Panduan Beli Ebook (PBE) versi 1.0 telah dilancarkan pada 30 Julai 2008. Ianya telah ditulis oleh Ahmad Rizal Razali (Rizal KomenEbook) dengan harapan produk digital ini menjadi satu asas rujukan kepada mana-mana newbie / rookie yang masih tercari-cari produk digital yang sesuai, memenuhi harapan dan impian mereka.

Dari satu aspek positif, "kebanjiran" produk digital di Malaysia telah mengubah persepsi, pandangan masyarakat tentang satu perkara - Internet boleh dijadikan "Lubuk Emas" untuk mencari pendapatan tambahan. Maka lahirlah pelbagai jenis produk digital, khususnya ebook berbentuk panduan yang boleh menjadikan pembeli betul-betul kaya.

Namun, ada juga sesetengah ebook dan program yang hanya mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Ramai newbie / rookie yang kurang berpengetahuan, akan terus terjerat dengan taktik dan iklan yang dipromosikan. Maka tidak hairanlah ada yang pendapat mempertikaikan dan meragui sumber pendapatan internet tersebut.

Panduan Beli EbookJusteru, diharap kelahiran Panduan Beli Ebook versi 1.0 ini mampu merungkai persoalan yang bermain dalam benak fikiran newbie. Tips-tips untuk mengelakkan diri dari tertipu turut diterangkan dalam bab khusus.

Panduan Beli Ebook turut memuatkan pengalaman sebenar penulis, tips-tips tambahan dan pengajaran dan pengalaman paling bernilai penulis bersama "jutawan affiliator senyap". Disertakan juga dua laporan beserta modus operandi perniagaan internet yang berselindung disebalik produk digital.

Adalah menjadi harapan penulis agar newbie / rookie dapat memanfaatkan segala panduan, tips dan cerita yang dikongsikan penulis untuk dijadikan pengalaman yang berguna, sekaligus tahu menilai produk digital (khususnya ebook) yang mana permata, yang mana kaca...

untuk maklumat lanjut sila layari http://panduanbeliebook.com

EDISI PERCUMA

Panduan Penggunaan Jzip merupakan produk percuma yang saya khususkan kepada sesiapa yang tidak mempunyai kemahiran tentang cara "zip" dan "unzip" (jangan terkejut kalau saya kata, masih ada yang tahu) dengan menggunakan PERISIAN PERCUMA: Jzip. Versi yang saya release ini adalah percuma. Satu bonus istimewa turut saya muatkan, namun ia hanya sah sehnigga 31 Disember 2008. Panduan Penggunaan Jzip

Ebook ini saya insipirasikan dari pengalaman saya yang dulunya agak "blur" tentang zip dan unzip. (Klik artikel ini untuk mengetahui kisah selanjutnya).

Justeru saya berharap, dengan lahirnya ebook versi percuma ini akan memudahkan urusan mana-mana newbie / rookie yang tidak pernah mengalami pengalaman melakukan proses zip dan unzip. Setiap langkah diterangkan dan dilengkapkan dengan illustrasi tambahan.

Ebook ini boleh dibaca dalam format Adobe Reader. Anda boleh klik pada gambar untuk mendapatkan ebook edisi percuma ini.

Popularity: 5% [?]

Kongsi Artikel Ini: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • del.icio.us
  • Furl
  • Reddit
  • Smarking
  • YahooMyWeb
  • Digg
  • eKudos
  • Facebook
  • Google
  • Live
  • Technorati
  • Socialogs
  • Gwar
  • e-mail