Pakej Lengkap Perniagaan Internet: Dah Tak Perlu Hadiri Bengkel Ke?

Posted by on June 4, 2009 in Review Produk Digital | 10 comments

Pakej Lengkap Perniagaan Internet: Dah Tak Perlu Hadiri Bengkel Ke?

p/s: produk ini telah saya beli sekitar 20 Oktober 2008.

PEMBINAAN LAMAN WEB DAH SEMAKIN MUDAH DAN MURAH?

Dalam perniagaan internet (online), laman web umpama “nyawa” dan penentu kepada kejayaan atau kegagalan jualan sesuatu produk. Laman web merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi jumlah jualan. Kekemasan dan kecantikan laman web sememangnya mendorong pengguna untuk “mencuba” produk yang dijual walaupun mungkin pembaca kekurangan maklumat mengenainya, ataupun tepuk dahi selepas membelinya.

pakej lengkap perniagaan internetNamun, yang menjadi masalah kepada pemula produk, terutamanya newbie adalah bagaimana nak buat website atau minisite? Payah ke senang? Kena mahir kod HTML ke? Kena pergi kursus nak buat website ke? Kalo kena gi kursus, berapa jumlah bayaran yang perlu dibayar? Ke nak upah orang aje ke? Jawapan anda akan perolehi setelah anda membaca review produk ini.

NAJIB DAH TOLONG NEWBIE KE?

Sejujurnya mengikut pengalaman saya yang tak seberapa dalam menghasilkan beberapa laman web jualan, salah satu masalah yang dialami oleh newbie yang ingin berjinak-jinak dalam perniagaan internet adalah kegagalan menguasai perkara teknikal asas, bukannya teknikal peringkat pertengahan mahupun tinggi! Apakah perkara teknikal asas tersebut?

Ini antaranya…

  • Proses yang melibatkan File Transfer Protocol
  • Software yang berkaitan untuk menghasilkan laman web
  • Software yang berkaitan untuk menghasilkan ebook pertama
  • Teknik “menarik dan menangkap” pembaca / pra-pelanggan
  • Teknik yang berkaitan untuk menghasilkan laman web
  • Teknik untuk mencipta grafik asas

Nah, ini sahaja yang menjadi “masalah Negara” untuk seorang newbie yang sangat teruja-uja untuk menghasilkan laman web jualan pertama. Pernah saya berjumpa secara live dengan beberapa orang yang baru2 berjinak2 dengan dunia internet, tetapi bila saya sebutkan dua perkara yang pertama sahaja, mereka sudah “mahu cabut lari” dan berikan pelbagai alasan untuk tidak mempelajarinya…(kalo setakat terlopong tu biasala..sebab saya dulu pun boleh tahan jugak melopongnya).

Alasan yang paling glamer adalah,

“saya berminat nak jual produk depan internet tapi payah la benda alah tu..kalo tak belajar tak boleh ke?”

“mahalla..kena beli lagi ke? Takboleh dapat free ke?”

“pergi kursus ni kadang2 membazir jugak…bla..bla…”

Ada tiga nasihat utama untuk peringatan bersama…

Nasihat pertama : Jika dah ditetapkan dalam minda sesuatu perkara itu payah…memang payah la jadinya!

Nasihat kedua: Jangan malas nak belajar!

Nasihat ketiga: Kepandaian (Ilmu) tak sama nilainya dengan wang!

Jadi, buat newbie atau rookie yang masih tercari arah yang sesuai untuk mengetahui perkara teknikal asas berkaitan dengan laman web, skrip dan grafik asas, anda sangat bertuah kerana si Najib ni dah mudahkan persoalan yang terungkai!

BEST SANGAT KE PAKEJ LENGKAP PERNIAGAAN INTERNET?

Satu alasan yang paling konkrit adalah, 85% kandungan produk yang berasaskan video ini telah menerangkan aspek teknikal asas yang mesti dikuasai. Bermula dari video Cpanel, hinggalah ke pembinaan grafik asas telah ditunjukkan dalam video ini.

Ini adalah antara ebook versi DVD yang paling saya suka tonton berkali-kali berbanding dengan video tutorial lain. Dengan suara Najib yang agak “cool”, penerangan mengenai aspek teknikal lebih mudah dan jelas untuk difahami. Namun, ada juga modul tertentu yang tetiba “hilang suara” untuk sekitar 10 saat, tetapi ia tidak menjejaskan keseluruhan persembahan produk ini. Banyak perkara teknikal asas telah disentuh beliau secara all-in-one..dalam satu pakej DVD sahaja.Ya..satu pakej DVD sahaja.

