Hampir Sebulan Berlalu KomenEbook Menyepi…

Assalamu’alaikum Dan Salam Sejahtera

Hampir sebulan berlalu dan hari ini baru tergerak hati nak post. Sampai saya terima email dari kawan-kawan saya yang sentiasa nak tahu aktiviti bulanan saya. Terima kasih kepada semua kenalan online dan offline saya. Saya sayang anda semua :-)

Baiklah, saya sebenarnya tak menghilang :-D

Saya masih berada di kampung yang saya cintai…

Cuma saya mahu fokus kepada apa yang perlu saya fokus sekarang ini, di samping menyelesaikan beberapa masalah peribadi. Pendek kata, dari bulan Jun hingga hampir nak habis bulan Julai ni, pelbagai peristiwa suka dan duka yang berlaku…dan lebih banyak cenderung kepada duka. Pelbagai peristiwa duka tersebut memang sedikit sebanyak menguji kesabaran saya..

Tetapi, saya anggap semua tu ujian dari Allah yang mahu mematangkan saya (Eh…tak matang lagi ke Rizal ni rupanya! Umur dah 30, bujang lagi, tapi baru nak mature ke? hehehe)

Selain dari  berhadapan dengan dugaan yang telah ditetapkan-NYA, inilah yang saya lakukan sepanjang bulan:

  • Dalam proses analisis data untuk tesis Master saya. Master yang saya buat adalah “by research”. Cuba habiskan dalam 6 bulan ni jugak walaupun jangkamasa sebenar, masih ada setahun setengah.
  • Menuntut ilmu Econometrics dan perisian yang hendak digunakan untuk proses analisis data dari pakar yang berkaitan
  • Training badminton untuk beberapa kejohanan yang bakal diadakan sebelum tibanya bulan Ramadhan Al-Mubarak. Target tak tinggi sangat, kalo dapat ke final tu, kira ok lah :-D
  • Membalas segala email yang berkaitan dari pelanggan dan bukan pelanggan saya. Alhamdulillah, masih ada pelanggan baru yang nak deal dengan saya. So, masih ada rezeki buat duit secara sambilan menerusi blog
  • Tengah nak siapkan produk kedua untuk dijual. Harapnya, Allah berikan peluang kepada saya untuk siapkan sebelum tahun ni. Untuk pelanggan produk Panduan Beli Ebook, jangan risau, anda akan dapat harga special dari saya. Tunggu email dari saya ya :-D

Bagaimana dengan review? Stok Produk untuk saya review masih ada. Cuma tak pasti, adakah bulan Ogos 2009  yang bakal nak muncul beberapa hari lagi ni, nak review ebook (kategori pendapatan?) yang boleh jadi konteversi kepada pemilik ebook tersebut atau masih nak review produk yang lebih menjurus ke arah teknikal asas+jana pendapatan.

KomenEbook nak bikin kecoh pulak ke? Orang lain semua puji ebook tu taw!

Takdelah…komen sikit-sikit aje…setiap produk semestinya ada kelebihan dan kekurangan kan?

Hmmm…saya masih terfikir – fikir hingga sekarang…

Bila nak review ebook tersebut…….

LANGGAN NEWSLETTER KOMENEBOOK
Sertai Newsletter KomenEbook! Dengan melanggan newsletter KomenEbook, anda bakal menerima sebarang hebahan, review produk digital, perkongsian ilmu dan tips-tips percuma berkaitan blog.
Kami benci spam. Email anda tidak akan dijual atau dikongsi kepada mana-mana pihak.

, , ,

13 Responses to Hampir Sebulan Berlalu KomenEbook Menyepi…

  1. abgzol 25-Jul-2009 at 11:39pm #

    Wah! Kita sama ler rizal..aku pun genap sebulan tak update blog :D hehehehe. Baru bulan ni aku berkesempatan update. Apa-apa pun tahniah ler rizal dah dapat update blog ni sure ramai yg rindu hasil coretan rizal. Ok bro..aku doakan semoga semua list aktiviti di atas akan berjalan dengan suksess!!!

    • admin 29-Jul-2009 at 11:01am #

      Sama-sama Abg Zol, tahniah jugak atas kelahiran permata baru, semoga ia menguatkan lagi semangat Abg Zol utk berjaya :smile:

  2. ayuAhmad 28-Jul-2009 at 12:00am #

    byk betul aktiviti yea. Semoga berjaya yea.

    • admin 29-Jul-2009 at 11:03am #

      Sama-sama AyuAhmad :smile:

  3. amirol 30-Jul-2009 at 9:01am #

    Menuntut ilmu hitam dari GURU ONLINE saya. Lain kali, kalau nak berguru, cari guru macam dia ni ya

    Dahsyat statement ni. Belum layak jadi guru tu.. :oops: :shock:

    • admin 30-Jul-2009 at 9:36pm #

      Aha…Guru Online dah bagi simple statement..

      Sebab tak pernah bersua muka, itu pasal jadi ilmu hitam :mrgreen:

      Itulah yang saya suka dengan Anda, “makin berisi, makin tunduk”..

      well, U’ve deserved that title :cool:

  4. mydailyblog.info 31-Jul-2009 at 10:04pm #

    semoga berjaya bro..
    .-= mydailyblog.info´s last blog ..Jackie Chan oh Jackie Chan =-.

  5. samdaddycool 4-Aug-2009 at 4:39am #

    … banyak aktiviti offline ek! Apa-apa pun, all the best!
    .-= samdaddycool´s last blog ..Buat duit online dengan ‘search’? =-.

  6. catzer 11-Aug-2009 at 1:38pm #

    Saya pun lama tak update blog..huhuh..writer’s block sekejap..
    .-= catzer´s last blog ..Jom Buat Orang Tersenyum =-.

  7. Motivasi Kerja 30-Sep-2009 at 4:10pm #

    Biasalah kekadang kene utamakan apa yang utama. Tak gitu?

    • admin 30-Sep-2009 at 9:29pm #

      gitu – gitu :-D

  8. Adney 30-Nov-2009 at 3:20am #

    huhu.. tdi puas bacer review pasal “Teknik Memanipulasi Kewangan” tadi.. nak bg komen tengok da closed plak.. aiya..

    Anyway bro tahniah la sebab berani wat something different mcm ni.. lepas ni semua org akan berhati2 bilenak kuakan ebook.. so tiade yg akan terinaya.. God Luck Bro..

    Man Utd menang bro.. ! ;-)

    • admin 30-Nov-2009 at 8:49am #

      Ditutup sebab tidak mahu memanjangkan lagi keadaan, pendek kata..”sudah-sudahlah!” :mrgreen:

      Harap2 macam tu lah Adney, boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua

      p/s: ManU still the best :cool:

Leave a Reply


*

Powered by RizaNiaga.com