Adakah menjadi "newbie" ini satu perkara yang memalukan?. Inilah yang terjadi kepada saya sewaktu berkenalan dengan perisian zip sekitar tahun 1990an dulu. (Yup, this is my true story).
Ya, masa tu saya betul-betul TAKUT dengan satu istilah yang dipanggil Winzip-dengan kata lain: "nak zip fail". Time tu, pada pandangan saya yang cetek ilmu pengkomputeran ni, mereka yang pandai zip (mampatkan) dan unzip (ekstrak) fail itu adalah seorang yang hebat dan bijak.
Seingat saya, pada masa itu, zip boleh digunakan dengan dua kaedah, melalui MS-DOS (maaf jika saya tersalah, istilahnya lebih kurang macam ni la, pkzip dan pkunzip) dan windows versi 3.X. Sebab terlalu kagum dengan mereka-mereka yang pandai ni, saya selalu tengok bagaimana mereka mengunzip fail-fail tersebut.
Tapi malangnya, hanya tengok dan tengok dan tengok semata-mata, tanpa niat nak belajar. Masa tu, saya hanya suka main games dan langsung malas nak pikir tentang pentingnya benda-benda yang macam tu pada masa akan datang. (dah rugi besar saya masa tu!).
Pendek kata, saya banyak ingat kod (code) nak main games dari nak belajar apa-apa yang berkait dengan ilmu perkomputeran ini. Andaikata saya pernah mendengar istilah "newbie" pada masa itu, saya rasa sayalah orang pertama yang mengaku, saya newbie pasal zip dan unzip ni, hehehe.
Newbie tu apa ye?
Sebenarnya, istilah ni bergantung kepada perspektif individu. Bagi pendapat saya yang tak seberapa ni, newbie ni kita baru nak belajar mengenali, ada idea tentang perkara tersebut tapi tak tahu mendalam dan mempelajari sesuatu ilmu.
Sebagai contoh, memasang plugin pada blog wordpress, itu dipanggil newbie dalam bidang memasang plugin. Samalah juga ketika saya baru-baru mengenali Cpanel dan mempelajari cara menggunakan email seperti yahoo dan google. Dengan kata lain, pernah dengar tapi tak pernah mengalami pengalaman mengamalkannya (know for selected knowledge but not for application / implementation).
Berbalik kepada persoalan saya tadi. Malukah anda andaikata seseorang memanggil anda newbie? Jawapan saya - tidak, saya langsung tidak malu dipanggil newbie. Kita sebagai manusia yang sentiasa tidak sempurna, memang perlu mencari guru dan belajar bereksperimentasi melalui pengalaman. Bahkan, semakin banyak yang saya pelajari, semakin newbie dan kerdil saya rasa. Ajaibnya kuasa-NYA!!!
Terima kasih kerana sudi membaca post ringkas kali ini. Sebarang komen atau jika nak share pengalaman, boleh luahkan pada ruangan komen. Oleh itu, kepada sesiapa yang tidak pernah bereksperimentasi dengan perisian berasaskan "zip". Saya ada tiga berita baik.
- Telah saya siapkan satu ebook percuma bertajuk "Panduan Penggunaan Jzip-langkah demi langkah", anda boleh klik di sini atau klik pada gambar di bawah. Ebook ini menggunakan format ".pdf dan tak perlu diekstrak. Hanya klik dan simpan (save) pada drive pilihan anda.
- Berita baik kedua, anda boleh mengedarkan ebook Panduan Penggunaan Jzip tersebut secara PERCUMA kepada sesiapa sahaja yang anda suka. Rujuk pada terma dan syarat yang telah dinyatakan. Sila laporkan kepada saya melalui ruangan hubungi andaikata anda dapati ebook ini dijual.
- Berita baik ketiga, pada muka surat terakhir, ada satu bonus/ kupon harga istimewa menanti anda...nak tahu selanjutnya, anda boleh lihat pada helaian terakhir ebook "Panduan Penggunaan Jzip"...khas untuk newbie atau sesiapa sahaja yang suka berkongsi maklumat
p/s: cover ebook tersebut, saya akui kurang menarik, apa yang penting-fahami dan amalkannya.
Popularity: 34% [?]


































2 Comments Received
August 13th, 2008 @2:48 pm
aku masih lagi seorang newbie,dan selamanya akan menjadi newbie.Saya akan terus belajar dan belajar dan tidak akan henti belajar.saya harap dengan menggap diri ini newbie,tidak akan timbul rasa megah dengan ilmu yang saya miliki.hehehe
paan's last blog post..7 sebab kenapa aku dan kamu gagal buat duit melalui internet?(Part 1)
August 13th, 2008 @3:51 pm
terima kasih paan kerana sudi mengunjungi weblog saya. Satu ayat yang sungguh touching...especially ayat yang terakhir..so, it's great become newbie right?
Leave A Reply