Assalamu’alaikum. Ini adalah bahagian kedua berkaitan Perbandingan Prinsip Etika Kerja Barat, Jepun dan Islam. Untuk membaca bahagian pertama, anda boleh klik pada pautan link ini.
TANGGAPAN TERHADAP MANUSIA
BARAT
- mahu mendapatkan sesuatu yang terbaik dari pekerja dengan ganjaran yang minima (high profit, low cost)
JEPUN
- sediakan peluang yang sebaik mungkin dalam suasana tempat bekerja bagi semua pekerja untuk membuktikan kemampuan sehingga peringkat tertinggi
ISLAM
- manusia sebagai Khalifah Allah, juga mengganggap manusia adalah terbaik. Makhluk terbaik bermaksud kemampuan yang ada (jelas / tersembunyi) yang boleh dimanfaatkan ke tahap terbaik
TANGGAPAN TERHADAP KUANTITI DAN KUALITI
BARAT
- kuantiti diutamakan, kualiti diabaikan
JEPUN DAN ISLAM
- utamakan kualiti dan kuantiti. (sebab itu, Jepun dapat menguasai dunia elektronik)
YANG MEMBEZAKAN JEPUN DAN ISLAM
- Umat Islam 1000 tahun dulu lebih berkualiti dari segi pengurusan & pentadbiran; samada dari peringkat bawahan hingga atasan, rekabentuk, kesenian, falsafah dan sebagainya
- Kualiti -kualiti yang dinyatakan memang cukup untuk menggerunkan musuh. contoh : perang Badar
bersambung pada siri akhir. (akan datang)
p/s :Saya membenarkan artikel ini di”copy” dan “paste” dan dicetak dengan syarat dikreditkan atas nama komenebook.com sebagai rujukan. terima kasih





















1 Comment Received
Pingback & Trackback
Leave A Reply