Perbandingan Prinsip Etika Kerja Barat, Jepun dan Islam Bahagian Pertama

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera pengunjung blog komenebook.com yang saya hormati

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya akan berkongsi apa yang telah saya pelajari sewaktu dulu. Kali ini sedikit berkisar tentang etika kerja dan perbandingan antara 3 dimensi yang berbeza. – Barat, Jepun dan Islam.

Rasional untuk saya memilih tajuk ini kerana tiga dimensi ini yang mempengaruhi segala perjalanan kita seharian. Saya akan pecahkan tajuk ini dalam tiga post yang berbeza. Saya juga akan memberikan fakta yang berkaitan dalam bentuk point untuk memudahkan pemahaman para pembaca.

Saya berharap agar sama-sama kita mampu berkongsi pengetahuan yang tak ternilai ini untuk diamalkan dalam kehidupan kita seharian.

Untuk perbandingan umum, prinsip etika kerja barat, jepun dan islam adalah:

BARAT:

  • Lahir dari falsafah ekonomi sekular rasinonal (mengaut keuntungan material semata-mata) tanpa memperdulikan aspek agama, akhlak dan budaya.

JEPUN:

  • Berkisar pada budaya tradisi yang diubahsuai dengan masa, keadaan dan tempat.

ISLAM

  • Tekankan unsur-unsur dalaman yang dipunyai manusia.Bila dalaman disuburkan, maka terbentuklah kekuatan dalaman – jasad dan akal

Terdapat ENAM lagi aspek khusus yang berkaitan dengan 3 dunia yang berbeza ini.

PERTAMA: TUJUAN DAN MATLAMAT BEKERJA

BARAT DAN JEPUN (hampir sama)

  • Gunakan etika kerja dan profesinalisme sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan material terdekat
  • Matlamat terbatas (tujuan duniawi semata-mata). Bila dah mencapai tujuan (target), akan meranka strategi baru dan begitulah seterusnya.
  • Matlamat jauh (tapi tidak terkhusus kepada organisasi) iaitu sebarang keuntungan yang diperolehi terlebih dahulu bakal dinikmati oleh mereka yang hampir

ISLAM

  • Matlamat utama: untuk mendapatkan keredhaan Allah
  • Bahan dan sumber dimanfaatkan untuk mencapai matlamat dan kesejahteraan ummah.
  • Niat terbahagi kepada dua:
    • Kerana Allah (maka dunia dan akhirat akan dapat)
    • Kerana dunia (maka dunia sahaja yang akan dapat)

KEDUA: TANGGAPAN TERHADAP PEKERJA

BARAT DAN JEPUN – berpegang pada Konsep “pekerja adalah pekerja”

  • Wujud garis pemisah di mana suara pekerja TIDAK AKAN didengari oleh pihak atasan
  • Wujud juga “Human Relation” di mana orang atasan sekadar mahu menghargai orang bawahan. Jika tak kena cara, wujud masalah lain seperti mogok, lengah-lengahkan kerja, dan sebagainya.

sedikit maklumt tambahan:

(di dalam karangan Robert J. Hughes dan R. Jack Kapoor (Busineess) menyatakan:

” in the early days of industrlization, managers concentrated WITHOUT paying attention to employees’ need. Since that time research on employee motivation and morale has encouraged more sensitive management…”

[terjemahan: pada zaman awal era perindustrian, pengurus (dan pihak pengurusan) tidak mengambil cakna keperluan pekerja. Oleh sebab itu, telah wujud kajian-kajian penting yang dijalankan dari segi aspek dorongan (motivation) dan moral untuk kepentingan pihak pengurus dan pengurusan]

[ ikitibar dari kejadian di atas, wujudlah pelbagai teori seperti "Scientific Management, Maslow's Hierarchy Needs, Behaviorisme, Theory X and Y" ]

ISLAM DAN JEPUN (ada sedikit persamaan)

Pekerja adalah aset terpenting kerana pekerja:

  • Yang menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi / syarikat
  • ada perasaan, aspirasi dan matlamat
  • kebajikan mereka diutamakan

Namun, yang membezakan antara Jepun dan Islam adalah:

