Panduan Beli Ebook Versi 2.0 Dalam Kemaskini

Posted by on September 22, 2011 in Semasa | 0 comments

Panduan Beli Ebook Versi 2.0 Dalam Kemaskini

Sedikit pengumuman ringkas dari saya.

Saya dalam proses kemaskini Produk Panduan Beli Ebook ke satu versi baru.

Sehingga kini saya telah mengemaskini 2 bab (sepatutnya dah 3, tapi terpaksa dibuang terus kerana isu sudah tidak relevan) dan juga mungkin membuang 2 bab yang sedia ada.

Namun, anda masih mampu memiliki preview percuma setebal 20 muka surat (Versi 2.0).

Anda boleh mendapatkan preview percuma ini dengan mengisikan informasi pada ruangan yang berkaitan di sini

Pada ruangan email anda, pastikan anda menerima 2 email seperti ilustrasi di bawah untuk mengelakkan nama dan email anda disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab

Sasaran saya, produk Panduan Beli Ebook (PBE) edisi terbaru akan datang akan dapat dilancarkan pada awal tahun 2012.

Untuk pelanggan sedia ada, anda seperti biasa akan menerima kemaskini secara percuma.

Memandangkan ebook ini pernah mendapat tajaan sehingga RM XXX untuk 24 bulan sebelum ini, berkemungkinan besar harga baru yang ditawarkan adalah lebih rendah dari harga sedia ada. Ini sebagai tanda syukur saya kepada-NYA di atas rezeki yang telah diberikan-NYA kepada saya selama ini.

Dari segi bonus produk pula, sasaran 70% bonus sedia ada akan digantikan dengan yang baru.

Minimumkan risiko kerugian wang. Biarlah anda membeli ebook atau mana-mana produk digital yang mampu memberikan manfaat jangka panjang. Jangan ambil mudah dengan risiko yang kita sendiri tak tahu kesudahannya! Manfaatkan setiap sen yang anda belanjakan kepada satu ruang yang boleh memberi anda manfaat untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Dunia internet penuh dengan cabaran dan liku-liku, lambakan informasi dan produk informasi boleh membuatkan kita ‘kelabu mata’. Sentiasa berhati-hati dan beringat [dan berbaik-sangka lah dengan segala ujian yang telah Allah berikan, Insya Allah kita akan dapat hasilnya kelak], nescaya kita akan dapat menggapai apa yang kita impikan.

 

 

Ahmad Rizal Razali (atau KomenEbook). Pensyarah Jabatan Kewangan dan Perbankan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Berkelulusan Sarjana Pengurusan Risiko (melalui penyelidikan). Kajian berkaitan boleh diperolehi menerusi AhmadRizal.com. Kini dalam proses untuk melanjutkan pelajaran ke peringkan Ph.D. Menjadikan blog sebagai hobi sambilan. Juga menyediakan khidmat setup blog, website, shopping cart, review produk digital dan setup skrip di RizaNiaga.com

Leave a Comment

Email anda tidak akan dipaparkan. Ruang bertanda * mesti diisi


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>