Panduan Beli Ebook – Panduan Asas Membeli Produk Digital, Tips Dan Tricks Khas Untuk Newbie – Versi 2.0
(Salam) dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada pengunjung setia weblog ini.
Setelah lama saya menghabiskan masa mengemaskini produk keluaran saya, kali ini saya persembahkan kepada anda Panduan Beli Ebook Versi 2.0. Versi ini saya lancarkan khas pada hari “spesel” dan bermakna buat saya.
Ya, 5 Febuari 2009 merupakan hari yang sangat bermakna buat saya.
Saya mengambil masa yang agak lama kali kerana perlu melakukan pelbagai “ujikaji” dan berusaha mendapatkan bahan (material) yang berkaitan.
SASARAN PRODUK:
Objektif asal produk ini saya fokuskan kepada newbie (mahupun rookie). Ini kerana pada kajian yang telah saya lakukan, rata-rata newbie masih belum mengerti dan faham bagaimana ebook yang bakal dibeli itu boleh mempengaruhi matlamat dan objektif pengguna. Malah, pelbagai soalan yang timbul dari penangan 5 huruf ni…
EBOOK TU APE?
Ebook merupakan satu “teks penyampaian berbentuk digital yang ditulis/ditaip menggunakan perisian khas”. Masih ramai yang terkejut jika saya mengatakan ia boleh terdiri dari 6 format berbeza.
Malah, ada yang responden yang tak percayakan saya kerana website (seperti berita harian online atau harakah daily) yang ditatap hari-hari itu adalah salah satu dari kategori ebook! Malah, blog yang anda tatap sekarang ini pun adalah sebahagian dari kategori ebook sebenarnya
INDUSTRI EBOOK DAN KEFAHAMANNYA…
Harus saya ingatkan di sini, ia merupakan satu industri yang tidak akan “mati” (Gobala, Majalah IM).
Justeru, saya ingatkan, JIKA ANDA RASA anda seorang yang “OTAI” dan telah mahir dengan selok-belok khususnya SEGALA TEKNIK YANG DIAJAR DALAM PANDUAN BELI EBOOK, termasuk juga cara Mengetahui dan Membeli Ebook Yang Berkualiti & Tak Menipu, ebook ini tidak sesuai untuk anda.
KENAPA PRODUK INI DITERBITKAN?
Bagi saya, inilah salah satu masalah kepada newbie atau sesiapa yang tercari-cari bagaimana untuk membeli ebook (atau mana-mana kategori produk digital) yang berkualiti – RAMAI YANG KEKURANGAN MAKLUMAT DAN KESUNTUKAN MASA. Diharap ebook ini mampu memberikan input yang berguna.
Kajian rambang yang saya lakukan, ramai yang tidak mengetahui apakah yang mereka mahukan dari produk digital. Ini tidak bagus sebenarnya. Pengguna akan terdedah dengan pelbagai kemungkinan- yang paling ketara adalah KENA TIPU DAN DUIT HANGUS BEGITU SAHAJA.
Paling saya tekankan, Ebook ini akan menjawab bagaimana untuk mengetahui produk digital yang dibeli benar-benar berkualiti, tidak menipu dan mampu memberikan manfaat kepada pengguna.
ISU OVERLOADED INFORMATION ADA KE?
Saya akui ia merupakan salah satu masalah “negara” untuk sesiapa sahaja yang berjinak – jinak dengan dunia cari pendapatan di internet ni…sesiapa sahaja boleh terkena. Namun saya hanya sentuh sentuh sedikit sahaja kerana ADA FAKTOR LAIN yang menyebabkan berlakunya penyakit overloaded information.
Ebook ini lebih menjurus ke aras bagaimana untuk mengenalpasti ebook yang dibeli itu boleh memuaskan hati pengguna dan tiada unsur penipuan atau keraguan.
PEMBAHARUAN DALAM VERSI 2.0?
Saya masih lagi mengekalkan 8 Bab Utama. Versi 2.0 ini saya tambah dengan pelbagai informasi dan ilustrasi untuk memantapkan pemahaman pengguna. Manakala, satu bab khusus telah saya pecahkan kepada tiga (3) sub-bab utama dan menarik untuk pembaca (pembeli) menilainya.
HARGA?