Jepun: – mengamalkan konsep “Life – Long Employment”

  • konsep yang menganggap diri mereka sebagai “hak milik” organisasi
  • taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada organisasi sehingga mati
  • pekerja perlu terima layanan secara manusia

Islam: – merujuk surah An-Nur ayat 55

  • selain seorang insan, dia juga seorang khalifah di muka bumi (bermaksud diberi tanggungjawab untuk memakmurkan bumi dan umat manusia sejagat)
  • Tujuan terdekat : untung atau rugi
  • Tujuan berpanjangan : kemakmuran ummah

-Tamat Bahagian Pertama untuk Perbandingan Prinsip Etika Kerja Barat, Jepun dan Islam

Bahagian Kedua: Perbandingan Prinsip Etika Kerja Barat, Jepun dan Islam

Bahagian Ketiga: Perbandingan Prinsip Etika Kerja Barat, Jepun dan Islam

p/s :Saya membenarkan artikel ini di”copy”, “paste” dan dicetak dengan syarat dikreditkan atas nama  komenebook.com sebagai rujukan. terima kasih

Author: KomenEbook

Ahmad Rizal Razali (atau KomenEbook). Pensyarah Jabatan Kewangan dan Perbankan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Berkelulusan Sarjana Pengurusan Risiko (melalui penyelidikan). Kajian berkaitan boleh diperolehi menerusi AhmadRizal.com. Kini dalam proses untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.D. Menjadikan blog sebagai hobi sambilan. Menjadi jururunding dalam simpanan,pelaburan dan perniagaan berteraskan emas, perak, dinar dan dirham menerusi KuasaDinarEmas.com. Juga menyediakan khidmat setup blog, website, shopping cart, review produk digital dan setup skrip di RizaNiaga.com

Share This Post On

3 Comments

  1. Satu artikel ynag amat baik. Mungkin saudara boleh mengupas perbedzaan di antara etika sebagai usahawan muslim dam barat. Terima kasih.

    Post a Reply
    • saudara Zaman, terima kasih atas cadangan saudara. Insya’ Allah, jika ada ruang dan kesesuaian, akan saya ulas perkara tersebut. Jangan lupa untuk ikuti sambungan bahagian kedua dan ketiga

      Post a Reply
  2. Klu gtu kenapa org muslim kebanyakan pada korupsi?? Dan banyak thu negara muslin yang tidak maju dan berkembang. Contohnya israel perang melawan iran.hahaha.. Kacau semua.

    Post a Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Komen Ebook | Review Produk Digital | Review Produk Bukan Digital | Jurnal Online | Pendapat Peribadi » Blog Archive » » Perbandingan Prinsip Etika Kerja Barat, Jepun dan Islam Bahagian Kedua - [...] Assalamu'alaikum. Ini adalah bahagian kedua berkaitan Perbandingan Prinsip Etika Kerja Barat, Jepun dan Islam. Untuk membaca bahagian pertama, anda …
  2. Komen Ebook | Review Produk Digital | Review Produk Bukan Digital | Jurnal Online | Pendapat Peribadi » Blog Archive » » Perbandingan Prinsip Etika Kerja Barat, Jepun dan Islam Bahagian Ketiga (Terakhir) - [...] tajuk Perbandingan Prinsip Etika Kerja Barat, Jepun dan Islam. Jika terlepas bahagian pertama: Sila Klik Pada Pautan Ini JIka …
  3. Perbandingan Prinsip Etika Kerja Barat, Jepun dan Islam Bahagian Ketiga (Terakhir) | Komen Ebook - [...] Jika terlepas bahagian pertama: Sila Klik Pada Pautan Ini [...]
  4. Perbandingan Prinsip Etika Kerja Barat, Jepun dan Islam Bahagian Kedua | KomenEbook - [...] Ini adalah bahagian kedua berkaitan Perbandingan Prinsip Etika Kerja Barat, Jepun dan Islam. Untuk membaca bahagian pertama, anda boleh …

Submit a Comment

Email anda tidak akan dipaparkan. Ruang bertanda * mesti diisi


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>