Ya, walaupun saya hanya seorang blogger sambilan, saya juga menerima tempahan untuk review beberapa produk (ebook) tempatan.

Review yang saya buat adalah berdasarkan komen yang jujur dan ikhlas, dan profesional. Jika produk (ebook) itu bagus, saya akan kata bagus, begitulah sebaliknya. Saya juga pernah lakukan review berbayar untuk beberapa produk yang memang meletop di pasaran.

Proses review produk (ebook) akan saya lakukan dari 3 hari hingga satu bulan, bergantung kepada jenis produk yang bakal dijual. Review yang saya jalankan adalah TERTUTUP, bermaksud, segala kritikan/komen membina dan cadangan untuk mempertingkatkan mutu produk hanya untuk pengetahuan si penjual produk (ebook) sahaja. Ini bertujuan untuk memberi ruang kepada si penjual membaiki segala kesilapan atau keraguan yang munasabah sebelum sesuatu produk dijual dengan sempurna.

Sehingga kini, saya hanya mengenakan bayaran minimum RM 100 untuk setiap produk yang saya review. Ia masih murah berbanding dengan keuntungan yang bakal penjual produk perolehi :-D

Saya juga tidak akan menerima untuk review mana-mana produk yang jenis skim cepat kaya, overhype dan mempunyai kecenderungan untuk menipu pengguna. Ini bertujuan untuk memelihara kepentingan pengguna.

Jika anda berminat dengan servis review yang saya tawarkan, sila hubungi saya di sini

Servis – Servis lain yang ditawarkan secara online adalah seperti berikut:

  • Setup / Upgrade Blog Wordpress ke Versi Terkini – RM 30
  • Setup Sistem Support / Ruangan Pertanyaan – RM 50
  • Memasang Sistem Affiliate versi Lite – RM 30
  • Compile Ebook ke Versi PDF dengan Kod Sekuriti – RM 10 per produk
  • Menyediakan Ruangan Download – Boleh Runding
  • Meletakkan kod sekuriti pada laman web (laman web tidak boleh right click / atau view source) – RM 50

Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan dan Cara Penyeliaan Servis Boleh Dirunding.

Pihak kami akan menilai dahulu sebarang servis yang ingin diminta. Proses penilaian akan ambil masa kurang dari 24 jam. Pihak kami akan menyatakan “sanggup buat” atau “tidak sanggup buat” setelah proses penilaian dilakukan.

Jika didapati pihak yang menipu (seperti tidak membuat bayaran bila servis siap),  pihak kami tidak akan teragak-agak MENYENARAIKAN Data peribadi anda di dalam blog ini. Ini bertujuan untuk melindungi hak kami sebagai penyedia servis.

Segala data pelanggan akan disimpan dan dijaga dengan rapi. Pihak kami sangat mementingkan privasi data pelanggan.

Segala maklumat yang berkaitan, sila hubungi ruangan support kami di sini

Terima Kasih.