Kuasaforex:Mencipta Kekayaan Terpantas Di Dunia…Haram Ke Halal Ni?

Posted by on April 1, 2008 in Review Produk Digital | 37 comments

Kuasaforex:Mencipta Kekayaan Terpantas Di Dunia…Haram Ke Halal Ni?

FOREX DAN SEJARAHNYA

Kuasa ForexApa yang anda faham tentang foreX? Forex terdiri dari dua gabungan perkataan iaitu “Foreingn”+”Exchange”. Nama standard Melayunya adalah Tukaran Wang Asing. Nama singkatan forex pula adalah “FX”. Forex ni merupakan satu medium yang digunakan oleh pedagang matawang atau bank-bank seluruh dunia untuk membuat tukaran wang asing yang melibatkan proses jual&beli atau beli&jual. Proses ini melibatkan pasangan matawang. Sebagai contoh, US Dollar dengan Ringgit Malaysia dan British Pound Sterling dengan US Dollar.

Saya tertarik dengan isu yang berkait pasal forex ni bila nama George Soros mula disebut-sebut kat Malaysia. Kerana pengaruh dan kepandaiannya dalam memanipulasikan pasaran matawang asing, sedikit sebanyak (memang banyak!) Malaysia turut terjejas. Namun, saya bukan pakar ekonomi untuk menceritakan segalanya.

Jika anda selalu mengikuti perkembangan berita kat televisyen, memang ada satu segmen khas untuk forex. Forex begitu popular kerana transaksinya hampir mencecah $2 trilion sehari. Jika diikuti perkembangan sejarah forex, secara mudahnya ia berkait rapat dengan sejarah sistem barter dan cagarannya terhadap emas tulen. Malah, dikatakan menurut sejarah; forex berkait rapat dengan perkembangan ekonomi di Amerika. Sebab itu, tidak hairanlah, matawang negara Uncle Sam itu menjadi matawang utama dunia.

BEST SANGAT KE EBOOK KUASAFOREX NI?

Ebook ini dah lama saya beli. First time baca, rupanya ebook ini mendedahkan kepada saya beberapa perkara yang menarik, antaranya adalah:

  • Ianya merupakan gabungan pengetahuan (dari pembacaan ebook) dan penggunaan satu indicator (robot) yang sangat membantu sesiapa yang berminat dalam forex dalam melakukan proses beli / jual matawang utama dunia.
  • Kuasaforex merupakan satu signal yang termurah dari segi harga dan berbaloi memilikinya. Anda boleh lihat harga satu indicator yang sama fungsinya dengan kuasaforex di sini.
  • Proses untuk BUY dan SELL untuk setiap pasangan matawang utama menjadi semakin mudah dengan indicator hebat ini.
  • Anda tak perlukan kemahiran terlalu tinggi untuk menjana kekayaan melalui forex. Kemahiran yang saya maksudkan, adalah kemahiran untuk buat laman web atau buat blog! Hanya perlu baca ebook berulangkali, lakukan latihan trading, sediakan sedikit modal dan buat duit!
  • Keuntungan yang cepat dan selamat, urusan dilakukan hanya dengan sambungan internet dan komputer. Malah industri forex dikelolakan oleh institusi yang berdaftar dan disahkan
  • Kepandaian dan kemahiran yang diperolehi dari trading dengan menggunakan ebook ini dapat diwariskan kepada anak, saudara mara atau kenalan rapat.
  • Anda boleh melakukan trading demo dengan menggunakan indicator ini samada di platform FXCM atau Marketiva.
  • Indicator kuasaforex juga sangat sesuai digunakan semasa melakukan real trading.

ISI KANDUNGAN EBOOK KUASAFOREX

  • Pengenalan kepada forex
  • Asas dalam forex
  • Urusniaga yang berkait dengan forex
  • Arahan-arahan yang berkait dengan urusniaga forex
  • Analisis teknikal seperti Bolinger Band dan Moving Average
  • Analisis teknikal mudah dengan kuasaforex (killer produk terletak pada tajuk ini)
  • Cara dan langkah-langkah untuk memulakan urusniaga forex beserta tips-tips rahsia
  • 16 rahsia untuk berjaya dalam forex

EKSPERIMEN BENAR DARI SAYA

Kata orang, tak guna bercerita kalo tak buat! Mungkin ada yang masih ragu-ragu dengan forex ni. Baiklah. Pada segmen ini, saya akan tunjukkan pada anda satu bukti hasil dari eksperimen yang saya lakukan. Eksperimen ini saya lakukan bersama kenalan saya yang kini sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah di Australia (Thanks bro!).

