Pendedahan Berani Ebook:”Teknik Manipulasi Sistem Kewangan Di Malaysia” – Tiada Apa-Apa Yang Istimewa…
Salam sejahtera, semoga para pembaca yang saya sayangi berada di dalam sihat sejahtera
Pada post yang lalu, saya telah berhasrat untuk review satu ebook yang pada masa itu menjadi “bualan hangat”, “meletop”, pada blog, forum, malah email saya juga turut “penuh” kerana ramai yang mempromosikan ebook tersebut.
Akibat “lambakan” email tersebut, saya gunakan kemudahan twitter dan cerita secara ringkas “luahan hati” saya mengenai ebook tersebut.

Jadi, harap anda dapat membaca apa yang telah saya katakan dalam kotak merah tersebut.
Ketika ramai yang “ligan-ligan” mempromosikan produk tersebut, menyatakan betapa bagusnya ebook tersebut. Komen saya dalam twitter pula adalah sebaliknya.
Masalahnya, betul ke ebook “Teknik Manipulasi Sistem Kewangan Di Malaysia (Panduan Lengkap dan Eksklusif), benar-benar ebook yang perlu dijadikan panduan, atau sebaliknya?
Berikut adalah Enam (6) ulasan, bahagian pertama mengenai ebook tersebut. Sila baca, fahami betul-betul, sebelum anda letakkan apa-apa komen/kritikan.
Pertama:
Saya kurang pasti sama ada bahan bercetak yang saya telah baca ini ebook atau tidak. Tapi melihat kepada kulitnya, ada tertera perkataan ebook Jadi, saya ikut sajalah. Tajuk ebook berkenaan, Pendedahan! Teknik Manipulasi Sistem Kewangan Di Malaysia (Panduan Lengkap Eksklusif)
Ebook ini ingin memberitahu bahawa adanya teknik atau kaedah untuk memanipulasikan Sistem Kewangan di Malaysia. Satu tajuk yang hebat! Tapi setelah saya membacanya, bukanlah itu yang dimaksudkan.
Pada saya, ebook ini hanyalah memberitahu kita tentang kaedah tertentu untuk mengatasi permasalahan kewangan secara individu atau pasangan. Kaedah ini hanya satu bahagian daripada enam bahagian dalam Perancangan Kewangan.
Jadi, ebook ini tidak sepatutnya memiliki tajuk sedemikian. Saya cadangkan tajuk ini,
“Rahsia Terbongkar! Teknik Pengurusan Tunai dan Hutang – Hanya Gunasama Produk Bank Dalam Pasaran”.
Kedua:
“Panduan Lengkap dan Eksklusif” – Timbul persoalan di fikiran saya, lengkapkah dan eksklusifkah ebook ini? Kalaulah ebook ini lengkap, saya pasti dan yakin tidak perlulah para pembeli ebook ini menghubungi saudara penerbit dan penulis (P&P) ebook untuk mendapatkan penjelasan lanjut. (Satu lagi peluang biz bagi P&P).
Pada saya, ebook ini hanyalah sebagai teknik P&P mencari keuntungan (profit oriented sahaja). Maaflah saya berkata sedemikian. Memanglah setiap jualan yang dibuat inginkan keuntungan. Tapi janganlah begitu…
Saya pernah membaca satu buku Perancangan Kewangan – Pengurusan Tunai dan Hutang yang lengkap. Buku tersebut dibeli di Kinokuniya Book Store di Kuala Lumpur. Buku tersebut menerangkan satu per satu langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul.
Tidak cukup dengan itu, buku itu disekalikan dengan CD bagi menjelaskan bagaimana tindakan sepatutnya diambil, borang-borang yang perlu diisi dan pengiraan yang perlu diketahui.
Jika, pengarangnya meninggal dunia sekalipun, panduan tersebut boleh diteruskan. Jadi, tajuk “Panduan Lengkap dan Eksklusif” hanyalah gimik saja.
