Kembali Online! Download Percuma Perisian Sekarang Dan Ceriakan Diri

Posted by on June 11, 2010 in Diskusi Ilmu, Semasa | 6 comments

Kembali Online! Download Percuma Perisian Sekarang Dan Ceriakan Diri

Assalamu’alaikum Wrt Wbt dan Salam Sejahtera.

Saya ingin maklumkan kepada anda bahawa saya akan kembali lakukan tugasan lama – review produk-produk digital terpilih, berkongsi tips atau sebarang maklumat lain bermula pada bulan Ogos 2010. Sehingga saat ini, saya masih lagi terikat dengan beberapa perkara yang mesti saya selesaikan. Penat tapi berbaloi kerana income online dan offline masyuk seperti biasa. Alhamdulillah, semua rezeki itu datangnya dari Allah..DIA boleh bagi dan tarik pada bila-bila masa sahaja. Jadi, untuk peringatan bersama, terutamanya para usahawan internet, TAK USAHLAH SANGAT PAPARKAN  PENDAPATAN pada laman web jualan. Sekali sekala mungkin boleh diterima, tapi kalo asyik paparkan “gambar income lama” aje, lambat laun bakal pembeli akan “cop” (sebut betul-betul) anda dengan pelbagai gelaran  :-D

Baiklah, Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin kongsikan anda satu informasi yang sebenarnya dari tahun 2009 lagi saya nak kongsikan maklumat ini, tapi tak dipublishkan kerana saya mengamalkan satu polisi umum – satu bulan satu post. Justeru, maklumat di dalam artikel ini  mungkin dah “basi”.

Kesannya, rating blog ini sentiasa naik dan turun. Paling ketara ketika saya terlupa nak renew domain dan hosting blog ini. Satu kesilapan mudah yang mana kesannya cukup besar.

Soalan Umum:

  • Adakah anda menggemari muzik pelbagai genre?
  • Adakah anda gemar menonton anime seperti bleach ataupun naruto ? video clips meliputi pelbagai genre seperti sudut agama, hiburan, maklumat umum, adat resam, teknologi dan gadget, rahsia alam, seni dan kreativiti?
  • Tahukah anda bahawa anda boleh muat-turun kesemuanya tanpa perlu menggunakan perisian berbayar?
  • Tahukah anda sesetengah video clips seperti lagu artis kegemaran anda, atau official movie soundrack boleh di”convert” dalam format mp3 secara mudah dan boleh didengari samada di dalam kereta mahupun pada laptop anda?

IMBAS KEMBALI: Kerana kekurangan pelbagai maklumat, dulu saya gunakan sekurang-kurangnya 2-3 perisian untuk muat-turun dan convert ke mode mp3. Saya memang suka dengar lagu-lagu kesukaan saya menerusi mp3.

Namun kini semuanya mudah dengan menggunakan satu perisian yang boleh didapati secara percuma iaitu RealPlayer SP.

Apa yang perlu anda lakukan adalah memuat-turun perisian ini pada laman rasminya di sini : http://my.real.com/ . Seterusnya pilih opsyen Download Now

p/s: Bahagian installasi tidak diterangkan. Saya andaikan anda tahu cara nak install perisian ini. Jika tak tahu, boleh hubungi saya di ruangan support

Setelah itu, anda pergi ke laman web seperti YouTube ataupun Daily Motion. Jika anda ingin dapatkan anime seperti Naruto ataupun Bleach, anda boleh ke site http://chia-anime.com

Katakan di sini saya ingin memuat-turun soundrack dari Naruto Shippuuden – Lagu bertajuk “Hero’s Come Back”. Apa yang perlu dilakukan adalah layari laman YouTube. Seterusnya gunakan opsyen “search dan taipkan seperti ilustrasi di bawah. Kemudian klik pada klips yang berkenaan.

Semasa klips soundtrack sedang dimainkan, bawakan mouse anda pada mana-mana bahagian di dalam klip video tersebut. Seterusnya akan keluar satu menu kecil pada penjuru paling atas sebelah kanan – “Download This Video”. Seterusnya tekan opsyen tersebut.

Seterusnya, video tersebut akan dimuat-turun dengan perisian Real Player SP seperti ilustrasi di bawah.

Proses muat-turun selesai. Jika anda perasan, terdapat opsyen-opsyen yang menarik seperti “convert” dan share pada laman sosial seperti facebook dan twitter. Boleh rujuk ilustrasi di bawah sekiranya kurang jelas.

Harus saya ingatkan di sini, setiap file yang telah dimuat-turun akan disimpan pada ruangan yang telah disediakan secara default. Formatnya pula adalah *.flv.

