ABSTRACT
This site contains some valuable information about various ebooks. All ebooks here were narrated by Malaysian Internet Marketers (MIM) who expert in selected knowledge disciplines, and based on their experiences too. It should be noted that, majority of ebooks and specific information here are not written in English. Therefore, it is quite not suitable for those who unable to understand Bahasa Melayu. The resources I highligted here, perhaps will help Malaysian who keen to gain extra knowledge, to be expertise or for commercial purposes.
This ebook teach us how to earn income in Google Adsene. All instruction regarding to this ebook is easy to understand and straigh forward, but need to understand some basic html too. Generally, it has three levels strategies i.e. blogging strategies for: (a) beginners, (b) intermediate and (c) advanced, respectively. It is suitable for dummies to expert in adsense. Pakej Jana Wang Adsense Versi 2.0 (JWA) was written by Ahmad Munawwar.
p/s: Ini adalah sinambungan dari ebook berkaitan adsense bahagian pertama.
SEDIKIT PERINGATAN DARI SAYA
Kepada sesiapa yang belum membaca ulasan saya mengenai google adsense, saya sarankan anda membaca dua post yang berkaitan, iaitu tentang Labanon dan Shamsuriyadi.
Sila klik di bawah untuk mengikuti ulasan ebook:
Labanon lebih tertumpu kepada panduan asas, manakala
Shamsuriyadi lebih tertumpu kepada teknikal.
SATU PELANCARAN YANG MENAKJUBKAN
Saya berkesempatan menonton (eh..macam dalam pawagam pulak) secara live countdown mengenai Pakej Jana Wang Adsense ini pada 38 saat terakhir. Sungguh menarik dan saya tertunggu-tunggu apa kesudahannya. Bagi saya, ia satu cara pelancaran yang bagus dan penuh keyakinan.
Namun, akibat dari pelancaran pakej ini, saudara Munawar terpaksa berhadapan dengan masalah server down kerana dikatakan terlalu ramai yang mengunjungi website ini (dan membeli ebook keluaran beliau). Jika bercakap mengenai teori pemasaran dan pengiklanan, memang terbukti cara yang dibuat oleh saudara Munawar benar-benar berkesan. Syabas saya ucapkan.
LANJUTAN ULASAN BERMULA
Seperti yang pernah saya katakan pada post terdahulu. Ulasan mengenai Google Adsense amat sukar dan terlalu subjektif. Ini kerana, ia bergantung kepada beberapa isu teknikal dan tips-tips yang didedahkan oleh pakar adsense.
Jika dahulu, dunia internet Malaysia gempar seketika dengan kehadiran “Panduan Raja Adsense”. Maka, sekali lagi tsunami mengenai adsense telah berjaya didedahkan oleh Munawar (A.Munawar).
Ramai yang berpendapat, inilah buku paling lengkap, paling sempurna mengenai adsense. Secara jujurnya, bagi saya, tiada yang lengkap atau sempurna. Logik akal la kan, tiada yang sempurna dalam dunia ni. Namun, secara teknikalnya, ebook ini memang menepati, memenuhi dan menjawab semua kriteria yang diperlukan dalam menjana wang melalui google adsense.
BEST SANGAT KE ebook Pakej Jana wang Adsense 2.0 Ni?
Sanggupkah anda melaburkan duit untuk membeli ebook ini yang berharga RM 100? Anda sanggup? Jika anda bertanyakan saya, memang saya sanggup membeli ebook ini pada harga yang ditawarkan. RM 100 untuk ebook genre yang berasaskan teknikal ini pada masa sekarang adalah tidak mahal. Ianya lebih murah berbanding ebook adsense bahasa inggeris yang banyak di pasaran sekarang ini.
Secara mudahnya, saya amat berpuas hati membeli dan membaca ebook ini. Malahan, ianya ditulis dalam edisi Bahasa Melayu sepenuhnya. (kecuali perkataan yang melibatkan teknikal seperti keyword density, dofollow, backlink dan sebagainya). Jadi di situ, kita tak perlu pening kepala sangat, kerana penerangan yang diberikan lengkap dengan illustrasi mudah dan dikemaskini.
Versi ebook ini telah diupgrade ke 2.0 (versi asal adalah 1.0 dan 1.1). Jika dikira mengikut mukasurat, Munawar telah menambah sebanyak 34 mukasurat (termasuk illustrasi kulit).
ISI KANDUNGAN Pakej Jana Wang Adsense?
Secara keseluruhannya, ebook ini boleh dibahagikan kepada 16 tajuk utama. Namun, yang paling penting, saudara Munawar telah mengelaskan kepada tiga peringkat / strategi; blogging pada peringkat permulaan, pertengahan dan lanjutan. Antaranya adalah:
- Bagaimana menulis semula reprint article dan menjadikan artikel yang dilakukan itu unik dan fresh.