Ketiga:
Pada mukasurat 4, Bab Pertama:
“…semenjak akhir-akhir ini segalanya memerlukan wang!!!”, “…mana mungkin kita menafikannya!!!”
Saya sama sekali tidak bersetuju. Pernyataan ini menggambarkan kepada kita bahawa wang adalah segalanya!
Ini boleh menyebabkan niat kita berubah dan kepercayaan kepada KETUHANAN boleh luntur. Pada saya, apa yang diperkatakan oleh P&P adalah keperluan yang harus dipenuhi dalam kehidupan hari ini sahaja.
Contohnya: rumah, pelajaran dan kenderaan. Pernyataan itu juga sesuai bagi mereka yang sedang menghadapi masalah kewangan. Jadi, wang bukanlah segalanya. Saya juga pernah melalui zaman itu, tetapi bukan itu pendekatan yang diambil.
Wang bukan segalanya dan tetap begitu, saya adalah Tuan Duit bukannya Duit Tuan. Apabila kita memahami makna Tuan Duit, maka mudahlah kita menggunakan wang yang kita perolehi.
Masalah yang kita hadapi dan bersetuju dengan P&P adalah kerana kita berbelanja besar daripada apa yang kita perolehi.
Kita berbelanja mengikut hawa nafsu tanpa menyedari kesan yang bakal dihadapi kelak. Kita berlagak seolah-olah kita ini Tuan Duit tapi pada hakikatnya Duit Tuan.
Keempat:
Pengalaman adalah guru yang paling hampir dan hebat dengan kita. Adanya pengalaman kita boleh terpilih dengan jayanya dalam sesuatu interbiu kerja. Tapi apakah cukup dengan pengalaman sahaja untuk kita teruskan kehidupan pada hari ini?
Seorang graduan perubatan, pada umumnya, akhirnya akan menjadi seorang doktor pakar. Adanya sijil yang berkaitan dan pengalaman yang relevan telah menjadikan graduan tadi seseorang yang boleh dirujuk untuk kes-kes tertentu dan dia berupaya mengeluarkan teori dan methodnya yang tersendiri.
Samalah halnya dengan kewangan. Dalam perancangan kewangan, dengan pengalaman P&P dan kelulusan yang saya tidak tahu, boleh mengeluarkan satu idea teknik untuk memanipulasikan sistem kewangan. Suatu yang perlu diperhalusi. Saya fikir, P&P adalah di kalangan mereka yang melalui proses pemulihan kewangan. Setelah setahun dan berjaya memulihkan kedudukan kewangan, P&P membukukan teknik tersebut.
Dalam ebook tersebut, pada Mukasurat 8,
“Akhirnya pada penghujung tahun 2005, saya berjaya menemui satu kaedah pengurusan kewangan…”
“…Pada tahun 2006 saya telah berjaya mencapai matlamat kewangan saya..”
Saya pasti tanpa pertolongan seseorang yang mahir dalam pengurusan kewangan, P&P tidak akan berjaya dalam menguruskan kewangan!
Saya cukup yakin bahawa teknik yang dibuku oleh P&P adalah bukan idea asal P&P. Bukan senang teknik kewangan yang diwar-warkan itu untuk diketengahkan kecuali oleh mereka yang lama dalam industri kewangan dan mempunyai sijil perancangan kewangan.
Cubalah saudara melihat kepada 2 web ini. http://azizcfpx.com/ dan http://www.bebas-hutang.com/ .
Kelima:
Setelah mengamati teknik manipulasi ini, P&P hanya memberi fokus kepada perihal OD dan kad kredit – cara nak dapat, cara nak guna dan pengiraan untuk membuktikan keuntungan penggunaan kaedah ini. P&P tidak memberitahu bagaimana untuk mengumpul data kewangan seseorang. Ini penting!
Maklumat data kewangan inilah yang perlu dianalisa untuk menentukan sejauh mana tahap kritikal seseorang menghadapi masalah kewangan. Data kewangan juga membolehkan perancangan kewangan yang sesuai untuk seseorang individu. Lain orang, lain masalahnya. Malah, lain pulak matlamat kewangannya.