Dengan berbekalkan modal paling minimum sebanyak US Dollar 300. Kami membuka real account (akaun sebenar) dengan FXCM. Maka, anda akan saksikan, satu bukti simple trading dengan pembacaan dan indicator kuasaforex dalam masa 3 hari kami bertrading. Kami hanya menggunakan kaedah BUY sahaja dengan menggunakan indicator kuasaforex.

Gambar pertama itu antara paparan utama kandungan laporan dari FXCM (Klik Gambar Untuk Paparan Besar):

FXCM front account

Gambar kedua merupakan hasil eksperimen trading real forex selama tiga (3) hari-Jumlah Dalam US Dollar (Klik Gambar Untuk Paparan Besar):

Hasil eksperimen forex

Jika anda lihat pada paparan paparan tersebut, dalam 3 hari sahaja, kami memperolehi USD 441.01; peningkatan sebanyak USD 141.01..menarik bukan! :-)

BONUS-BONUS UNTUK PEMBELI EBOOK KUASAFOREX

  • Video panduan asas teknikal indicator
  • Perisian World Time untuk memudahkan anda bertrading
  • 3 ebook istimewa berkait dengan forex
  • Satu perisian forex sistem (Profitable Forex Trend System) yang bernilai lebih dari RM 350

Selain itu, bantuan forum support turut disediakan oleh Nasir Yacob. Malah, seminar khas turut dikendalikan oleh beliau pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Ianya terbuka kepada pembeli ebook ini dan juga bukan pembeli ebook kuasaforex. malah, turut disediakan kursus pemantapan khas kepada mereka yang pernah mengikuti kursus yang dianjurkan dengan harga yang berpatutan dan murah.

RINGKASAN DAN KESESUAIAN DENGAN PENGGUNA

Pro: Ebook Kuasaforex-Mencipta Kekayaan Terpantas Di Dunia

  • Edisi Bahasa Melayu sepenuhnya.
  • Gambarajah dan penerangan illustrasi yang berkaitan dengan istilah disusun dengan baik.
  • Sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai sifat suka mengambil risiko (risk-taker).
  • Ebook bersifat teknikal dengan gaya bahasa tahap sederhana sukar.
  • Ebook disertakan satu indicator (robot) khas untuk pembeli ebook kuasaforex, lengkap dengan cara pemasangan.
  • Berpeluang menjadi rakan affiliate untuk dipromosikan kepada kenalan.
  • Mempunyai support department beserta bengkel yang berterusan dengan yuran yang sangat berpatutan.

Kontra: Ebook Kuasaforex-Mencipta Kekayaan Terpantas Di Dunia

  • Tidak sesuai bagi mereka yang kurang faham dengan risiko dalam forex.
  • Perlukan kemudahan internet dan komputer/laptop untuk ber’forex’.
  • Sesetengah gambarajah dalam ebook ini perlu dicetak dengan menggunakan printer color (bagi mereka yang mempunyai masalah tidak boleh mengadap skrin komputer terlalu lama, anda perlu cetak ebook ini).
  • Perlukan masa, latihan yang berterusan. Kurang sesuai berurusniaga dengan forex sekadar pembacaan ebook sahaja.

FOREX HARAM!!!

Inilah antara isu yang hebat diperkatakan. Macam isu hukum hisap rokok la (dalam kes rokok ni, Majlis Fatwa Kebangsaan dan state, hukum hisap rokok ni haram, tapi, anda boleh lihat kat persekitaran, cuba tanya pandangan dan pendapat mereka tentang rokok ya!)

Saya ni bukan ahli yang layak dalam bab menghukum. Tapi saya suka ikut satu pepatah orang tua yang telah dimodenkan:

  • “Ada beza orang yang hanya belajar dengan sorang guru dengan orang yang belajar dengan ramai guru”.
  • “Orang yang belajar sorang guru, ibarat sebiji batu dalam tin “
  • “Orang yang belajar dengan ramai guru, ibarat 100 biji batu dalam tin”
  • “Cuba anda fikir betul-betul, mana yang lebih kuat bunyinya?

