Maafkan Saya Para Usahawan Internet Malaysia Yang Saya Hormati

Posted by on September 8, 2008 in Diskusi Ilmu, Semasa | 0 comments

Maafkan Saya Para Usahawan Internet Malaysia Yang Saya Hormati

Assalamu’alaikum Wrt. Wbt dan salam sejahtera.

Post ini saya dedikasikan kepada mana-mana Usahawan Internet yang  telah menghasilkan ebook atau produk digital. Andaikata kebetulannya surfing ke weblog saya..terutamanya (mengikut alphabetical order) :

  1. Jebat
  2. Labanon
  3. Luvlee
  4. Mazlie Nadzri
  5. Mohd Amirol
  6. Munawar
  7. Nasir Yacob
  8. Smartzul
  9. Shamsuriyadi

Sepanjang saya terlibat dalam dunia blog, terdapat satu kesilapan besar dalam review  berkaitan tentang ebook dan produk digital – terutama pada ayat KELEBIHAN / KEKUATAN / KEKURANGAN / KELEMAHAN untuk setiap produk yang anda hasilkan…

Bila dibaca berkali – kali, seolah – olah produk itu yang memberi “masalah” kepada pengguna. 10 jari saya susun, memohon kemaafan atas kesilapan klausa tersebut. Saya tidak bermaksud 4 perkataan tersebut secara langsung merujuk kepada produk anda. Saya merujuk dari segi aplikasinya. Semua produk yang telah anda hasilkan banyak memberikan manfaat dan pengetahuan kepada pengguna.

Justeru, saya telah gantikan 4 perkataan tersebut kepada satu istilah yang lebih sesuai:

” RINGKASAN DAN KESESUAIAN DENGAN PENGGUNA : Pro dan Kontra “

Sekali lagi saya secara terbuka memohon kemaafan dari anda semua. Saya rasa sangat kesal atas kesilapan teknikal dari segi penulisan review ini. Buat para pengunjung yang pernah membaca mana-mana review saya, saya juga memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan ini.

Ikhlas,

Rizal KomenEbook

Ahmad Rizal Razali (atau KomenEbook). Pensyarah Jabatan Kewangan dan Perbankan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Berkelulusan Sarjana Pengurusan Risiko (melalui penyelidikan). Kajian berkaitan boleh diperolehi menerusi AhmadRizal.com. Kini dalam proses untuk melanjutkan pelajaran ke peringkan Ph.D. Menjadikan blog sebagai hobi sambilan. Juga menyediakan khidmat setup blog, website, shopping cart, review produk digital dan setup skrip di RizaNiaga.com

Leave a Comment

Email anda tidak akan dipaparkan. Ruang bertanda * mesti diisi


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>