Rahsia PLR – Bukan Sekadar Ebook “Rahsia Kosong”

Salam sejahtera buat pengunjung blog komen ebook yang saya hormati

“HAK JUALAN” TU APE?

Secara mudahnya, hak jualan adalah satu lesen eksklusif yang diberikan pengeluar produk kepada penerima lesen, dengan syarat-syarat atau terma-terma tertentu. Penerima lesen akan dikenakan sejumlah bayaran, biasanya sekali sahaja seumur hidup. Malah ada juga hak jualan boleh sahaja diberikan secara percuma kepada pelanggan!

SAYA DAN PLR

Sepanjang saya berkecimpung secara underground dulu2 (sebelum saya lancarkan blog komenebook.com), terlalu banyak produk informasi genre PLR dan MRR yang saya muat-turun, pelbagai jenis format.

Malangnya, saya sekadar muat-turun dan membaca semata-mata (tanpa mengambil peluang untuk jana duit melaluinya..satu kerugian besar buat saya!). Pendek kata, sehingga sekarang, saya masih subscribe produk versi PLR dan MRR ni dari usahawan internet luar negara.

BEST SANGAT KE EBOOK RAHSIA PLR NI?

Bagi saya ebook ini boleh dijadikan ‘produk premium’ oleh Abooain. (kenapa tak buat ye Abooain, hehe). Jika beliau nak jual sekitar RM 50 pun, saya masih sanggup mengeluarkan wang untuk membelinya. Bukan untuk ‘jek’ ye.

Ini kerana bagi saya, ebook ini boleh dijadikan sebagai satu teks utama, satu panduan asas untuk newbie macam saya untuk berkecimpung dalam bidang PLR/MRR ni.

ISI KANDUNGAN EBOOK RAHSIA PLR

Ebook ini dibahagikan kepada 13 bab. 3 bab pertama adalah pengenalan dari Abooian mengenai penglibatan beliau dalam industri PLR. Ia bukan sekadar ‘cerita kosong’ kerana terdapat juga tip-tip asas yang diberikan beliau. Jadi, jangan skip 3 bab pertama ini!

Pada bab 4, beliau telah menceritakan jenis-jenis hak jualan semula, apakah yang dimaksudkan dengan MRR (lengkap dengan ilustrasi seperti lesen MRR), perbezaan antara MRR dan RR. Penerangan yang diberikan berkaitan dengan MRR dan RR adalah ringkas dan berinformasi.

Pada bab 5, Abooain menjelaskan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan PLR, 2 jenis PLR, apa yang boleh dan apa yang tak boleh dengan PLR. 6 jenis PLR turut dijelaskan beliau secara ringkas. Paling utama pada bab ini, beliau telah menerangkan 5 SEBAB UTAMA anda perlu memberikan perhatian kepada kehebatan produk PLR berbanding produk – produk berstatus MRR atau RR. Maka tak hairanlah, jika satu produk PLR keluaran Jeremy J. Burns boleh mencecah sehingga USD 300, dan ianya masih sanggup dibeli! Paling saya suka pada bab ini adalah, Abooin meletakkan satu sub-bab yang sebelum ini memang menjadi kekonfusan buat saya. Semuanya anda boleh baca pada sub-bab “Huraian dan Penjelasan Lesen PLR”.

Pada bab 6 dan 7, telah diberi satu penerangan khusus bagaimana Abooain mendapatkan niche produk versi PLR dengan cepat dari usahawan internet antarabangsa. Paling menarik adalah bab 7 kerana beliau terang-terang menjelaskan 2 jenis PLR yang boleh saya katakan sebagai ‘a good kick start’ kepada mereka yang ingin berkecimpung dalam perniagaan internet. Satu rahsia(?) yang sememangnya “sengaja” dibocorkan!

Tiga bab seterusnya telah diceritakan 8 cara untuk memanfaatkan produk PLR, dilemma dan permasalahan yang berkaitan, dan sedikit sesi soal-jawab berkaitan dengan masalah umum mengenai PLR.

Manakala, untuk bab 11 hingga 13, Abooian telah menerangkan objektif penghasilan ebook ini, perancangan beliau dan penutup yang sekali lagi mampu mengajak pembaca untuk berfikir panjang mengenai industri PLR.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Selain diberikan ebook, anda juga diberikan satu video durasi sekitar 6.09 minit. Namun agak mengecewakan kerana pada video itu tiada ‘suara Abooain’, walaupun intro lagu tu memang best untuk didengar. Walaupun tiada ‘suara Abooain’, masih terdapat teks penerangan ‘tanpa suara Abooain’.

 

p/s: Jika anda mahu jual, anda perlu mahirkan diri dengan mencipta satu minisite ringkas. Maklumat mengenai pembinaan minisite ringkas boleh didapati di sini.