Mula-mula, saya sendiripun tak faham apa yang beliau maksudkan, kemudian saya balik dan berfikir, oh…barulah saya faham apa yang beliau maksudkan.

Apapun, saya telah sediakan dua artikel yang berkait dengan hukum forex ini. Anda boleh download penerangan tersebut di sini.

Saya juga sediakan satu pautan khas berkait dengan ulasan forex ini oleh seorang penceramah terkenal: Ustaz Haji Zaharuddin bin Haji Abd Rahman. Anda boleh menonton secara live di sini

Sedikit tips dari saya semasa menonton video ini, klips ini mengambil masa sekitar 7.02 minit. AMATI DAN FAHAMI BETUL-BETUL minit-minit yang saya letakkan di bawah ini:

  • minit: 0.40 -> 0.49
  • minit: 1.10 -> 1.30
  • minit: 2.10 -> 2.30
  • minit: 3.10 -> 3.30
  • minit: 3.30 -> 4.10
  • minit: 4.10 -> 4.30
  • minit: 4.40 -> 5.00
  • minit: 5.10 -> 5.25 dan
  • minit: 5.30 -> 6.15

Saya yakin ia akan menjawab persoalan anda. Saya harap ramai yang berpuas hati dengan penerangan yang diberikan beliau. Itu belum dengar ceramah berkaitan MLM lagi..hehe

Anda juga boleh download video berkaitan dengan ulasan beliau di sini. Ia menggunakan format “.flv”, boleh ditonton dengan menggunakan real player,  windows media classic atau yang serasi dengan format “.flv”. Sumber ini saya perolehi dari youtube. Fail ini bersaiz 16.1 MB (saya tak zip untuk memudahkan tugas anda) :-)

Sumber asal video ini dari:  http://www.youtube.com/watch?v=Z9ngYs1J5zw&feature=PlayList&p=AFBEAD4D17945F1F&index=0

Kemaskini:

Penjelasan mengenai Forex dan Hukum yang berkaitan boleh dibaca di link ini

SIAPA NASIR YACOB?

Dia telah dilantik dan diiktiraf sebagai Introducing Broker dan rakan pendidikan forex untuk beberapa institusi broker forex terkemuka dunia

INFO & PROFAIL RINGKAS

Judul Ebook : Kuasaforex:Mencipta Kekayaan Terpantas Di Dunia
Genre : Teknikal
Nama Pengarang : Nasir Yacob
Nama Samaran : Nasir Yacob
Harga : RM 97.00
Ketebalan : 100 m/s termasuk kulit dan illustrasi
Blog Rasmi : Tiada Maklumat
Sokongan : Support Department & Bengkel
Rating Ebook : 5 / 5
Alexa Page Rank : 452,105 (kemaskini: 29/09/08)

Segala maklumat telah saya berikan kepada anda. Jika anda rasakan kuasaforex kelolaan Encik Nasir Yacob ini mampu mengubah hidup anda, anda boleh mulakannya di sini!

 

37 Comments

  1. Klu mengikut pengetahuan aku la, baca kt forum² ramai yg kata nasir ni scam. Aku xpernah lg mencuba utk menggunakan ebook kuasa forex ni. Lgpun, dgn pengalaman yg aku dh lalui, biasanye EA hanya mampu bertahan dlm satu tempah masa yg singkat. Lepas tu, mmg margin call akaun.

    nimzoindy’s last blog post..How To Use Bollinger Band in Forex Trading

  2. terima kasih buat nimzoindy atas komen anda.

    saya juga ada membaca pada ruangan forum, yang mengatakan nasir itu dan ini. Saya cadangkan nimzoindy mendapatkan produk ini dahulu dan membaca segala tips-tips yang diberikan oleh beliau.

    saya juga cadangkan nimzoindy hadir ke kursus yang dianjurkan,mungkin nimzoindy akan mengenali personaliti nasir yacob dengan lebih jelas. jadi di situ, nimzoindy mungkin membenarkan atau menidakkan “kata-kata dari forumer”.

    kedua, margin call akaun akan berlaku bila (1) kerugian yang ditanggung sudah “makan modal”.

