Saya Dan Tiga Cerita

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih buat pembaca setia weblog ini. Agak lama jugak saya tak post apa-apa informasi kategori “umum” di sini. Oleh itu, saya akan kongsikan beberapa perkara dan cerita terkini saya. Saya akan kisahkannya dalam bentuk CERITA

CERITA PERTAMA

Pernahkah anda memuat-turun mana-mana dokumen format *.pdf atau mana-mana dokumen dari mozilla dengan cara pantas? Jika tak pernah, saya akan kongsikan satu tips yang telah diajar oleh pakar.

(p/s: tips ini saya perolehi dari sebuah laman web inggeris, namun saya terlupa nak bookmark linknya, saya akan cari kembali dan letakkan link tersebut).

Teknik ini saya perolehi setelah penat memuat-turun hampir kesemua laporan kewangan syarikat papan utama Malaysia (Annual Report of Malaysian Public Listed Companies-Main Board) yang bakal digunakan untuk melengkapkan tesis saya.  Malah, saiznya agak besar (minimum dari 1MB) dan juga bergantung kepada kelajuan talian internet. Semuanya mengambil masa.

Lepas muat – turun, kena analisa pulak. Satu annual report dah kurang2 tebalnya 100 helai. Syarikat Terbitan Awam di Papan Utama sahaja dah lebih 600 buah, jadi ia memang memerlukan kesabaran yang semaksima mungkin. Itu tak termasuk nak print lagi, suma melibatkan kos, hehehe

Data yang berkaitan ini turut digunakan untuk diterbitkan dalam jurnal ilmiah luar negara bersama dengan beberapa orang profesor yang pakar di dalam bidang berkaitan. Harap-harap tahun ni dapat hantar ke satu atau dua jurnal luar negara..Insya’ Allah.

Sebelum ini, jika gunakan Mozilla Firefox, mana-mana dokumen *.pdf akan di”loading” ke program yang berkaitan terlebih dahulu sebelum ianya dipaparkan. Dalam proses loading tersebut, adakalanya dokumen tersebut gagal dipaparkan dan terpaksa gunakan opsyen “refresh”. Memang sakit jiwa la jugak

Jadi, untuk menjimatkan masa melalui proses tersebut, sila rujuk ilustrasi di bawah.

Pertama, pergi ke ruangan menu “Tools” dan pilih sub-menu “Options…”

option

Kedua, dari menu “Options” pilih tab menu yang bernama “Applications”, dan cari item yang tertulis “Adobe Acrobat XX Document” seperti di bawah dan klik scroll menu untuk ayat “Use Adobe Acrobat (in Firefox)”

applications

Ketiga, ubahnya dengan memilih opsyen “Save File”

savetopdf

Langkah keempat, sila pastikan dokumen yang bakal anda save (muat-turun) tersebut telah “di-Set” pada folder atau harddisk yang bersesuaian. Oleh kerana saya menggunakan Vista, ianya telah “di-Set”kan pada folder “Downloads”

download

Langkah terakhir, tekan butang OK, tutup dan buka kembali browser Firefox anda.

Perhatian: Sekiranya berlaku keadaan di mana, setelah anda klik link yang berkaitan, fail tersebut gagal dimuat-turun, pada mouse anda, gunakan opsyen right click dan pilih “open in new tab” seperti ilustrasi di bawah

samplepdf

Hasilnya, jika sebelum ini, dokumen yang berkaitan dengan *.pdf akan dipaparkan dahulu. Dengan opsyen ini, anda telah menjimatkan masa. Selepas itu, anda boleh buka fail yang telah dimuat-turun itu pada masa lapang dengan menggunakan perisian adobe reader yang boleh didapati secara percuma.

Anda juga boleh gunakan kaedah yang sama untuk memuat-turun fail yang berformat seperti word, excel atau powerpoint. Ubah menu “Always ask” kepada “Save File”. Rujuk ilustrasi di bawah

others

Jika nak “test power”, boleh aje muat-turun preview 21 m/s percuma panduan beli ebook :-) .

Atau anda boleh aje muat-turun ebook matsaleh yang percuma di sini…selagi promosi belum ditutup!

Unadvertised Bonus!

