Mahu Dapat Cek US Dollar Setiap Bulan? Raja Adsense Nak Tunjuk. Klik Di Sini
Powered by MaxBlogPress  
Komen Tentang Ebook, Produk Internet Terbaik, Kongsi Pengetahuan, Comment(s) for Knowledge and Sharing

Ampun Tuanku...Sembah Patik Harap Di Ampun!

March 27, 2008 – 1:22 pm | by admin

Ampun beribu-ribu ampun, sembah patik harap di ampun.

Tuanku Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah ShahPatik selaku rakyat Terengganu biasa, yang tidak mempunyai apa - apa kepentingan ini melafazkan Sumpah Taat Setia yang tidak berbelah bagi kepada Tuanku Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sebagai Pemerintah Tertinggi Negara, Ketua Agama Islam dan Lambang Ketuanan Negeri Melayu.

Patik tidak suka akan politik, malah tidak langsung berminat akan politik. Namun patik cukup rasa kesal dengan isu perlantikan MB Terengganu sekarang. Mereka-mereka yang berkepentingan dan tidak bertanggungjawab telah menimbulkan bantahan, membuatkan patik rasa tidak senang hati kerana mempertikaikan keputusan Pihak Istana Terengganu, yang mana pandangan patik, mewakili Tuanku yang kini menjadi pemerintah untuk seluruh Malaysia

Apa yang mendukacitakan patik kerana mereka sanggup membuat demontrasi jalanan, sambil menggantung kain rentang seperti "Kami nak Idris, N####G" yang mana ayat tersebut pada perkiraan pacal yang hina ini ditujukan kepada Pihak Istana Terengganu yang mengurniakan watikah perlantikan MB Terengganu yang terkini baru-baru ini. Kain rentang itu jelas pada pandangan patik, sepertimana yang di siar dalam televisyen utama negara.

kain rentang bodoh

Sewajibnya, pihak-pihak yang berkepentingan ini seharusnya meminta ampun khususnya kepada Tuanku Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan pihak istana amnya kerana telah mempertikaikan keputusan Pihak Istana Terengganu. Mereka-mereka ini sepatutnya berbincang secara baik-baik dengan Tuanku, malah patut mendidik penyokong-penyokong mereka dengan lebih waras, bukan emosi.

Walau setinggi manapun undang-undang negara, selepas undang-undang Islam, kita mesti mentaati perintah raja / sultan. Jangan biarkan diri dipanggil penderhaka!

Oleh itu, sekali lagi, patik berdiri teguh dibelakang Tuanku Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu. Apa jua keputusan yang dikeluarkan Tuanku, terhadap corak pemerintahan negeri Terengganu, terutamanya isu perlantikan Menteri Besar Terengganu ini, patik terima dengan sokongan yang tak berbelah bahagi.

Molek pada perkiraan Tuanku, moleklah jua pada pandangan patik . Patik hanya mahukan keamanan, kehidupan seharian yang baik-baik dan kebebasan mengamalkan agama Islam. Patik tak rela dipanggil derhaka kepada Sultan. Tuanku lebih berhak menilai siapa yang berhak.

Tuanku dan PermaisuriDaulat Tuanku!

Daulat Tuanku!

Daulat Tuanku!

Semoga Allah Memelihara Keamanan Negeri Terengganu Darul Iman

 

 

[?]
Share This
Kongsi Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • feedmelinks
  • Furl
  • Reddit
  • Smarking
  • YahooMyWeb
  • Digg
  • eKudos
  • Facebook
  • Google
  • Live
  • MyShare
  • PlugIM
  • Technorati
  • Socialogs
  • Gwar
  • Taggly
  • Yigg
  • Book.mark.hu
  • e-mail

Tags: , ,

  1. 4 Responses to “Ampun Tuanku...Sembah Patik Harap Di Ampun!”

  2. By mtzm on Mar 27, 2008 | Reply

    orang2 yang macam nila yang patutnya ditangkap dengan ISA. Semua orang yang ada dalam gambar secara tak langsung menderhaka gak sebab biar je kain rentang tu. kalo ada yang rakyat yang patriotik tahap hang tuah mesti dah tikam je mamat yang pegang kain rentang tu

  3. By kodin on Mar 28, 2008 | Reply

    (saya org selangor)

    saya sokong sepenuh-penuhnya institusi DIRAJA ini.

    DAULAT TUANKU!
    DAULAT TUANKU!

    mmg betul, patut kene tahan ISA dan buang negeri terus. memalukan rakyat Terengganu jee.. Sultan lebih arif dlm menentukan hal-hal kepentingan rakyat.

    DAULAT TUANKU!
    DAULAT TUANKU!

    kodin's last blog post..MukaKU di potret kan!!!!

  4. By starline on Mar 29, 2008 | Reply

    Sebab taksub pada politik sanggup membelakangkan institusi Raja.Padahal Sultan yang lantik jadi Menteri Besar.Tak faham betul la.

    starline's last blog post..Mengenal CPU : Bahagian 2

  5. By admin on Mar 30, 2008 | Reply

    terima kasih kepada mtzm, kodin dan starline atas komen yang diberikan. walaupun mtzm dan kodin bukan orang ganu, anda bertiga memang memahami peranan institusi beraja.

    itulah salah satu sebab saya postkan artikel tersebut. kalo sapa2 paham rukun negara pada rangkap "kesetiaan kepada Raja dan Negara", akan faham, kepada siapa harus kita taat dulu.

    maksud ayat akan berbeza sekiranya "kesetiaan kepada negara dan Raja".

Post a Comment