Anda juga boleh mengubah setting tersebut pada folder/direcktori lain. Apa yang perlu dilakukan adalah tekan sahaja butang:

“MyLibrary” ->Tools ->Preferences ->General dan pilih “File Location” seperti ilustrasi di bawah

Setelah anda menekan butang “Convert”. Satu kotak arahan akan keluar. Terdapat dua langkah paling penting yang mesti anda faham. Yang pertama adalah “Convert to”. Yang kedua pula adalah “Save in”

Langkah 1 : Convert to

Katakan di sini saya ingin convert soundrack lagu “Hero’s Come Back” ini ke format mp3. Secara defaultnya, perisian ini telah menetapkan sebarang file bakal di”convert” pada format mp3. Sekiranya anda mempunyai henpon canggih manggih seperti iphone atau blackberry, klik sahaja butang “Convert to”. Rujuk ilustrasi di bawah

Langkah kedua: Save in

Pada bahagian ini, secara defaultnya perisian ini akan menyimpan file yang di”convert” tadi di dalam folder / direktori yang sama. Anda boleh memilih file yang telah di”convert” itu ke folder pilihan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah tekan opsyen “save in” dan pilih “browse”. Kemudian pilih dimana destinasi folder / direktori yang anda suka seperti ilustrasi di bawah.

Proses selesai. Soundtrack yang telah terhasil seperti langkah-langkah di atas boleh dimainkan menerusi mp3, pada laptop mahupun di dalam kereta. Kebanyakan kereta ataupun mpv terkini memang menyokong penggunaan usb. Manakala video klipnya pula boleh dimainkan terus menerusi Real Player. Semuanya sangat mudah kerana tak perlu gunakan perisian yang banyak. Langkah untuk lakukan semua ini pun memang mudah dan tak perlu tunggu anda jadi pakar :-D

Perisian ini memang banyak membantu saya memuat-turun preview produk internet. Kebanyakan produk internet sekarang menggunakan platform you-tube untuk menerangkan kelebihan menggunakan produk mereka. Dengan adanya perisian ini, saya download dulu, dan tonton kembali bila masa terluang :-D

Semoga tips yang diberikan ini serba sedikit membantu anda…jika anda rasakan ia bermanfaat, sebar-sebarkan dan ceria-ceriakan diri ya. Kita berjumpa semula pada post yang akan datang :-)

PENAFIAN:

Anda bertanggungjawab ke atas apa yang anda muat-turun. Nasihat saya, JANGAN sesekali muat-turun dan dijual pula pada orang lain. Setiap lagu/cerita/video clips tertakluk kepada akta hakcipta dan undang-undang yang berkaitan. Tips yang diberi ini hanyalah untuk kegunaan “non-commercial”.

Ahmad Rizal Razali (atau KomenEbook). Pensyarah Jabatan Kewangan dan Perbankan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Berkelulusan Sarjana Pengurusan Risiko (melalui penyelidikan). Kajian berkaitan boleh diperolehi menerusi AhmadRizal.com. Kini dalam proses untuk melanjutkan pelajaran ke peringkan Ph.D. Menjadikan blog sebagai hobi sambilan. Juga menyediakan khidmat setup blog, website, shopping cart, review produk digital dan setup skrip di RizaNiaga.com

6 Comments

  1. Salam Rizal :smile:
    Terima kasih. Baru tahu hari ni. Cuma ada satu persoalan kecil, agaknya bolehkah fail yang kita muaturun itu diupload semula ke Youtube? Kalau boleh format mana yang bagus ya? flv atau mp3?

    • Setakat yang ditest, boleh sahaja fail tersebut di upload. YouTube benarkan pengguna upload sebarang format fail asalkan tidak melebihi 2Gb. Tempoh (masa) video terseubt pula tidak melebihi 10 minit. Kedua dua format bagus tetapi saya lebih suka format mp3

  2. Thanks Rizal. Artikel ni dah bagi idea yg bagus pd saya. Boleh la dengar bebelan En. T.Harv Eker, Jack Canfield n so on hari2. Yess!! :razz:

    • Sama-sama Kakeru. Nak dengar saya membebel pun takpe :mrgreen:

  3. Salam Rizal, dah lama saya menanti artikel baru dari sini. Akhirnya muncul jua :smile: Saya juga gunakan RealPlayer untuk download sesuatu dulu.

    Tapi lepas dah guna Internet Download Manager, saya lebih selesa dengan IDM lagi. Sebab download pon lagi cepat kot huhu..

    Apa-apa pun, perkongsian yang baik untuk mereka yang suka mendownload tapi tak tahu nak guna perisian yang mana sesuai.

    • Tutorial menggunakan tool Real Player SP yang ditunjukkan pada post ini memang khusus kepada mereka yang kali pertama mengalaminya dan lebih mesra pengguna untuk convert sebarang file. Manakala I.D.M pula lebih sesuai untuk pengguna (surfers) bertahap advanced. Real Player SP dan Internet Download Manager masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Leave a Comment

Email anda tidak akan dipaparkan. Ruang bertanda * mesti diisi


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>