    (2) setakat eksperimen dan “live” trading yang dipraktikkan, peratusan indicator yang diberikan oleh nasir yacob 95% tepat. 5% lagi disebabkan kesilapan membaca indicator;masa yang tidak sesuai;pair yang “tak match” dan yang paling biasa di buat,tak boleh kontrol emosi masa trading.

    harap nimzoindy berpuas hati dengan jawapan yang diberikan :-)

  3. ehm..depends pada seseorang. Jadi, rujukla pada yang arif.

    bantingboy’s last blog post..Ramadhan Test and All the Best!

  4. yup, it’s depend on personal judgement..kita yang kurang arif ni, kena rujuk pakar-pakar yang lebih berilmu dari kita :-)

  5. Pada mulanya, saya sangat berminat dengan forex. Dengar Warren Buffet, Forex sumber kekayaan. Seperti orang lain, nak cepat kaya saja. Tetapi, bila sudah lama difikirkan dan dpt info dari sumber2 berkaitan mengatakan Forex ini yg mgtkn hukumnya haram, menjadikan saya lebih berfikir, siap dengan fatwa sendiri mengesahkannya, search di forum2, anda akan faham. Masalahnya, pernahkah anda memikirkannya?

    Hanya Forex berlandaskan syariah Islam sahaja yg Halal. Tetapi, pada pendapat saya, kebanyakkan program pelaburan internet spt Forex tidak berlandaskan Islam.

    Sebagai Umat Islam kita diberi akal dan fikiran. Walaupun saya ni bukanlah pakar forex, tetapi asas forex iaitu (berurusan beli wang, dapat wang), manakala saham melibatkan barang dagangan hukumnya Halal. Lagi Satu, Forex tidak menunjukkan suatu pelaburan yang jelas. Sedangkan Saham itu jelas maklumatnya.

    Jadi, di sini anda sudah boleh fikir jika anda main forex, akan ada yang untung dan rugi bukan??? itu sama sahaja seperti main judi, beli wang dapat wang, ada rugi ada untung bukan???

    Mungkin bunyinya agak menyakitkan bukan. Memang tidak dinafikan, kebanyakkan jutawan Forex, ahli forex menafikannya dan menyalahkan orang lain. Tetapi ingatlah Allah Maha Mengetahui daripada mana sumber rezeki kita, semuanya akan dihitung. Tak guna anda jutawan, bilioner ke, yang penting sekali sumbernya adalah Halal.

    Fikir2kanlah. itu hanya buat renungan anda. Jika saya salah, saya memohon maaf.

    “Sebagai Umat Islam, Ingat Mengingati Sesama Manusia Adalah Tanggungjawab Bersama)

    Terima Kasih,
    ejib86

    • Terima kasih atas komen Ejib86

      (quote)”Hanya Forex berlandaskan syariah Islam sahaja yg Halal. Tetapi, pada pendapat saya, kebanyakkan program pelaburan internet spt Forex tidak berlandaskan Islam”

      Untuk pengetahuan Ejib86, di dalam video ust Haji Zaharuddin bin Haji Abd Rahman yang telah saya upload dan berikan link tersebut,telah jelas dinyatakan

      a)Terdapat perbezaan jelas antara forex trader dan invest(labur) dalam syarikat forex (yang gaul semua- halal dan haram).

      b)Jenis / kaedah forex yang haram seperti forex forward, swap, options, hedging. Dengan kata lain, jenis yang tergolong dalam derivatives.

      c)Manakala yang jenis yang halal adalah jenis Spot.

      d) Saham juga ada yang haram dan halal. Ejib86 harus berhati-hati dengan kenyataan tersebut.

      Untuk pengetahuan Ejib86 yang saya hormati, berdasarkan “Ekperimen Benar Dari Saya”, saya dan rakan menggunakan kaedah “Forex Trader” dan berforex dengan cara yang dibenarkan iaitu “Spot”.

      Seperti yang dijelaskan, terdapat perbezaan yang jelas antara “forex trader” dan “invest(labur dan serah bulat2 kepada pihak ketiga) di dalam kompeni forex”…saya tak nak kaitkan dengan pelaburan saham kerana anda sudah katakan yang anda sudah jelas mengenainya. ;-)

      Cuma, nasihat saya, agar fahami betul2 konsep2 yang berkait rapat dengan forex dan kaitannya dengan hukum islam.

