Plugin WordPress Pilihan KomenEbook

Posted by on February 1, 2011 in Diskusi Ilmu, Semasa | 4 comments

Plugin WordPress Pilihan KomenEbook

Pada artikel sebelum ini, telah saya kongsikan informasi mengenai blog secara umum dan potensi yang boleh dilakukan/diusahakan menerusi blog. Pada post ini pula, ingin saya kongsikan beberapa plugin yang boleh saya katakan plugin pilihan yang boleh anda install dan manfaatkan penggunaannya.

Dari 2008 hinggalah ke tahun 2010, saya telah mencuba berpuluh jenis plugin. Tujuannya hanya satu, untuk dapatkan kepastian, adakah plugin yang diinstal itu berguna atau tidak pada blog komenebook.com

Apa itu Plugin? Secara asasnya plugin adalah satu fungsi atau ‘features’ tambahan yang digabungkan ke satu sistem (disini merujuk kepada wordpress yang telah disetup) untuk menambahbaik kemampuan sistem tersebut.

PLUGIN ASAS

Sebaik sahaja anda telah melakukan proses setup blog worpdress pertama pada domain/subdomain/subdirektori pilihan, anda telah dibekalkan dengan dua plugin asas iaitu Akismet dan Hello Dolly. Akismet merupakan plugin wajib yang mesti diaktifkan, untuk melindungi blog dari anasir-anasir spam dan ‘track-back spam’ yang boleh mengancam keselamatan blog anda. Akismet terbahagi kepada dua, percuma dan berbayar. Walaupun menggunakan versi percuma, anda perlu mendapatkan A.P.I (application programming interface) untuk diaktifkan pada blog anda. Maklumat lanjut boleh layari di laman rasmi Akismet.com

PLUGIN PILIHAN KOMENeBOOK

WP-DBManager. Plugin ini dihasilkan oleh Lester ‘GaMerZ’ Chan. Ini antara plugin terawal yang akan saya setup. Plugin ini serasi dengan wordpress versi 2.80 dan ke atas. Menerusi plugin ini, anda boleh optimize database, repair database, backup database, restore database, delete backup database secara automatik mengikut aturan yang dikehendaki. Berikut saya sertakan contoh penggunaan plugin ini. Jadi tak perlu pening-pening kepala nak backup, setkan sahaja masa untuk melakukan proses backup, selebihnya plugin ini yang akan uruskan. Terdapat 5 pilihan, iaitu minit, jam, hari, minggu, bulan dan disable.

Selain itu terdapat juga opsyen untuk  drop/empty tables dan run selected queries. Namun, sekiranya tidak mahir, jangan gunakan opsyen tersebut. Walaupun proses untuk setup plugin ini agak teknikal, namun manfaat yang diperolehi dari plugin ini sangat berbaloi.

SI CAPTCHA Anti-Spam. Plugin ini dihasilkan oleh Mike Challis. Ini merupakan satu plugin tambahan yang boleh digunakan untuk memantapkan lagi plugin asas Akismet. Plugin ini serasi dengan wordpress versi 2.60 dan ke atas. Sebelum saya menggunakan plugin ini, masih ada juga ‘spam sesat’ yang berjaya masuk ke ruangan komen blog ini. Sekarang, masalah tersebut telah tiada. Plugin ini juga menyediakan built-in form yang disertakan dengan kod captcha. Tak pernah menggunakan dan ingin mengetahui bagaimana ia berfungsi? Lepas anda membaca artikel ini, trylah bagi sedikit komen ya :-D

Google XML Sitemaps. Plugin ini dihasilkan oleh Arne Brachhold. Sehingga artikel ini ditulis, versi 3.2.4 ini masih lagi sesuai dan tiada masalah dengan wordpress versi 3.0.4. Menggunakan format “*.xml”, plugin ini disokong oleh Ask.com, Google, Yahoo dan MSN Search. Sitemap sangat penting dalam mana-mana pembinaan laman web. Menerusi sitemaps, fail ini ‘memberitahu’ enjin carian untuk ‘crawl’ sebarang kemaskini sebarang url yang telah dilakukan. Bukan itu sahaja, ia akan memudahkan search engine untuk melakukan proses analisa kompleks seperti kepentingan url yang diindex dengan url lain, kekerapan digunakan dan sebagainya. Dimudahkan cerita, manfaatkan sahaja plugin ini, kerana proses install dan cara penggunaannya pun sangat mudah :-)

LinkWithin. Ini merupakan plugin yang paling mesra, smart dan mudah untuk diinstall. Berpengkalan di New York, plugin ini pada pandangan peribadi saya, mengalahkan plugin seperti ‘Yet Another Related Post Plugin’.  Keistimewaan plugin ini adalah ia memaparkan artikel yang berkaitan disertakan dengan thumbnail dan mampu mengenalpasti bahasa yang anda gunakan pada blog (memang bijak betol!). Sekiranya anda menggunakan bahasa Melayu, ia akan memaparkan “anda juga mungkin meminati”, sekiranya bahasa inggeris-”you might also like” , memang cukup smart. Untuk install plugin ini ,hanya isikan empat maklumat penting iaitu email, nama url anda, platform dan berapa bilangan kaitan artikel yang anda mahukan (3-5 post berkaitan). Sebelum menggunakan plugin ini, sebaik-baiknya anda perlu mempunyai 10 artikel yang mempunyai imej/thumbnail image.

