Pakej Video Blog – Sumber Alternatif Jana Pendapatan? Satu Case Study

ABSTRACT:

This main aim of this site is reviewing several digital products. All selected products here were produced by Malaysian Internet Marketers (MIM) who dedicated and shared their experiences for commercial and non-commercial purposes. It should be noted that, the review that I highligted here is specifically written in Malay (Bahasa Melayu). The abstract here perhaps may help non-Bahasa Malay users to understand the general idea of the product. At the same time, the main intention here perhaps will help Malaysian consumers to gain extra knowledge, to be expertise or for commercial purposes.

The product entitled “Pakej Video Blog” was produced by Samsul Zamzuri Abu Bakar a.k.a Alang.  This product will teach you how to get more traffics, at least a thousand visitors per day and specifically generate more income by using some online advertising network or ads programmes via blog. This premium product is an expansion version of his first released (Rahsia Zango).

REVIEW BERBAYAR SEBELUM INI

Sekitar bulan Ogos (2009), pada ruangan support;  saya telah menerima satu tiket pesanan dari seorang individu yang tidak disangka-sangka. Individu tersebut adalah Alang sendiri! Beliau menyatakan hasrat meminta saya review  profesional & jujur (berbayar) untuk satu produk yang dinamakan “Pakej Video Blog”Sikap profesional dan kesabaran Alang terserlah apabila beliau sedia menunggu kerana jadual saya sentiasa padat dengan persiapan tesis dan latihan sukan dan aktiviti harian lain. Agak lama jugak masa yang saya ambil untuk review berbayar ini berbanding dengan produk lain. Ini kerana, produk ini adalah produk yang bersabit dengan ayat ‘JANA PENDAPATAN’ – kes sensitif

Kali pertama saya lakukan eksperimen adalah di satu subdomain yang telah saya nyatakan kepada Alang. Setelah itu, saya pun telah melakukan proses review mengenai aspek2 yang berkaitan dengan produk tersebut; kecuali satu perkara iaitu ‘JANA PENDAPATAN’. Maka, berakhirlah proses review dan jawapan balas dari Alang sendiri.

Walaupun kritikan saya tentang produk tersebut agak keras (untuk beberapa aspek), namun Alang memang seorang yang cool dan profesional dan sanggup terima teguran saya secara terbuka. Saya respek sangat-sangat.

REVIEW KALI INI APA PULA?

Baiklah, itu review berbayar. Ia adalah sulit dan tidak boleh dibicarakan , demi menjaga hak dan privacy pemilik produk. Manakala review ini pula berkisar tentang ekperimen yang saya lakukan sendiri, objektif dari segi jana pendapatan dan trafik, pada domain unik yang telah saya beli; yang mana data center-nya adalah dari US. Oleh itu, sayugia saya ingatkan review yang dilakukan ini TIDAK DIPENGARUHI dan BERBEZA dari review berbayar sebelum ini.

Sejujurnya saya sekarang memang agak memilih dan ’strict’ untuk review produk2 yang berkaitan dengan keyword ‘JANA PENDAPATAN’. Kenapa? Kerana sudah wujud Usahawan Internet yang dahulunya sangat2 saya respek, tapi dek kerana perbuatan anda sendiri (hasilkan produk jana pendapatan. Dengan bangganya tunjuk screenshot pendapatan “riban-riban” tapi customer support dah hancus, wujud masalah refund,  janji itu ini tapi tarak, guna teknik black-hat, dsb.), maka golongan2 seperti ini akan rasai kesan kerugian perniagaan untuk jangka masa yang agak panjang. Dengan kata lain, jika usahawan internet sebegini masih selamba kapak buat come back, hasilnya jauh merosot dari sebelum anda bina reputasi anda. Reputation comes first, followed by income. Kalo korang tak caya, korang tengokla erk. Jadi, berhati-hatilah dan jaga etika anda sebagai usahawan internet yang jujur.

VIDEO BLOG – SATU ALTERNATIF.

Jika anda perasan, boleh dikatakan sekarang industri blog di Malaysia sudah meriah dan perkembangan  jana pendapatan menerusi blog semakin mendapat sambutan. Ini kerana kos memulakan blog sangatlah rendah. Dengan serendah USD 1 setiap bulan, (iaitu sekitar RM 3.38 sebulan) anda sudah boleh membina blog dengan domain anda sendiri.

Manakala, trend video berasaskan blog ini masih lagi agak baru di Malaysia (dengan kata lain, masih banyak ruang dan peluang yang boleh diterokai). Ini kerana, pada tanggapan umum, jika nak buat blog versi video ni, kena dapatkan “disk space” yang besar!  Koman-koman kena order dari penyelia hosting seperti Hosgator :-)

Namun, informasi dan persepsi kurang tepat mengenai saiz hosting ini terjawab dengan penghasilan produk Pakej Video Blog ini.