Ada orang, baki pada setiap bulan positif, ada orang baki pada setiap bulan negatif. Jadi, setiap yang membaca ebook tersebut pasti tertanya bagaimana nak selesai masalah saya hadapi. Walaupun sudah membaca dan memahami kaedah teknik manipulasi tersebut.
Sebenarnya, di sinilah memerlukan seorang yang pakar dalam pengurusan kewangan bagi menasihati kita dalam menentukan hala tuju kewangan. Ingat! Ini adalah salah satu bahagian daripada enam bahagian perancangan kewangan.
Keenam:
Satu lagi, P&P tidak menjelaskan jika teknik manipulasi ini terjebak dengan permasalahan sikap pengguna yang terlalu yakin untuk mengubah nasib disebabkan salah guna, silap guna, keadaan mendesak dan sebagainya. Setiap tindakan yang diambil sudah pasti ada risikonya.
Penjelasan dan pemantauan adalah amat perlu. Saya pasti setiap pengguna bukanlah cekap sangat dalam mengendalikan urusan kewangan masing-masing (termasuk diri saya sendiri). Mereka perlukan penjelasan dan pemantauan yang cukup dan berdisiplin untuk menjamin matlamat kewangan tercapai.
Tidak sekadar membaca ebook sahaja, pengguna sudah cekap menggunakannya. Secara umumnya memanglah seronok menjual dan mendapat keuntungan. Tapi jika apa yang dijual tidak dapat digunakan dengan baik atau disalah guna atau menghadapi masalah teknikal atau apa-apa saja alasannya, ini boleh mencemarkan ebook itu dan tidak berguna.
Pada kiraan yang kurang tepat hampir 850 orang telah membeli ebook tersebut. Berapa peratus yang dapat menggunakan ebook itu dengan baik? Apa yang saya pasti, tentu ramai dikalangan pembeli ebook akan kembali kepada P&P untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang teknik manipulasi itu dan P&P sekali akan membuat bisnes dengan khidmat nasihat yang diberikan.
p/s: Review berkaitan produk ni ditulis oleh SMAS dengan kerjasama Rizal KomenEbook
KomenEbook
Latest posts by KomenEbook (see all)
- Ebook Sistem Support – Sistem Sokongan Pelanggan Dilancarkan - 5-Feb-2012
- Panduan Beli Ebook Versi 2.0 Dalam Kemaskini - 22-Sep-2011
- Rumah Online: Cara Beli Domain Dan Hosting - 3-Sep-2011
- Plugin WordPress Pilihan KomenEbook - 1-Feb-2011
- Promosi Tukar Themes Premium Dengan Harga Murah - 18-Jan-2011

Ikhlas, Berani & Mengundang Kontroversi.
Harap sesiapa yang dah baca ebook tu dapat berikan komen jujur dan ikhlas tentang ebook tersebut di sini, sama ada positif atau negatif.
Saya no komen sebab belum baca ebook tu. Nak jugak beli, tapi harga menjadi halangan.
Sama-sama Abu Jarir&Ummu Aisyah, terima kasih atas komen anda berdua
apa ulasan yang diberi, itulah yang terkandung di dalamnya
hehehe…kontroversi kontroversi. aku dah beli tapi aku tak praktikkan lagi. sebab kenapa? sebab aku takut aku tak pandai pantau dan aku takut aku salah guna dan akhirnya menyebabkan keadaan kewangan aku menjadi teruk.
aku rasa mgkn P&P boleh buat panduan khas cara-cara menguruskan wang dengan kaedah berkenaan. perkiraan dan pemantauan seperti artikel di atas harus ditekankan dalam satu ebook yang baru (bagi percuma pada pembeli)
terus terang teknik ini baru bagi aku. aku tak pernah dengar lagi. Dari pembacaan kaedah tersebut mmg boleh membantu cuma dari segi disiplin dan cara pengurusan duit tersebut di kemudian hari merupakan X-Factor dalam kejayaan memanipulasikan kaedah berkenaan….
