Formula Matematik Hebat Atau Gila?: 4 – 3 = 5?
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog komenebook.com yang saya hormati
Semalam saya berkesempatan berbual dengan kenalan rapat saya, Mr. Syed; Kebetulan saya singgah di pejabat beliau, saya berkesempatan berborak dengan beliau di samping bertemu dengan seorang lagi senior lama. (Dunia ni memang kecik). Masa itu beliau sedang bercakap tentang beberapa produk saham dan wasiat. Jadi, saya luangkan masa untuk mendengar ulasan beberapa produk yang beliau ceritakan.
Sedang beliau bercerita, entah macam mana terkeluar satu kenyataan beliau.
“Saya boleh buktikan bahawa 4 – 3 = 5!”, tegas beliau dengan penuh yakin. Saya dan senior agak tercengang.
Saya mencelah, “kalau 1 + 1 = 3 tu (ibu + bapa = ibu, bapa & anak), saya biasa la dengar dan boleh tunjuk”. Tak lama kemudian, senior saya yang sorang lagi terpaksa berundur diri, sebab untuk menyelesaikan beberapa urusan.
Selepas senior saya keluar. Kami berbincang mengenai beberapa perkara. Kemudian, saya tanya Mr.Syed tentang teori pelik tersebut. Memang saya hairan dan ingat dia ni, saje je wat poyo. Sebab dia ni, suka jugak bergurau. Jadi, dia keluarkan satu kertas, dan lakarkan teori 4 – 3 = 5 itu…inilah hasilnya:
Selepas itu, baru saya nampak dengan jelas, dari 4 bucu, kita keluarkan segitiga, dan hasilnya akan dapat lima bucu. Kalau diterjemah kot bahasa omputih, 5 segi ni maksudnya “Penta”, ada yang sebut “Pentagon” (macam bangunan kat USA sanala). Mungkin masa mereka nak wat Pentagon dulu, asal-asal 4 penjuru je kot..kemudian, tetiba mereka nak wat bentuk 5 bucu, sebab nak jimatkan kos
APA MOTIF (Kebaikan) DARI CERITA INI?
- Untuk mencipta sesuatu, anda perlu kreatif dan cuba fikir di luar batasan kita (beyond expectation).
- Jika anda kreatif, anda akan dapati diri anda seorang yang unik.
- Jika anda unik, anda akan ada peminat yang tersendiri.
KENAPA KITA MESTI FIKIR SAMPAI TAHAP BEYOND EXPECTATION?
Sudah lumrah manusia, jika terjadi sesuatu musibah, kita lebih cenderung berfikir secara NEGATIF! Betul tak? Jadi, kita kena ingat, jika kita selalu fikir secara negatif, kita tak mampu nak kembangkan otak dan akal kurniaan-NYA ini dengan sebaiknya.
Ini kerana berfikiran negatif secara tidak langsung akan menyebabkan emosi kita akan menguasai diri. Bila emosi menguasai diri, maka, sesetengah keputusan yang kita lakukan itu, kebanyakannya tidak tepat dan boleh diragui oleh sesiapa saja.
Sebaliknya, sekiranya selalu berfikir tahap “beyond expextation” ni, secara tidak langsung kita telah mendorong otak dan akal anugerah-NYA ini berkembang dengan baik dan dapat berfikir dengan lebih positif. Bila keputusan itu dibuat dengan unsur positif, maka segala keputusan yang telah kita fikirkan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Secara rohaninya pulak, kita akan lebih yakin, bahawa segala keputusan dan tindakan yang kita buat, telah mendapat Keizinan-NYA.
Sama-Samalah kita renungkan…
- Jika anda setuju / tidak setuju, sila tinggalkan komen anda. Segala komen anda, saya hargai.
- Jika anda mahu nyatakan komen secara tertutup, sila isi ruangan “HUBUNGI” atau, emailkan ke komen@komenebook.com







Saya setuju dengan saudara. KIta mesti belajar untuk berfikr di luar kotak.Tujuan nya adalah supaya minda sentiasa diransang. Sesungguhnya kehebatan otak tidak dinafikan. Mengikut kajian Kita baru sahaja menggunakan 1% daripada anugerah yang diberikan. 1% tu pun sudah cukup membuat kita hebat.Bayangkan jika kita menggunakan 5%.
terima kasih atas komen saudara orizz (DrInspirasi.com). satu fakta yang hebat. harap2 saya dapat up kapasiti otak saya sampai 5% (fuyoo). biar jadi genius macam einstein gitu
Dasyat idea ni. Kalo guna idea ni, 4-3 boleh sama juga dengan 7 dengan menolak kawasan segi tiga di dalam rantau segi empat. Mungkin ilmu kira bucu ni boleh dibuat kajian selanjutnya
wahh.. ni membuatkan fikiran saya lebih terbuka n pikir lebih jauh lg… tak terpikir plak teori tu.. bagos2
kodin’s last blog post..Potret Ku sudah siap
em boleh bagi formula mudah matematik untuk bahagi x??
hahaha..itu diluar bidang pengetahuan saya
memang hebat…sama2 lah kita renungkan ya fieqa
mmg hebat…think outside the box. tapi tindakan yg paling susah kita nak buat..bagilah kami kekuatan untuk berfikir dan bertindak ya ALLAH….aminn…
Amiin…semoga dipermudahkan
4-3=3
segi empat same -- segi tiga same = segi tiga same
bijak..bijak…
xphm la pe mksudnye..
formula utk pe erk?
Syeira, ini satu formula logik yang mempunyai maksud tersirat. Maksud tersirat tersebut sebenarnya telah diceritakan setelah ditunjukkan solusinya (melalui ilustrasi terakhir)
Manusia terbaik adalah manusia yang boleh mecipta sesuatu yang diperlukan dan dimanafaatkan oleh manusai lain.Layari http://bijaksifir1malaysia.blogspot.com.Saya telah mencipta teknik menguasai sifir dengan cara nyanyian dan pola. tetiba murid-murid yang tidak minat matematik jadi seronok.alhamdulillah…ada pertanyaan hubungi 0136202009.Kita kungsi ilmu
Tahniah..semoga program ini akan terus berkembang dan maju…kita perlua anak2 yang bijak pandai dan berakhlak mulia untuk masa depan negara
boleyleh hehehe
tahniah…semoga program ini terus maju