BAGAIMANA VIDEO BLOG BERFUNGSI?

Dengan menggunakan video sebagai “umpan”,  penonton (surfers) akan disajikan dengan pelbagai cerita/drama siri. Kebanyakan drama siri pula semestinya dari United States (US). Hebat sangatkah cerita dari US ni? Negara lain tak hebatkah? Korea? Indonesia? Jepun? Malah cerita kat Malaysia sendiri tak best ke? Kesemua cerita dari setiap negara semuanya hebat, namun cerita dari US LEBIH mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Kalo tak caya, cuba korang check stesen tv kat negara kita sendiri. Ada tak rangkaian tv kita yang tak siarkan cerita dari US :-D

BEST SANGAT KE PAKEJ VIDEO BLOG NI?

Apa yang menarik mengenai produk Alang ini, beliau telah dedahkan bagaimana untuk memanfaatkan blog berasaskan wordpress menjadi satu alat pemasaran dan jana pendapatan yang hebat!  Malah, beberapa kenalan saya yang baru-baru nak berjinak dengan blog berasaskan wordpress terkejut kerana tak menyangka boleh masukkan pelbagai jenis video pada blog wordpress (sewaktu saya demo video blog saya kepada mereka).

Berbalik kepada produk ini, Alang telah menerangkan secara jelas kepada pembaca:

  1. Objektif / Matlamat utama pembinaan video blog berasaskan wordpress.
  2. Sasaran utama pengunjung trafik dan potensinya (saya suka objektif ini)
  3. Cara pemilihan domain berasakan video blog, termasuk pro dan kontra nya
  4. Cara setup blog wordpress. Ini meliputi jenis video yang bakal dimasukkan, cara mendapatkan sumber video tersebut (paling penting), cara untuk memasukkan video ke dalam blog.
  5. Bagaimana untuk promosikan blog (untuk dapatkan trafik) dan cara untuk menjana pendapatan dari video blog.

Secara ringkasya, produk ini telah dibahagikan kepada 3 bahagian.

  • Bahagian pertama: Satu ebook utama dalam bentuk *.pdf . Bagi saya, anda perlu membaca manual yang diberikan untuk memahami “core idea”, konsep dan kepentingan produk ini. Saiz Ebook ini sekitar 9.34 Mb.
  • Bahagian Kedua: Video Tutorial. Video ini merupakan maklumat tambahan dari ebook utama. Oleh itu, jika anda skip bahagian pertama, berkemungkinan besar anda tidak dapat memahami bahagian kedua. Terdapat 8 video tutorial yang berkaitan

Ringkasnya, jika anda rasakan anda newbie sekalipun, anda akan dapat faham dengan baik dan jelas. Semuanya diterangkan langkah demi langkah.

BONUS PEMBELI

Selain dari ruangan forum eksklusif (untuk pembeli sah sahaja), terdapat satu bonus menarik bakal diberikan Alang kepada para pembelinya, iaitu ‘wordpress theme’ yang ditempah khas untuk digunakan terus pada video blog pertama anda. Malah, manual penggunaannya turut ditunjukkan dalam ebook. Jika tidak faham sekalipun, boleh hubungi terus kepada Alang ataupun rujuk pada ruangan forum. Seterusnya, bonus kedua adalah satu koleksi cerita yang telah dikumpulkan oleh Alang sendiri.

Selain itu, sebarang kemaskini akan diperolehi secara percuma – untuk pembeli sah sahaja.

PEMBERI TESTIMONI

Jika anda perhatikan, terdapat satu nama pemberi testimoni (otai blogger) yang tidak saya ragui kredibilitinya – Encik Rohaizad. Justeru, keberkesanan produk ini kepada bakal pembeli sangatlah signifikan.

PEMBACA, SAYA TELAH BUKTIKAN!

Baiklah, memandangkan isu “Jana Pendapatan” ini sangat sensitif. Saya hanya akan tunjukkan dua pendapatan yang berjaya diaplikasikan menerusi video blog ini. Saya namakan ekperimen ini adalah “eksperimen malas”. Sebab saya namakan ia sebegitu kerana saya hanya promosikan satu sahaja cerita sahaja dari kebanyakan cerita yang terlalu banyak di Amerika. Penat nak pilih, sume best-best! Malah, saya hanya submit link hanya untuk 3-4 episod sahaja.  (sekarang ni je baru rajin sikit promote cerita-cerita lain).