.-= taukey´s last blog ..Ebook Percuma Yang Mantap =-.
kontroversi ke Bro? Takdela, sesekali nak “meletop”, apa salahnya kan
Teknik yang “diperkenalkan” oleh P&P tu, dah lama ada kat Malaysia sebenarnya. Yang jadi isu disini, SEJAUH MANA panduan ini dapat membimbing, based pada tajuk “Panduan Lengkap” nya. Jangan sekadar tahu jual, ambil untung dan akan memeningkan kepala pembaca lagi
Thanks atas pengakuan berani bro, I’m salute you, Taukey
Haha….aku memang tak teringin pun nak beli
hype sngat
lagipun harga tak munasabah
memnag komen yang ikhlas
Sama-sama Jamil, penulis sekadar berikan pandangan peribadi, dan juga kepada pengalaman yang ada. Sales letternya memang “hype”
komen yang sangat membangun dan memang berani.
salute sama komenebook.
perbanyakkan lagi komen2 mcm ini.
klau perlukan sponsor, boleh bagitau aku.
aku sudi membantu.
Terima kasih bagi komen. Aiseh, nak bagi sponser ke Baloot? Betul ni
“..saya adalah Tuan Duit bukannya Duit Tuan” terima kasih ayat yang amat menginsafkan aku
& rakan pembaca yg lain. Ini ler kali pertama aku membaca ulasan @ review yg begitu tulus..jujur & berani
pendapat seposen aku ebook tu laris giler masa tu pasal strategi & sales letter membunuhnya! Pasal kandungan ntah ler aku tak beli pon..mungkin sebab harganya kot
apa-apa pun terima kasih Rizal kerana pendedahan ini. Semoga akan ada lagi review sejujur ini untuk produk2 yang lain nanti..
Sama-sama AbgZol. Ya Abg Zol, dengan kata lain, kita tak boleh jadi “Hamba Duit”…yang pasti, duit bukan segala-galanya.
Adalah menjadi tanggungjawab jika pengetahuan yang diberikan Allah ini, dapat disebarkan kepada mereka yang berkenaan.
Soal harga bukan menjadi ukuran bila produk yang dihasilkan itu, benar-benar bermanfaat dan memenuhi “standard”nya.
Proses review merupakan satu proses yang memerlukan kesabaran dan kekangan masa. Pihak kami akan cuba sebaik mungkin untuk review produk-produk “jana pendapatan” yang lain.
Sebenarnya sypun tak boleh nak komen apa2 sbb bukan pembeli ebook tersebut. Rata2 memang mengatakan sales letter terlalu hype, sebagai salah seorang penulis sales letter sy mengakui kebenarannya.
Namun menyingkap kepada isi kandungan ebook mungkin tuan tanah lebih arif kerana sudah memiliki ebook tersebut dan selayaknya memberikan komen sebegini bagi memastikan penulis ebook menyedari keperluan sebenar ebook dlm niche sebegitu.
Bila bercakap pasal pengurusan kewangan, selain dari ebook sahaja tidak cukup untuk menambah pengetahuan. Sy syorkan jgn terlalu bergantung kepada ebook tidak kira dlm apa niche sekalipun, ini kerana kebanyakkan ebook hanyalah bersifat melepas batuk di tangga selebihnya kita tetap perlu mencari orang yang betul2 pakar dlm bidang tersebut..Yang walk the talk.
Terima kasih kerana berkongsi link diatas.
.-= catzer´s last blog ..Jom Buat Orang Tersenyum =-.
Catzer, dengan sales-letternya yang hype, memang menyebabkan minda dah jadi “tak stabil” (memang sure nak beli
). Fokus utama ebook ini lebih cenderung kepada isi kandungan ebook tersebut.
