Assalamu’alaikum Wrt Wbt
Salam Sayang buat pengunjung laman blog komenebook.com yang saya hormati.
Berlalulah sudah 2009, kini tiba pula tahun 2010. Sedar tidak sedar, ketika artikel ini ditulis, kita sudah berada pada 22 Muharram, 1431. Begitu cepat masa. Allah dah peruntukkan dengan cantik dan sempurna apa yang perlu dilakukan untuk setiap jam, minit dan saat…namun semuanya terpulang kepada kita…
Pelbagai peristiwa yang telah saya alami sepanjang setahun 2009. Di sini, saya ingin berkongsi serba sedikit peristiwa suka dan duka saya sepanjang saya berkecimpung sebagai part-time blogger.
KEGAGALAN
- Tidak dapat menguruskan masa yang diberikan Allah dengan sebaik mungkin. Tahun ini cuba disiplin diri dengan lebih mantap lagi
- Kawan jadi lawan, lawan jadi kawan. Ajaib betul! Apapun, setiap kejadian Allah ada hikmah-NYA.
- 4 produk yang telah dibuat, tetapi 2 darinya tidak dapat dilancarkan kerana saya rasakan ia sudah ‘out-of-date’. (kena buat lagi la tu). Kecewa memang ada, namun saya amalkan kaedah TIP – “Take It Positive”
- Sekitar bulan September, blog ni dah ke PR 3, tapi entah macam mana, dalam bulan 11, ranking PR tu jatuh semula jadi PR 2. (Begitu juga dengan beberapa blog kenalan online saya yang sempat saya check). Memang langsung tak faham apa teknikal issue nya yang telah terjadi. Takpelah, PR ni benda kecik aje, paling penting isi dan fokus blog
PENCAPAIAN
- Berjaya mendisiplinkan diri dengan publish artikel setiap bulan, berkaitan dengan review produk, pandangan peribadi dan perkongsian maklumat
- Berjaya mengemaskini versi produk berbayar yang sulung. Panduan Beli Ebook Versi 2.0 . Terima kasih tak terhingga kepada para pembeli.
- Dapat menjadi reseller yang sah untuk beberapa produk yang berkualiti, satu pelaburan yang sangat berbaloi-baloi.
- Membuka 3 program Affiliate untuk 3 produk yang diyakini ada peminatnya yang tersendiri.
- Rating Alexa semakin bertambah baik. Sehingga post ini diterbitkan, ia berada di bawah lingkungan 500,000. Ia satu pencapaian di luar jangkaan saya sebagai part-time blogger, yang hanya publish 1 artikel setiap bulan, biasanya nak cecah angka 3 hingga 5 juta dan ke bawah itu memang satu perkara yang sukar. Ini adalah post yang ke-61. Untuk pengetahuan, rating Alexa sentiasa naik dan turun. Dan saya tidak terkejut jika selepas ini rating ini akan kembali cecah ke angka 1 juta. Namun, antara faktor utama adalah KESUDIAN ANDA, PENGUNJUNG YANG SAYA SANGAT-SANGAT HORMATI KERANA SUDI MEMBACA DAN MENGHAYATI ARTIKEL YANG DITERBITKAN. Tanpa anda, rating saya tidak akan naik ke tahap ini.
- Menerima jemputan dan talk berkaitan dengan ruang dan peluang perniagaan secara online dan risiko yang berkaitan. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Ada yang boleh dihadiri dan ada yang tidak (Maaf sangat-sangat, mungkin ia mengecewakan sesetengah pihak)
- Dapat berguru pelbagai ilmu dengan usahawan internet terkenal dan semakin ngetop sekarang ini, Mohd Amirol. Untuk pengetahuan anda, nama Mohd Amirol dah makin feymes kat pasaran luar negara. Tak rugi berguru ilmu teknikal dengan beliau! Belajar aje tau, jangan try nak bodek2 dengan beliau kecuali awek cun
- Dapat berkenalan dengan usahawan internet sepenuh masa, terutamanya shamsuriyadi (satu negeri dengan beliau)…begitu juga dengan beberapa IM2 yang memang feymes dan top kan dunia siber ni, tetapi saya tidak akan sebutkan di sini. Sering bertukar2 pendapat samada melalui email, sms, jumpa dan makan2.
KESAKITAN
Tahun 2009 juga banyak kecederaan yang saya alami akibat aktif sangat dengan badminton. Yang paling teruk sekali sekitar bulan 11. Jika ikut pada jangkaan (urut traditional), 1 bulan lebih tak boleh main.Jika ikut pada kecederaan, rasa dah nak gantung reket.
Saya sertakan beberapa gambar keadaan buku lali saya.