Smart YouTube. Plugin ini dihasilkan oleh Vladimir Prelovac. Seingat saya, saya mula install plugin ini sekitar akhir tahun 2008 atau awal tahun 2009. Dah lupa :-D . Cara penggunaannya pun sangat mudah, disertakan dengan screenshot. Sehingga kini, ia telah dikemaskini hingga ke versi 3.8.3 . Versi terkini juga menyokong sebarang video tahap HD Quality 720p. Amat berfaedah sekiranya untuk tujuan promosi atau tutorial (yang bakal anda share kepada subscriber)

WP Smush.it! Antara masalah yang menyebabkan sesuatu laman blog lambat diakses (loading) adalah format imej yang kurang sesuai. Dibangunkan oleh Dialect Communications Group (Dialect), plugin ini akan mengoptimasikan penggunaan imej ke tahap maksimum. Hasilnya, tidak akan berlaku lagi masalah gambar lambat loading. Saya baru sahaja menggunakan plugin ini (bulan Januari ini). Proses untuk ‘smush.it’ ini sangat mudah. Setelah install, pergi ke bahagian Media dan akan wujud satu lagi column baru bernama Smush.it . Untuk imej yang sedia ada, anda perlu tekan sahaja perkataan “Smush.it now!” dan akan terhasil jumlah peratus dan saiz yang telah berjaya dioptimasikan. Untuk imej baru, anda tidak perlu lakukan apa-apa kerana plugin ini akan ‘tolong smush’ untuk anda :-D

BAGAIMANA PULA DENGAN SEO?

Semenjak saya menggunakan theme wordpress keluaran ElegantThemes, “plugin seo power” seperti All in One SEO Pack atau Platinum SEO Pack bukan lagi menjadi keutamaan buat saya. Ini kerana, Elegant Themes telah mempunyai built-in SEO yang dikuasakan penggunaannya menerusi opsyen e-panel. Malah, fungsi SEO yang digunakan menerusi e-panel ini lebih mudah dan “power” berbanding kedua-dua plugin yang telah saya nyatakan tadi. Masa pun jimat (kerana tak perlu lagi install plugin seo). Malah, rating SEO yang saya eksperimentasikan untuk blog-blog saya yang lain pun sangat bagus. Di sini saya kongsikan satu laman minisite yang telah saya ‘wordpress-kan’ :-D

rating alexa pada tarikh 11 November 2010 (sebelum di-wordpress-kan : format *.htm)

rating alexa pada tarikh 18 November 2010 (selepas di-wordpress-kan dengan Themes Elegant)

bukti tambahan

rating alexa pada 28 Januari 2011

bukti tambahan


Jadi, menerusi penggunaan Elegant Themes, semua ini sungguh mengujakan :-D . Bagi saya, peningkatan trafik dari 27,355,888 kepada 2,003,807 turut membantu sesuatu produk digital itu dijual dengan mudah. Ya, itu yang terjadi, masih terdapat jualan walaupun terpaksa bersaing dengan para reseller lain.

p/s: Teknik SEO yang digunakan ini bukanlah teknik blackhat, saya hanya ‘fill in the blanks’ apa yang telah disediakan di ruangan e-panel Elegant Themes. Boleh rujuk di sini untuk penerangan lebih lanjut

p/s/s: Themes keluaran Elegant Themes juga saya gunakan pada blog kesayangan saya yang sedang anda tatapi sekarang. Ini merupakan antara faktor naik turun rating sesuatu blog (faktor lain-jumlah pelawat, isi kandungan, niche blog)

Antara plugin-plugin lain yang boleh dicuba:

Paling penting di sini:

  • JANGAN taruk plugin terlalu banyak pada blog domain dot com anda.
  • Kedua, anda mesti tahu mengusai dan cara memanfaatkan sesuatu plugin.
  • Ketiga, anda mesti faham kenapa anda menggunakan plugin tersebut (jangan ikut blogger lain, kita mesti tahu apa kehendak kita sendiri).

Jadi, bagaimana pula dengan plugin pilihan anda?

Setakat ini dahulu coretan yang mampu saya kongsikan pada bulan ini.Terima kasih juga saya ucapkan kepada anda, para pembaca/pengunjung setia. Anda yang menjadikan page view saya mencecah sekurang-kurangnya 25,000. Tanpa sokongan anda, siapalah KomenEbook.com

Ahmad Rizal Razali (atau KomenEbook). Pensyarah Jabatan Kewangan dan Perbankan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Berkelulusan Sarjana Pengurusan Risiko (melalui penyelidikan). Kajian berkaitan boleh diperolehi menerusi AhmadRizal.com. Kini dalam proses untuk melanjutkan pelajaran ke peringkan Ph.D. Menjadikan blog sebagai hobi sambilan. Juga menyediakan khidmat setup blog, website, shopping cart, review produk digital dan setup skrip di RizaNiaga.com

4 Comments

  1. Kalau plugin Hello dolly gunanya untuk apa???
    terimakasih atas infonya mas…

    • setakat pengetahuan saya yang terhad, tiada apa yang khusus. Biasanya saya akan deactivate sahaja plugin ini.

  2. Terima kasih untuk artikel tersebut. Bagus juga kalau ada yg tukang review plugin ni…ia banyk membantu kepada blogger2 baru. :mrgreen:

    • Sama-sama uncang. portal iklan yang disediakan oleh anda pun sangat bagus dan bermanfaat

Leave a Comment

Email anda tidak akan dipaparkan. Ruang bertanda * mesti diisi


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>