KANDUNGAN PAKEJ LENGKAP PERNIAGAAN INTERNET?

Sememangnya kandungan produk akan menjadi isu untuk mana-mana pelanggan untuk membelinya. Secara ringkasnya, inilah kandungan video tutorial ini.

  • 8 Modul Lengkap Untuk Membina Perniagaan Internet Cemerlang, Teknik yang Dipraktikkan oleh Jutawan-Jutawan Internet
  • Panduan nama domain dan hosting
  • Membina laman web minisite
  • Membina kedai online atau laman web shopping site
  • Membina laman web multipe income site
  • Membina sistem bantuan pengguna
  • Menggunakan video dan audio pada laman web perniagaan
  • Membina sistem automatik dan follow-up
  • Membina sistem agen pemasaran pada laman web perniagaan
  • Membina grafik untuk laman web

Turut disertakan adalah software/perisian yang bersesuaian dengan modul yang dipersembahkan. Setiap skrip atau software yang dibekalkan biasanya mengalami fasa update / kemaskini. Maklumat lanjut boleh diperolehi pada laman web yang berkaitan (dengan sebarang software / script yang diceritakan oleh Najib)

Namun, perlu diingatlan, untuk menonton video tutorial versi DVD ini, anda perlu register / daftar secara online kerana sebaik sahaja anda menerima secara pos produk ini, ia mengandungi setiap username dan password yang berbeza untuk setiap modul. Jadi, “penatla” sikit J . Ia hanya sah untuk satu komputer sahaja (1 lesen sahaja). Jadi bagi yang tiada kemudahan internet kat rumah, saya sarankan anda menghubungi pihak pengeluar produk ini untuk mendapatkan kaedah terbaik untuk mendaftar produk ini.

HARGA PAKEJ LENGKAP PERNIAGAAN INTERNET?

RM 170!!! Oiii..mahalnya!!! Kenapa mahal sangat ni, cekik darah ke? Produk lain murah lagi la…baik aku mintak tolong kawan aku buat je..

Seperti yang telah saya ceritakan pada awal perenggan, ilmu tak dapat dinilai dengan duit. Jika anda terlalu berkira (konon nak jimat kos la nie…) anda boleh sahaja mengupah mana-mana pereka laman web dan pereka grafik untuk membuat satu ministe / web jualan untuk anda. Cuma sediakan ongkosnya. Takpun, anda boleh “google” dan cari ebook yang bagi free aje cara-cara asas nak fahami perkara teknikal cenggini..cuma anda perlu habiskan sejumlah masa yang tidak mampu lagi diganti…

(sekadar mengimbau memori : Saya masih ingat sewaktu saya betol-betol dummies dulu, kawan saya kenakan charge RM 120 (minimum) untuk pembinaan laman web, RM 50-RM 70 update setiap page yang berkaitan..)

Apa yang membuatkan saya teruja dengan video tutorial ini, banyak perkara teknikal yang asas yang ditekankan. Malah, video tutorial ini merupakan salah satu “guru online” saya dalam menghasilkan produk jualan sulung Panduan Beli Ebook versi 2.0. Ia tidak termasuk ebook percuma yang saya hasilkan.

Jadi, sebelum anda mahu ke mana-mana bengkel pembinaan ministe / website atau apa jua konsep yang secara asasnya mempopularkan ayat “hasilkan ribuan Ringgit menerusi website” ke, “bagaimana saya jana pendapatan ribu-ribu ringgit hanya buat website” ke, saya sejujurnya menyarankan anda memiliki pengetahuan teknikal asas menerusi produk video atau mana-mana ebook dahulu…

Kenapa ya?

Video boleh ditonton berkali-kali..sama juga dengan ebook…boleh dibaca berkali-kali

Jika anda pergi ke bengkel, anda biasa mendengar komentar macam ni -

“…puas hati dengan program cenggini..tapi sehari tak cukup..sepatutnya buat dua hari..buat tiga hari…bla..bla..bla..”

Malah, JARANG sekali penganjur program akan “cover” kos untuk mengikuti bengkel ulangan…kalo ada baik benor la yea :-D

Jangan pula salah faham, bengkel / workshop / kursus adalah bagus, namun lebih baik kita belajar dulu perkara-perkara basic melalui medium yang mampu kita miliki….study betul-betul dan bila dah mahir, boleh pergi ke mana-mana bengkel dan terus ajukan persoalan / keraguan yang tidak difahami. Baru anda akan dapat “full-satisfaction” (kepuasan maksima)..berbaloi dengan harga yuran yang anda bayar.