Video Blog www.mybestdrama.com ini secara rasminya beroperasi pada 7 November 2009. Di awal pembinaan blog tersebut, hanya satu cerita sahaja saya fokus, iaitu Dexter. Manakala, cerita-cerita lain saya telah tambah dari masa ke semasa.

(Tips: Video blog www.mybestdrama.com saya beli dari syarikat hosting yang data centernya dari US, ini merupakan salah satu faktor untuk memudahkan permohonan akaun dari online advertising network atau ads programmes)

Saya akan tunjukkan kepada anda dua program yang saya pohon dan terus saya gunakan pada website www.mybesdrama.com. (p/s: Cara untuk dapatkan kesemua program yang boleh membantu anda menjana pendapatan  telah diceritakan di dalam Pakej Video Blog)

Apa yang saya tunjukkan ini adalah pendapatan dari bentuk points yang boleh ditukarkan dalam bentuk wang :-D . .

Oleh itu, anda boleh lihat hasil “Eksperimen Malas” yang telah  saya sertakan.

snapshot yang pertama:

megavideo-results0

hasil dari 11,805 reward points tersebut dah terbukak satu butang otomatik untuk claim free satu bulan, dah jimat USD 9.99 !

megavideo-results2

snapshot kedua: ini pula hasil dari program kedua yang saya sertai (p/s: nilai dollar saya ‘hilang’kan)

captainad

Saya sertakan juga senarai pengunjung yang melayari video blog www.mybestdrama.com ini.

eksperimen-malas

Anda boleh nilaikannya. Itu baru saya buat dalam keadaan malas. Kalau betul-betul fokus, tak tahulah nak cakap :-)

BOLEHKE BUAT VIDEO BLOG NI? TAK KENA SAMAN KE!

Memang diakui, isu berkaitan hakcipta akan menjadi fear factor. Saya pun juga berpandangan begitu. Silap percaturan kena saman bukan? Jadi, untuk menjawab persoalan ini, saya attachkan kepada anda, jawapan yang diberikan oleh Alang.

email-alang

p/s: bahagian tertentu saya ‘hilangkan’ untuk menjaga privasi produk ini.

POTENSI VIDEO BLOG

Saya sangat teruja dengan video blog kerana potensi produk ini sangat luas. Walaupun penghasilan Alang ini lebih cenderung ke industri hiburan+pendapatan, namun sebenarnya boleh sahaja diolah ke bidang lain seperti video pendidikan, kartun, kesenian, alam sekitar mahupun bidang teknikal. Cuma kena perlu kreatif dan rajin sahaja. Bila dah berjaya, boleh kongsi-kongsi ya :-D

Tambahan pula, sekiranya anda perolehi akaun seperti Cpalead.com (dan juga akaun lain seperti yang telah dijelaskan dalam produk ini), sangat besar peluang untuk menjana lebih banyak pendapatan.

cpalead-widgets

Untuk pengetahuan, proses permohonan untuk Cpalead.com sekarang memang ketat. Pastikan sebelum anda apply, ikut segala langkah yang disarankan oleh Alang terlebih dahulu.

apply-cpalead

Saya agak bernasib baik kerana dengan sekali permohonan, telah berjaya. Oleh itu, gunakan satu tip bocor yang telah saya berikan (pakailah data center dari US, yang murah seperti profithoster.com ni)

RINGKASAN DAN KESESUAIAN KEPADA PENGGUNA

Pro: Pakej Video Blog

  • Edisi tutorial (ebook, video tutorial, support) Bahasa Melayu sepenuhnya.
  • Edisi mesra pengguna dan sesuai untuk newbie yang ingin berjinak-jinak dengan pembikinan video berasaskan blog.
  • Harga masih rendah, iaitu RM 150. Sehingga artikel ini disiarkan, telah mencapai 260 pembeli. Selepas mencapai angka ke-300, ia bakal dijual pada harga RM 200. Jadi jangan lepaskan peluang ini.
  • Bab yang paling menarik adalah cara Alang berikan tips-tips yang bermanfaat pada ebook dan video tutorial. Paling penting di sini, aspek teknikal diceritakan satu per satu, INI TERMASUK bagaimana untuk menjana pendapatan dan cara untuk submit link ke laman web popular
  • Pemasangan themes yang disediakan kesemuanya menggunakan kaedah mudah – plug, insert, and play!
  • Ruangan support dan bonus – bonus berkaitan
  • Ruangan affiliates turut disediakan
  • Disk space untuk setup video blog tak perlu beli yang besar2 pun. Kecik dah cukup. Ada cara khas yang telah didedahkan oleh Alang. Hanya pastikan bandwith sahaja yang besar. Selebihnya telah ditunjukkan dalam produk ini.