Your Latest Back Yard Discovery

Over 40 Ebooks For Download… Half Without An Opt-in.

Click Here To Download | Muat-Turun Di Sini!

CERITA KEDUA
Kebelakangan ini jadual saya sendat dengan analisa data, urusan harian dan latihan sukan. Saya masih aktif bermain badminton, cuma tak masuk pertandingan sahaja. Untuk pemain badminton, masa yang paling best adalah dari 16-27 tahun. Bila dah menginjak 28 tahun, boleh bermain tapi tahap pencapaian dah tak akan sama. Ketika ini, saya sudahpun berusia 30 tahun, dah expired dan berkarat dah…haha

Alternatifnya, boleh tukar ke acara bergu. Justeru, saya harap anda faham kenapa rata-rata pemain jagoan dunia majoritinya menduduki ranking pertama pada usia 22-23. Jarang sangat-sangat pemain perseorangan dunia yang mampu menduduki takhta nombor 1 pada usia 30 dan ke atas.

Pada 8hb (Rabu) baru-baru ini, telah diadakan satu perlawanan persahabatan dengan sebuah agensi kerajaan yang bakal mewakili negeri Terengganu untuk satu kejohanan beberapa bulan dari sekarang. Pada malam tersebut, saya sempat bermain dalam acara bergu sebanyak dua kali dan sekali untuk perseorangan. Alhamdulillah, kesemuanya telah saya menang :-) straight set (6 games kesemuanya). Penat tapi puas hati. Begitu juga dengan ahli pasukan kami yang lain, menang bersih :-)

Namun di sebalik kejayaan tersebut, saya agak terkilan dan geram kerana hak saya untuk satu kejohanan yang bakal diadakan di negeri utara pada bulan April ini telah dinafikan oleh seorang pegawai yang tidak profesional. Nama saya telah “ditiadakan” dan diganti oleh beliau sendiri!

Kenapa saya agak terkilan dan geram?

Pertama, saya tidak pernah miss latihan berbanding beliau yang hanya turun sekali sekala (ini tak termasuk latihan exra yang saya buat kat tempat lain). Sepanjang saya turun menjalani latihan, tiada niat lain seperti mengharapkan wang dan baju mahal2. Saya berjuang semata-mata mahu menaikkan nama universiti. Saya masih ingat ketika kali pertama ke kejonanan badminton peringkat negeri sewaktu berusia 14tahun, tiada baju mewah ataupun penaja berbanding pemain lawan. Malah, hanya mampu bawak bekal reket sebatang sahaja dan sedikit duit yang emak bekalkan, namun masih mampu mendapat tempat ke-3.

Kedua, beliau gagal memaklumkan kepada saya, kenapa saya disingkirkan sedangkan rekod permainan saya lebih cemerlang dan diakui oleh pengurus pasukan yang dilantik.

Ketiga, beliau berlagak dengan memperkecilkan pandangan pengurus yang dilantiknya sendiri, sedangkan, pengurus telah memilih pemain berdasarkan prestasi semasa. Pendek kata, tak sampai setengah tahun beliau bekerja, habis semua urusan nak ‘disapunya’, kalo rajin buat kerja tu takpe jugak, ni nak harap semata-mata dapat nama aje . Lembu punya susu, sapi dapat nama.

Beliau juga turut memperkecilkan orang yang kerjanya lebih berpengalaman dari beliau. Malah, anak buah yang bekerja dengan beliau, memang cukup bengang kerana, jika beliau kata “A”, maka “A” lah jawabnya. Sukar mendengar pandangan orang lain.

Walaupun ada rakan yang satu pasukan dengan saya sanggup tawarkan diri untuk “berkorban” agar saya dapat sertai kejohanan tersebut, saya tolak dengan ikhlas kerana saya tidak mahu pergi atas dasar “kasihan”.

Apapun, saya masih mampu bersabar, tidak melatah dan menganggap itu perkara biasa. Ada hikmah yang Allah nak bagi atas keputusan “bijak” yang dilakukan beliau.