Harga terkini adalah RM 30. Ia tidak terlalu mahal dan masih dikira berpatutan.
untuk keterangan lebih lanjut, Sila rujuk laman web utama produk ini.
BONUS?
Alhamdulillah, pada kali ini saya berjaya menghasilkan Empat (4) produk bonus buatan sendiri. Versi terdahulu saya banyak menggunakan produk keluaran IM lain.
Namun, saya masih mengekalkan 2 produk keluaran IM Malaysia terkenal kerana ia mempunyai “niche” dan kaitan dengan Produk keluaran saya. Ia juga termasuk kupon 5+1, khas buat bakal pembeli.
Untuk penerangan lebih lanjut, sila layari ke produk Panduan Beli Ebook. Saya bahagikan kepada dua bahagian.
Bahagian pertama BOLEH dijadikan bonus atau diberikan kepada sesiapa sahaja:

Vitamin Kejayaan (Versi 2.5) – Satu buku motivasi. Saya perkenalkan elemen 7 Asas 4 Gadget. Versi terdahulu tiada saya sentuh berkaitan dengan 4 Gadget ini

Teknik Mudah Lindungi Link Affiliate Anda Versi 2.0. Versi 1.0 telah saya lancarkan pada 25 Oktober 2008. Alhamdulillah, terima kasih kepada pengunjung2 yang telah download versi 1.0 dulu. Semoga anda beroleh manfaat yang berguna darinya. Versi ini telah saya tambah sedikit tips tambahan [muka surat pun bertambah jugak le
]
Bahagian Kedua: TIDAK BOLEH DIAGIHKAN SECARA PERCUMA
PERTAMA: Rahsia Penipu Internet Terbongkar. 11 ciri asas mereka saya sertakan. Paling ketara Ebook versi kali ini LENGKAP saya tunjukkan “disebalik tabir” laman web yang benar-benar menipu pengguna dan masih aktif hingga sekarang!
Pendek kata, setiap item laman web mereka saya dedahkan menerusi snaphot khas (bermula dari “login page” website sampaila ke “logout page” website) yang saya masukkan dalam ebook ini! Versi terdahulu saya tak dedahkan.
Mereka ni memang tak insaf – insaf, kenyangla korang makan duit hasil dari tipu orang yang tak tau pe2 ya!. Pasni korang kena pikir strategi lain, strategi “baek” punya untuk tipu orang sebab strategi korang dah bocor dalam ebook ni
Saya juga sertakan satu manual LENGKAP perniagaan berasaskan email yang benar-benar menipu pengguna hingga sekarang. Modul ini telah dipecahkan kepada dua (2) bahagian – Lengkap dengan ilustrasi dan “langkah kerja yang direkacipta” oleh pengelola produk ni…Semoga Allah Ta’ala memberikan hidayah kepada pengelola program ni agar insaf dan bertaubat – masih belum lambat untuk anda berbuat demikian.
Benarlah kata sorang kenalan saya, nak menipu dalam dunia internet ni mudah sangat! Bawak sikit website yang tunjuk income “gile-gile”…website cantek sket…memang ade yang terpesona..tak percaya – anda boleh jumpa thread tanya program cenggini dalam forum
Untuk pengetahuan, 3 contoh yang saya bawakan (dengan snapshot/ilustrasi) ini adalah asas kepada model-model penipuan dalam perniagaan internet. Jika anda faham 3 contoh yang saya bawakan itu, bermakna anda sudah tahu apa yang harus anda lakukan. Anda sudah tahu, kemana “halatuju” pelaburan RM anda selepas ini.
Tambahan pula, payah nak lihat “disebalik tabir” website orang wooo!!!
SATU PAKEJ KHAS UNTUK PEMBELI
Rahsia Review. Saya akan dedahkan kepada newbie (atau sesiapa yang berminat), bagaimana saya berjaya mendapat Google Page Rank 2 [PR2] hanya dengan 25 post artikel. Paling menarik, saya dapat ‘award” ni TANPA SEBARANG KOS.
Saya juga dedahkan anda 18 cara Review yang saya amalkan beserta dengan tip-tip tambahan untuk mencapainya. Kemungkinan besar, “Rahsia Review” ini tidak akan saya masukkan lagi untuk Panduan Beli Ebook Versi 3.0 (Insya’ Allah, PBE versi 3.0 bakal release tahun 2010).
