ABSTRACT
This site contains some valuable information about various ebooks. All ebooks here were narrated by Malaysian Internet Marketers (MIM) who expert in selected knowledge disciplines, and based on their experiences too. It should be noted that, majority of ebooks and specific information here are not written in English. Therefore, it is quite not suitable for those who unable to understand Bahasa Melayu. The resources I highligted here, perhaps will help Malaysian who keen to gain extra knowledge, to be expertise or for commercial purposes.
This ebook teach us how to earn income in Google Adsene. All instruction regarding to this ebook is easy to understand and straigh forward, but need to understand some basic html too. It is suitable for begginers / dummies in adsense. Panduan Raja Adsense Versi 3.0 was written by Mohd Shamsuriyadi Mamat.
p/s: Penulis akan cuba mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa. Review produk ini berdasarkan pembelian yang dibuat pada sekitar tahun 2006 - 2007. Komen ebook berkait post ini akan berubah setelah penulis mendapatkan versi terkini.
SAYA DAN GOOGLE
Kalau nak sebut pasal google ni, saya selalu teringat dalam kuliah subjek perakaunan sewaktu saya belajar dulu-dulu. Lecture saya selalu ingatkan kami tentang kepentingan mencari bahan di google. Pesannya sentiasa saya ingati - gunakan kemudahan google sebaik mungkin. Jangan cari bahan-bahan yang takder faedah di sana.
Itu yang membuatkan saya selau seach bahan dengan menggunakan search engine google. Pendek kata, sekiranya siber kafe yang saya masuk tu, takde google, saya tak akan guna. (bila fikir semula, nak tergelak jugak - sebab: kalo guna search engine yahoo pun takper!, pendek akal betul..hehehe). Begitulah besarnya pengaruh google pada saya.
Namun, saya mula menyedari kepentingan google apabila selalu klik pada ruangan “ads by google”. Banyak pulak kilik tu. (untungla sape2 pengiklan yang saya klik). Saya mula terfikir, kenapa ada ruangan iklan dalam google? Masa tu, saya langsung tak terfikir untuk buka akaun dengan Gmail. Bagi saya, guna yahoo mail pun dah cukup.
Kemudian, selepas saya menamatkan ijazah dan sempat mengajar di salah sebuah IPTS, setiap pagi atau tengah ari, saya sempat memerhatikan kawan saya buat blog (blogspot). Saya selalu terfikir, kenapa dia ni selalu buat blog? Membazir masa betol! Lagipun, masa tu, saya kureng dengan komuniti online ni.
Berbalik kepada post kali ini. Jika pada post terdahlu, saya hanya mengulas (review) ebook berkait tip dan trik yang telah diterangkan dengan baik oleh saudara Labanon. Maka tibalah masa untuk sesiapa yang betul2 berminat dalam adsense mempelajari perkara teknikal asas dalam adsense.
Inilah yang ditekankan oleh Sham dalam ebook Panduan Raja Adsense. Pandangan peribadi saya, Sham merupakan seorang yang rajin membuat ebook. (anda boleh check beberapa ebook yang telah saya review pada ruangan “Koleksi Sham”. Yang terkini, beliau telah menghasilkan siri ebook yang bertajuk “Siri Panduan Pengiklanan - Pengiklanan Memaksimakan Keuntungan”
Sham telah membongkarkan rahsia beliau menjana pendapatan dalam program adsense. Let’s check it out!
KEPENTINGAN / KELEBIHAN Adsense
Adsense merupakan satu revolusi pengiklanan yang paling berjaya. Maka tidak hairanlah, ianya merupakan satu port baik untuk menambahkan pendapatan kepada sesiapa yang betul-betul bersungguh ingin berjaya dalam program adsene. Setiap klik akan menghasilkan pendapatan buat mereka. (nak kata macam konsep affiliate itu, bolehlah - tapi tak sama ya). Yang paling best, anda tak perlu ada apa-apa kelulusan untuk memulakan program adsense.
Siapa sangka, google telah mengatasi populariti gergasi lain seperti Yahoo dan MSN melalui adsensenya? Itulah yang telah dibuktikan oleh Google. (sekarang ni, jika anda perasan, ia penuh dengan pelbagai portal informasi lain seperti Gmail, Goolge Earth, dan sebagainya)
BEST SANGAT KE ebook Panduan Raja Adsense NI?
Memang harga akan menjadi persoalan. Secara jujurnya, harga ebook ini berpadanan dengan apa yang anda bakal perolehi. RM 50 untuk ebook genre teknikal ini aalah tidak mahal. Ianya lebih murah berbanding ebook bahasa inggeris yang banyak di pasaran sekarang ini.
Senang cakap, saya rasa berpuas hati membeli ebook ini. Malahan, ianya ditulis dalam edisi Bahasa Melayu sepenuhnya. (kecuali perkataan yang melibatkan teknikal seperti blend, tag and ping, dsb) Jadi anda tak perlu pening kepala sekiranya anda tidak berapa mahir dengan Bahasa Inggeris.
