Pakej Web Jualan Evolusi:Tranformasi atau Revolusi?

ABSTRACT

This site contains some valuable information about various ebooks. All ebook here were narrated by Malaysian Internet Marketers (MIM) whose expert in selected knowledge disciplines, and based on thei experiences too. It should be noted that, majority of ebooks and specific information here are not written in English. Therefore, it is not suitable for those who unable to understand Malay Language. The resources that I highlighted here, perhaps will help Malaysian who keen to gain extra knowledge, to be expertise or for commercial purposes.

Subject to this post, this article will guide us how to develop and develop an effective web sales from scratch. All instruction regarding in this “.exe” format ebooks is easy to understand and full of scripts. Interestingly, this ebook figure out some complex aspect like developing auto responder, opt-in and cron job. Tutorial videos are enhanced for advance learning. This ebook was written by Mohd Amirol Zolkifli.

p/s: Bagi saya, Amirol seorang yang kreatif dan unik. Beliau juga tidak lokek berkongsi ilmu. Bermula dari Panduan Affiliate dan Autoresponder, kemudian ke Pakej Lengkap Web Jualan 1 dan 2, ebook ini telah melalui satu proses tranformasi yang berkesan. Revolusi yang telah dicipta Amirol telah melahirkan satu ebook berformat “.exe” yang dipanggil Pakej Web Jualan Evolusi.

KEPENTINGAN LAMAN WEB JUALAN

Pakej Web Jualan EvolusiJika ingin menjadi seorang ahli pemasaran internet yang berjaya, kita mesti belajar buat laman web. Laman web ibarat “nyawa” dalam perniagaan internet. Memiliki laman web jualan merupakan paling wajib selepas mahir mempelajari Cpanel. Namun, timbul banyak soalan untuk membina laman web. Setiap kali saya melayari kebanyakan laman web, wujud pelbagai soalan yang ada dalam benak kepala saya:

  • macam mana nak buat sistem affiliate?
  • macam mana mereka kumpulkan email (mailing list)?
  • macam mana mereka kutip duit bayaran?
  • macam mana mereka balas email dengan automatik?

dan pelbagai soalan yang bermain dalam fikiran saya.

First impression saya sewaktu melayari setiap penjual produk internet, saya hairan sangat bagaimana mereka menghabiskan masa dengan buat website dan sistem yang canggih manggih ni? Apa yang saya agak, mereka ni tentu mengupah pakar-pakar untuk buat website dan pelbagai sistem.

AMIROL TELAH MENJAWAB PERSOALAN SAYA!

Secara jujurnya saya menjawab, segala permasalahan mengenai kesemua soalan saya telah terjawab di dalam Pakej Web Jualan Evolusi Ini. Di situ, saudara amirol telah menunjukkan satu per satu cara beliau menghasilkan laman web jualan (sales website) untuk menjual produk-produk internet. Bermula dari itu, saya telah memahami perkara-perkara paling asas untuk membina laman web jualan dan cara ianya berfungsi.

BEST SANGAT KE PAKEJ WEB JUALAN EVOLUSI NI?

Berbanding dengan keluaran terdahulu, Pakej Web Jualan Evolusi ini telah mengalami perubahan dari segi persembahan dan kandungan. Paling ketara adalah aspek keselamatan hakcipta. Pembeli juga dapat mengakses video tutorial melalui pautan dan katakunci khas yang telah diberikan. Namun, pembeli tetap dapat mengakses ebook ini secara offline dan dapat mencetak ebook ini.

KANDUNGAN PAKEJ WEB JUALAN EVOLUSI?

Ini menjadi perkara pokok untuk setiap keluaran ebook. Berbanding dengan versi sebelum ni, Pakej Web Jualan Evolusi mengalami kelainan yang berbeza beserta dengan penambahan bab…maksud saya dari 10 ke 11 bab. Perincian (umum) setiap bab adalah seperti berikut:

  • Asas Perniagaan Menerusi Internet
  • Asas Domain dan Hosting
  • Membina Grafik Web Jualan Minisite
  • Membina Laman Web Jualan Minisite
  • Memasang Sistem Bayaran
  • Memasang Sistem Hubungi
  • Membina Database
  • Memasang Sistem Autoresponder
  • Memasang Sistem Affiliate
  • Proses Upload File ke Hosting
  • Panduan dan Tips Tambahan

Turut disertakan adalah Video Tutorial. Video tutorial penting untuk memantapkan lagi pengetahuan dan pemasangan sesebuah Laman Web Jualan. Berikut disertakan 8 tutorial yang telah dihuraikan (tidak termasuk pecahan perincian setiap bab) oleh Saudara Amirol:

  • Cpanel
  • PhotoPlus
  • NVU
  • Menerima Bayaran
  • Ruangan Hubungi
  • Autoresponder
  • Affiliate
  • Upload

Namun, suka saya ingatkan, untuk menonton video tutorial ini, anda memerlukan sambungan internet yang baik dan perlu memasukkan katakunci (password) yang telah diberikan sewaktu membeli Pakej Web Jualan Evolusi. Inilah tambah nilai yang diberikan kepada pelanggan Pakej Web Jualan Evolusi, tidak termasuk bonus dan ruangan support yang telah disediakan oleh beliau. Memang menarik kan?

HARGA PAKEJ WEB JUALAN EVOLUSI?

Percaya atau tidak, harga Pakej Web Jualan Evolusi ni hanyalah RM 60 sahaja! Satu jumlah yang memang setimpal dengan isi dan penyampaiannya. Pada pandangan peribadi saya, Saudara Amirol layak menjual Pakej Web Jualan Evolusi ini dengan dengan harga RM 100.