Untuk pengetahuan, kos membina laman web amatlah mahal, apatah lagi jika mengupah pereka laman web professional. Kosnya memang sekitar RM 300 – RM 500 (bergantung pada kawasan) , tidak termasuk caj untuk mengemaskini atau menambah kandungan web jualan. Jadi, cuba anda bayangkan, berapa yang anda dapat jimat, sekiranya anda memiliki Pakej Lengkap Perniagaan Internet ni

Untuk memastikan produk ini setimpal dengan harga yang anda beli, dan seterusnya untuk membolehkan anda menjana pendapatan RM 1 yang pertama di internet, anda mesti:

  • sabar
  • tonton video ini secara berulang – ulang. Disarankan, satu modul diulang tengok minimum 3 kali sehari
  • Buat eksperimen dengan menggunakan domain sebenar anda. Gunakan opsyen sub domain atau database yang berkaitan
  • Ajukan sebarang masalah pada ruangan support yang telah disediakan team Monakas
  • Tidak cepat putus asa, ada kesungguhan dan semangat yang kuat (bukan hangat-hangat tahi ayam)
  • Sanggup mengeluarkan modal dan pastikan modal yang dilaburkan itu berbaloi
  • Ada keinginan dan azam yang mantap untuk berjaya

Sekali lagi saya tekankan, dengan kuasai ilmu teknikal asas, anda dah boleh jimat hingga ratusan ringgit untuk membina laman web pertama anda. Perkara yang payah akan jadi payah jika minda kita dah “set” payah. Ia akan jadi mudah dan senang jika kita selalu berfikiran positif. Saya tidak layak untuk menghakimi anda. Anda sendiri yang layak mengadili diri anda.

perniagaan internet

RINGKASAN DAN KESESUAIAN DENGAN PENGGUNA

Pro: Pakej Lengkap Perniagaan Internet

  • Edisi Bahasa Melayu sepenuhnya.
  • Produk mesra pengguna, mempunyai aturan video yang disusun sebaik mungkin.
  • Harga yang berpatutan, sesuai dengan kualiti penyampaian.
  • Sangat sesuai untuk dijadikan rujukan samada mereka yang telah pakar mahupun mereka yang tiada asas dalam merekacipta web jualan pertama mahupun pemasaran produk.
  • Bab yang paling menarik adalah setting skrip autoresponder dengan Crons Job, pengunaan video dan audio pada pembinaan web dan cara nak buat theme blog.
  • Contoh dan langkah yang mudah difahami dan diikuti.
  • Pembeli ebook diberi peluang untuk rakan affiliate sehingga level ke-2
  • Ruangan support dan 6 bonus percuma

Kontra: Pakej Lengkap Perniagaan Internet

  • Tidak sesuai dipelajari di cyber cafe, mesti mempunyai desktop / laptop sendiri.
  • Tidak sesuai bagi pembeli domain dan hosting yang berasaskan windows.
  • Username dan password untuk setiap modul. Pengguna yang tidak mempunyai kemudahan internet di rumah perlu hubungi pihak support untuk mendaftar produk ini
  • Contoh yang ditunjukkan menggunakan perisian seperti dreamweaver dan photoshop. Perlu rajinkan diri untuk “godek-godek” kedua-dua perisian ini. Alternatif boleh gunakan perisian percuma seperti Composer, Nvu (website) dan GIMP (grafik)
  • Hanya memaparkan contoh secara teknikal manakala contoh “minisite sebenar” tidak ditunjukkan sepenuhnya.

INFO & Profail RINGKAS

Judul Ebook

:

Pakej Lengkap Perniagaan Internet
Genre

:

Teknikal dan Panduan
Nama Pengarang

:

Mohd Najib bin Kasimin
Nama Samaran

:

Najib / Mohd Najib
Harga

:

RM 170.00
Ketebalan

:

Tiada Maklumat
Blog Rasmi

:

Tiada Maklumat
Sokongan

:

Forum Support & Video Tutorial
Rating Ebook

:

5 / 5
Alexa Page Rank

:

1,230,812

Bilangan usahawan internet di Malaysia sudah semakin berkembang. Ramai dah “buka mata” dan percaya internet salah satu sumber alternatif untuk menghasilkan pendapatan sampingan mahupun tetap. Mungkin anda salah seorang yang memiliki peluang ini. Jangan bazirkan duit anda dengan sia-sia. Dapatkan Pakej Lengkap Perniagaan Internet ini dan mulakan usaha anda untuk mencipta kekayaan dengan cara yang betul dan halal.