Kontra: Pakej Video Blog

  • Kekangan masa. Di awal pembinaan video blog, anda perlu habiskan masa yang agak lama untuk dapatkan video yang benar2 tidak bermasalah.
  • Tempoh promosi. Anda perlu promosikan video blog anda. Ramai yang akan give-up jika tak sabar. Anda kena faham istilah asas ini, NO traffic NO income dan NO traffic, NO Sales!
  • Proses memohon online advertising network seperti CPAlead.com dan online advertiser lain semakin ketat. Justeru, untuk elakkan masalah ini, perlu dapatkan produk ini di samping gunakan hosting yang based pada US.
  • Tidak semua cerita yang ditayangkan sesuai untuk tontonan surfers yang berusia 15 tahun dan ke bawah. Justeru anda perlu faham objektif asal seperti yang diceritakan dalam ebook ini.
  • Anda memerlukan kesabaran untuk lakukan proses pemindahan video dari sumber yang berkaitan ke akaun anda. Faktor lain yang mempengaruhi adalah kelajuan talian internet di kawasan anda. Paling cepat yang boleh saya siapkan untuk satu-satu season (set himpunan cerita) sekitar 15-20 minit.

INFO & PROFAIL RINGKAS

Judul : Pakej Video Blog – Pakej Dan Panduan Lengkap Membina Dan Menjana Pendapatan Dari Video Blog (2009)
Genre : Ebook Teknikal / Video Tutorial
Nama Pengarang : Samsul Zamzuri Abu Bakar
Nama Samaran : Alang
Harga : RM 150.00
Ketebalan : Tiada Maklumat
Blog Rasmi : www.samsulzamzuri.com
Sokongan : Forum / Email
Rating Ebook : 5 / 5
Alexa Page Rank : 585,384
Page Rank : PR 4

Anda nak tunggu dan terus menunggu, tak mahu melakukan perubahan dalam diri anda! Layarilah web beliau untuk keterangan lebih lanjut di sini

p/s:

  • suarakan apa yang anda fikirkan dalam ruangan “leave a comment”
  • sebarang cadangan membina, sila ajukan ke ruangan support saya: komenebook.com/support

Related posts:

  1. Panduan Asas Cpanel Dari A-Z, Satu Permulaan Wajib Untuk Newbie
  2. Panduan Asas Membina Blog Wordpress – Panduan Mudah Dari Smartzul
  3. Google Adsense: Pakej Jana Wang Adsense 2.1 vs Panduan Raja Adsense Bahagian Kedua
  4. Upgrade Blog Wordpress Anda Dengan Video Panduan Mudah Smartzul
  5. Sistem Affiliate Lite – Satu Pembaharuan Untuk Usahawan Internet

468 ad

35 Responses to “Pakej Video Blog – Sumber Alternatif Jana Pendapatan? Satu Case Study”

  1. salam..huhu..kena pakai wordpress la ye..kalau pakai blogspot..xleh ker..pastu kalau nk tukar..macam2 nk kena alih..widget2..my followers..nama lagi…link lagi..
    nabil´s last blog ..Camp ‘BACK TO SCHOOL’ My ComLuv Profile

    • admin says:

      Boleh sahaja nak pakai blogspot, CUMA lebih “banyak kijer” yang perlu dilakukan. Jika pakai wordpress ni, rasa “sakit kepala” tu boleh dikurangkan. Pakai widget, copy and paste aje :mrgreen:

      p/s: are you really ready back to school bro? :razz:

  2. saya antara pembeli pvb nih
    dan saya juga merasa 100usd pertama
    melalui PVB
    janji update blog tiap2 hari
    masyuk2!

  3. Saya adalah pembeli pakej video Alang. Dulu sebelum ada PVB ini saya tak pernah merasai USD. Kini setiap bulan purata USD100 sudah dapat. Dulu kosong, malah adbrite, adsense pun tak dapat banyak tu. Dalam seminggu point rewards hampir 30,000 point dan kini semakin meningkat

    Terima kasih atas review anda, rajin sungguh buat review lengkap macam ini.