- Penerangan dan contoh lebih jelas dalam Keyword Strategy dan hal yang melibatkan enjin pencari.
- Perkara yang melibatkan blog, directory submission dan antara teknik terbaik dalam melakukan backlink.
Apapun, secara keseluruhannya, inilah faedah yang anda bakal perolehi melalui ebook Pakej Janawang Adsense ini:
- Pengenalan Pakej Jana Wang Adsense 2.0.
- Pendapatan Google Adsense.
- Penyelidikan keyword dan niche market.
- Apa yang perlu dilakukan dalam kandungan blog (di sini satu “cheat” halal yang didedahkan melalui penggunaan microsoft word!).
- Strategi blog untuk blog pertengahan. Yang paling menarik adalah Munawar telah mendedahkan rahsia meng-ingtegrasi-kan blogger.com dengan domain dan hosting yang dibeli, lengkap dengan illustrasi. Malah, harga untuk pembelian domain pula hanyalah serendah USD 0.01! (satu sen aje untuk bulan pertama).
- Cara menggunakan Keyword Strategy
- Cara Mempromosikan blog (dikemaskini dengan sebaiknya)
- Senarai dofollow untuk laman social bookmarking
- Teknik-teknik seperti artikel marketing, press release submission, blog&site directory, blog comments, cara mendapatkan backlink, forum marketing, dan video marketing
- Cara mengoptimasikan penggunaan Yahoo Answer!
BONUS-BONUS UNTUK PEMBELI PAKEJ JANAWANG ADSENSE
7 bonus istimewa turut diberikan kepada pembeli ebook ini. Antara bonus yang terbaik adalah 3 kod adsense, DiggScript (anda perlu faham akan risiko penggunaannya), ruangan support dan program affiliate dengan bonus komisen yang amat tinggi.
Keywords? Woo..banyak..sampai tak larat saya nak tengok satu per satu. Malah uniknya, senarai keyword niche dari Disember 2006 sehinggalah Januari 2008 turut disertakan. Ikhlas cakap, sampai saya penat nak tengok (dan baca) semua tu. Itu belum dikolobrasi dengan “PR Ninja” yang diberikan percuma oleh Munawar.
Perkara-perkara yang saya ceritakan di atas hanyalah dari segi konsep asas. Inilah kelebihan yang anda miliki hanya dengan harga RM 100. Ya..harga yang serendah RM 100 ini beserta program affiliate, upgrades percuma dan bimbingan percuma dan bonus-bonus yang hebat. Anda boleh membaca testimonial para pengguna ebook ini pada halaman utama www.jana-wang-adsense.com . Setengah orang aka berpendapat, ebook ni mahal. Tapi bila anda beli, baru anda akan faham, kenapa ianya dijual hingga ke RM 100…
PRASYARAT
Sedikit prasyarat yang saya sarankan sebelum anda teringin membeli ebook ini (malah, ia memang disarankan oleh Munawar sendiri). Anda perlu membaca 6 Modul yang diberikan oleh saudara Munawar secara percuma (32 m/s sahaja).
Modul inilah yang perlu anda baca dan fahami asas kepada google adsense dan berkait dengan teknikal. Anda boleh download secara percuma di sini. Modul ni, bagi saya, ada keunikan dan kekuatannya yang tersendiri.
SIAPA LEBIH HEBAT? PANDUAN RAJA ADSENSE ATAU PAKEJ JANA WANG ADSENSE?
Hhmmm…inilah analisa yang paling payah saya nak nak buat. Bukan kerana takut nak berkata benar. Cuma saya kena perhalusi dari beberapa aspek dan kesesuaian. Masing-masing mempunyai fans yang tersendiri. Dan kedua-dua penulis ini telah membuktikan kehebatan masing-masing. Insya’ Allah, saya akan postkan satu artikel khusus berkait dengan kedua-dua ebook ini pada ruangan akan datang.
Namun, saya secara jujurnya, mencadangkan anda membeli ebook Panduan Raja Adsense dan Pakej Jana Wang Adsense ini. Aspek kualiti dan penyampaian ilmu untuk kedua-dua ebook ini saling melengkapi antara satu sama lain!
Peringatan dari saya:
Jangan terlalu taksub pada “Rating Ebook” yang telah saya letakkan. Rating tersebut adalah pendapat dan penilaian peribadi saya.
Saya juga hanya akan meletakkan rating 3/5 sahaja untuk ebook terbaru keluaran saya (bukan edisi percuma) yang bakal berada di pasaran sekitar bulan Julai 2008 nanti…Insya’ Allah! Penilaian ebook ini bakal dilakukan oleh pihak ketiga. Jadi, sudah tentu saya terpakse menerima segala kritikan tentang ebook ini.. (huhuhu)
RINGKASAN DAN KESESUAIAN DENGAN PENGGUNA
Pro: Ebook Pakej Jana Wang Adsense 2.0
- Edisi Bahasa Melayu sepenuhnya.