Seperti yang saya nyatakan dalam minisite, mungkin selepas ini saya akan jadikan ia satu produk yang berasingan [ mahu letakkan sedikit harga
]. Nama tajuk juga akan ditukar kepada nama lain terutamanya pada perkataan “RAHSIA” (sebab tiada rahsia pun sebenarnya kalo dah tahu!).
Jadi inilah peluang terbaik buat sesiapa yang berhasrat nak tahu rahsia review yang saya lakukan – khas untuk Pembeli Set Panduan Beli Ebook Versi 2.0
SAYA RAGU2 DENGAN EBOOK INI, takde SAMPLE FREE KE?
Ya, saya ada berikan percuma 20 mukasurat untuk anda lihat. Klik di sini untuk anda dapatkan 20 Mukasurat Percuma termasuk BAB 1.
PEMBELI VERSI 1.0 KENA BAYAR?
Ya, suka saya nyatakan, pembeli lama versi 1.0 akan mendapat kesemua item Versi 2.0 TANPA SEBARANG KOS TERSEMBUNYI. Semuanya Percuma. Ini sebagai menghargai usaha anda membaca ebook hasil nukilan saya.
PANDUAN BELI EBOOK BUKAN JENIS MENGAJAR ANDA CEPAT KAYA!
Ingin saya nyatakan di sini, Set Panduan Beli Ebook Versi 2.0 tergolong dalam kategori separa teknikal (Informasi, Kaedah, Tips dan Tricks). Justeru, Ebook ini tidak akan mengajar anda untuk kaya dengan cepat!
Tetapi, jika anda amalkan dan manipulasi (ubahsuai) teknik yang saya nyatakan dalam Set Panduan Beli Ebook ini, Insya’ Allah, anda dapat buat duit melalui internet secara halal dan tersusun.
Sebagai contoh, saya ada tekankan bidang servis dalam bahasa tersirat dalam Set PBE ni. Bidang servis (dan teknikal) ni masih banyak cabang untuk “jana income” sebenarnya.
Jana income di sini bermaksud BUKAN JAMINAN KEKAYAAN 100% dari saya. Saya paling tidak gemar trend terkini pengelola produk yang berikan JAMINAN KEKAYAAN 100% PADA BAKAL PEMBELI.
Siap boleh BAGI JAMINAN berkali – kali dalam jumlah yang tepat (RM dan $) dalam masa sebulan jika beli produk hasilan mereka! Yang celarunya pulak, dalam ruangan penafian, mereka – mereka ni letak “ayat-ayat pelindung” seperti tidak memberi jaminan akan mendapat jumlah yang diceritakan kerana ianya hanyalah pengalaman mereka. Itupun tahu setelah beli produk jualan mereka.
Jadi mana satu yang betul ni? Jaminan dapat sejumlah wang dalam sebulan tapi letak “ayat-ayat pelindung” untuk elakkan diri dari kena saman atau kena hantam. Hmm…menarik untuk difikirkan bersama-sama.
Jangan bimbang, website anda dalam pantauan saya
jika anda “melampaui batas” – aktiviti anda saya akan dedahkan dengan bukti yang lengkap (beserta dengan tricky marketing, ayat-aya pemanis mulut) yang telah anda lakukan!
Saya bukan nak jadi hero, apatah lagi mahu “berperang” dengan jenis yang cenggini. Saya tak suka “berperang” dengan orang yang macam ni. Saya suka dengan kehidupan saya sekarang. Alhamdulillah, rezeki yang DIA berikan kepada saya setakat ni tak pernah putus…syukur
Cuma saya kasihan kepada yang tak tahu apa-apa – newbie terutamanya. Pengharapan mereka tentang dunia internet ni tinggi sebenarnya. Jika orang cenggini rosakkan “harapan” newbie – secara tak langsung tanggapan orang yang berniaga depan internet ni akan terus salah dan dipandang negative…macam mana ekonomi orang Malaysia nak terus berkembang dan maju?
Tambahan pula, saya hanya nak lindungi kepentingan pengguna. Kenapa? Sebab saya pun juga seorang pengguna / pembeli aktif di alam siber ni.