      Jika tak faham, jumpa dan berdepan dengan ustaz/pakar yang benar2 mahir dalam bidang berkaitan. jangan sekadar buat rujukan kat internet sahaja. Saya sendiri mengambil masa, dan bertanyakan kepada ilmuan yang lebih arif berkaitan dengan forex ini

      seterusnya, kena fikirkan juga, kenapa saya hanya review produk ini sahaja, sedangkan di malaysia ini, terdapat 4-5 jenis lagi ebook forex yang kini telah dijual. Nak saya sebutkan? takpelah, google aje kat internet :mrgreen:

      Dan satu lagi, sebelum anda nak tambah apa2 komen yang bernas yang masih bermain di fikiran anda selepas, sila pastikan pada blog-blog Ejib86 yang berkaitan “bersih”, maksud saya:

      Tidak lagi mempromosikan produk forex, samada reseller ataupun clickbank seperti:

      i -- Insider’s Guide To Forex Trading
      ii- Forex Miracle

      dan juga produk2 yang “for sure” jika dibaca sales letternya dalam kategori “hype” pada blog-blog anda

      Bak kata orang tua2,Jangan jadi “ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul”.

      Saya harap Ejib86 a.k.a Mohd. Najib Arshad, lulusan Diploma In Civil Engineering, yang kini baru menginjak umur 23 tahun, dapat memaafkan saya jika penjelasan ringkas yang saya berikan ini, tidak dapat memuaskan hati anda.

      -rizal-

      • Dulu memang saya ada kekeliruan tentang forex. Kini, saya adalah seorang business executive bagi syarikat service centre agency bagi pelaburan forex (foreign exchange) di sabah. cuma saya ingin tekankan supaya berhati-hati ketika hendak melabur. Pelaburan forex adalah sangat berisiko tinggi.

        jadi, sebagai business executive, saya nak bagi info

        List of unauthorised websites / investment products / companies adalah disini : http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=271

        Jadi, berhati-hatilah di mana anda hendak melabur jangan tersalah tempat.

        sekian terima kasih

        najib

        • Terima kasih en.Najib, perkongsian yang sangat-sangat membantu telah anda berikan kepada surfers yang mempunyai minat dalam dunia forex

  6. Saya amat bersetuju yang mengatakan bukan semua forex ini haram. Saya juga orang ugama, sebelum saya menceburkan dalam bidang ini, saya terlebih dahulu membuat beberapa kajian terhadap pertukaran matawang. sekiranya sesiapa yang mengatakan forex ini haram jelaslah orang tersebut belum mengkaji tentang halal haram sesuatu itu. baiklah kalau saudara… menyatakan pertukaran (forex) ini haram saudara tidaklah boleh menukarkan wang saudara kepada matawang asing. Maksud saya semua pertukaran asing wang di tempat saudara adalah haram. sebenarnya forex atau pertukaran wang asing adalah sama dengan pertukaran secara manual tadi tapi pertukaran wang asing ini hanya dilakukan di internet. Oleh itu, sebelum seseorang menceburkan bidang ini, ia terlebih dahulu memiliki ilmu tentang forex. jangalah hanya tahu teka saja betul atau tidak boleh buy atau sales. sekiranya saudara melakukan cara begini bolehlah saya katakan ini bentuknya main judi. tapi untuk pengetahuan saudara kebanyakan trader yang berbentuk spot mereka akan terlebih dahulu mempelajari perjalanan currency sebelum mereka menekan butang sales atau buy sepertimana yang dilakukan oleh encik nasir. ia mempelajarinya mungkin sudah bertahun-tahun. saya amat sensitif sesuatu yang halal boleh dihukumkan haram.Saudara perlu mengetahui bahawa dalam forex berlakunya pertukaran barang iaitu sebagai contoh awda membeli currency pair gbp/usd yang sebenarnya kalau awda klik buy bererti awda yakin bahawa currecy gbp nilainya akan terus naik dan pada masa tersebut saudara akan menahan gbp sehingga mencapai ketinggian yang amat tinggi. contohnya pada ketika saudara membeli pair gbp/usd 1.6275 tapi anda biarkan sampai 1.6700 disinilah keuntungan berlaku. ini tidak haram yang haram jika saudara membeli dalam satu masa buy and sales barulah haram (hadeging)kerana dalam berakad jual beli dalam islam tidak boleh ada dua akad itulah yang saya ajarkan kepada anak didik saya disekolah-sekolah ugama. Saya harap saudara mendalami bidang ugama lebih lanjut lagi jangan terus menghukumkan sesuatu itu haram. saya mohon maaf sekiranya penjelasan saya ini boleh menyinggung perasaan saudara. Sekian.

