Pengumuman Ringkas dan Tawaran Menarik?

(Assalamu’alaikum Wrt Wbt dan Salam Sejahtera buat pengujung setia blog ini)

PERTAMA:

Ketika artikel ini dipostkan, saya tiada di rumah dan berada di kawasan yang kurang elok taliannya, apatah lagi nak buka email dan mahu akses ke domain sendiri…perlu ambil risiko untuk publish dan akses pakai third party.  Apa yang saya tulis ni, hanya terlintas secara sepontan sahaja, justeru jika didapati sebarang kesilapan dari ejaan mahupun gaya bahasa, harap dimaafkan ya :-)

Ya, baru-baru ini kawasan di sekitar kampung yang saya cintai dilanda ribut dan kilat yang agak kuat; menyebabkan talian telefon dan internet di rumah masih tergendala. Sehingga kini pihak yang berkaitan  (terima kasih) sedang berusaha membaiki kerosakan tersebut dan tidak diketahui bila talian akan pulih sepenuhnya :-(

Sepatutnya bulan ini telah saya publishkan satu review produk digital (ebook) seorang usahawan internet Malaysia, namun, kerana masalah ini masih belum selesai, saya akan publish artikel yang berkaitan selewat-lewatnya pada bulan Jun ini. ..

KEDUA:

Disebalik kejadian di atas, saya agak gembira pada bulan ini kerana ada individu tertentu yang sanggup membiayai projek penghasilan produk digital yang telah saya hasilkan sebelum ini, iaitu Panduan Beli Ebook. Individu tersebut saya namakan “Mr.R & Ms. M”. Siapa mereka? Mereka gagal saya pujuk untuk dedahkan identiti mereka.

Dari satu segi lain, sekurang-kurangnya, penat lelah saya menghasilkan produk jualan sulung ini telah dihargai oleh pelanggan sedia ada, kenalan online, kenalan offiline dan oleh mereka berdua.

Produk Panduan Beli Ebook ini akan dibiyai sepenuhnya dengan sejumlah wang  setiap bulan (berapa angka yang sanggup mereka biayai  ya?) sehingga ke tahun 2010.  Jadi, sebarang harga terkini akan dimaklumkan pada tahun 2010 kelak. Secara tidak langsung, duit tetap masuk jugak setiap bulan (produk ni dah jadi passive income la plak kan..Alhamdulillah) walaupun masih ada yang ragu-ragu nak beli ebook ini. Memetik dari kesimpulan beberapa usahawan internet tempatan yang telah lama, Internet buleh buat duit jika cara pelaksanaan dibuat dengan ikhlas, niat yang betul, berusaha dan sabar. Oleh itu, saya dengan rasa gembiranya, ingin memaklumkan berita ini kepada anda:

  • Pada mulanya, Harga Maksimum produk ini ialah RM 50, Pengguna sedia yang telah membeli ebook ini pada harga RM 35 dan keatas, boleh meminta refund dan saya akan pulangkan lebihan duit tersebut dengan hati yang lapang :-D   . Sila gunakan ruangan support yang telah saya sediakan.
  • Nilai komisen untuk agen affiliate terkini adalah RM 15 (50% dari harga jualan)..agen affiliate yang menghasilkan 10 jualan dan ke atas akan saya tambah “extra money” kepada anda.

KENAPA NAK TURUNKAN HARGA?

Satu sebab sahaja, projek penghasilan ebook ini telah dibiayai. Bermaksud, segala kos awal dan kos yang akan datang sehingga 2010 telah Mr.R dan Ms. S “cover” sepenuhnya. Justeru, saya rasa tidaklah patut saya mengenakan harga yang terlalu tinggi setelah mereka berdua dah nak biayai kos2 tersebut. Tambahan pula, penat dan lelah saya telahpun “dibayar” oleh mereka. Inilah sahaja jalan terbaik untuk saya hargai kesudian mereka berdua.

KETIGA:

Saya juga menawarkan khidmat untuk review produk secara tertutup. Bermaksud, tiada testimoni yang akan muncul pada ruangan “TESTIMONI PEMBELI”. Jika berminat, jangan segan silu ke bahagian “Perlukan Review?”..

