Komen Diam v.s Komen Membodek v.s Komen Promosi v.s Komen Sebenar?:Dilema Seorang Agen Affiliate

Posted on July 24, 2008 | 10 comments

Komen Diam v.s Komen Membodek v.s Komen Promosi v.s Komen Sebenar?:Dilema Seorang Agen Affiliate

(Salam) dan Salam sejahtera buat pembaca.

Tajuk di atas saya pilih kerana saya sendiri telah menerima email dari “tetamu” yang saya gagal nak kenalpasti. Ini kerana dia tidak meninggalkan nama sebenar…kemungkinan besar email yang dikirimkan itu juga pun bukan email sebenar beliau. Untuk pengetahuan, email itu sudah lama saya terima. Sekarang baru nak bukak kes :-)

Dalam email tersebut, saya telah diingatkan agar “mengomen” satu produk keluaran sorang IM yang saya kenal, kerana beliau berpendapat, produk yang dijual itu “tak bagus” (saya tak gunakan bahasa sebenar kat sini, maaf ya!). Jadi, telah timbul satu konflik yang menarik untuk dipelajari.

Saya tak pasti adakah kerana:

  1. Dia kecewa, merasa tertipu setelah membeli produk itu (dan cuba melakukan segala tips-tips yang dibagi).
  2. Tidak membeli dan sekadar mendengar cakap2 dalam forum atau kenalan beliau membeli dan menceritakan kekurangan produk tersebut.
  3. Sengaja memburukkan produk yang dijual.

Saya masih bersangka baik…mungkin penghantar email tersebut kurang faham dengan pendekatan / teknik yang digunakan oleh penjual ebook tersebut…malah masih menunggu hasil (RM) yang masih tak kunjung tiba.

Saya buat satu kesimpulan mudah: itulah salah satu cabaran dalam dunia internet. Kejayaan bergantung kepada usaha (latihan dan komitmen, doa), minat dan tahap penguasaan seseorang terhadap konsep cintakan ilmu.

Lantaran dari email yang saya terima, saya luangkan masa sekitar beberapa bulan “merayau-rayau” ke blog-blog yang percuma dan berbayar, saya dapati, wujud dilema seorang agen affiliate (seseorang yang mempromosikan produk jualan orang lain)…

dengan kata lain sindrom:

  • komen diam
  • komen membodek
  • komen promosi
  • komen sebenar

Saya berikan beberapa contoh (ayat saya ubah untuk mengelakkan ianya dapat dicari dalam search engine selain mahu menjaga hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam perlembagaan undang-undang :-) )

PERTAMA:contoh/keterangan komen diam:

agen affiliate tersebut hanya meletakkan gambar produk yang dipromosi tanpa komen ape-ape mengenainya, atau hanya letakkan sekitar 4-5 patah perkataan saja.

KEDUA:contoh/keterangan komen membodek:

“try la produk ni…ni la produk terlengkap bla..bla…bla.. (dan lepas tu, bagi link referral).

-hakikatnya, manusia sendiri pun tak sempurna, inikan lagi produk!-

KETIGA:contoh/keterangan komen promosi:

“kalo betul-betul nak tau tentang produk abc ni, boleh klik kat sini (bagi link pautan)

-komen sebegini memang banyak jika betul-betul surf, ada yang bagi keterangan ringkas, sederhana panjang dan panjang-

KEEMPAT:contoh/keterangan komen sebenar:

Biasanya komen sebenar adalah ditulis oleh Internet Marketer (usahawan internet) atau blogger yang memang melakukan ekperimen dan memperolehi hasil dari produk tersebut. Jika gunakan bahasa yang lebih standardnya, ia dipanggil REVIEW. Komen sebegini boleh wujud dalam ruangan forum atau blog berbayar. jarang yang menggunakan blog percuma sebagai medium mereka mempromosikan produk keluaran IM lain. Kebiasaannya, blog-blog kategori ini sentiasa mendapat tumpuan surfers. Peratusan newbie/surfers membeli produk dari komen kategori ini adalah tinggi.

APA DILEMANYA?

Inilah yang menjadi permasalahan saya di awal penglibatan diri dalam dunia blog. Untuk pastikan kebenaran kata-kata saya, inilah antara koleksi blog yang selalu saya buat eksperimen. anda boleh klik di sini untuk tengok, betapa teruknya saya mempromosikan produk keluaran orang lain.

Jika anda perhatikan, terlalu banyak kelemahan dan kekurangan jika tak menimba ilmu dalam mempromosikan produk dan skill menulis. Jika anda seorang yang jenis cerewet, memang itulah kali pertama dan terakhir anda akan layari blog tersebut. (blog tersebut telah saya modified agar tidak diindex atau untuk suapan [feed]).

Saya sendiri pun masih lagi terus belajar dan belajar dari kesilapan lampau.

Jadi di situ saya terfikir, mungkin email luahan perasaan seperti yang saya terima di atas berpunca dari blog yang macam saya buat tersebut. (sebab, selepas sahaja seseorang klik pada gambar / teks pautan untuk ke sesebuah minisite, affiliator tersebut sudah dikira “lepas tangan” dan terpulang la kepada kekuatan produk yang di jual).