  7. Assalamualaikum w.b.t

    Saya minta maaf mungkin ada kekeliruan masa saya buat post dulu. sebnrnya maksud saya memang kebanyakkan Forex tidak berlandaskan Syariah Islam adalah HARAM.

    Saya pun sudah tengok di dalam video ust Haji Zaharuddin bin Haji Abd Rahman sebelum menanyakan soalan dulu tu. Blog beliau rujukan saya.

    Forex (pertukaran wang asing) memang perlu sekiranya berlandaskan Islam. Macamana nak berurusniaga kalau takde Forex.

    Terima kasih kerana mengingatkan saya, sebagai manusia, tidak lari daripada lalai dan leka. Kesemua blog ejib86 atau yang berkaitan ejib86 tidak digunakan lagi dan telah saya delete sebelum saya tengok komen saudara lagi. Saya tidak lagi menggunakan semua blog tersebut mulai tahun 2009 ini.

    Saya datang kali untuk membetulkan keadaan. Komen di atas dulu tu lebih kepada Forex tidak berlandaskan syariah Islam.

    Apa2pun, saya minta maaf sekiranya komen dulu tu agak kasar bahasanya dan tersilap kata. Terima kasih banyak2 atas kesudian memberikan huraian komen yang baik.

    Maaf Zahir & Batin

    Slmt Hari Raya

  8. saya tertarik dengan kenyataan saudara ini.”Anda boleh melakukan trading demo dengan menggunakan indicator ini samada di platform FXCM atau Marketiva.”soalannya,bagaimana untuk kita buat setting kuasaforex di marketiva?saya sudah beli e book kuasaforex ni,tapi tak terdapat cara untuk setting di marketiva.

    • apa yang saya maksudkan pada ayat tersebut adalah semasa lakukan proses trading. saya hanya setting indicator pada FXCM sahaja. namun pernah test trading pada marketiva (sekadar test untuk kepastian sahaja. keputusannya adalah sama sahaja, boleh kaut untung. Disarankan:lebih baik trading pada FXCM dari Marketiva)

  9. forex ni hanya untuk orang yang benar2 pandai sahaja bleh untung..pada yang tak nak ambik risiko baik cuba benda lain
    .-= jutawan´s last blog ..saya akan melancarkan ebook terbaru =-.

    • kata ilmuan, “If you don’t understand the risk, don’t engage it!”

      Sebaiknya, kita perlu mencari guru atau pakar yang benar2 terlatih untuk bidang berkaitan. Ebook atau manual hanyalah sebagai panduan asas.

  10. Menarik review Rizal tentang KF ;-) Plus dan minus disertakan sekali :) .. saya setuju dengan kedua -- duanya.

    • sama-sama omecool20. saya review setakat pengetahuan saya yang terhad. masih ada lagi pakar2 review yang saya respek dan belajar dari mereka :smile:

  11. The Foreign Exchange (Forex) is a wonderful market to trade in, but it’s very easy to lose a bundle if you are just starting out. For those considering taking the plunge for the first time, my advice is to seek as much information as possible, such as at this website, or one of the more popular free forex information sites such as http://www.forex-critics.com/blog — Good luck.

    • Thank you for your advice. Actually, it is not enough if only read from website, even it contains valuable information. Going to right seminar and learn from right guru is a main key to become a “forex champion”.

  12. Salam 1Malaysia,

    Saya sebenarnya hendak mula menceburkan diri dalam forex..tetapi tak tahu macam maner hendak mula…once join,adakah en nasir akan tunjuk secara live cara nak trade?

    • Demo live akan ditunjukkan sekiranya encik Asimo ke seminar yang dianjurkan En. Nasir.Saya sarankan encik Asimo ke seminar yang dimaksudkan sebelum benar-benar lakukan trade secara live untuk elakkan risiko kerugian dan pelbagai tips dan trik yang diberikan beliau.