    Fauzi

    Fauzi Ahmad´s last blog ..Fringe Season 2, Episode 10 – Grey Matters My ComLuv Profile

    • 100 USD secara sambilan itu sudah dikira sangat bagus. teruskan usaha en. Fauzi…Jangan lupa share tips2 hebat di dalam forum ya :mrgreen:

      p/s: review saya masih banyak lompangnya…masih ada blogger lain yang lebih pro reviewnya

  4. setakat usd$300 ke atas selamber aje dapat sebulan … :mrgreen:
    hanifisme´s last blog ..Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani My ComLuv Profile

    • Tahniah!!!Tiada yang mustahil jika usaha yang dilakukan itu sentiasa konsisten dan banyak2 sabar :smile:

  5. menarik la bace entri ni dan testimoni…sy nak tnye kalo tv series yg bersaiz average 350mb agak2 berapa lame nak upload ye?
    Topet´s last blog ..Star Wars: The Force Unleashed 2 revealed My ComLuv Profile

    • admin says:

      Sekejap aje Topet, paling pantas tak sampai seminit pun! Ada trik khas yang telah ditunjukkan oleh Alang dalam produk ini :mrgreen:

  6. wah, bagus sgt review saudara ni :mrgreen: , alhamdulillah, dengan PVB alang ni, sy merasa USD pertama dari internet, dan maintain lebeh 600 dolar sebulan, last month je dapat USD2K. kesimpulannya, sungguh berbaloi-baloi!

    2 thumbs up to alang!

    • admin says:

      apa yang nemesis_5425 cakap tu betul. kalo buat dengan konsisten, sure dapat seperti yang dimahukan :mrgreen:

  7. Nampak gayanya nak kena involve juga dengan PVB ni nanti. :D

    • admin says:

      Involve la Bro..buat part-time, amik masa2 terluang…sambil-sambil buat kije lain. potensi PVB ni luas sangat2

      Kalo masuk sekitar 1-2 dollar sehari, sebulan dah free-free dapat minimum USD30..lagipun nama Bro Amirol dah sangat2 berpengaruh kat level international dan tempatan :mrgreen:

  8. Terima kasih rizal atas review yang sungguh lengkap. Saya sentiasa memperbaiki pakej ni dari masa ke semasa dan insyaAllah versi baru ebook dan video tutorial akan keluar pada awal tahun 2010 nanti.

    • admin says:

      Terima kasih juga kepada Alang kerana menerima pandangan, kritikan dan komen saya dengan lapang dan profesional.

      Pakej Video Blog hasilan Alang ni memang bermanfaat dan boleh diadaptasikan dalam pelbagai ruang dan peluang.

  9. bro dah buat ke? uihhh takder tengok kat forum ni. ni mesti kes low profile ni. hahahaha. ke aku yang tak perasan bro ada kat forum
    taukey´s last blog ..Payment Proof Dari Paid To Promote My ComLuv Profile

  10. Best review ni, lepas ni kalau dah ada masa rehat, nak juga try PVB ni…untuk ProfitHoster.com, Rizal cadangkan ambil pakej yang mana sesuai untuk video site?Pakej Gold ok ker?
    Luvleey´s last blog ..Thank you…Terima kasih.. My ComLuv Profile

  11. Hi sy tak pernah jumpa review yg lengkap mcm ni. Ini lah baru review produk yg tulen, kadang2 baca testimonial mcm hype tp riview seperti ini memang membantu utk membuat keputusan nak beli atau tak beli produk, siap ada eksperimen. Bagus blog ni. Cuma sy tak faham lg konsep PVB nak kena research lg. TQ

    • admin says:

      Untuk pengetahuan Mohd Hafiz, Konsep PVB telah saya nyatakan secara umum pada bahagian “BAGAIMANA VIDEO BLOG BERFUNGSI?”.

      Produk ini adalah kombinasi antara video dan blog, dan cara untuk mempromosikan video blog (disamping menjana pendapatan menerusinya). Harap penjelasan ini dapat membantu MohdHafiz

  12. Insyallah hujung bulan nie saya nak beli ebook alang nie..

  13. I found this blog while I was searching msn on key term web hosting. I like information posted. Thanks for sharing

  14. Menarik review saudara. Masih boleh beli ker PVB ni?
    Sy ade jumpe satu video blog yg menarik juga la.. ini customer PVB ker?

    Sample

    • admin says:

      Ya Jijo..setakat ni masih lagi dijual..

      Saya tidak pasti siapa pemiliknya..saya sarankan Jijo terus hubungi beliau

  15. make money with cpalead says:

    I really liked your magnificent blog! The info you provide is good ! I think im gonna stick around and read about 9 more of your posts. Your friend

  16. Memang menarik rupanya video blog ni :shock: Nasib baik terbaca review dalam blog ni. Kalau tak, sampai bila-bila tak tahu pasal video blog :oops:
    imran´s last blog ..Insentif Khas Sepanjang Hayat My ComLuv Profile

Leave a Reply

CommentLuv Enabled