Apa yang diketahui, itulah yang akan dikongsi untuk kepentingan pengguna jangka panjang
Di Kinokuniya Book Store, terdapat niche yang sama membincangkan ilmu pengurusan kewangan, lengkap dengan CD nya sekali.
seriously, aku boleh nak bagi seponsor. tapi mengikut kemampuan aku lah kan..
takdelah Baloot, Just kidding for that sponsors, setakat ni Alhamdulillah, rezeki masih cukup.
Salam , tahniah sebab berani mengkritik secara terbuka . Teruskan dan jangan pernah gentar atau takut
.
Tetapi perlu berhati2 penulisan sebegini kerana pastinya ada mata2 atau penulis akan bertindak balas. Kesilapan kecil boleh memudaratkan diri (saman , spam dan lain2 ).
Terus tambahkan ilmu dan bertindak dengan niat ikhlas keranaNYA. Semoga berjaya
Sama-sama Tindakan Bijak atas nasihat anda. Seperti yang dijelaskan, review yang dilakukan adalah untuk melindungi kepentingan pengguna jangka panjang
takpelah klau camtu.. aku bagitau ni klau perlukan sponsor. lagipun review mcm ni bagus. sebab memang dapat menolong orang ramai yang newbie supaya tidak rasa menyesal selepas beli ebook yang hanya hype semata-mata..
lagipun klau orang tanya aku ebook ni bagus atau tak, boleh aku bagitau diorang, ko carilah kat komenebook.com tu.. hee..
.-= baloot´s last blog ..(Pertandingan) Dapatkan eBook Percuma -- How To Make Money With YouTube =-.
Sama-sama Baloot. Masih ramai yang lebih pandai mereview, lebih power dan lebih bernas..Penulis pun masih tengah belajar cara nak review produk.
memang betul lagi ramai yang pandai ‘karang’ ayat best2 ni. tapi tak ramai yang betul-betul berani bersuara. jarang-jarang sangat. huhu..
lagipun kat malaysia, dunia IM ni kan agak baru jugak. tak seperti usa/canada. diorang memang ramai yang ‘kaki bedal’…
.-= baloot´s last blog ..(Pertandingan) Dapatkan eBook Percuma -- How To Make Money With YouTube =-.
Berani sekadar menyatakan pendapat, Malaysia kan negara demokrasi
. Mungkin apa yang diperkatakan di dalam blog ini tak “mengikut arus”. Tapi takpelah.
Dan tak terniat pun untuk meraih populariti, jauh sekali nak jadi “kaki bedal”. Cuma mahu menjaga kepentingan pengguna jangka panjang.
menjaga kepentingan pengguna yang paling penting sebenarnya. sekurang-kurangnya pengguna boleh baca dulu review ebook tersebut. klau ebook itu bagus, sudah tentu review yang diberikan oleh komenebook.com ni bagus. jadi secara tidak langsung dapat tingkatkan hasil jualan ebook tersebut.
so makin ramailah penulis ebook yang akan menulis ebook yang berkualiti. skrg ni byk jugak yang org komen pasal ‘ebook sampah’..
.-= baloot´s last blog ..(Pertandingan) Dapatkan eBook Percuma -- How To Make Money With YouTube =-.
Assalamualaikum.Pertama kali singgah sini terus terpegun dengan entry di atas itu. Cukup berani dan “tidak berparti”. Saya sokong prinsip begitu.
Salam perkenalan dari saya & Selamat menyambut Ramadhan.
Oh ya, bilamana saudara ada kelapangan jemputlah singgah di blog saya. Ada entry baru hari ini. Boleh jadi ramai pembaca yang nak tahu dan tertunggu-tunggu idea saudara.
..dan sudilah tinggalkan komen untuk manfaat semua..
Singgah ye..
Assalamualaikum
.-= fathuri´s last blog ..RM10 menjadi RM100?.. =-.
