Assalamua’alaikum dan Salam Sejahtera.
Setelah lama menyepi dan merehatkan diri… Kini saya kembali dalam komuniti online. Pelbagai peristiwa dan masalah yang telah saya hadapi, 2/3 darinya telah saya selesaikan. Jadi, secara tidak langsung, ringanlah sedikit bebanan yang saya pikul selama ni. Kembalinya saya pun, masih dengan beberapa urusan yang mesti saya selesaikan dalam minggu ni. Nak check email pun saja dah ambil masa yang lama..banyak sangat email yang memerlukan saya membaca, membalas dan mendelete!
PENYAKIT NORMAL KE TAK NORMAL…
Rehat yang lama ni, masalah jugak! Yela, macam2 rasa, termasukla rasa malas nak post artikel.
Jadi, ini merupakan satu penyakit normal buat sesiapa saja. Ubat dia senang aje, kena motivasikan semula diri dengan mendengar syarahan motivasi (kat tv, radio) atau membaca penulisan atau makalah ilmu berkaitan motivasi. Sure ia akan boost-up semula, revive dan kembalikan momentum.
MENUNTUT ILMU ITU WAJIB DAN PENTING
Buat kenalan online yang mempunyai adik, sanak saudara atau kenalan (dan tak lupa pakwe/makwe masing-masing…hehehe) yang berjaya memasuki menara gading (IPTA atau IPTS) atau institusi perguruan/latihan, Tahniah dan Syabas saya ucapkan. Moga-moga semua urusan berjalan dengan lancar dan rajin-rajin belajar.
Belajar dan berusaha meningkatkan diri amatlah dituntut dan perlu diberi keutamaan. Ini kerana, peluang keemasan jarang datang lebih dari sekali. Justeru, kena pandai memanfaatkan peluang yang ada. Paling penting kena ada fokus dan sasaran.
Khas untuk kenalan / pengunjung yang meletakkan komen pada artikel “Saya Tidak Akan Online Sekitar June…”:
Terima kasih kerana sudi memberikan komen dan sokongan moral buat saya. Semoga kalian juga sentiasa berterusan mempunyai peminat dan berjaya dalam apa jua yang dicita-citakan.
Komen Produk:
Wah, sekarang ni semakin meriah dengan pelancaran pelbagai produk digital. Maka semakin meriahla dan berkembangala industri perniagaan digital ni…Ini satu perkembangan yang semakin bagus dan memberangsangkan disebalik kenaikan harga minyak dan pelbagai isu semasa politik yang hangat dan konteversi di Malaysia yang tercinta ni. Kita semua kena tunggu, lihat dan bertindak dengan rasional.
Sepanjang saya berehat lama, beberapa produk yang ingin diulas masih lagi tersemat. Draf dah ada. Cuma saya perlukan masa yang sesuai untuk baca dan tengok semula. Ada yang mengatakan, nak review dan menulis ni mudah. Ia mudah bagi orang yang terbiasa dengan penyelidikan dan rajin berlatih untuk menulis (Saya masih lagi tak mencapai tahap minimum tersebut). Tapi ia tak semudah yang disangka.
Ulasan memerlukan bacaan berkali-kali dan menyelami isi penyampaian dan cuba juga memahami maksud tersurat dan tersirat di sebalik kata penulis produk digital. Paling penting, kena buang rasa “bias” (cenderung) dan melihat dari pelbagai perspektif. Kajian/eksperimen juga perlu dibuat untuk membuktikan kebenarannya.
Selepas proses pertama, nak menulis pula perlukan masa yang sesuai dan ada “feel”. Waktu “feel” tu pulak, bergantung kepada “abang Mamud” (Mood). Kalo abang mamud kita ni ok, dapatla tulis tak renti-renti, dan fresh. Tapi kalo abang mamud tak ok, KO jugakla jawabnya! Baru ia dapat menghasilkan ulasan yang baik dan bertanggungjawab.
Selepas itu, publish post dan menunggu reaksi dari para komentars. Maka, haruslah menerima sebarang feedback (komen positif atau negatif) dengan hati yang terbuka. Tak kena cara, post yang ditulis, langsung tak ada komentars. Mungkin disebabkan takde traffik, post yang dah biasa atau post tersebut memang auta!
Pelancaran Produk:
Saya kini dalam proses terakhir dalam melengkapkan produk yang bakal saya release. Harap-harap pada bulan Julai ini saya dapat lancarkan projek tertangguh saya ni. Sepatutnya, pada akhir bulan Jun lepas, saya dah lancarkan produk digital ini. Laman web untuk Produk saya ni, masih dalam proses percubaan dan membaiki kelemahan yang ada. Inilah yang dikatakan, manusia hanya mampu merancang, DIA yang Maha Menentukan.
Benarlah kata seorang bijak pandai, ada jenis manusia yang pandai membahagikan masa dengan baik, dan langsung tak pandai bahagikan masa. Ada juga yang berharap agar sehari itu melebihi 24 jam! Jadi, di mana kita sekarang ni? Harap2 saya dan semua kenalan online& pengunjung tergolong dalam kategori yang pertama.
Sekian, terima kasih kerana sudi mengunjungi dan membaca post ini…





















4 Comments Received
July 7th, 2008 @8:01 am
wah tahniah bro dah dalam pembangunan untuk produk anda sendiri. hehehe. tahniah tahniah.
hmmm boleh bagi klu bro tu produk apa? hehehe.
taukey’s last blog post..Do Follow Vs. No Follow
[Reply]
July 8th, 2008 @3:46 pm
terima kasih kembali taukey…
IM lain keluarkan pelbagai jenis produk, so, saya kena amik peluang ni jugakla(kalau mereka sanggup buat, jadi kita pun kena tanam sifat macam tu jugakla)…hehehe
produk yang saya bakal saya buat ni satu ebook, khusus saya target pada newbie…
insya’Allah, informasi berkait ebook itu, saya akan iklankan nanti pada weblog ini..
[Reply]
July 11th, 2008 @11:08 am
Salam,
Good luck bro
Tahniah akan keluar produk sendiri.. Tahniah.. Harap usaha anda akan terus mekar dan teruskan usaha anda..
[Reply]
July 13th, 2008 @12:29 pm
salam
terima kasih buat ijamidayu atas sokongan yang diberikan…ia menambahkan lagi semangat saya
[Reply]
Leave A Reply