  13. asalamulaikum,,,,,,sy joe bru beli e-book dan dh mula blajar demo selama 2 bulan.di sni sy ingin bertanya pasal draff.didlm e-book kuasaforex suruh gunakn 30min jikalau sell pastu tngok lak 1min jikalau sell (bbands,ashi dan star) bru leh trade, apabila semua dh lakukan draf mn lak sy kena perhatikan draf 1min ke,,,,,kan disitu yg menunjuk draff menaik menurun apabila menurun sy jual kadang2 sy melihat menaik tetapi draff 30min menunjuk menurun.disitu sy kurang faham klu bleh crita lebih jelas cam na nk trade mendapat untung yg dinyatakan oleh kuasa forex. sekian terima kasih

    • (Assalamu’alaikum). Berkaitan dengan soalan yang dinyatakan, saya sarankan agar brojoe kemukakan soalan tersebut ke ruangan support yang telah disediakan oleh En.Nasir iaitu : support@kuasaforex.com . Saya sarankan juga agar brojoe ‘attach’kan screenshot apa yang telah brojoe buat untuk memudahkan pihak En.Nasir menjawab soalan yang dikemuakan.

  14. saya nk tnya brapa ramai yg telah berjaya ngn kuasaforex selepas pergi kursus,,,,,,,,adakah 100% ke?ada bukti yg bleh di percayai selain dri testimoni kuasa forex.

    • Sejujurnya, saya tiada statistik (peratusan) berkaitan dengan soalan mamat. Saya pernah melihat sendiri di depan mata saya individu yang pergi ke kursus yang dianjurkan oleh En.Nasir. Sangat2 berbeza dengan individu yang hanya membaca ebook KuasaForex dari segi hasil pendapatan dan juga teknik ‘trade’ yang diajar.

      Jika mamat perasan, memang saya sarankan mana-mana individu yang BETUL-BETUL NAK BERJAYA dalam bidang forex pergi ke kursus yang dianjurkan. Lagipun yuran yang dikenakan oleh pihak KuasaForex memang dah murah.

      Setiap risiko,ada pulangan. semakin tinggi risiko, semakin tinggi pulangan. samalah juga dengan belajar, semakin lama kita belajar (dengan berguru) semakin tinggi dan mantap ilmu yang kita dapat.Bila semakin tinggi ilmu, semakin banyak ‘tips and tricks’ yang kita tahu. Semoga jawapan yang diberikan ini dapat memuaskan hati mamat.

  15. didalam draff bnyak mata wang USD,EURO dan lain2 yg mn 1 pilihan admin yg bleh cepat mendapat keuntungan,,bg sy yg susah untuk mendapt keuntungan yg bnyak ialah usd_jpy keadaan draff cepat melonjak dan cepat menurun.jikalau admin ada tip untuk mendapt pip yg bnyak bleh la berkongsi bersama lagi pun sy masih baru dlm bidang ni dan 1 lg sy ingin bertanya pasal margin call.sy pernah ambil position sehingga 10 position hingga sy rugi 70 pip dan truss sy dpt margin call,,,,di sni sy ingin bertanya brapa peratus kah limit rugi yg bleh kena margin call.

    • Sejujurnya saya hanya mengikut seperti yang disarankan dalam ebook yang dibekalkan oleh En.Nasir :mrgreen: (saudara Mamat boleh rujuk dari m/s 57 dan ke atas).

      Untuk margin call biasanya jika baki anda hanya tinggal sekitar 1/3 dari modal atau 20%. Namun ia bergantung kepada berapa lot yang anda buka. Jangan terlalu gopoh untuk buka real account, praktikkan dulu demo akaun berdasarkan “pairing” yang disarankan. Saya sarankan agar saudara Mamat rujuk m/s 11 sebagai panduan agar perkara tersebut tidak akan terjadi.

      p/s: di dalam seminar yang dianjurkan en.Nasir, lebih banyak tips dan trik yang diceritakan beliau. Berguru dengan guru sebenar lebih baik dari berguru dengan buku semata-mata.

  16. Salam,saya dah beli ebook kuasafx tapi saya rasa lebih baik lagi saya mengikuti krusus GEMPOR FOREX tok menambah lagi pengetahuan. pertanyaan saya bolehkah dan bilakah che Nasir mengadakan krusus diSabah/Miri? Memudahkan saya hadiri dan mengurangkan kos perjalanan saya.Wassalam

    • Itulah yang sebaiknya Nuur, memang disarankan sangat pergi ke seminar yang dianjurkan oleh en Nasir.