Untuk pengetahuan, kos membina laman web amatlah mahal, apatah lagi jika mengupah pereka laman web professional. Kosnya memang sekitar RM 300 – RM 500 (bergantung pada kawasan) , tidak termasuk caj untuk mengemaskini atau menambah kandungan web jualan. Jadi, cuba anda bayangkan, berapa yang anda dapat jimat, sekiranya anda memiliki Pakej Web Jualan Evolusi ni.

Cuma, ada syarat tambahan. Untuk menjadi seorang webmaster yang hebat seperti Amirol dan IM yang lain, anda mesti mempunyai kriteria ini:

  • sabar
  • baca segala panduan yang diberikan dengan berulang-ulang (jangan baca sekali sahaja)
  • fahami, belajar secara sistematik (tersusun) dan praktis apa panduan yang diberikan
  • ajukan sebarang masalah pada ruangan support yang telah disediakan Amirol
  • tidak cepat putus asa, ada kesungguhan (bukan hangat-hangat tahi ayam)
  • sanggup mengeluarkan sedikit modal
  • ada keinginan dan azam yang mantap untuk berjaya

Bunyi macam payah pulak!!! Perkara yang payah akan jadi payah jika kita dah setkan minda kita payah. Ia akan jadi mudah dan senang jika kita selalu berfikiran positif. Saya tidak layak untuk menghakimi anda. Anda sendiri yang layak mengadili diri anda.

AMIROL: SAYA TELAH BUKTIKAN!

Dengan mempelajari Segala yang berkaitan dengan Pakej Web Jualan Evolusi ini, saya telah berjaya menerbitkan produk sendiri – Panduan Beli Ebook . Jadi, jika saya mampu lakukan, saya pasti anda (para pembaca) boleh melakukannya!!!

Pakej Web Jualan Evolusi

RINGKASAN DAN KESESUAIAN DENGAN PENGGUNA

Pro: Pakej Web Jualan Evolusi

  • Edisi Bahasa Melayu sepenuhnya.
  • Ebook mesra pengguna, mempunyai pelan tindakan yang telah disusun sebaik mungkin.
  • Harga yang berpatutan, sesuai dengan kualiti penyampaian.
  • Sangat sesuai untuk dijadikan rujukan samada mereka yang telah pakar mahupun mereka yang tiada asas dalam merekacipta web jualan dan pemasaran produk.
  • Mempunyai penambahan yang ketara dari segi persembahan, penyampaian dan illustrasi yang jelas berbanding versi terdahulu.
  • Bab yang paling menarik adalah memasang skrip untuk autoresponder, sistem affiliate dan Cron Jobs.
  • Contoh dan langkah yang mudah difahami dan diikuti.
  • Pembeli ebook diberi peluang untuk rakan affiliate dan reseller berdaftar.
  • Video Tambahan, ruangan support dan bonus

Kontra: Pakej Web Jualan Evolusi

  • Pakej web Jualan Evolusi tidak sesuai dipelajari di cyber cafe, mesti mempunyai kemudahan internet di rumah.
  • Tidak sesuai bagi pembeli domain dan hosting yang berasaskan windows.
  • Skrip yang diberikan perlu dicetak dengan menggunakan dakwat warna untuk pemahaman lebih jelas.
  • Video tutorial memerlukan sambungan internet kerana ia hanya dipaparkan secara online.

INFO & Profail RINGKAS

Judul Ebook : Pakej Web Jualan Evolusi
Genre : Teknikal
Nama Pengarang : Mohd Amirol bin Zolkifli
Nama Samaran : Amirol
Harga : RM 60.00
Ketebalan : Tiada Maklumat
Blog Rasmi : mohdamirol.com
Sokongan : Forum Support & Video Tutorial
Rating Ebook : 4 / 5
Alexa Page Rank : 1,962,459 (kemaskini: 29/09/08)

Kejayaan demi kejayaan para usahawan internet semakin berkembang di Malaysia. Mungkin anda salah seorang yang memiliki peluang ini. Jangan bazirkan duit anda dengan sia-sia. Dapatkan Pakej Web Jualan Evolusi dan mulakan usaha anda untuk mencipta kekayaan dengan cara yang betul dan halal.

p/s:

Suarakan apa yang anda fikirkan pada ruangan “comment”

Sebarang cadangan membina sila hantar ruangan support saya: komenebook.com/support

Related Posts with Thumbnails
Adakah Review Saya Berbaloi Dan Bermanfaat Buat Anda?
468 ad

2 Responses to “Pakej Web Jualan Evolusi:Tranformasi atau Revolusi?”

  1. Assalamualaikum..

    Kisah kejayaan sepupu komenebook dalam usahanya menguasai bidang teknikal komputer walaupun 0 IT telah membawa saya ke blog ini. Begitulah kekuatan peranan sebuah blog dalam menyebarkan maklumat dan menarik pelawat.

    Bagi anda yang masih belum memiliki atau mempunyai keinginan menjadi seorang blogger, saya rasa adalah sesuatu yang amat perlu untuk mememiliki ebook yang disarankan oleh komenebook ini untuk memulakan sebuah blog.

    Segala usaha yang kita lakukan dengan permulaan yang baik pasti akan menghasilkan kejayaan yang diharapkan.

  2. admin says:

    (salam). terima kasih atas komen zain.

    itu antara cerita yang mampu saya “bongkar”kan. memang betul cakap zain, permulaan yang baik akan pasti, hasil yang kita dapat, akan baik juga..cuma lambat atau cepat saje :-)

Leave a Reply

CommentLuv Enabled