(Salam) dan Salam Sejahtera buat pengunjung weblog Komenebook.com yang saya hormati.
Ketika anda membaca artikel ini, saya masih melakukan rutin harian saya; dan masih mengejar beberapa dateline…oh…
Fikiran nakal saya selalu berkata, “kalaulah aku ini dapat dibahagi empat!, tentu dah banyak boleh siap keje nih” (hehehe)
Baiklah, beberapa kenalan saya sudah bertanya- mana review kamu ni Rizal?
Dan, inilah jawapan saya…sebenarnya saya telah dan masih membeli beberapa produk digital terpilih keluaran usahawan internet Malaysia (yang antarabangsa pun)…dan ada juga beberapa produk yang bakal saya beli sehingga bulan disember ini.
Terkini, antara produk terpilih yang telah saya beli berkaitan dengan dunia eBay (baru beli satu, ada lagi dua-tiga yang bakal saya beli, termasuk satu keluaran dari IM antarabangsa). Saya baru nak start bereksperimentasi. Mungkin akan ambil masa untuk saya buktikannya.
Satu produk berkaitan google adsense juga masih dalam proses nak beli. Ebook ni dikatakan masih relevan tekniknya.
Produk yang berkaitan tentang minisite keluaran Bro Amirol telah lama saya dapatkan, namun masih belum dapat di”post”kan lagi atas sebab-sebab teknikal dari segi draft penulisan..Maaf ya Bro. Samalah juga dengan produk berkaitan web jualan keluaran Monakas (Produk keluaran Monakas ni bagus, saya kena beli).
Begitu juga dengan berapa keluaran produk Smartzul. Dah buat eksperimen, cuma tak buat deraf post lagi.
Produk Panduan Iklan keluaran Shamsuriyadi dan Labanon juga dalam proses terakhir untuk saya beli, (kalo mereka naikkan harga, apa boleh buat- beli tetap beli, rezeki anda berdua…hehehe). Maaf Bro Sham, saya janji nak beli sebelum raya, tapi terpaksa ditangguhkan pada saat-saat terakhir..
Bajet saya masih ada, sentiasa ada untuk mana-mana produk digital, cuma tak boleh nak dicerita kat sini mengapa masih tak beli. Tapi saya akan beli dan review jugak, so hope you will trust me and keep my word okay
Dan ada juga produk keluaran IM yang telah saya beli dan tidak akan saya publishkan..Dah baca berkali-kali. Cuma saya sikit kompius, bila bandingkan dengan satu ebook yang saya dapatkan secara percuma edisi international macam ada persamaan…Hmm.?.(aha! PERINGATAN IKHLAS DARI SAYA: jangan sensasikan statement saya ni ya)
Saya perlu perhalusi lagi produk beliau..Jika masih nampak “sama” dengan ebook free tu, maka tak dapatlah saya review…sori yek!
Paling saya terkilan, saya masih lagi tak dapat publish produk keluaran Irwan Dahnil. Deraf post ini masih kekal dalam status “draft” dalam blog saya.
Kenapa? Jawapan saya mudah saja, Irwan Dahnil mengaplikasikan teknologi sms dalam produk beliau, saya pula tiada,..Jika beliau dah upgrade produk tersebut, draft yang telah saya siapkan ketika saya mula berjinak-jinak dengan dunia blog ni, beberapa bulan lalu, layak dikategorikan lapuk…oh sedihnya
Dapatkah anda fahami konsep yang saya aplikasikan dalam blog KomenEbook.com?
- Read- (setelah saya beli) Saya Baca
- Earn-(setalah saya buat eksperimen) Saya Dapatkan Hasil dan Dapat Tambah Pengetahuan dari produk tersebut
- Review-Saya akan review untuk dikongsikan kepada umum setelah saya berjaya memperolehi hasil dan darinya (of course dari satu segi lain, ilmu semakin bertambah).
Saya seorang blogger sambilan. Anda tak percaya? Cuba anda bilang post yang terpapar pada ruangan sitemap. Ini merupakan post yang ke-41..Kalau saya ushar bloggers lain, fuh..tak terlawan saya…saya respek blogger lain kerana mereka banyak idea dan genius. Saya pun nak belajar dari mereka ni, macam mana boleh post banyak artikel. Rating mereka-meraka ni suma tinggi-tinggi. Memang saya kagum sangat.
Jika masa terluang, baru saya postkan mana-mana artikel berkaitan produk digital / bukan digital; yang mana pendapat peribadi saya (dan berdasarkan eksperimen yang saya jalankan), mempunyai nilai dan faedah kepada komuniti alam siber - khasnya pada newbie yang masih tercari-cari produk digital terbaik.
Di samping itu juga, saya selitkan elemen-elemen lain dalam weblog saya ini. Macam dalam telebisen jugakle
..apapun “my CORE element” untuk weblog ini masih pada yang asal - review ebook (produk digital).
Saya sarankan kepada mana-mana newbie atau rookie yang masih tercari-cari produk mana yang boleh jadi “lubuk emas”, anda boleh dapatkan review-review yang lebih berautoriti dari saya dari bloggers lain, ataupun boleh emailkan terus pada mana-mana usahawan internet untuk mendapatkan lebih kepastian (itu yang lebih baik), atau join mana-mana forum yang berautoriti, samada tempatan atau antarabangsa.
Dalam produk Panduan Beli Ebook, saya ceritakan langkah-langkah lebih spesifik yang boleh anda lakukan sendiri untuk menghindari dari tertipu. Secara tak langsung dapat mengurangkan risiko kerugian dari membeli ebook yang hanya “indah khabar dari rupa”.
Buat sesiapa yang merasakan dirinya newbie, dan pengunjung setia weblog ini, saya teruskan usaha saya; read, earn and review. Terima kasih kerana sudi membaca, memberikan komen dan email. Tanpa anda, weblog saya ini tak akan bermakna.
Industri internet kat Malaysia semakin meriah. Saya amat-amat menyukainya, cuma saya perlukan masa untuk membuktikannya.
Ikhlas,
Rizal KomenEbook.





















2 Comments Received
October 11th, 2008 @2:27 am
Wa…banyak betoi ko sambar Produk Digital . Jangan tersambar bini orang sudah.
Pe2halpun FOKUS amat pnting dalam sesuatu perkara.
KampungBoy´s last blog post..Bisnes TDTone, Kawan @ Lawan ???
[Reply]
Rizal KomenEbook Reply:
October 11th, 2008 at 7:52 am
Terima kasih Partner
, FOKUS SAYA adalah mereview mana2 produk digital yang boleh mendatangkan faedah kepada komuniti siber. ia akan melibatkan kos dan masa..but it’s ok. saya tak nak tengok newbie “tersasar” sangat
Tak berhasrat nak sambar bini orang…tak best
[Reply]
Leave A Reply