Jika nak belajar bagaimana saya letakkan ia di dalam blog, anda perlu dapatkan Pakej Blog WordPress ini

Klik di sini untuk mendapatkan Ebook Rahsia PLR

RINGKASAN DAN KESESUAIAN DENGAN PENGGUNA

Pro: Rahsia PLR

  • Edisi Bahasa Melayu sepenuhnya
  • Percuma! Manfaatkannya dengan baik
  • Sangat sesuai untuk mereka yang ingin berjinak – jinak dalam perniagaan online.

Kontra: Rahsia PLR

  • Persaingan antara pengeluar tetap ada (namun tips telah diberikan)
  • Produk PLR yang fresh memerlukan kos. Jadi, sediakan duit secukupnya. Produk fresh biasanya diperolehi dari usahawan luar Negara.
  • Status “hak” yang kadang-kadang boleh menimbulkan kekeliruan.

INFO & Profail RINGKAS

Judul Ebook : Rahsia PLR (2009)
Genre : Tips dan Panduan Asas
Nama Pengarang : Ahmad Syaifuddeen Mohamad
Nama Samaran : Abooain
Harga : Percuma
Ketebalan : 61 m/s termasuk ilustrasi
Blog Rasmi : www.epustaka.com/blog
Sokongan : Tiada Maklumat
Rating Ebook : 4 / 5
Alexa Page Rank : 807,227
Google Page RanK : 0

Sekarang, anda telah ditunjukkan “jalan ketiga”, semuanya terpulang kepada anda! Download Ebook percuma “Rahsia PLR” di sini

Nota:

Review ini saya hasilkan sebagai tanda pengiktirafan saya kepada Abooain, seorang usahawan internet yang sudah lama berkecimpung dalam perniagaaan internet.  Selama saya ‘do follow’ dengan aktiviti beliau, beliau sudah mencapai satu tahap yang membanggakan bagi mereka yang berkecimpung dalam perniagaan online. Kisah kejayaan beliau pernah diterbitkan dalam Majalah IM – admin KomenEbook.com

LANGGAN NEWSLETTER KOMENEBOOK
Sertai Newsletter KomenEbook! Dengan melanggan newsletter KomenEbook, anda bakal menerima sebarang hebahan, review produk digital, perkongsian ilmu dan tips-tips percuma berkaitan blog.
Kami benci spam. Email anda tidak akan dijual atau dikongsi kepada mana-mana pihak.

, , , , , , , , , , , , , ,

9 Responses to Rahsia PLR – Bukan Sekadar Ebook “Rahsia Kosong”

  1. mykrk 9-Oct-2009 at 2:10am #

    Salam, saya sudah download, terima kasih. Amat berguna untuk newbie macam saya. ‘Masanya insyaAllah pasti tiba’. Sekarang baru nak mahirkan dan biasakan diri dgn blog. Nak upgrade blog pun kecut perut, takut blog ‘hilang’. Tapi cuba tetap cuba.
    .-= mykrk´s last blog ..نحو/NAHU: Tanda-tanda Isim =-.

    • admin 9-Oct-2009 at 3:34am #

      sama2 mykrk. jangan lupa untuk download ‘rahsia plr’..free tu! :-D

      jangan takut untuk mencuba upgrade blog :-)
      dari situ kita dapat belajar banyak perkara baru. cuma pastikan langkah2 penting seperti backup files dilakukan dengan teliti

      jika terdapat sebarang masalah upgrade blog, boleh sahaja hubungi saya di http://www.rizaniaga.com/support

  2. ila 22-Oct-2009 at 4:26pm #

    Salam…Thank You yek :lol: ;-)

  3. crol 29-Oct-2009 at 4:35am #

    hi.. all thanks

    • admin 30-Oct-2009 at 2:27pm #

      You are welcome Crol :mrgreen:

  4. hasbulaqill 14-Dec-2009 at 9:53pm #

    dgr kata
    rahsia PLR akan dikeluarkan dalam bentuk fizikal
    keluaran PTS
    kita tunggu kebenarannya
    .-= hasbulaqill´s last blog ..Bagaimana Hendak Mencapai Setiap Impian =-.

  5. Step by Step Golf Swing 1-Jan-2010 at 1:18am #

    Byk betul cara2 untuk buat duit melalui internet ni. Salah satu melalui PLR. Sy sebelum ni kalau beli produk memang ada dpt produk PLR tp tak tau nak buat apa/promote mcm mana produk2 tu…akhirnya tersimpan jd pekasam dlm hard disk sj.

    TQ

    • admin 1-Jan-2010 at 8:06am #

      Jadi lepas ni, sure boleh recycle semula produk PLR tu untuk tarik “traffic” ;-)

Leave a Reply


*

Powered by RizaNiaga.com

Share This

Share This

Share this post with your friends!