Saya akan teruskan latihan rutin saya, jogging sekurang-kurangnya 4km – 10km (3 kali seminggu), sedikit latihan angkat berat, elakkan dari kecederaan dan sparring dengan rakan sedia ada. Saya perlu lengkapkan diri untuk satu kejohanan yang lebih besar pada bulan Jun ini. Andaikata berlaku kes yang sama juga pada bulan Jun ini, memang saya akan pertahankan hak saya!

CERITA KETIGA
Saya bersyukur kepadaNYA, kerana setelah setahun lebih weblog komenebook.com dibuka, ratingnya (berdasarkan statistik dari pihak alexa), sudah mencapai traffic sekitar satu juta dan kebawah. Malah, bilangan pengunjung dari bulan ke bulan semakin meningkat. Sebagai blogger sambilan dan masih newbie dalam banyak perkara, TERIMA KASIH tak terhingga saya ucapkan juga pada kenalan dan rakan online, saya tak mampu nak balas jasa anda.

Di kesempatan ini juga, saya nak rakamkan ucapan terima kasih kepada beberapa kenalan baru yang menjemput saya menyertai forum yang dianjurkan. Saya bukanlah kaki forum, namun saya akan cuba luangkan masa. Oh ya, Jika nak bertukar-tukar link (link exchange) boleh aje..hanya pergi ke ruangan support komenebook.com dan isikan maklumat yang berkaitan.

Segala  modal yang saya keluarkan dulu, semuanya telah “balik modal” dan mula menjana keuntungan (melalui Produk sendiri, produk reseller dan produk affiliate). Namun, income tersebut, tidaklah mencapai ribuan ringgit setiap hari seperti otai Usahawan Internet lain dan Pro Affiliator yang feymes kat Malaysia ni…banyak lagi yang perlu saya belajar dari mereka ini…Bak iklan kat tv3… “Tunjuk Ajar Ku Sifu!”

Pada tarikh post ini diterbitkan, ratingnya sudah mencapai angka 1,079,876 (angka asal lebih dari 20 Juta). Bagi sesiapa yang memiliki produk Panduan Beli Ebook, anda akan tahu bagaimana cara menaikkan rating blog/website anda tanpa perlu mengupah mana-mana pihak dan tanpa perlu post artikel yang banyak setiap bulan. Cara itulah yang saya buat dan akan terus saya ulang.

Ingin saya maklumkan di sini, Saya menawarkan program affiliate dengan jumlah yang agak lumayan, beserta dengan extra RM sekiranya mencapai minimum 10 jualan. Jangan lepaskan peluang!

p/s: saya dalam proses pengumpulan bahan-bahan baru untuk kemaskini ke versi 3.0 yang bakal saya lancarkan sekitar tahun 2010, Insya’ Allah jika umur saya masih panjang ketika itu…Setakat ini, saya baru mempunyai bahan untuk kemaskini dua bab

p/p/s: Jika anda masih kabur dengan isu produk mahal atau produk murah, saya sarankan anda ke satu post menarik yang telah ditulis oleh seorang usahawan internet yang feymes, Mohd Amirol. Anda boleh klik di sini.

p/p/p/s: Bulan ni saya tak berkesempatan nak review produk :-( , produk monakas, produk ebay dan produk lain masih dalam draft

Related Posts with Thumbnails
Adakah Review Saya Berbaloi Dan Bermanfaat Buat Anda?
468 ad

22 Responses to “Saya Dan Tiga Cerita”

  1. Cerita pertama :terima kasih tips …memang mudah proses download

    Cerita kedua : Maybe rezeki bro di kejohanan yang lain

    Cerita ketiga : Semoga mendapat lebih ramai pengunjung dan rating yang lebih baik….

    hazman aka species1980´s last blog post..Kepuasan Muktamad

  2. Terima kasih bro atas info yang penuh dengan maklumat…

    Nik´s last blog post..CARA-CARA “MENJEJAK” BLOG DOFOLLOW

  3. Every week 4km – 10km jogging? … nak kena follow gak ni Rizal … I’m already out of shape… :(

  4. admin says:

    Hazman: sama-sama…saya pun harap macam tu la, ada peluang lain kali, jika ada pe2 maklumat atau saya tersalah maklumat, boleh aje bagi komen untuk saya perbaiki..