Inilah cabaran utama dalam dunia seorang agen affiliate…bagaimana menjadi seorang agen affiliate yang hebat dan mendapat kepercayaan ramai. Mudah bercakap dari segi teori tapi payah nak dilaksanakan. Tiada ubat yang mujarab selain mempraktikkan produk yang dibeli, buktikan dan tulislah review yang anda rasakan wajar. Kejujuran akan melahirkan peminat tetap. Praktikkan teknik ini, barulah anda memperolehi kredibiliti seperti Internet Marketer atau para agen affiliate yang telah berjaya!!!

10 Komen

  1. Pergh…. Nice sharing bro.. Thanks.. Betul juga kerana kadanag-kadang kita terlalu leka untuk mendapat keuntungan dari jualan sebagai affiliate..

  2. seorg internet marketer perlu mencuba pelbagai cara utk berjaya dlm dunia internet, bukan sekadar menjadi affiliator semata2…

  3. buat ijamidayu:
    sama2…terima kasih atas pandangan anda, affiliator memang ada jugak tanggungjawab sosial yang perlu diberikan kepada pelawat :-)

    buat usri:
    pendapat anda juga betul..terima kasih atas komentar anda. jarang affiliator menjadi IM dan jarang IM menjadi affiliator. biasanya IM ada produk dia sendiri, jadi memang tak bergantung sangat dengan produk orang lain.

  4. Sebagai pemilik produk, saya risau bila tiada orang bertanya..huhuhu

    Saya terfikir mcm ni..

    “perfect sangat ke sampai takde orang tanya”
    “ke teruk sangat sampai tiada orang nak tanya”
    “ke orang tak faham sampai tak tau nak tanya apa”

    itu adalah antara persoalan yang saya risaukan bila tiada orang bagi feedback pape.

    Saya gembira bila ada orang tanya..daripada situ saya boleh perbaiki..bila tiada orang tanya.. nak buat apa? nak update kat mana?
    huhuhuh

  5. Yup, Sham. Betul tu. Org kata bahasa diamlah bahasa yg org tak boleh nak faham, spt menyimpan 1001 rahsia pula. Dalam diam kita tak tahu org tu marah kita ke tak puas hati dgn produk kita ke…senyap je, mestilah konfius..hoho..

    kakeru’s last blog post..Langkah pertama saya

  6. (salam) saudara IM Sham dan Kakeru:

    Sham: hmmm..itu memang dilema seorang penjual produk. huhuhu…untuk pengetahuan sham, sewaktu saya “ushar” beberapa komuniti forum dan blog2, ada komen2 “nakal” mengenai masalah produk2 digital yang dijual oleh IM-IM kat malaysia ni…apapun, email yang saya terima itu, adalah antara yang menakutkan saya.

    Kakeru: saya sokong pandangan kakeru. kalo diam nak kawin tu, lain la maknenya :-) )

  7. tak semua orang faham apa yg kita share. tak semua orang faham apa yg diorang nak. So, senang cite, sukar kita nak puaskan hati semua orang. Takkan nk tunggu sesuatu produk tu lengkap baru kita nk promosi walhal kita tahu semua produk kat dunia ini tidak akan lengkap? hoho.. :mrgreen:

  8. Titan: Masalah yang Titan utarakan ada penyelesainnya. Jika kita tak tahu produk itu sejauh mana bagusnya, boleh merujuk kepada mana-mana blogger yang telah menggunakan produk tersebut. sebagai contoh, katakan saya hendak mempromosikan produk google adsense, yang mana pada masa itu, saya belum menggunakannya lagi. kita boleh berkata macam ni,

    “saya sejujurnya belum menggunakan produk ini lagi, namun kenalan baru saya, si A telah menunjukkan bukti keberkesanan google adsense, menerusi email yang beliau hantar kepada saya. Maklumat lanjut boleh layari laman web beliau di http://www.contohproduk.com...”

    Jadi, secara tak langsung kat sini, bakal pelanggan tahu, anda telah berikan bukti (lagi bagus kalo dapat tunjuk bukti email yang diberikan) yang sahih.

    Ini secara tak langsung menambahkan lagi keyakinan bahawa anda (affiliator) telah merujuk kepada sumber-sumber lain (cth: blog review, forum, email). secara langsungnya kredibilti kita seorang affiliator bertambah.. bila dah semakin tinggi kredibiliti, semakin mudah nak promosi :-)

  9. Saya setuju. Bahkan e-mel saya akan dihujani dgn pelbagai promosi drpd para affiliator. Kesemuanya ‘memuji’ produk yg dibawa. d forum juga serupa. tiada langsung ulasan yang ‘benar’. Semuanya mahu meraih komisyen. :x

    Akhirnya kini, saya sudah bosan dengan mereka semua kecuali sebilangan sahaja yang saya benar2 percaya.

    Terima kasih saudara KomenEbook :smile:

    p.s: semoga terus membongkar rahsia2 yang sengaja disembunyi. :mrgreen:

    • Memang ada pro dan kontranya, Hadi. Saya menghargai pandangan anda. Apa yang penting, objektif dan sasaran asal mesti jelas dan konsisten :mrgreen:

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan dipaparkan. Ruang bertanda * mesti diisi

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>