- 6 Modul Percuma disediakan. Anda boleh dapatkannya dengan klik di sini
- Harga yang (mungkin) tinggi, namun bersesuaian dengan kualiti penyampaian.
- Ebook ini sesuai untuk semua peringkat, dari newbie sampai expert. Bagi yang mahir juga digalakkan memiliki ebook ini untuk membandingkan skil yang ada.
- Mempunyai penambahan yang ketara dari segi persembahan, penyampaian dan illustrasi yang jelas berbanding versi terdahulu.
- Antara teknik yang paling menarik adalah taktik menjadikan sesuatu artikel itu fresh dan baru!
- Contoh pemasangan kod html yang mudah difahami dan diikuti.
- Hanya pembeli ebook diberi peluang untuk rakan affiliate.
- Video tutorial, ruangan support dan bonus.
- Pembeli turut diberikan opsyen untuk menjadi rakan affiliasi dengan komisen yang lumayan.
- Ebook ini tidak perlu dicetak dengan menggunakan dakwat warna (tapi saya galakkan cetak dengan warna pada sesetengah mukasurat).
Kontra: Ebook Pakej Jana Wang Adsense 2.0
- Kurang kemas dalam pecahan setiap bab utama. Jadi, untuk pembeli yang mementingkan kecantikan dan kekemasan, mungkin akan nampak agak kelam kabut sikit. Tapi, ia tak menggangu dari segi kualiti persembahan ebook ini. (saya berharap pada versi akan datang, masalah kecil ini sudah tiada).
- Anda perlu mahir dengan asas berkait dengan html, sekurang-kurangnya peringkat pengenalan sahaja. Maaf, perkara ni amat penting. Tak kan sampai bila-bila kena refer pada buku kan?
- Tidak sesuai kepada mereka yang tidak berminat dengan program adsense! (Jangan paksa diri buat apa yang tidak suka ya).
- Mungkin anda tak mampu mengoptimasikan kesemua bonus yang diberikan. Penyelesaiannya boleh dikongsi pada ruangan forum yang telah disediakan oleh Munawar, khusus buat pelanggan ebook ini.
- Anda perlu mahir menggunakan High Paying Keywords yang telah diberikan.
- Hasil yang bakal diperolehi bergantung kepada kerajinan anda!
INFO & Profail RINGKAS
|
Judul Ebook |
: |
Pakej Jana Wang Adsense (2008) |
|---|---|---|
|
Genre |
: |
Teknikal Asas & Lanjutan |
|
Nama Pengarang |
: |
Ahmad Munawwar Bin Rahmat |
|
Nama Samaran |
: |
Munawar, A.Nawar |
|
Harga |
: |
RM 100.00 |
|
Ketebalan |
: |
165 m/s termasuk kulit & illustrasi |
|
Blog Rasmi |
: |
jana-wang-adsense.com/blog |
|
Sokongan |
: |
Forum Support dan Bengkel |
|
Rating Ebook |
: |
5 / 5 |
|
Alexa Page Rank |
: |
392,158 (kemaskini: 29/09/08) |
Jika anda bersetuju dengan saya, sila nyatakan komen anda atau
hantar ke email saya iaitu komen@komenebook.com





















5 Comments Received
June 10th, 2008 @10:25 pm
wah tinggi rating bro. Aku pun dah beli. tgh praktikan…kekadang pening kepala byk info kat situ. hehehe
taukey’s last blog post..Kerja Part Time
[Reply]
August 19th, 2008 @4:42 am
aku dah beli JWA2.0 memang bagus…bermula dari 0 tentang adsense nie…sekarang kira dah boleh la jugak…memang betui kata tauke kat atas tu…pening beb!!!macam2 ada…tp satu aku nak nasihat…sebelum nk start buat adsense nie kena paham betui2 dulu…pas tu tak buleh berebut…kena slow2..baru best dan nampak hasil nya…start satu blog dulu..dah okay baru continue 2nd blog..dan seterusnya
[Reply]
August 19th, 2008 @3:06 pm
buat izalia, saya ucapkan tahniah kerana telah melangkah ke satu tangga (fasa pertama dalam adsense)…baca berkali-kali dan fahami setiap teknik yang diajar munawar dengan sabar dan tenang..insya’ Allah…apa yang izalia cita2kan akan tercapai..jangan cepat give-up ya
[Reply]
September 10th, 2008 @9:03 am
saya baru beli semalam huhu, jujur saya cakap, ebook en munawar tak berbaloi dengan harga rm100 tu. terlalu banyak info, sampai kena baca slow2 takot tertinggal info yang penting.
rating : 5/5
[Reply]
admin Reply:
September 10th, 2008 at 1:03 pm
betu tu hafiz…kena baca slow-slow…
[Reply]
Leave A Reply