حسبي الله ونعم الوكيل، نعم المولى ونعم النصير
Cukuplah Allah sebaik-baik pelindung dan penolong. Kalau Allah melindungi, tidak akan ada kuasa yang mampu memudaratkan awak Rizal! Apa yang pasti, saya akan ke sini dulu sebelum beli apa-apa ebook, insyaAllah.
.-= Mykrk´s last blog ..MUNTAKHAB AHADITH: BAH. 1 – KALIMAH TOYYIBAH // IMAN – Hadith 2 =-.
Assalamualaikum. Terima kasih kerana singgah di blog saya.
Blog saudara sebenarnya telah saya pantau hampir setahun yang lepas. Ketika mana saudara mengulas berkenaan ebook “kuasa forex”.
Maka atas review saudara juga saya terkesan untuk melibatkan diri dalam bidang itu. Belajar & terus berusaha untuk menguasainya. Sehingga pada satu peringkat saya begitu yakin mampu menguasai bidang ini malangnya pada suatu hari..(http://fathuri.com/?cat=6)
Saya sering singgah diblog ini, walau tidak meninggalkan komen. Saya memerhati secara senyap..
Kesimpulannya, saya melihat blog saudara ini mempunyai kredibiliti yang tersendiri. Teruskan berdiri atas prinsip mengulas secara telus.Saya percaya pembaca sukakan itu..
Satu perkara lagi yang saya suka adalah ayat saudara ini,
“Selain dari aktif bersukan, saya amat suka melakukan pelbagai eksperimen untuk membuktikan sesuatu”
Saya juga begitu. Saya mempunyai impian untuk membuktikan bagaimana sebenarnya orang biasa-biasa seperi saya juga mampu mencapai impian.
Saya sedang menjadikan “diri sendiri” sebagai subjek eksperiment.
Eksperiment 1) Bagaimana mencipta sejuta bermula dari RM0
Eksperiment 2) Idea bagaimana kurus
1kg/week
Saya percaya ramai di luar sana yang mempunyai impian yang sama dan perlukan tangan untuk saling berganding.
Mengapa saya menulis begini panjang?
Terus terang saya maklumlan, Saya mengambil kesempatan ini untuk menarik perhatian saudara untuk membuat sedikit review eksperiment ini di blog saudara(jika sudi)
Sebagaimana saya sebutkan di atas, kredibiliti blog ini, mungkin mampu memberi impak.
Matlamatnya adalah untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya 100 orang yang mempunyai impian yang sama.
Kita akan bergerak seiring, berkongsi dan saling memberi untuk mencapai impian masing-masing
Saya akui, “kenderaan”nya mungkin berbeza. Namun matlamatnya sama.
1)Bagaimana mencipta sejuta bermula dari kosong?
2)Bagaimana menjadi kurus dengan kekuatan impian?
Ya, tentunya impian itu tidak berkisar tentang duit sahaja. Impian kita pelbagai. Namun maksud utama ialah untuk mengumpulkan satu komuniti blogger yang mempunyai impian yang sama.Percaya pada kerja berpasukan dan yakin dengan “prinsip memberi sebelum menerima”
Terima kasih sekali lagi atas kunjungan saudara di blog saya, terima kasih juga kerana membaca sejauh ini.
Moga kita jadi kawan, kawan yang saling bermanfaat
Salam ceria dari saya dan selamat berpuasa
Oh ya , juga kepada semua pembaca dan peminat blog ini “komenebook”
Singgah lagi ye..
Assalamualaikum
.-= fathuri´s last blog ..Impian Ramadhan 2009 (episod 3) =-.
Terima kasih atas komen panjang Fathuri.
saya sgt menghargainya. Nak berkawan boleh aje. Saya kat luar jenis ‘hepi-go-lucky’
Blog ni masih lagi baru, nak kata ada kredibiliti tu, tak lagi..masih jauh perjalanan blog ni
“Saya mengambil kesempatan ini untuk menarik perhatian saudara untuk membuat sedikit review eksperiment ini di blog saudara(jika sudi)”
bolehkah saudara jelaskan apa review eksperimen yang dimahukan Fathuri?
berani,bersemangat dan ada ilmu itu saja komen aku.