Saya terseliuh setelah lakukan jumping smash pada mata akhir set pertama. Masa jatuh tu, bunyi macam ‘dahan patah’. Mujurlah dengan bantuan rakan dan sedikit pengetahuan berkaitan asas kecemasan, bengkak tu surut sekejap sebelum ia ‘kembali mengembang’.
Masa kena tu, memang tak berapa lena tidur..huhu. Selera makan agak terbantut. Tak boleh solat seperti biasa, dan rasa trauma. Sebenarnya, sekitar umur 20an dulu, pernah kena sekali, namun ini yang paling teruk. Mungkin kena pulak kot pada usia 40 nanti??? Allah yang Maha Mengetahui…
Namun, terima kasih kepada Kak Ani dan Dr Shukri, insan yang mula-mula memperkenalkan produk Avail Beauty kepada saya. I-Food, Man-Plus dan Pantiliner. Selain dari lakukan urutan secara traditional, ketiga-tiga produk inilah antara yang menyebabkan tempoh pemulihan hanya sekitar 2 minggu sahaja. Pantiliner keluaran Avail Beauty ni memang serba guna!

Hasilnya, dapatlah saya ikuti kem latihan sebagai persiapan kejohanan untuk perlawanan badminton berkumpulan bulan Disember lepas. Dalam skuad, saya yang paling tua namun diberi kepercayaan untuk main single. Berkat tunjuk ajar jurulatih, saya menang pada rubber game tetapi ia belum mampu melayakkan kami ke akhir kerana, tewas agregat 1-3 pada separuh akhir. Jadi, dapatlah sebutir pingat gangsa.

KONTROVERSI
Ada juga artikel-artikel yang saya tulis mencetuskan kontroversi. Namun bukan niat saya untuk jadi jaguh, apatah lagi untuk suka-suka nak kondem. Saya cuba menulisnya dengan se-profesional mungkin, berdasarkan ilmu pengetahuan saya yang sangat terhad.
Dah tak suka kontroversi, kenapa tulis juga? Asasnya kerana mahu menjaga kepentingan para pengguna dari merasa menyesal kerana membeli produk-produk yang mungkin tidak sesuai untuk mereka. Pinta saya, yang baik dijadikan taulan dan pengajaran. Tahun ini mungkin ada artikel-artikel yang panas, namun semuanya bergantung kepada keadaan. Jika boleh elak, saya akan elak kerana memang tak sukakan kontroversi.
PERANCANGAN DAN AZAM BARU?
Saya tiada azam baru, hanya mahu menambah baik azam-azam yang telah saya tunaikan pada tahun lepas.
- Review produk secara tertutup (berbayar) dan terbuka masih menjadi keutamaan.
- Produk Panduan Beli Ebook masih dalam proses kemaskini untuk ke versi 3.0. Begitu juga juga dengan dua produk baru yang masih dalam fasa 50%.
- Saya juga akan lakukan proses rebranding pada blog dan juga produk.
- Saya juga bercadang untuk menambah program affiliate sedia ada kepada 5 hingga 6 produk. Namun bergantung kepada keperluan.
- Cuba hasilkan produk percuma yang baru dan boleh dikongsi bersama
Manakala untuk aktiviti terkini pula, saya sedang bekerjasama dengan beberapa orang profesor madya yang saya sangat2 hormati dalam kajian akademik terpilih. Moga-moga nama saya tersenarai sekurang-kurangnya dalam 2 jurnal antarabangsa dengan mereka pada tahun 2010 ini…sebelum saya kembali ke jawatan lama saya…Insya’ Allah.
Tahun ini juga merupakan tahun kritikal bagi saya kerana dalam tempoh wajib menghabiskan tesis master dala bidang Pengurusan Risiko. Saya sangat2 berterima kasih kerana anda sentiasa sudi mendoakan pengajian saya.
Itulah sahaja yang dapat saya kongsikan.
Para pembaca dan para pelanggan yang saya hormati, Saya sayang anda semua…Saya masih ingat asal usul saya…Tanpa sokongan anda, siapalah saya…
-Rizal-
10 Responses to “Kegagalan, Pencapaian, Kontroversi, dan Azam Baru?”