Versi ebook ini telah diupgrade ke 3.0 . Jadi sudah tentu, banyak persembahan yang telah dikemaskini, walaupun ianya hanya sekitar 81 mukasurat.
Suka saya ingatkan, ebook ini lengkap dengan illustrasi. Jadi tak perlu rasa gusar walaupun pengarang ebook ini ada menceritakan beberapa aspek teknikal yang asas berkait dengan google adsense. (Terkini: Disertakan dengan video tutorial, pasti lebih memudahkan anda)
ISI KANDUNGAN Panduan Raja Adsense?
Secara keseluruhannya, ebook ini boleh dibahagikan kepada tujuh (7) bab utama. Setiap bab pula ada pecahannya yang tersendiri. Apapun, inilah faedah yang anda bakal perolehi melalui ebook Panduan Raja Adsense ini:
- Pengenalan kepada Google Adsense.
- Kajian berkait keyword, niche word, analisis saingan dan rekabentuk.
- Cara membuat blog (blogger.com), proses permohonan akaun google adsense, code (kod) yang terbabit dengan adsense. Pada bahagian ini juga, anda secara tidak langsung bereksperimentasi dengan kod-kod html dan cara untuk setting adsense agar kelihatan profesional.
- Teknik-taknik lain dalam meletakkan ads seperti blend, complement, contrast, link ads, teknik selit, ujian site meter dan meletakkan search box pada blog anda.
- Sembilan (9) teknik untuk membawa pengunjung / pelawat ke blogspot anda (menarik).
- Teknik “tag & ping” dan cara nak claim blog menerusi technorati.
- Pantang-larang dalam adsense.
- 15 Rahsia untuk menambahkan lagi pendapatan dalam adsense.
- Cara mengisi borang cukai.
- Alternatif program pengiklanan lain (bagi mereka yang tidak menggemari adsense).
22040,000 keyword mahal (masih lagi relevan hingga tarikh post ini ditulis).
BONUS-BONUS UNTUK PEMBELI PANDUAN RAJA ADSENSE
Bonus istimewa turut diberikan kepada pembeli ebook ini. Antara bonus yang terbaik adalah 40,000 keyword mahal (high paying keyword) dan bimbangan secara percuma!.
Perkara-perkara yang saya ceritakan di atas hanyalah dari segi konsep asas. Inilah kelebihan yang anda miliki hanya dengan harga RM 50. Ya..harga yang serendah RM 50 ini beserta program affiliate, upgrades percuma dan bimbingan percuma. Anda boleh membaca testimonial para pengguna ebook ini pada halaman utama rajaadsense.com
RINGKASAN DAN KESESUAIAN DENGAN PENGGUNA
Pro: Ebook Panduan Raja Adsense
- Edisi Bahasa Melayu sepenuhnya.
- Ebook mesra pengguna.
- Harga yang berpatutan, sesuai dengan kualiti penyampaian.
- Sangat sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan adsense secara teknikal. Bagi yang mahir juga digalakkan memiliki ebook ini untuk membandingkan skil yang ada.
- Mempunyai penambahan yang ketara dari segi persembahan, penyampaian dan illustrasi yang jelas berbanding versi terdahulu.
- Antara teknik yang paling menarik adalah menggabungkan penggunnaan blind dan align table.
- Contoh pemasangan kod html yang mudah difahami dan diikuti.
- Pembeli ebook diberi peluang untuk rakan affiliate.
- Video tutorial, ruangan support dan bonus.
- Ebook ini tidak perlu dicetak dengan menggunakan dakwat warna (tapi saya galakkan cetak dengan warna pada sesetengah mukasurat).
- Sham juga ada menyediakan ebook “Membina Blog Blogger (Beta) Versi 2.0
Kontra: Ebook Panduan Raja Adsense
- Tiada kekemasan dalam pecahan setiap bab utama. (namun ia tidak menjejaskan persembahan untuk setiap bab - ini versi yang dibeli oleh saya: mungkin versi akan datang, masalah kecil ini sudah tiada).
- Tidak sesuai kepada mereka yang tidak berminat dengan program adsense! (Jangan paksa diri buat apa yang tidak suka ya).
- Anda perlu mahir menggunakan High Paying Keywords yang telah diberikan.
- Hasil yang bakal diperolehi bergantung kepada kerajinan anda!
