Rumah Online: Cara Beli Domain Dan Hosting
Ada yang bertanyakan kepada saya:
apa itu domain?
apa itu hosting?
Secara mudahnya, domain seumpama nama tuan kedai dan hosting pula ibarat lokasi kedai. Pertalian antara domain dan hosting sangat rapat. Setiap domain perlukan hosting. Hosting pula tidak bergantung kepada domain.
Dengan adanya domain dan hosting sendiri, ia menggambarkan identiti kita di alam maya. Bukankah ia satu perkara yang menyeronokkan jika memiliki “rumah online” sendiri?
Dengan memiliki “rumah online” sendiri, anda bebas berkarya mengikut niche pilihan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang pakar dalam perkhidmatan konsultansi, sangatlah rugi sekiranya anda hanya memberikan sekeping bisnes kad yang tertera nama anda, nama syarikat dan telefon anda.
Rugi kerana bukan semua individu yang anda kenali mampu mengingati nama syarikat atau nombor telefon. Malah, mungkin kad yang telah anda berikan itu, hilang begitu sahaja . Tapi sekiranya anda mempunyai domain dot com sendiri, anda boleh sebutkan sahaja nama dot com pilihan anda pada kenalan anda.
Ringkasnya, dengan mempunyai domain dot com sendiri, anda boleh mengembangkan lagi empayar perniagaan anda, bukan sahaja di Malaysia, malah juga di luar Malaysia.
Kos untuk membeli domain dan hosting ini sejujurnya tidaklah mahal. Ia boleh dibeli menerusi syarikat penyelia domain dan hosting, samada tempatan mahupun luar negara. Kaedah pembayarannya pula terdiri dari beberapa jenis iaitu bulanan, tahunan, mahupun dwi-tahunan. Dicadangkan, pilihlah untuk membayar secara tahunan kerana ia mudah, lebih murah dan menjimatkan.
Yang menjadi dilema buat mana-mana pelanggan adalah nak pilih syarikat mana, yang tempatan ataupun luar negara? Untuk memudahkan urusan, saya sarankan anda menggunakan syarikat tempatan terlebih dahulu, contohnya seperti:
www.profithoster.com ,
www.datakl.com
ataupun www.netkl.com.
Senarai syarikat yang saya sebutkan ini antara yang terbaik untuk kategori tempatan. Namun saya lebih suka menggunakan pakej yang ditawarkan oleh syarikat ProfitHoster.com. Ini kerana, servis yang ditawarkan sangat berbaloi dan profesional.
Masih “blur” dalam prosedur membeli domain dan hosting?
Anda boleh tonton cara-cara untuk membeli domain dan hosting menerusi tutorial yang disediakan khas ini.
http://komenebook.com/wp-content/uploads/2011/09/profithoster.mp4
Jangan takut untuk melabur! Kita semua diberikan 365 hari untuk menjana pendapatan menerusi internet
Bonus dari KomenEbook:
Anda akan saya berikan satu kupon khas diskaun “Tukar Themes Premium” bernilai 10 peratus mengikut 3 pakej yang ditawarkan sekiranya anda membeli hosting dari syarikat ProfitHoster.com menerusi link ini.
Setelah anda beli mana-mana pakej hosting yang ditawarkan, sila hubungi saya di ruangan support menerusi link ini







Komen Terkini