Tahniah atas kejayaan-kejayaan tahun 2009. Semoga tahun-tahun mendatang lebih cemerlang lagi. Cemerlang di dunia dan akhirat, insyaAllah. Tak lupa juga terima kasih banyak-banyak atas bimbingan yang diberi, yelah, bukan mudah nak tunjuk ajar orang yang sudah berumur macam saya. Terima kasih sekali lagi.

mykrk´s last blog ..Mohon Maaf
Terima kasih kerana sudi jadi pelanggan saya. Puan tanya aje apa3 soalan dan permasalahan..saya akan cuba menjawab sebaik mungkin.
blog puan juga banyak membantu saya refresh bahasa arab
Cemerlang kat akhirat lebih diutama
Berlalulah sudah 2009, kini tiba pula tahun 2010. Sedar tidak sedar, ketika artikel ini ditulis, kita sudah berada pada 22 Muharram, 1431. Begitu cepat masa
@Jal…
AKAN DATANG SUATU WAKTU…SEABAD TERASA SETAHUN, SETAHUN TERASA SEBULAN, SEBULAN TERASA SEMINGGU, SEMINGGU TERASA SEHARI, SEHARI TERASA SEJAM…BEGITU CEPATNYA MASA BERLALU!
ps; ada yg mengatakan bukan ‘terasa’, tetapi ia mmg real begitu…oleh sbb bumi berputar pd paksinya dan mengelilingi matahari semakin ligat dari waktu ke waktu!
pss; kita semakin hampir dgn ‘hari kematian’
Poziabb´s last blog ..Sudoku
Memang itu tanda2 seperti yang telah dinyatakan pada Hadis Sahih
aiyarkkkk…….sakit kaki main badminton. dah tak leh main lagi daaaaaa….
taukey´s last blog ..Tahun 2010 Sila Update Ke WordPress 2.9.1
Dah baik dah…dah boleh main smula dah..kena berhati2 kali ni agar tak kena spt baru2 ni
QUOTE [Dapat berguru pelbagai ilmu dengan usahawan internet terkenal dan semakin ngetop sekarang ini, Mohd Amirol. Untuk pengetahuan anda, nama Mohd Amirol dah makin feymes kat pasaran luar negara. Tak rugi berguru ilmu teknikal dengan beliau! Belajar aje tau, jangan try nak bodek2 dengan beliau kecuali awek cun]
Mana ada makin ngetop wahai saudaraku Rizal. Makin tertutup ada la.
Tapi part awek cun, den memang bersetuju sungguh.
Apa – apa pun, terima kasih diucapkan kepada Rizal untuk sokongan yang diberikan selama ini. InsyaAllah, mudah – mudahan dapat kita ketemu di masa terdekat.
Amirol nak lari dari hakikat sebenarlah tu ye…anda ni jenis diam-diam berisi
Insya’ Allah, moga2 dapat bertemu dengan Guru alam siber yang tak lokek ilmu ni
fuh
boleh ajak lawan badminton ni
Boleh aje hasbulaqill, tapi saya ni takla terer sangat..rezeki Tuhan bagi pingat tu sume2