bagi tahun ni. Review ni memang kena dengan kehendak saya ni..hehehe, Insyaa-Allah kalau jadi beli saya akan beli melalui link kao.
Kalau tak silap saya yuran $19.95 tu untuk semua theme atau theme-theme yang tertentu je?
Thanks
(Salam) Abooain.
USD 19.95 untuk kesemua themes -- unlimited access dan juga unlimited blog(s) dengan syarat ia blog/site kepunyaan sendiri. Memang berbaloi-baloi
p/s: Theme Arthemia tu saya penah try jugak sebenarnya (edisi free)
p/p/s: Terima kasih kerana sudi membeli themes ini dari link yang telah saya sediakan
Salam,
Lama tak blog walking kat sini..seingat saya kali terakhir ke sini masa banner ada gambanr banyak buku..themes apa masa tu ekk
Themes berbayor memang best.. tukar2 themes ni penting jugak agar mata kita tidak dijamu dengan benda yang sama jer..
Lama jugak tak dengar khabar Afzai ni..hope sihat2 sokmo.
Seingat saya, masa tu dah pakai themes “Box Tube”.
Ya, itu salah satu sebab yang boleh dijadikan rasional untuk tukar themes. Bagi saya, biarlah themes yang ditukar itu banyak manfaat dan memudahkan urusan.
berbaloi dan banyak manafaat serta faedah..
.-= etomyam´s last blog ..Tipu lah, Memang Sedap Makan Duit Haram, Nikmatnya Lebih Lazatnya Ummph =-.
Ye betul..serta harga yang ditawarkan untuk kesemua themes tu memang murah betol!
Wow, memang kita harus berhati-hati dalam memilih produk digital. Seperti yang pernah pebisnis ulung katakan, “It is a Great Business Ideast if we make many reviews of our digital product before lounching it to the market”. Yah, memang benar, karena produk digital harus dipasarkan kepada orang-orng yang memang mengerti car memanfaatkan produk tersebut. I am trying to give the best comment.
Salam,
Satu tutorial BM lengkap untuk elegantthemes. Best baca komen di atas. Terima kasih atas perkongsian ini. Saya pun dah grab elegantthemes dulu. Themes yang disediakan memang berbaloi-baloi.
Sebab saya grab elegantthemes, sebab saya pening dengan theme-theme free kat luar sana. Sebab saya puas hati guna elegantthemes, sebab supportnya yang akan melayan pelanggan walau masalah yang dihadapi sangatlah remeh.
.-= Shaiful Azhan´s last blog ..Kuasa Dan Rahsia Forum Dalam Perniagaan Internet =-.
Ingin guna Themes Elegant, akan tetapi kekurangan modal buat masa sekarang. insyaAllah, ada keinginan juga untuk guna yang berkualiti.
Oh ya saudara Rizal, saya terpikat dengan tema BoxTube, adakah ia terdapat sebarang masalah di dalam penggunaannya?? buat masa sekarang, saya guna WP 2.7
Terima kasih banyak2 saya ucapkan.
p/s: sedang belajar dan ingin belajar mengenai dunia internet yang luas.
Setakat yang saya guna, walaupun versi 2.7, Themes Box Tube tiada apa-apa masalah. Namun, saya sarankan agar Hadi kemaskini versi wordpress ke 3.0. Proses upgrade sangat mudah dan tak perlu risau apa-apa
Cool review…sgt detail…smpai sy sndiri rse tertarik…
Terima kasih faris_jayz, difahamkan harga untuk themes tersebut dah berubah, jadi kena tunggu dan lihat adakah ianya benar atau tidak
berminat. tapi harga dia memang sakit..
Harganya baru sahaja dinaikkan..jadi mungkin sakit, mungkin tidak. “sakit” sekiranya tengok pada jumlah yang besar, “tidak sakit” sekiranya jumlah yang sedia ada itu, ditukar ke dalam RM dan dibahagi kos tersebut kepada 12 bulan.
terima kasih dengan artikel ni.. jumpa kat google..
sama-sama cascd, semoga ia bermanfaat
berminat dengan PersonalPress themes dan Polished tapi apakan daya, ia tak dijual satu-satu..
Themes tersebut boleh dibeli melalui ‘Pakej Setup WeBlog’. Namun, saya mohon maaf kerana laman web tersebut dalam proses kemaskini.
Sekiranya Mefranz berminat untuk mendapatkan hanya dua themes yang dimaksudkan, sila hubungi saya di ruangan support: http://rizaniaga.com/support
Saya suka pakai tema ET, tapi saya tidak punya uang untuk membayarnya.
Benarkah begitu? Kiranya laman Tuan Rama sedang memakai tema ET?
Saya memakai tema ET yang saya download gratis di internet. (pirated)
Kalau saya punya uang yang cukup banyak, saya pasti membeli yang asli.
Tema premium akan sentiasa mengalami update, Nanti akan bisa mendatangkan masalah dari segi code dan paparan antaramuka. Namun saya pasti kamu bisa boleh mendapatkan yang asli
Saya harap saya bisa.