.-= MyDailyBlog.Info´s last blog ..Komuniti, Teknik Istimewa ! =-.
Salam.
Saya ingin meminta izin utk meyiarkan artikel ini dalam blog saya, boleh tak?
kerana saya rasa ianya berguna kpd pelabur yg kepingin utk membeli ebook tersebut
.-= tuanbri´s last blog ..Merdeka! Merdeka! Merdeka! =-.
Untuk pengetahuan Tuan,sebarang penyiaran artikel dari blog ini hendaklah dikreditkan sumbernya.
Dengan kata lain, Tuan boleh “quote” apa jua dari ayat ini, tetapi mestilah diletakkan juga sumbernya dari blog Komenebook.com.
ataupun boleh terus nasihatkan kenalan yang “kepingin utk membeli ebook tersebut” agar terus ke blog komenebook.com
Jika tidak dikreditkan, maka ia dikira sebagai plagiat
semoga ia menjawab soalan yang dikemukakan tuan
Mantap review bro..
telus n berani..
p/s: main bdminton x bulan pose ni? emm, theme baru dah yer..
Sama2 Azwan…masih ada blogger lain lebih berani dan mantap reviewnya, lebih berani dari saya
p/s: main seperti biasa, lepas solat tarawikh, sperti yang telah dijadualkan oleh coach Zaila
emm..ebook ni dah ditutup penjualannya kan? Terlepas beli ebook ni.
Kununnya, penjualan ebook ini telah “ditutup selama2nya”, tapi saya tak pasti kalo2 lepas ni, ianyanya dibuka untuk kali ke-3 -- “atas permintaan orang ramai”.
cara terbaik buat Kobot Dauni adalah bertanyakan sendiri admin ebook tersebut
em. biasalah tu. Web jualan mesti jadi hype punya. Bukti yang menunjukkan ebook tu berjaya membantu orang. Memang takde. kalau ada pun, kita tak tahu siapa dengan jelas.
Aku dah baca ebook tu. ada part boleh follow, ada part yg aku rasa tak perlu follow. Ada juga benda yg kita perlu tanya dan pertolongan orang lain dan benda ni tak leh main hentam kromo aje. Mesti ada plan dan strateginya yang bagus. Pengurusan juga mesti bagus. Kalau tak, memang hancus..
.-= titan´s last blog ..Mengapa Titan Benci Email Marketing? =-.
Komen yg bernas dan mencabar tapi kalo pasal perancangan kewangan ni mesti ada sijil dalam ilmu perancangan kewangan ni yg biasanya dari kalangan ejen insuran/takaful dan unit trust dan bekas-bekas pegawai bank yg mempunyai tauliah atas ahli perseorangan yg profesional, separuh profesional, kakitangan awam/swasta. Untuk jadi Financial planner kena ada sijil kursus dari pihak yg berkenaan macam saya sendiri walaupun ada sijil dari LIAM dan sijil IPFC dah boleh jadi financial consultant masih dalam proses pemulihan hutang kredit setelah hampir 2 tahun mempraktik ilmu pengurusan kewangan islam ini..tapi kalau boleh jadi kaya dengan ilmu perancangan kewangan ni pelik jugak…? Maaflah sebab saya pun ada cita nak bina satu blog utk kongsi ilmu ni tapi belum ada kesempatan dan rezeki, doa2kanlah. Walaubagaimanapun saya salute saudara komen ebook ni kerana banyak bagi banyak info yg berguna kpd newbie macam saya ni.
Saya mengiyakan apa yang diperkatakan encik Shuami. itu yang sepatutnya.
Jika encik Shuami dah ready untuk buka blog yang berkaitan, saya sangat2 mengalukannya..ilmu yang baik perlu dikongsi..semoga dapat menjadi realiti
p/s: jika ada masalah nak buat blog, encik Shuami boleh contact saya