INFO & Profail RINGKAS
|
Judul Ebook |
: |
Panduan Raja Adsense |
|---|---|---|
|
Genre |
: |
Teknikal |
|
Nama Pengarang |
: |
Mohd Shamsuriyadi bin Mamat |
|
Nama Samaran |
: |
Sham |
|
Harga |
: |
RM 50.00 |
|
Ketebalan |
: |
81 m/s termasuk kulit & illustrasi |
|
Blog Rasmi |
: |
rajaadsense.com/blog |
|
Sokongan |
: |
Bimbingan dan Khidmat Nasihat |
|
Rating Ebook |
: |
4 / 5 |
|
Alexa Page Rank |
: |
851,109 (kemaskini 17 Oktober 2008) |
Segala ketidakpastian akan terjawab dalam ebook ini. Apa yang anda tunggu lagi? Gunakan panduan yang telah diberikan oleh IM terbaik Malaysia ini dengan sebaik mungkin. Anda boleh bermula di sini!
Post akan datang berkait pula dengan Pakej Jana Wang Adsense
p/s:
Suarakan apa yang anda fikirkan pada ruangan “leave a comment”
Sebarang cadangan membina sila hantar ke ruangan support saya: komenebook.com/support






















10 Comments Received
May 28th, 2008 @1:56 pm
ebook ni blm lagi dibeli oleh saya. Mungkin sebab kekurangan exposure. Apa-apa pun thanks for the review.
harap saudara dapat review ebook adsense terbaru yang baru berada dalam pasaran. (JWA versi 2)
Thanks
taukey’s last blog post..Hari Hari Kerja….la la la
[Reply]
May 28th, 2008 @2:44 pm
terima kasih buat taukey kerana sudi berkunjung ke blog saya. ebook sham memang bagus. kalo tak, saya tak akan review (hehehe)…
tak lama lagi, saya akan post pulak tentang JWA versi 2.0 - bahagian kedua..sekarang ni, saya terikat dengan beberapa perkara..jadi kena selesaikan dulu apa2 yang patut..
terima kasih kerana sudi membaca review saya yang tak seberapa tu.(saya akan cuba update review update untuk ebook panduan raja adsense ini)
[Reply]
May 28th, 2008 @5:44 pm
hehehe…no problem bro…review saudara mmg ikhlas dari hati dan pandangan saudara sendiri…saya jarang jumpa blog yang buat review gini…hehehe
jadi bersedialah yer sebab saya akan selalu singah kat blog ni…hehehe
[Reply]
May 29th, 2008 @11:38 am
terima kasih taukey.
alamak…memang ikhlas dari hati ke? lepas ni saya nak review ebook guna “ikut suke ati” la plak..lagi gempak kan? hohohohohoho….
apapun, saya akan cube kekalkan yang terbaik untuk weblog ni. cuma saya akan ambil masa, kerana saya memikul tanggungjawab ke atas semua artikel yang saya post.
[Reply]
May 30th, 2008 @8:09 pm
Ader-ader je la Taukey..
Tapi review ni memang bagus. Tapi saya belum mendapatkan ebook Jana Wang Adsense 2.0 so ingat ade review Raja Adsense vs Jana Wang Adsense. hehe.
Saya tak tahu pula Raja Adsense dah upgrade ke 3.0. So boleh la saya dapatkan yer sebab saya sudah beli versi sebelum nye?
Thanks for the good review..
nasrun’s last blog post..Berapakah Harga ebook Rahsia 10K oleh Labanon?
[Reply]
May 31st, 2008 @10:24 am
Salam brother,adsense ni sangkatla panas di beberapa hari ni,sampai ke blog kawan-kawan semua tentang perkara ni.Tuan memang ikhlas dari hati dan juga komen ebook dengan jelas,i like it.
[Reply]
July 8th, 2008 @8:06 am
berkerja mencari duit dgn adsense ni kena tahu tekniknya..so kalau tak tahu tu kenalah mencari ilmu atau membeli e-book yang ada mengajarnya so, saranan saya nak ilmu belilah….byk faedahnya….
[Reply]
July 8th, 2008 @3:52 pm
(salam) dan salam hormat…
pakar ebook percuma: Tuan pun apa kurangnya..banyak ebook percuma yang Tuan sudah perolehi..saya pun tak terkejar nak cari..banyak maklumat yang bagus pada weblog Tuan. tahniah juga saya ucapkan
nana: ye betul, kita kena pandai berusaha mencari tekniknya. ada yang percuma dan ada yang berbayar. yang penting..kena ada kesanggupan dan berani melabur sedikit wang
[Reply]
July 28th, 2008 @8:19 pm
Thanks for review..Bagi pembeli ebook dari tahun 2006, saya dah emailkan dah link download baru..
yang tahun 2007 & 2008 belum lagi sebab server tak stabil sekarang ni..Saya dapat banyak rungutan fail corrupt..setakat ni saya sediakan 3 link alternatif..
Bila dah stabil balik link download,saya akan emailkan kepada bekas customer tahun 2007&2008..
Saya akan buat update lagi nanti sebab interface adsense dah banyak berubah..
sham’s last blog post..Jualan Murah Sempena Perkahwinan
[Reply]
Pingback & Trackback
Leave A Reply