Sebelum saya mengakhiri post ini, nasihat saya kepada anda, berhati-hati dengan apa jua jenis produk yang hanya cantik pada pandangan, pilihla ebook/produk digital yang mampu memberikan manfaat kepada anda. Biar susah hari ini dari tepuk dahi selepas beli…

Related Posts with Thumbnails
Adakah Review Saya Berbaloi Dan Bermanfaat Buat Anda?
468 ad

11 Responses to “Pengumuman Ringkas dan Tawaran Menarik?”

  1. Salam semua,

    Tahniah rizal. Ini satu peluang KEEMASAN yang jarang diperolehi. Dan thanks juga kerana turunkan harga dan bagi PEMBELI SEDIA ADA boleh refund balik (termasuk saya juga). Semoga ebook versi yang baru akan lebih penuh dengan info-info menarik dan manfaat bagi newbie seperti saya dan juga mereka yang dah lama dalam bidang ini……. :lol:

    Semoga berjaya………. :razz:

    aziani´s last blog post..Pemasaran Forum Online

    • Sama-sama Aziani. Orang nak sponsor, rugi la kalo tolak kan :smile: Jangan lupa ke ruangan support untuk “claim” duit lebihan saudari beserta dengan number akaun bank yang berkaitan :mrgreen:

  2. Tahniah diucapkan.Tapi ada ke cara spesifik nak dapatkan sponsor ni? Kalau ada, boleh la buatkan post pasal topik tu, mesti ramai org nak tahu..Semoga terus maju dalam bidang ni

    Zool´s last blog post..Belajar Untuk Menghargai

  3. admin says:

    Terima kasih atas pertanyaan Zool. Mungkin tak perlu buka post kot :grin: Tiada rahsia yang istimewa sebenarnya

    Pertama, satu elemen terpenting adalah mempunyai kenalan online atau offline. Berkawan,jangan pilih bulu dan tengok pada luaran semata-mata. Ini kerana, kebanyakan manusia yang suka sponsor orang ni, lebih suka menyembunyikan “pendapatan sebenar” mereka.

    Kedua BERANI dan TAK MALU ceritakan apa yang kita buat (walaupun masih lagi tak ada rumah besar ke, kereta besar ke, bini besar ke..hehehe).

    Ketiga, tunjukkan hasil kerja kita kepada mereka. Cerita dengan penuh semangat,bersungguh-sungguh dan straight to da’ point. Orang akan nampak kesungguhan kita dengan melihat ekspressi luaran kita…dan jangan tipu (projek kecik aje, tapi cerita mcm “baek” aje)

    Keempat, Kalo dirijek sekalipun, teruskan hubungan seperti biasa dan kembali pada langkah pertama…

  4. Ehmmm TAK MALU utk cerita apa yg kita buat walaupun kita tak punya kereta besar, biz besar n lain2 yg besar……..ini semangat yg sy kena ikut…..TQ

    MohdHafizKamal´s last blog post..Forex Autopilot: It Is Any Good?

    • kata orang, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan…apa yang penting, jangan mudah patah semangat

      p/s: anda punyai blogspot yang kemas dan ada point yang menarik

  5. Ooo..camtu ke Rizal..? Leh aa wat ebook camner nak dapatkan sponsor pasnih..hoho…

    p/s: Siapakah Mr.R & Ms.M itu…WOW :shock:

    kakeru´s last blog post..Pernah Dengar Tentang Social Bookmarking tak?

    • Kakeru nak beli ke kalo saya buat..hehehe, saya dah cerita dah empat-empat step asas yang dimaksudkan..boleh follow juga..tapi takda jaminan kompem dapat sebab suma tu atas rezeki masing-masing jugak :mrgreen:

      p/s: Siapa mereka? owh..terpaksa dirahsiakan :idea:

  6. :wink:

    baik hati sungguh sponsor tu ek.. siapekh gerangnnyerr.. adakh ahli WC? atau mungkin nme2 bsr sprti Dr.IK atau Gobala Krishnan? Same2 lh kite nntikn jwpnye slps ini :lol:

    • Hai Sapikk, nampaknya anda sudah menjadi seorang peneka yang hebat..bolehla saya wat pertandingan selepas ini :mrgreen:

      Jawapannya adalah…tidak betul (untuk kesemuanya) :idea: Memang identiti mereka tidak akan didedahkan selamanya kerana sudah “janji setia”

  7. BERITA SENSASI SEKADAR MAKLUMAT UMUM says:

    hai semua ,slmt malam …saje jalan2 cari ilmu…mana tau jumpa yg terbaek wok.. :smile:

Leave a Reply

CommentLuv Enabled