    Nik: Sama-sama juga..isi blog Nik pun bagus

    Amirol:nak follow? boleh aje..kalo slim jangan lupa tunjuk testimoni :mrgreen:

  5. Panjangnyer cerita…. :mrgreen:
    info pdf tu bagus gak. tq

    XploR´s last blog post..Bengkel WordPress – Belajar Dari Yang Pakar

  6. Saya belum pernah menggunakan download cara mozilla sebelum ini.Kini saya rasa seronok pula dengan cara tu.Thanks for the info.

  7. Amboi…pjgnya cerita nih..huhu.. Bagus gak pasal pdf tu. TQ

    p/s: Bila nak lawat blog saya nih..? deshum3x..!! haha.. :D

  8. terima kasih x terhingga..byk ilmu yg dicurahkan lagi2 tentang komputer..saya tertarik ngn cerita yg kedua..saya rasa saya tahu siapa..situasi nya sama cuma maudu’ nya berbeza..pokok nya A tetap A..hehe..insyallah hak cik rizal kita sama juangkan..saya pun x sabar rasa ny :twisted: ..hehe…anyway tahniah atas kejayaan rating yg tinggi.. :smile:

    mujahid ANBU´s last blog post..AKU MULA MEMBACA

    • admin says:

      Anda Tahu siapa? Masa bila siasat ni? :mrgreen: kalo tahu pun diam-diam udahla ya.hehehe. Sama-sama jugak sebab bagi komen. Saya akan share setakat yang saya tahu

  9. Info yang menarik tentang download file pdf tapi cerita yang kedua tu agak sedih…anda diketepikan disebabkan oleh orang lain yang pentingkan diri sendiri tapi walau apapun ia bagus juga untuk menguji sejauh mana sifat kesabaran yang ada dan mungkin tiada rezeki untuk menyertai kejohanan tu.

    Mezain´s last blog post..Elakkan diri dari memberi 1001 alasan

    • sama-sama Mezain, blog anda pun menarik juga isi kandungannya.saya juga tak akan jadikan perkara tu sebagai alasan untuk saya “gantung reket” :mrgreen:

  10. Kalau informative dan menarik panjang2 pun baca gak.. :)

    Sy bila sebut badminton ni nasib kena lebih kurang awaklah..mentang2 lah sy ni ketinggian kureng skit so depa boleh tolak2 jerk bila ada orang yg lebih tinggi. Malas dah nak main tournament..gantung raket.

    Bab bersenam..hahahah..sy dah byk kali ponteng pi Gym bulan ni..Rugi gak tu bayar..tp kalau tak byr gym nak harap joging sendiri lebihlah mcm pelik jerk kalau berlaku.

    • Hi Catzer, Informative dan menarik ke? lepas ni kena share info lain la plak :mrgreen: . apa nak buat, saya kena singkir pun atas “mainan politik” jugak. Tapi biarlah…saya tak nak fikir apa2 lagi dan teruskan latihan seperti biasa

      wah..anda dah semakin mengganas dengan ping-pong erk.bolehla kita test skali nih..tengokla sapa yang teruk kena blasah nanti :cool:

      p/s: Catzer merupakan salah seorang IM yang saya respek dan sentiasa berfikiran positive.

  11. hoho. pasal badminton tu. aku pun kene gak sekali. Presiden sendiri rampas tempat aku masa kat matrik dulu. Sabau ajela..kalau dia menang takpe, ni kalau first round. hampeh..

    dan satu lagi, tips diatas memang best.

  12. Firdauz says:

    wah entry yang menarik. kebaykan pengalaman download pdf sebelum nih memang slow. bgantung kepada saiz dier gak. btw, thanx for sharing.

  13. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
    Salam perkenalan untuk pertama kalinya mengunjungi blog ini.

    Kisah 1: Terima kasih info yang sangat berharga buat saya.

    Kisah 2: Tak sangka ada jugak orang yang sanggup menggantikan orang lain dengan dirinya sendiri. Perasan bagus tu. :)

    Kisah 3: Tahniah sebab dah sampai ke tahap itu. Semoga akan datang lebih maju lagi.

    • admin says:

      salam perkenalan juga buat Motivasi Kerja

      pengalaman lepas akan lebih mematangkan kita untuk akan datang

Leave a Reply

CommentLuv Enabled