Cukuplah anda memberikan jaminan kekayaan palsu kepada mereka yang kekurangan maklumat…tak salah meniru strategi agresif usahawan internet luar negara, tapi biarlah cara yang digunakan itu berhemah dan adil untuk pihak penjual dan pembeli.
Untuk jadi “Kaya Raya” melalui internet bergantung kepada usaha, komitmen dan daya kreativiti anda…dan bagi orang ISLAM, kena rajin-rajin..tak boleh malas!
PELANCARAN DAN PEMBELIAN RASMI
Tarikh rasmi jualan akan bermula sekitar jam 9 pagi, 5 Febuari 2009… Insya’ Allah.
AFFILIATE
Saya akan buka program affiliate sebulan selepas tarikh pelancaran produk ini. Insya’ Allah pada 5 Mac 2009 (Khamis). Untuk mendaftar, sila layari pautan rasmi link www.panduanbeliebook.com
Saya juga nak berikan sedikit hadiah kepada pelanggan yang pernah membaca ebook Teknik Buang Virus dan Malware – 10 Langkah Mudah. Harap-harap hadiah yang tak seberapa itu, dapat mereka manfaatkan. Saya telah agihkan “hadiah istimewa” saya menerusi email.
KESIMPULAN
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kepada-Nya dengan penghasilan produk Panduan Beli Ebook. Walaupun saya telah menerima beberapa respon positive, ini bukan bermakna, saya berpuas hati 100% dengan edisi kali ini.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih saya kepada individu yang sudi membuat ulasan (review) berkaitan dengan Panduan Beli Ebook versi 2.0 ini. (taukey , kakeru , abooain , jebat , ). Segala komen dan cadangan anda telah diteliti.
Produk ini juga dalam proses review oleh “otai review ” tahap pro. Saya hanya menunggu “black and white” dari mereka sahaja.
Begitu juga buat Luvleey yang menghasilkan minisite dan ecover utama.
Juga mana-mana informer yang sudi bekerjasama dengan saya.
Jika sebelum ni, saya pernah review dari segi pro dan kontra produk keluaran usahawan internet lain, maka selepas ini, bakal pembeli dan mereka yang pakar dalam review pula yang akan menilai produk ini.
Setakat ini, saya dalam proses untuk mengumpulkan material baru untuk versi 3.0. Komen ikhlas, komen positive, komen negative dari pelanggan/para reviewer bakal saya perhalusi satu per satu sebelum saya gabungkan dengan material yang sedang dikumpulkan ini.
Jika anda rasa produk ini:
- mampu menjawab persoalan anda,
- mampu membantu anda dalam memilih ebook yang berkualiti,
- mampu berikan manfaat jangka pendek dan panjang,
- mahu mengetahui taktik licik sang penipu internet
Dapatkan ebook ini sebelum anda tersalah meleburkan duit anda dengan membeli ebook (atau produk digital) yang hanya menjerat pengguna!







dino´s last blog post..Cara masukan script adsense ke dalam posting
Terima kasih atas komen En Dino
Dino ada mencadangkan di zaman yang gawat ini harga panduan ini dijual pada RM 20 -- RM 55, saya rasa saya dah menjawap pendapat bernas saudara dengan meletakkan harga dari RM 40 -- RM 50. Malah tak melebihi RM 55 pun
Saya dah abis baca ebook tu,overall dah okay. Apa yang perlu & mesti tahu dah dinyatakan.nanti saya email tentang apa yang perlu diperbaiki dan dihighlight dalam ebook tu..
Terima kasih buat IM Sham, kerana sudah review dan berikan segala teguran membina yang berkaitan
dah lancar la ni kan…
tgh xde fulus la plak ni…
saya ni mmg jnis yg ske beli je tanpa fikir dulu…
last information overload…
spatt´s last blog post..Tutorial Khas Untuk Kaduk…
yup Spatt..dah dilancarkan sepenuhnya..takpe, masih sempat lagi kumpul duit, sebab harga terendah RM 40 ni sampai 19 Febuari ni..