 

10 Comments

  1. Pakej yg cover semua aspek perlu utk IM…….sy ingin memilikinya.

  2. Ini antara produk yang “cover” hampir keseluruhan asas untuk membina perniagaan melalui internet, selain produk PWJE yang dihasilkan oleh saudara Amirol.

    Jika ada bercita2 untuk menjadi usahawan internet, syabas saya ucapkan..mulakan langkah dgn bina asas yang kukuh dengan pelajari teknik2 yang didedahkan oleh usahawan internet sedia ada

  3. dah lama dah saya perhatikan laman web ni….tapi still research komen2 pembeli yang dah lama. :grin:

    nak tahu kehebatan sebenar kualiti ebook tersebut.

    adoyaii…code html mmg ssah nak dipelajari..

    saya bercita2 jadi usahawan internet suatu masa nanti sebagai sampingan walaupun sekarang ni saya mengambil jurusan civil engineering.. jadi memang x sahlah kalau duit bnyk keluar untuk beli bermacam produk yang belayar di internet..hehe.

    • Sofea, ebook apa yang dimaksudkan? ebook dari keluaran monakas ini kah? Ebook tersebut bagus, cuma jika diikuti perkembangan sekarang, ia sudah sedikit ketinggalan berbanding keluaran Mohd Amirol Zolkifli.

      Boleh lihat pada bahagian “TUTORIAL PILIHAN” seperti yang telah saya letakkan pada sidebar kanan (untuk mengenali produk keluaran beliau dengan lebih lanjut).

      Kod html sebenarnya senang dipelajari sekarang..Tak percaya? Sofea boleh layari ke site ini, w3schools.com dan “Try-it-Yourself-Examples”…saya pernah advice kepada beberapa orang kenalan saya dan mereka akui, sangat seronok menggunakannya!

      Saya yakin Sofea dapat faham dan kuasainya secara asas, lagipun sofea dari Civil Engineering, jadi takde masalah nak faham Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pengantarnya :smile:

      Tahniah kerana ada cita-cita nak jadi usahawan. Setiap pelaburan, tentu ada ‘ongkos’nya. itu dah tak boleh nak elak. :mrgreen:

      Jika Sofea ada apa2 masalah, atau perlukan nasihat, boleh saja hubungi saya di ruangan support yang telah saya sediakan.

  4. Saya pun pernah baca komen ebook saudara rizal dan pernah upah kawan buat satu laman web simple dgn kos RM350 yg terpaksa berkongsi dgn rakan2 yg lain tapi masih belum dpt menguasai dan membuat penambahahbaikan website tersebut. Saya berminat dgn produk pakej lengkap perniagaan internet ni tapi masih ragu2 adakah apa yg dijanjikan dpt ditepati atau sama dgn laman web lain yg menjanjikan janji2 manis…? Walaupun saya mempunyai kerja yg agak stabil skrg ni tapi bercita2 utk menceburi bidang perniagaan internet ni kerana boleh buat kat rumah sambil bersantai dgn keluarga….

    • terima kasih kepada en Shuami kerana bertanyakan soalan ini.

      setakat pengalaman saya berurusan dengan dengan beliau,semuanya ok sahaja. namun kita perlu fahami, jika lambat reply tu, berkemungkinan ada masalah diluar jangka/diluar pengetahuan kita.

      Jika encik Shuami berminat untuk buat simple website/weblog, encik Shuami boleh sahaja ke ruangan support saya, memandangkan encik Shuami adalah pelanggan saya sebelum ini :-)

      Saya tidak berani janji itu ini, tapi saya akan cuba berikan support yang termampu. sila terus ke ruangan support saya di

      http://www.rizaniaga.com/support

  5. emm pakej ni nampak macam best je..tapi nampak mahal jugak ya..tp kalau dinilai dari segi content mungkin lebih murah sebab untuk satu-satu topik je biasa produk digital berharga RM40-RM80..so pakej ni memang berbaloi

    • pakej ini boleh dikatakan salah satu rujukan asas. harga yang ditawarkan pun bagi saya adalah rasional. namun, boleh juga dapatkan produk ‘by niche’ seperti yang telah saya highlightkan pada sidebar kiri -- Tutorial Pilihan

  6. Salam ziarah.. Teruskan usaha anda.. Selamat berjaya.. Good luck!!

  7. Salam sejahtera saudara Rizal.

    Terima kasih. maklumat yang sangat berguna.

    Semoga terus memberi ulasan2 berkaitan produk2 lain. Saya sedia mengikuti perkembangan. :smile:

    T/kasih sekali lagi. ;-)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>