(Salam) dan Salam Sejahtera buat pengunjung setia weblog ini.

Alhamdulillah, setelah bersengkang mata 3 hari 2 malam (dari khamis – sabtu), saya telah menyiapkan apa yang telah lama saya perlu lakukan.

  • Bahagian sokongan (support system) untuk Blog Komenebook.com
  • Bahagian sokongan (support system) untuk Produk Panduan Beli Ebook
  • Sistem Affiliate untuk produk Panduan Beli Ebook

Sepanjang tempoh tersebut pelbagai peristiwa yang saya alami. Semua pengalaman yang telah saya alami itu tak mampu diganti dengan wang. Penat tapi berbaloi.

SISTEM SOKONGAN

Berinspirasikan dari saudara Amirol Web Jualan, sistem support yang saya buat ini, saya “godek” [pinjam ayat ye Amirol 😀 ], selama tempoh tersebut. Memahami script coding php memang memenatkan, apatah lagi untuk tukar sesetengah ayat itu dari inggeris ke melayu. Saya cuba siapkan dengan sedikit bantuan teori dari saudara Amirol.

Tambahan pula, sistem sokongan ini lebih memudahkan kerja saya..tak perlu buka email sangat :-).

Selepas ini, semua pembaca boleh mengajukan segala persoalan pada ruangan support yang telah saya sediakan. Boleh terus ke ruangan hubugi atau di http://komenebook.com/support. Ajukanlah apa yang anda rasa nak tanya. Saya akan cuba menjawab dengan sebaik mungkin.

Untuk satu lagi ruangan support, saya telah letakkan pada ruangan untuk produk jualan sulung saya: Panduan Beli Ebook.

Setakat ini, kenalan online baru saya, Syazwan telah merasmikan ruangan support saya. Nanti saya akan sempurnakan permintaan anda tu ya!

SISTEM AFFILIATE

Alhamdulillah, saya juga telah menyiapkan sistem affiliate untuk produk Panduan Beli Ebook ini. Sepatutnya pada bulan Ramadhan baru-baru ni dah kena disiapkan. Namun, kekangan masa memang menyebabkan saya terpaksa mengutamakan apa yang perlu dahulu.

Sepanjang 3 hari 2 malam ini, saya memasang skrip affiliate berdasarkan produk Pakej Web Jualan Evolusi sepenuhnya, beserta dengan sedikit nasihat teknikal Amirol. Panduan dari Produk Pakej Lengkap Najib pun saya teliti. Produk ini baik untuk memantapkan lagi kefahaman saya.

Khamis -> pagi Jumaat: sistem dipasang dan dilakukan proses ujian. Namun, terdapat masalah pada link agen affiliate…baca lagi dan review lagi semua

Jumaat -> Sabtu: Pasang lagi, masih terdapat error tersebut. Kali ini lebih teruk, langsung tak boleh akses sesetengah bahagian. pelik la jugak rasanya. Baca dan review lagi, kali ini dengan lebih berhati-hati. sempat lagi email pada ruangan support amirol 😀

Sabtu: Alhamdulillah, setelah saya godek untuk kali terakhir, syukur pada-NYA. Sistem affiliate untuk produk sulung saya ini berjaya berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang masalah.

Namun, sistem affiliate ini tak dapat lagi saya buka, (kecuali pada kenalan terdekat). Ini kerana, saya mahu mengemaskini kandungan Panduan Beli Ebook saya, beserta dengan bonus-bonus lain.

Komisen yang saya bakal saya berikan, tak terlalu rendah, tak terlalu tinggi, tapi lumayan la.. 😀 . Saya target akhir bulan 12 ni, boleh siap sepenuhya. Insya’ Allah

PRODUK PERCUMA LAGI DARI SAYA

Sebaik sahaja saya berjaya menyiapkan sistem affiliate dan sokongan, terus saya buat satu ebook ni. Saya namakan ia Teknik Mudah Lindungi Affiliate Anda. Ebook ini saya khususkan kepada sesiapa yang mahu melindungi link affiliate anda dengan menggunakan satu perisian percuma. Ebook ini juga telah mendapat permission (melalui sms) dari saudara Amirol.

Ya, teknik ini memang berdasarkan dari post saudara amirol bertajuk “Kawal Link Pemasaran Anda”. Pada post tersebut, Amirol menceritakan kaedah yang beliau buat secara umum.

Jadi, atas dasar perkongsian ilmu, saya telah cuba menerangkan secara khusus, lengkap dengan ilustrasi. Saya percaya, sekurang-kurangnya, panduan tersebut bakal memudahkan serba-sedikit urusan newbie untuk melindungi link affiliate mereka.

Saya sediakan dalam dua versi:

Teknik Mudah Lindungi Affiliate Anda

  • Jika anda sudah mahir mengenai unzip files, boleh ke pautan ini.

Namun,

  • Jika anda tidak tahu nak unzip (ekstrak) ebook percuma ini, boleh ke pautan ini

Saya harap dengan perkongsian ilmu yang tak seberapa ini, anda dapat memperolehi manfaat yang sangat berguna.

Mulai hari ini, sebarang teguran membina / cadangan / kritikan / perkongsian masalah dan cerita anda boleh ajukan kepada ruangan support saya :-)

http://komenebook.com/support

Terima kasih

Rizal KomenEbook

PERHATIAN: Kepada sesiapa yang memuat-turun produk percuma ini dari tarikh post dikeluarkan hingga 26hb Oktober 2008, jam 2.35 am, saya sarankan anda memuat-turun kembali ebook percuma ini kerana saya telah melakukan kemaskini yang melibatkan mukasurat 9 dan 10. Segala kesulitan amatlah saya kesali. – pengarang

26 Januari 2009: Ebook ini telah dikemaskini ke versi 2.0 .Ebook ini akan saya umumkan tarikh pelancarannya pada bulan Febuari 2009. – pengarang

Langgan 'Newsletter' KomenEbook.com

Sertai 'newsletter' KomenEbook.com untuk menerima sebarang informasi dan terbaharu. Email dan Nama anda SELAMAT dalam simpanan kami.

Langgan 'Newsletter' KomenEbook.com

You have Successfully Subscribed!

Share This

Share This

Share this post with your friends!