Yang information overload tu saya sentuh sikit je dalam PBE V2.0 ni. Saya banyak sentuh perkara lain.
p/s: Spatt, pglmn benar yg pernah terjadi pada anda buat saya respek pada anda..jangan give-up ya! Chaiyok
Salam bro, tahniah atas pelancaran Ver. 2 ni, tambah mantap yek
jedi79´s last blog post..apiz: Just enter the RajaKamil.com $789 Online Library Contest. You can win by following @RajaKamil and retweet http://xr.com/prize
terima kasih & Sama2 bro..saya terserah kepada pembaca yang beli set PBE ni untuk tahu ia mantap atau tak
Wah!!! Tahniah…
Nak mintak tolong komen ebook PERCUMA kawan.. Kalo bro free la..
ijamidayu´s last blog post..Perniagaan…. Oh..
Boleh aje free atau berbayar..asalkan anda percaya kepada saya
Semoga ebook saudara Rizal dapat mengawal nafsu pembeli ebook; yang membeli bukan keperluan dan membeli buat koleksi
Terima kasih kerana komen anda diblog saya, sebenarnya saya belum promosi secara “besar-besaran” lagi blog tu. Boleh saya tahu kat mana jumpa?
Sama2 XploR…saya tak boleh kawal nafsu orang..hahahaa
di mana saya jumpa blog anda? saya gunakan teknik explore dalam browser juga…
Salam…
Pusing2 alam internet terjumpa Rizal… Tak sangka ya… Dah banyak menulis rupanya. Camna dengan MA? jalan tak??? Saya dak ‘rehat’ satu semester.
Sebagai tanda sokongan kepada usahawan muda kita, saya nak beli e-book ni. Kalau bayar kat ATM, apa yg perlu saya isi kat Bukti Transaksi? No transaksi ke?
Kalau bayar tunai melalui abang enta boleh tak?
(Salam)…
Berjumpa juga kita ye ustaz..dunia siber ni memang kecik la sangat2 ya
Tesis saya masih lagi dalam progress..harap2 dapat siap secepat mungkin tahun ni..Insya’ Allah..Ustaz rehat ya, sambil rehat sambil buat sikit2 takpe, same2 kita sudahkan ya, Ustaz
ustaz nak bayar ke abang saya ke? boleh ja..nanti saya emailkan kepada ustaz yang selanjutnya.
Harap selepas ni pembeli tak akan tertipu lagi dgn janji2 manisnya
alantanblog´s last blog post..World’s Greatest Business Mind– Alan Tan
ya, alantan, harap2 macam tu la ya, saya dah jumpa beberapa orang yang “penah kena”..cukup simpati…mereka benar2 nak jana pendapatan tapi mereka dah terpedaya
ebook Panduanptd.com aka Mynet marketing
Jangan terpedaya dgn sesetengah perniagaan ebook
saya dh terkena:
ah dia mcmni:
E-BOOK
BARU2 NI SY CUBA BELI E-BOOK PTD, DAH BANKIN DUIT RM2O DAN MENGIKUT ARAHAN SETERUSNYA…
MALANGNYA SAYA DAH TIGA HARI TAK DAPAT KOD PENGAKTIFAN DAN ID..
IM QUIT PISSED OFF SEBAB HANYA EMAIL DIHANTAR KPD SAYA SBG PENGESAHAN PEMBELIAN..
EMAIL REPLY ADALAH SEPERTI BERIKUT:
admin[a]panduanptd.com to me
show details Feb 14 (4 days ago)
Reply
Yang Dihormati, XXXXXXXX
Terima kasih di atas pembelian Ebook Selangkah Ke Alam PTD… ver1.0.
Pihak kami akan memproses pembelian anda di dalam tempoh 48 jam. Setelah pengesahan dilakukan, kami akan membekalkan anda ID Pengguna (User ID) dan Kata Laluan (Password) bagi tujuan Pengaktifan produk ebook kami.
Dengan hormatnya,
admin[a]panduanptd.com
February 14, 2009.
SO HARAP2 SAPE2 JANGAN LA TERPEDAYA NASIB BAIKLA RM20 JE
WEB MEREKA ADALAH:
panduanptd.com
saya nak tanya ada tak e-book dalam b.melayu untuk bina laman web sendiri.
Rozan, terima kasih kerana bertanya.
terdapat banyak laman web yang menjual panduan untuk menjual web jualan. Dalam banyak2 produk, seperti keluaran Irfan Khairi, Monakas, Amirol (dan reseller2 yang sah)
Justeru, Rozan boleh dapatkan produk tersebut di http://www.tutorialminisite.com