      Pada laman web rasmi kuasa forex telah dinyatakan lokasi dan kawasan yang berhampiran.

      Sejujurnya saya tidak terlibat/terbabit dalam penganjuran kursus yang diadakan. Justeru saya sarankan agar Nuur menghubungi pihak kuasaforex sendiri, samada sales@kuasaforex.com ataupun menghubungi nombor telefon yang telah disediakan pada laman web rasmi berkenaan.

  17. salam,
    bila baca comment kt atas, sy tertarik dgn soal hukum pasal forex, ada yg kata haram dan ada yang kata halal, semuanya menjadi confious. setakat ini saya telah mencapai untung hampir sejuta ringgit dr forex dgn modal hanya kurang RM 5K pada mulanya. tapi xkan sy nak campak duit tu dan sebahagiannya saya telah sedekahkn ke rumah anak yatim. Apa yang saya tahu forex ECN saja yang betul, forex market marker adalah tak betul. Bagaimana pendapat anda yang berpengalaman dalam ilmu agama pasal forex ni. Dgn ilmu sy ada sy tahu cara menghasilkan keuntungan. tapi soal hukum ni amat sensitif la bagi saya. saya perlu pandanagan yang jelas dari sesiapa yg berpengalaman.

    terima kasih…

    • Kemusykilan qymee ada asasnya..Sebelum perenggan terakhir post ini, saya telah letakkan satu link yang boleh menjawab persoalan tersebut. Jika terlepas pandang, Qymee boleh merujuk pada link ini http://www.zaharuddin.net/content/view/649/95/

      Namun, saya sarankan agar Qymee dapatkan nasihat dan pandangan dari pakar2 agama yang mendalami ilmu forex ini untuk dapatkan maklumat yang lebih jelas.

  18. salam,
    saya ingin bertanya pasal FXCM.CO.UK,,,,,,,saya beli sell masa harga menurun dan saya stanby BUY tetapi yg pelik nyer BUY dah aktif tetapi sell belum terjual lg,, kenapa yer? FXCM US ok jer senang bila jual automatik BUY bertukar jadi sell.

    • Sejujurnya untuk pengetahuan joeFX, saya tidak pernah mencuba FXCM.co.uk seperti yang dimaksudkan. jadi ia di luar bidang pengetahuan saya. Biasanya saya hanya menggunakan platform fxcm.com sahaja. Sepuluh jari saya memohon maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.

  19. Thanks admin..been searching for this tips…i’m a newbie in forex.. :mrgreen:
    .-= Hosanabox´s last blog ..How Many People Actually in Here? =-.

  20. salam…saya pun berminat nak join seminar en.nasir … en rizal boleh tolong tanyakan info bila nak buat seminar kat sabah? terima kasih sudi tolong tanyakan..wassalam

    • Untuk pertanyaan lanjut, saya sarankan Ila ke laman web ini : http://www.kuasaforex.com/kelas.htm . Pada laman web tersebut ada dinyatakan lokasi dan masa yang berkaitan. Disertakan juga ‘contact person’ yang berkenaan. Moga makluman ini dapat membantu Ila

  21. Assalamualaikum..sy berminat sgt ngan forex ni dan baru cuba2 nk cri info psl forex..soalan sy..yg mna lbh bagus indakator kuasaforex atau gunakan EA robot dari mana2 penjual? kuasaforex indakator just bagi signal ble nk beli n jual je kn?dapat tapis signal palsu x? n mcm mana plak ngan EA robot? sekian terima kasih

  22. Assalamu’alaikum

    Saya telah membaca ebook kuasa forex dan saya tertarik untuk mengikuti training secara off line. Please advise

    Haryatno dayat yakin
    Email: hdayatyakin@yahoo.com
    dayat.yakin@wascoenergy.com
    Hp. : 0199142191

Trackbacks/Pingbacks

  1. ebook FOREX (bm) - mana yang terbaik...??? - Page 2 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia - [...] jika anda nak maklumat lebih lanjut, anda boleh baca post berkaitan produk encik nasir di sini ...

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>